Informasi Kisah Artis Dipeluk Peminat Wajarkah



HALAMAN HIBURAN
Kisah Fara dipeluk peminat

BIARPUN tahu kontroversi itu asam garam dunia artis namun bagi penyanyi Fara Hazel seboleh-bolehnya mahu menjauhkan diri daripada terjebak dengan sebarang isu panas.Bukan tidak kuat berdepan cabaran, tetapi gadis manis ini sentiasa berusaha menjaga nama baik keluarga dalam mengha­rungi perjalanan karier seninya dan mengecap populariti.Tetapi apakan daya, kontroversi yang terpalit pada adiknya, Aiman Tino baru-baru ini secara tidak langsung turut mengheret namanya menjadi bahan kritikan masyarakat.Umpama cubit paha kanan, paha kiri terasa jua. Sebagai kakak, Fara turut merasai tempiasnya. Suka tidak suka dia terpaksa menelan pahit itu dan menjadikan perkara itu pengajaran.“Alhamdulillah perkara itu pun sudah reda. Saya percaya apa yang terjadi itu pengajaran besar buat Aiman dan buatkan dia lebih berhati-hati.“Sebagai kakak, saya ada menasihati dia tetapi terpulang­lah kepada dia sama ada mahu mendengar atau tidak. Ketika perkara itu masih panas, tekanan untuk saya tidaklah besar berbanding Aiman.“Saya dan keluarga menghadapinya dengan sabar. Selepas beberapa lama, kami lihat Aiman pun semakin tenang,” katanya kepada Pancaindera.Terdahulu, nama Aiman panas dengan penyebaran video lucah pemuda yang mirip penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu melakukan aksi kurang sopan di dalam sebuah bilik tular.Penyanyi itu bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya individu dalam video itu adalah dirinya.JAGA BATASTidak hanya Aiman, tahun lalu pemilik nama sebenar Nurfaraazira Yusri ini juga pernah terpalit dengan isu gara-gara perkongsian sekeping foto yang dikaburkan bahagian dada dalam media sosial.Pengalaman dikecam warganet menjadikan dia lebih berhati-hati setiap kali memuat naik apa saja foto dalam Instagram miliknya.Malah dia sentiasa mengingati pesanan ibu bapanya agar menjaga pemakaian, tingkah laku dan tutur kata terutama setiap kali di depan khalayak.“Ibu dan ayah saya memang sangat menitikberatkan soal pemakaian, tidak boleh mencolok mata, jaga kelakuan dan tutur kata apabila berada di khalayak.“Bagi saya, ada baiknya juga apabila kita selalu diperhatikan masyarakat sebab itu yang buat saya sentiasa berwaspada dan tidak buat perkara yang bukan-bukan,” tuturnyaPun begitu, Fara menegaskan yang dia bukanlah seorang yang suka membaca komen-komen negatif yang dilemparkan warganet.Petuanya mudah, jangan mempedulikan komen tersebut! Namun sekiranya ada komen yang terlalu melampaui batas, dia akan menyekat pengikut berkenaan.“Setakat ini tidak komen yang sampai buat saya rasa kecil hati lagi pun saya jenis tidak suka baca komen negatif. Kalau ada pun kritikan, orang lain yang menyampaikan kepada saya dan saya hanya mendengar dan abaikan saja.“Tetapi kalau ada yang melampau memang saya akan sekat atau ‘sorok’ individu itu daripada akaun media sosial saya,” tambahnya.KENA PELUKDi sebalik kritikan, Fara bagaimanapun bersyukur kerana kerjaya nyanyiannya semakin berkembang dengan buah tangah baharu bertajuk Sukar Untukku.Lebih menggembirakan, dia sekarang sudah boleh berdiri dengan nama sendiri berbanding dua tahun lalu kehadirannya dalam industri masih dibayangi Aiman.“Saya rasa perjalanan kerjaya saya sederhana. Satu yang ketara, sekarang orang sudah mula mengenali dan panggil saya Fara Hazel. Kalau sebelum ini mereka panggil saya kakak Aiman,” katanya tertawa.Paling tidak disangka, dia menerima sambutan hangat peminat ketika mengadakan jelajah di negeri Pantai Timur iaitu di Terengganu.Fara berkata dia terkejut melihat gelagat sebilangan mereka yang bagaikan diserang histeria apabila dapat bertentang mata dengannya.“Ketika saya menjelajah ke negeri Terengganu, ramai peminat di sana yang mengenali saya. Selain mereka minta mahu bergambar bersama, saya dipeluk.“Malah ada yang datang dan menjerit di depan muka saya. Walaupun saya terkejut tetapi saya faham mereka teruja berjumpa dengan artis yang mereka minati.“Ibu selalu berpesan kepada saya dan Aiman jangan sesekali sia-siakan peminat. Walaupun penat, kami kena hargai dan layan mereka sebaiknya sebab tanpa sokongan mereka kami tidak berada di sini,” ujarnya. (Utusan Online)Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah perkara seperti ini berlaku dalam sebuah negara umat Islam yang Islam menjadi Agama bagi negara (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan)? Perlukah diwujudkan bimbingan hiburan atau nyanyian berpandukan syariah seperti yang berlaku di negeri bawah tadbiran PAS?Lihat lagi..E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/informasi-kisah-artis-dipeluk-peminat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Ini Kisah Sedih Lelaki Tua Pelarian Syria

Informasi Ini Kisah Sedih Lelaki Tua Pelarian Syria

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 322 hits
Abu Bilal 52 bergambar bersama kambing ternakannya di kem Al Aghedad kota Talul Kamarah BernamaLelaki tua pelarian Syria ini jalan kaki 3km setiap hari demi sara keluargaIDLIB Seorang pelarian Syria Abu Bilal 52 berkongsi pengalamannya berj...
Najib Akan Turun Berkempen Orang Rantau Tak Kisah Kes 1mdb Mohamad

Najib Akan Turun Berkempen Orang Rantau Tak Kisah Kes 1mdb Mohamad

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 318 hits
Astro Awani April 02 2019 12 55 MYT Kehadiran Bekas Pengerusi BN yang terpalit dengan isu dana 1Malaysia Development Berhad itu tidak akan memberi kesan kepada pengundi di Rantau Gambar failSEREMBAN Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad...
Cinta Non Grata Kisah Bagaimana Amelia Henderson Kejar Hidup Mewah

Cinta Non Grata Kisah Bagaimana Amelia Henderson Kejar Hidup Mewah

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 806 hits
Hello pembaca kesayangan TV3 telah mula membawakan kisah Cinta Non Grata melalui slot Drama Sangat pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam bermula dari 20 Mac 2019 yang lalu Cinta Non Grata arahan Feroz Kader mengisahkan tentang Dar...
Status Kisah Kehamilan Wanita Mandul Di Zaman Nabi Musa A S

Status Kisah Kehamilan Wanita Mandul Di Zaman Nabi Musa A S

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 686 hits
Soalan Apakah status kisah ini berkaitan mukjizat doa dan kelebihan mengucapkan perkataan Ya al Rahim Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa Wanita itu berkata Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seorang zuriat Lalu Nabi ...
Liverpool Menang Cara Kotor Ada Siapa Kisah Jurgen Klopp

Liverpool Menang Cara Kotor Ada Siapa Kisah Jurgen Klopp

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 273 hits
Nampaknya pengendali pasukan Liverpool Jurgen Klopp tidak kisah digelar menang dengan cara kotor asalkan pasukannya dapat mencuri tiga mata berharga Ini apabila Liverpool berjaya mendapatkan kemenangan dramatik 2 1 menentang Tottenham yang ...
Arti Isra Miraj Kisah Nabi Muhammad Dan Sejarah Diperintahkannya Sholat Untuk Pertama Kalinya

Arti Isra Miraj Kisah Nabi Muhammad Dan Sejarah Diperintahkannya Sholat Untuk Pertama Kalinya

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 343 hits
Kehadiran Rasulullah SAW mendakwahkan kebenaran dari Allah SWT rupanya membuat orang orang musyrik Makkah benar benar kehilangan kesabaran Rintangan dan terror yang ditujukan kepada Nabi dan para pengikutnya tidak lagi mempertimbangkan wakt...
Kisah Kisah Asnaf Miskin Tetapi Pemalas

Kisah Kisah Asnaf Miskin Tetapi Pemalas

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 513 hits
Tahukah anda sesetengah orang yang menjadi miskin adalah kerana sikap malasnya Oleh Aku nak kongsi beberapa kisah asnaf ringkas dan minta korang bagi cadangan camne lagi nak bantu orang yang sebegini Ada ramai orang jadi miskin sebab musiba...
Kisah Nabi Yusuf Menuju Ke Mesir

Kisah Nabi Yusuf Menuju Ke Mesir

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 847 hits
KISAH NABI YUSUF BAGIAN KE 2PERJALANAN KE MESIR Imam As Sudai berkata Nabi Yusuf tinggal di sumur selama tiga hari dan pada hari keempat datanglah rombongan pedagang dari kota Madyan hendak mengadakan perniagaan di Mesir Mereka beristirahat...
Belajar Tak Fokus Macam Mana Nak Dapat Kisah Selempang Pink Ayah Sebak Mak Mera Juk Dua Hari

Belajar Tak Fokus Macam Mana Nak Dapat Kisah Selempang Pink Ayah Sebak Mak Mera Juk Dua Hari

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 536 hits
Kau belajar main main macam mana nak dapat Kisah selempang pink Ayah sebak Mak merajuk dua hari Seorang bapa kecewa apabila anaknya tidak memakai selempang merah jambu pada majlis konvokesyen tamat pengajian diploma di Universiti Teknologi ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa