Guardian Naelofar Lancar Beg Tote Eksklusif Sempena Ramadan
Kuala Lumpur, Thursday, 2 Mei 2019: GUARDIAN Malaysia hari ini melancarkan beg tote NATURE BEAUTY, RED BLOSSOMS dan FLORAL SERENITY – koleksi EksklusifMusim Panas sempena Ramadan.
Beg tote ini merupakan ilham dan hasil rekaan istimewa personaliti, pengacara, model dan tokoh perniagaan terkenal, Neelofa, yang juga merupakan pemilik kepada jenama fesyen kontemporari popular di Malaysia, NAELOFAR.
Berucap di majlis perlancaran Koleksi Musim Panas tersebut, Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: Kolaborasi istimewa bersama NAELOFAR ini adalah satu cara kami menyambut kedatangan Ramadan. Kami ingin menawarkan sesuatu yang eksklusif kepada para pelanggan, dan sudah tentu juga menarik, apabila mereka berkunjung ke Guardian untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan mereka.” Vai Chi turut mengumumkan bahawa stor-stor Guardian bakal menampilkan tema istimewa “Seiring Ramadan” sepanjang bulan Ramadan ini dimana Guardian berusaha untuk menawarkan banyak tawaran-tawaran hebat dengan potongan harga sehingga 50% untuk barangan- barangan tertentu.
“Dan kepada mereka yang inginkan tip-tip kesihatan sepanjang bulan Ramadan, Guardian juga akan memuat naik petua-petua dan panduan kesihatan berguna daripada JoannaSoh, selebriti kecerdasan Youtube #1 Asia, ke laman Facebook Guardian dari masa kesemasa,” tambah beliau.
Jadi di bulan Ramadan ini, bila lagi masa yang lebih tepat untuk membeli-belah diGuardian sambil bergaya dengan beg tote istimewa rekaan Neelofa sendiri.Beg-beg tote tersebut boleh dibeli pada harga diskaun 40% dengan pembelian bernilai RM20 dengan mana-mana produk jenama penaja, atau RM30 jika tanpa barangan jenama penaja.Beg-beg tersebut berharga hanya RM17.90 selepas diskaun 40%.
Koleksi Musim Panas Guardian boleh didapati bermula hari ini sehingga stok masih ada. “Rebutlah peluang untuk mengumpul ketiga-tiga rekaan sekarang kerana stok adalah terhad,” tambah Vai Chi.
Inspirasi Neelofa disebalik tiga rekaan beg tote:
RED BLOSSOMS
Warna bunga iris yang terang yangdigabungkan dengan geometri segi empat keemasan untuk memandu mata daripada satu elemen rekaan kepada yang lain. Direka secara eksklusif untuk tampak berani dan elegan
NATURE BEAUTY
Direka untuk melangkaui norma menuju kemodenan. Penggunaan corak yang bersih dan abstrak dengan warna tropical menyerlahkan kecantikan rekaan.
FLORAL SERENITY
Bunga dan rama-rama melambangkan keanggunan dan kecantikan, dengan sentuhan warna-warna berani untuk memberikan lebih rasa perayaan. Direka secara eksklusif untuk mereka.
View this post on Instagram
TOTE BAG cantik!!!! 3 koleksi untuk dikumpul.. rekaan eksklusif dari si cantik manis @neelofa bersempena campaign Bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti seiring dengan tema “Seiring Ramadhan” yang berlansung dari 2 May -29 May 2019. Ada 3 corak semuanya “Red Blossom””Nature Beauty “ dan “Floral Serenity”. Pilihan ku tentu saja RED BLOSSOM!!!. Nak tak TOTE BAG cantik ni? Senang je belanja di @guardianmalaysia sebanyak RM20 & keatas dari jenama yang terlibat atau RM30 tanpa jenama terlibat. Jadi awak boleh dapat PWP Tote Bag ni dengan harga HANYA RM17.90 (np: RM29.90) 40% diskaun tu.. suka tak?! So lepas ni laju- laju terjah outlet Guardian ok!! @guardianmalaysia (While stock last)!!gittew🔥🔥🔥🌸🥰. #GuardianMalaysia #GuardianXNaelofar #healthybeautyA post shared by COMEL AZHAR (@comelcomot_official) on May 2, 2019 at 9:36am PDT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://comot-pink.blogspot.com/2019/05/guardian-naelofar-lancar-beg-tote.html