Informasi Sempena Ramadan Lebih Ramai Pelancong Ke K Tan Ada Apa
Lebih ramai pelancong ke Kelantan sempena Ramadan
KOTA BHARU – Pengisian keagamaan dijangka menarik lebih ramai pelancong agama ke Kelantan sempena Ramadan ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pelbagai aktiviti keagamaan yang dilakukan untuk memberi kemahiran dan taranum di Madinah Ramadan.Beliau berkata, istimewanya tahun ini akan terdapat beberapa ustaz yang akan memberi tunjuk ajar dalam program daurah untuk meningkatkan keupayaan dan pemahaman al- Quran.“Kita pernah dapat Anugerah Produk Pelancongan Terbaik Asia Pasifik 2013. Orang tak datang ke Kelantan untuk cari kepuasan hiburan tetapi untuk rasai kenikmatan puasa di sini. Ia suatu produk pelancongan yang jarang ada di tempat lain. Ada yang sudah tempah hotel untuk berada di sini hampir sebulan.“Justeru, kita harapkan kehadiran pelancong agama ini akan meningkat dan lazimnya ia melibatkan pelancong dari Singapura dan negeri berjiran kita.“Dalam masa yang sama saya amat terharu dengan sokongan dan kerjasama semua yang menghulurkan sumbangan kewangan untuk menjayakan Madinah Ramadan kali ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Makan Malam Infaq Ramadan 1440/2019 Kota Bharu di sini semalam.Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 tetamu yang terlibat dalam program infaq berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin; Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahma dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.Ahmad berkata, pagi semalam berlangsung majlis sumbangan infaq untuk Madinah Ramadan dan hasil kutipan sehingga kini bernilai RM1.46 juta termasuk hasil sumbangan malam tadi bernilai RM500,000.Antara pengisian yang diaturkan sepanjang bulan Ramadan di Madinah Ramadan ialah berbuka puasa beramai-ramai setiap hari, tarawih, qiamullail, bersahur, khatam al- Quran, ijtimak pondok Malaysia, tadarus, pertandingan khat, sumbangan untuk asnaf, daurah al- Quran, himpunan belia bersama ustaz Azhar Idrus dan diakhiri dengan gema Aidilfitri pada 1 Syawal.- SINAR HARIAN 27/4/2019Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/25532/EDISI/Kelantan/Lebih-ramai-pelancong-ke-Kelantan-sempena-Ramadan
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.superpantas.com/2019/04/informasi-sempena-ramadan-lebih-ramai.html