Informasi Ini Kisah Sedih Lelaki Tua Pelarian Syria



Abu Bilal, 52, bergambar bersama kambing ternakannya di kem Al Aghedad, kota Talul Kamarah. - Bernama

Lelaki tua pelarian Syria ini jalan kaki 3km setiap hari demi sara keluarga
IDLIB: Seorang pelarian Syria, Abu Bilal, 52, berkongsi pengalamannya berjalan kaki sejauh tiga kilometer dari kota Talul Karamah ke kota berdekatan setiap hari untuk bekerja bagi mendapatkan duit membeli makanan buat kambing ternakannya dan baja bagi tanamannya.

Lelaki tua yang berasal dari kota Hama itu berkata duit hasil titik peluhnya itu juga digunakan bagi membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan buat diri dan kedua-dua anak kecilnya.

"Bagi mencari duit untuk membeli makanan kambing-kambing yang saya ternak, baja-baja dan biji benih tanaman, bekalan makanan dan ubat-ubatan, saya terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja dengan berjalan kaki tiga kilometer setiap hari dari kota Talul Karamah ke kota-kota sekitar.

"...dan itulah rutin saya bagi menyara keluarga sendiri," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kem Al Aghedad di kota Talul Karamah, pada Khamis.

Katanya selain menternak kambing, beliau juga mengusahakan tanaman buah tomato, ubi kentang dan sayur timun untuk dimakan, yang mana beliau akan menyedekahkan lebihan hasil tanamannya itu kepada rakan-rakannya yang susah di sekitar kem.

Beliau turut menceritakan detik cemas ketika kampungnya diserang tentera Bashar Al Assad tiga bulan lalu, yang mana beliau melarikan diri bersama kedua-dua anaknya yang masing-masing berumur 10 dan 9 tahun sebelum tiba di kem itu untuk berteduh bersama hampir 100 keluarga pelarian yang lain.


Abu Bilal, 52 (empat, kiri), memerhati kambing ternakan dan beberapa orang rakannya bercucuk tanam di kem Al Aghedad, kota Talul Kamarah. - Bernama
"Marabahaya tidak pernah berhenti menghantui saya sekeluarga, yang mana tiga bulan lalu kami terpaksa lari dari kampung kami di Hama kerana telah diserang tentera Al Assad dan malangnya isteri saya syahid ketika serangan itu.

"Namun apabila tiba dan menetap di kem ini, kami menyangkakan kami telah selamat tetapi baru sahaja seminggu lepas kem ini telah dibedil bom mortar oleh pesawat tentera Al Assad sehingga mengorbankan 17 nyawa," kata Abu Bilal.

Beliau ditemui ketika delegasi daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tiba di kem Al Aghedad bagi menyampaikan bantuan 100 buah khemah baharu bagi menggantikan khemah-khemah yang telah lusuh dan rosak.

Delegasi seramai 11 orang itu turut sama bergotong-royong bagi memasang kesemua khemah itu bersama-sama penerima.

Ketua Pegawai Eksekutif Mapim yang juga Ketua Delegasi Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery berkata keunikan khemah baharu itu ialah ianya dilengkapi dengan pintu besi dan mempunyai selak kunci dari dalam bagi mengelakkan khemah dimasuki haiwan atau serangga berbahaya.

"Uniknya khemah yang kita sumbangkan ini ialah selain ciri-ciri keselamatannya yang telah ditambah baik berbanding khemah yang kita sumbangkan sebelum ini, ia dilengkapi dengan pintu besi dan mempunyai selak kunci di samping khemah ini turut menggunakan kerangka batang besi yang menjadikan ia sangat kukuh untuk menghadapi sebarang jenis cuaca ekstrem," katanya.

Ahmad Sani Araby berkata Mapim melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Rescue Syria akan menambah lebih banyak jumlah penerima khemah baharu bagi pelarian di sekitar Syria dari semasa ke semasa.

Pihaknya merayu agar rakyat Malaysia turut menghulurkan sumbangan wang ringgit secara berterusan di http://bit.ly/2UMoUZi atau Maybank 5628-3463-6987 (Syria Emergency Appeal).
-- BERNAMA
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/informasi-ini-kisah-sedih-lelaki-tua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi 11 Keluarga Sedih Dihalau Sebelum Ramadan

Informasi 11 Keluarga Sedih Dihalau Sebelum Ramadan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 433 hits
MOHD ZIN MUSTAFA 47 bersama sama ahli keluarga duduk di bawah flat Jalan Tasek 64 Seri Alam Pasir Gudang Johor selepas diarahkan keluar rumah oleh kerajaan negeri kerana tunggakan sewa tidak dibayar sejak 2015 UTUSAN ONLINEPASIR GUDANG 16 A...
Informasi Kisah Artis Dipeluk Peminat Wajarkah

Informasi Kisah Artis Dipeluk Peminat Wajarkah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 326 hits
HALAMAN HIBURANKisah Fara dipeluk peminatBIARPUN tahu kontroversi itu asam garam dunia artis namun bagi penyanyi Fara Hazel seboleh bolehnya mahu menjauhkan diri daripada terjebak dengan sebarang isu panas Bukan tidak kuat berdepan cabaran ...
Kisah Sandwich Di Prasekolah

Kisah Sandwich Di Prasekolah

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 728 hits
Kisah Di PrasekolahSetiap kali balik sekolah Nur Ain dan Alia pasti teruja nak berkongsi cerita dengan Fiza Apa saje yang dorang lalui di sekolah pastinya akan diceritakan balik pada Fiza Padahal Fiza tak pernah paksa pun dorang untuk berce...
Kisah Gaib Sopir Ambulans Bikin Bulu Kuduk Merinding

Kisah Gaib Sopir Ambulans Bikin Bulu Kuduk Merinding

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 323 hits
Ambulans kerap dipandang menyeramkan bagi sebagian orang khususnya ambulans pengangkut jenazah Namun tidak bagi Arief Rahman selama lebih dari lima tahun lebih menjadi sopir ambulans selalu ada pelajaran berharga di dalamnya Barang sekecil ...
Kisah Nabi Yusuf Skandal Di Istana Quthifar

Kisah Nabi Yusuf Skandal Di Istana Quthifar

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1410 hits
KISAH NABI YUSUF BAGIAN KE 3SKANDAL DI ISTANA QUTHIFARQithfir mengajak Yusuf tinggal dirumahnya dseperti yang tersurat dalam Surat Yusuf yang artinya Qithfir berkata pada isrinya muliakanlah ia mungkin ia sangat bermanfaat baghi kita dan an...
Saya Tak Suka Bertudung Walaupun Arwah Suami Puji Cantik Bila Berhijab Wilma Muhammad Kongsi Kisah Hijrahnya

Saya Tak Suka Bertudung Walaupun Arwah Suami Puji Cantik Bila Berhijab Wilma Muhammad Kongsi Kisah Hijrahnya

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 2517 hits
Seksi dan menggoda Itu antara watak yang sering dipegang pelakon Wilma Mummmad satu ketika dahulu Popular dengan filem Ghazal Untuk Rabiah dan Pasrah Wilma telah mengubah cara hidupnya untuk menjadi Muslimah sejati selepas berkahwin dengan ...
Penduduk Rantau Tak Kisah Cerita Kekayaan Tok Mat

Penduduk Rantau Tak Kisah Cerita Kekayaan Tok Mat

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 498 hits
Mohamad Hasan disenangi penduduk Rantau kerana keperibadiannya yang suka membantu rakyat SEREMBAN Rata rata penduduk Rantau tidak kisah dengan isu kekayaan calon Barisan Nasional DUN Rantau Mohamad Hasan yang dimainkan Pakatan Harapan baru ...
Kisah Seram Jalan Beluran Telupid Sabah

Kisah Seram Jalan Beluran Telupid Sabah

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 1139 hits
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh Ini adalah kisah pertama aku sajikan untuk pembaca tegar sekalian Walaupun kisah aku ini tidaklah seseram mana macam cerita Conjuring tu Tak apa lah yang penting ianya tetap menjadi sejarah dan seba...
It S Been One Decade And Half Since We Took Picture Together Kisah Unik Gadis Ini Menjadi Perhatian Ramai

It S Been One Decade And Half Since We Took Picture Together Kisah Unik Gadis Ini Menjadi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 385 hits
It s Been one Decade And Half Since We Took Picture Together Kisah Unik Gadis ini Menjadi Perhatian Ramai KISAH dua sahabat ini yang kali terakhir bertemu 12 tahun lalu ketika masing masing berusia tujuh tahun mengingatkan kita kepada iklan...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan