Misi Mencari Kurma Di Berkat Madinah Sempena Bulan Ramadan Yang Bakal Tiba
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila kita mula tengok banyak mall dan pasaraya mula letakkan kotak-kotak kurma dekat pintu masuk atau kaunter bayaran itu tandanya apa. Tandanya bulan Ramadan dah tak lama bakal menjelma. Jadi kena siap sedialah sibuk si bapak pergi kedai beli kurma untuk berbuka puasa atau untuk sahur, hehehe betul tak.
Kurma atau ada setengah negara panggil Tamar adalah sejenis tumbuhan Palma. Kebanyakan pokok kurma ini tumbuh di gugusan negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Kurma yang paling terkenal ialah dari Madinah. Sebab tu kalau orang mengerjakan Umrah atau Haji akan balik bawa pulang Kurma Ajwa atau lebih popular dikenali sebagai Kurma Nabi.
Korang tahu atau tidak sebenarnya kandungan protein di dalam kurma ada lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus kandungan serat iaitu 2.0 hingga 4.0 peratus. Manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus dalam bentuk glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Ini bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh adalah lebih cepat serta-merta
Jadi adakah kita nak makan kurma yang baik perlu tunggu waktu musim haji sahaja kan. Sekarang ini tak susah lagi kerana dah ada bekalan kurma terus dari Madinah ke Malaysia. Korang nak cari kurma hanya pergi sahaja ke Pasaraya Berkat Madinah. Pasaraya ini ada banyak cawangan seperti di Ampang dan Kajang.
Maha sendiri hari tu pergi sini cari kurma terbaik. Kenapa Maha pilih kurma di Berkat Madinah ni
- Di sini hanya kurma segar dijual mengikut musim sahaja- Di sini terdapat lebih daripada 100 jenis kurma - Harga dijual secara borong- Terdapat kurma premium yang tiada di tempat lain- Kurma di sini 100% diimport dari Madinah
Korang boleh tengok lah sendiri ada macam-macam jenis dan nama kurma yang kadang-kadang korang sendiri tak pernah dengar. Setiap kurma ini juga ada harga berbeza mengikut gred. Sebab itu Maha suka kat sini sebab kita boleh lihat sendiri kurma tu depan mata. Malah bukan sahaja boleh lihat tapi juga boleh rasa kurma mana yang kita suka dan kena dengan selera kita. Kalau macam Maha suka kepada kurma yang lebih lembut dan lembik sikit senang nak kunyah
Kat sini Maha senaraikan nama kurma yang mana Maha sempat tengok hari tu semasa buat pembelian. Mestinya yang paling popular adalah Kurma Ajwa, tapi ingat kurma ini juga ada beberapa jenis seperti Ajwa Almadinah VIP, Ajwa Almadinah Premium dan Ajwa Almadinah biasa. Semua ni korang boleh tengok dan rasa dulu sebelum membuat pembelian secara timbang
Ajwa Almadinah VIP - 1KG RM109.00
Ajwa Almadinah Premium - 1KG RM100
Ajwa Almadinah - 1KG RM69.00
Lagi ada kurma lain yang juga mendapat sambutan ramai seperti Kurma Lulu, Kurma Dabas, Kurma Anbara Saudi, Kurma Jerico Medjool (Jumbo), Kurma Safawi AA, Kurma Saudi Medjool 'Large', Kurma Sukkary Saudi, Kurma Natural Tunisian, Kurma Mariami AA, Kurma Mabroom Almadinah VIP, Kurma Mariami Jumbo dan Kurma Mariami A
Kurma Lulu - 1KG RM20.00
Kurma Dabas - 1KG RM17.00
Kurma Anbara Saudi - 1KG RM55.00
Kurma Jerico Medjool (Jumbo) - 1KG RM68.00
Kurma Safawi AA - 1KG RM45.00
Kurma Saudi Medjool 'Large' - 1KG RM75.00
Tu semua nama yang Maha sempat tengok ada jual di sini. Tak tahu nak beli mana satu entahlah. Tapi kalau korang nak yang package cantik dan boleh dihadiakan kepada orang boleh beli yang siap bungkus dalam kotak yang sangat kemas. Kurma ini pun juga ada jenis dan nama mereka sendiri mengikut gred yang telah dikotakkan. Kurma Sukkary Saudi - 1KG RM19.00
Kurma Natural Tunisian - 1KG RM20.00
Kurma Mariami AA - 1KG RM45.00
Kurma Mabroom Almadinah VIP - 1KG RM64.00
Kurma Mariami Jumbo - 1KG RM61.20
Antara yang ada seperti Tunis Fruit Kurma Tangkai Al-Safa, Tamara Kurma Bertangkai, Kurma Hosna, Alnoor Kurma Ajwa Madinah, Omar Kurma Tangkai, Mehic Kurma Tangkai, Kurma Vita, Kurma Delish, Farisha Kurma Mazafati, Sinwan Kurma Bertangkai, Kurma Madu Saudagar Kurma, Hanan Kurma Mozafati dan banyak lagi lah.
Dulu Maha hanya tahu kurma satu jenis jer tapi sebenarnya bila datang sini baru tahu ada banyak gilerr. Tengok pengunjung yang datang kat pasaraya ini juga mereka akan bertanya kepada pelayan kedai mana satu kurma yang terbaik. Almaklumlah kita bukan orang Arab yang tahu semua tu. Cuma dengar daripada orang bercerita jer jadi kita pun beli betul tak.
Sebenarnya amalan memakan kurma ini bukanlah satu amalan bermusim. Maksud Maha bila tiba bulan Ramadan jer kita baru sibuk nak cari kurma dan makan kurma kerana ia sunnah. Tapi sebenarnya kajian daripada pakar kalau kita mengamalkan makan kurma setiap hari banyak penyakit kronik dapat dirawat. Itu fakta bukan rekaan tau sebab tu Nabi menekankan pemakanan kurma ini bukan sahaja sebagai sunnah malah keperluan hari
Masa Maha ada kat pasaraya tu untuk beli kurma ada seorang pekerja mereka cakap orang arab ada pepatah tentang kurma. Katanya 'Kalau rumah tiada Kurma ibarat rumah tersebut tiada makanan'. Sampai macam tu sekali mereka jadikan kurma tu sebagai makanan harian. Mungkin kita juga boleh buat macam tu kan apa salah
Mungkin kita boleh start bulan Ramadan yang akan datang ni kita makan kurma hari-hari dan bila dah habis bulan Ramadan pun kita makan kurma. Tapi pastikan korang beli kurma kat Berkat Madinah ni sebab ada banyak jenis kalau satu hari satu jenis dah berapa hari lebih dari 100 hari tu. Ni cuma pendapat Maha jer lah sebab Maha pun nak cuba amalkan pemakanan sunnah ni lepas tahu kat sini ada banyak jenis.
Alamat Pasaraya Berkat Madinah
Cawangan Ampang17 & 18 L1, Jalan Ampang Putra 6, Taman Putra Suliman68000 Ampang Selangor
Cawangan Kajang Ground Floor, Unit No. PA-S-17 in Pearl Avenue ShopsJalan Pasir Emas, Taman Berjaya,43000 Kajang, Selangor.
Laman web : http://www.madinah.com.my/Facebook : https://www.facebook.com/BerkatMadinah/Instagram : https://www.instagram.com/BerkatMadinah/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/04/misi-mencari-kurma-di-berkat-madinah.html