It S Been One Decade And Half Since We Took Picture Together Kisah Unik Gadis Ini Menjadi Perhatian Ramai
“It’s Been one Decade And Half Since We Took Picture Together..” – Kisah Unik Gadis ini Menjadi Perhatian Ramai!
KISAH dua sahabat ini yang kali terakhir bertemu 12 tahun lalu ketika masing-masing berusia tujuh tahun mengingatkan kita kepada iklan Tan Hong Ming in Love untuk Petronas Merdeka pada 2007.
Apa yang membezakan iklan tersebut dengan dua sahabat ini adalah kedua-duanya berbangsa Melayu dan mereka rapat sejak berusia empat tahun.
Namun Amin Adli Dolbaharin tidak menduga dapat bertemu semula dengan Ana Natasha Haris Ariffin atau Tasha apabila mereka menyambung pengajian di sebuah universiti awam yang sama di Dengkil pada Jun 2018.
Pertemuan Semula
Susulan pertemuan tersebut, pemuda berasal dari Terengganu itu membuat keputusan untuk memuat naik dua keping gambar terkini dan gambar ketika mereka memakai uniform tadika sewaktu berusia enam tahun.
Gambar tersebut mendapat perhatian netizen dengan diulang kicau sebanyak 5,570 kali dan mendapat lebih 13,000 tanda suka.
Rata-rata netizen memuji dua sahabat itu yang masih cam antara satu sama lain meskipun sudah meningkat dewasa.
Berkawan Rapat Sejak Kecil
Amin Adli atau lebih mesra disapa Amin memberitahu mereka sebenarnya berkawan rapat sejak kecil dan sama-sama bersekolah di Tadika An-Nur Kerteh, Terengganu.
“Kami memang rapat sejak berusia empat tahun. Kebetulan dulu pun satu kelas tadika. Kami juga selalu main bersama. Lagipun mak ayah kami kenal satu sama lain.
“Saya masih ingat lagi masa kecil-kecil dulu kena marah dengan ustazah sebab kuat bersembang dengan dia. Bila teringat rasa kelakar pula,” katanya.
Ditanya bagaimana mereka masih cam antara satu sama lain, Amin berkata mereka berhubung semula menerusi Instagram kira-kira empat tahun lalu.
“Kami terjumpa di Instagram tak silap masa tu tingkatan tiga. Sejak dari itu kami selalu reply Insta Story masing-masing.
Saya masih ingat lagi masa kecil-kecil dulu kena marah dengan ustazah sebab kuat bersembang dengan dia. Bila teringat rasa kelakar pula.
“Namun kami tidak pernah bersemuka kerana duduk di taman (perumahan) berlainan. Lagipun jarak rumah agak jauh dan sekolah menengah pun tak sama,” katanya.
Terkejut
Mengenai reaksi mereka semasa bersemuka buat kali pertama pada Rabu lalu, Amin berkata kedua-dua terkejut kerana tidak menduga dapat bertemu semula setelah sekian lama.
“Kami macam tak percaya boleh jumpa. Tak sangka kami belajar di Asasi UiTM Dengkil. Saya ambil kursus kejuruteraan manakala Tasha pula undang-undang.
“Masa jumpa tu tak adalah segan sebab kami kawan lama… cuma kami terkejut sebab terjumpa di sini ketika masing-masing dah dewasa,” katanya.
Diminta mengulas mengenai komen netizen yang menyifatkan pertemuan semula itu sebagai jodoh mereka, Amin berkata mereka hanya sekadar kawan.
“Kami berkawan dari kecil sehinggalah dewasa. Itu membuatkan kisah persahabatan kami unik,” katanya.
Sumber: Mstar Online
The post “It’s Been one Decade And Half Since We Took Picture Together..” – Kisah Unik Gadis ini Menjadi Perhatian Ramai! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/its-been-one-decade-and-half-since-we-took-picture-together-kisah-unik-gadis-ini-menjadi-perhatian-ramai/