Informasi Asb Pinjaman Asb Atau Simpan Sendiri Mana Pilihan Kita





  Akhir tahun 2013 ni ramai rakan-rakan Pemikir berbicara tentang Dividen Hebat daripada simpanan masing masing dan kebanyakan mereka adalah penyimpan Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Maklumlah, PNB baru sahaja mengeluarkan kadar dividen 2013 iaitu 8.7%. 

2. Namun Setelah berbicara sekian lama, kebanyakan mereka sebenarnya membuat pinjaman ASB dari beberapa bank seperti CIMB, Maybank dan yang terbaharu RHB Bank. Maka Pemikir melakukan sedikit penyelidikan berkaitan hal ini (loan ASB), dan dalam banyak banyak pembacaan Pemikir, Artikel oleh Blog Berita Semasa sebagaimana tercatat dibawah ini adalah yang paling munasabah dan bersandarkan fakta yang benar serta perlu diberi perhatian oleh para peminjam atau mereka yang berhasrat untuk meminjam sebagaimana Pemikir. 
3.  Melakukan sedikit pembacaan (kajian) terhadap apa yang cuba dilakukan adalah langkah terbaik sebelum kita meletakkan WANG (Duit) kita kepada risiko risiko yang ada dalam pasaran. Oleh itu luangkanlah sedikit masa untuk anda membaca dan menneliti artikel berkaitan Pinjaman ASB sebagaimana di bawah...---------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh Staff Berita semasa:
Rata-rata ramai pembaca Berita Semasa pastinya mempunyai simpanan atau pelaburan. Ada banyak instrument pelaburan yang boleh kita gunakan seperti pelaburan Amanah Saham, Forex, Fixed Deposit, dan bermacam-macam lagi.
Ramai sebenarnya masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang bagaimana pelaburan-pelaburan ini berfungsi. Kebanyakan mereka suka mengambil jalan mudah dengan main kutu skim cepat kaya, beli pangkat dalam MLM dan sebagainya, yang akhirnya memakan diri sendiri. Sehinggakan semasa nak masuk skim cepat kaya dan MLM, sanggup buat personal loan lagi. Keazaman seperti itu harus dipuji tetapi mungkin tekniknya tidak berapa betul. Apabila MLM hangus, akhirnya diri terpaksa menanggung hutang pula setiap selama 20 tahun.
Dari kehidupan yang sempit menjadi bertambah perit!.
Kali ini, kami memilih tajuk Pelaburan ASB. Tak perlu lagi kami jelaskan apa yang dimaksudkan dengan pelaburan ASB di sini kerana ASB ini dah pun berpuluh tahun dilaksanakan dan kredibilitinya diakui ramai dalam memberikan pulangan kepada para pelaburnya. Dividen yang diberikan agak konsisten iaitu sentiasa di atas paras normal. Ini yang menyebabkan ramai memilih pelaburan ASB. Risiko yang dihadapi pelabur agak rendah.
Pelaburan ASB ini, secara mudahnya, kami boleh pecahkan kepada 2 cara bagaimana nak menyimpan duit di dalamnya.
1. Ambil sebahagian duit dari duit gaji tiap-tiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun ASB anda2. Buat Pinjaman ASB (loan ASB) dengan Bank-bank seperti Maybank, CIMB, RHB dan sebagainya.
Dan kalau diikutkan dengan situasi sekarang, rasanya ramai di antara kita memilih cara ke-2 seperti di atas untuk menyimpan duit dalam ASB. Pastinya anda paling tidak pun, pernah terjumpa dengan pelan ke-2 ini tadi iaitu pinjaman ASB (loan ASB). Namun di sini, kami akan tunjukkan kepada anda, mana satu cara yang sebenarnya lebih baik dan yang mempunyai kelebihan dalam jangka masa panjang. Pastinya kalau anda lihat di antara ke dua-dua cara itu tadi, ramai yang memilih pelan yang ke-2 iaitu pinjaman ASB (loan ASB). Antara alasannya :
1. Lebih mudah, hanya potong gaji sahaja bulan-bulan.2. Tak perlu menunggu lama untuk memenuhkan akaun ASB anda3. Dapat dividen juga
Baiklah, kami ambil satu situasi di mana Encik Ahmad, ingin membuat Pinjaman ASB (loan ASB) sebanyak RM 30,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 171 selama 25 tahun. Bersama-sama ini kami lampirkan di sini jadual dari website Maybank berkaitan dengan Bayaran Bulanan untuk pinjaman ASB (loan ASB) ini.Perhatikan pada bahagian bawah sekali jadual ini, ada tertulis kadar pinjaman adalah 6.30%.
http://www.maybank2u.com.my/WebBank/asb_repymntable130710.pdf
Jadi sekarang, katakan dah cukup setahun dari tarikh kita buat loan ASB ini, PNB mengumumkan peratus dividen adalah 8.75%. Maka, kita ambil semula jumlah RM 30,000 tadi dan darabkan dengan peratus dividen.
RM 30,000 x 8.75 % = RM 2625
Nampak macam banyak bukan? Tapi jangan lupa pasal bayaran bulanan anda RM 171 itu tadi, maka darabkan dengan dengan 12 bulan.

RM 171 x 12 bulan = RM 2052
Jadi, keuntungan sebenar anda hanyalah :RM 2625 – RM 2052 = RM 573
Melalui ini, sedikit sebanyak kami nak tarik perhatian anda semua, untuk mengira berapa sebenarnya yang anda dah bayar kepada bank setiap bulan selama 25 tahun sebagai modal pinjaman ASB anda. Dari kadar tahunan bayaran bulanan yang telah pun kita kira sebentar tadi iaitu RM 2052, kita darabkan pula dengan 25 tahun.
RM 2052 x 25 tahun = RM 51300
Namun sebelum itu, adalah baik sekiranya kami kirakan juga kirakan jumlah dividen yang anda bakal perolehi termasuklah dengan pinjaman matang anda sebanyak RM 30,000 itu tadi selama 25 tahun. Pengiraan ini adalah menggunakan formula “Compound Interest” di mana, hasil dividen tadi pada setiap akhir tahun, akan ditambah semula dengan pinjaman principal anda sebanyak RM 30,000 untuk dikirakan kembali pada tahun ke- 2 dan seterusnya.
Formula compound interest adalah:
A=P(1+r/n)ntDi mana:A=Jumlah wang yang diakumulasiP= Amaun pinjamanr=kadar interestt=jumlah berapa tahun pinjaman atau deposit andan= berapa kali setahun dividen anda dikira dalam kes ini
Hhasilnya adalah seperti di bawah:
A= 30,000(1+0.0875/1)1*25 dan hasilnya pada 25 tahun akan datang adalah:
RM 244,260.31!
Wah, Nampak macam banyak bukan. Dalam masa 25 tahun sahaja, jumlah terkumpul anda dalam masa 25 tahun adalah RM 244,260.31. Namun itu belum ditolak dengan jumlah bayaran bulanan anda selama 25 tahun yang berjumlah RM 51,300. Jadi, keuntungan anda sebenar adalah :
RM 244,260.31 – RM 51300 = RM 192,960.31
Jadi, inilah keuntungan yang anda buat setelah 25 tahun memberikan komitmen bulanan kepada bank. Namun ini diandaikan sekiranya anda tidak mengambil dividen tersebut setiap hujung tahun untuk kegunaan anda. Sekiranya anda mengmbilnya setiap hujung tahun, maka jumlah seperti di atas ini, tidak akan tercapai. Ada juga yang menggunakan teknik hanya membayar komitmen selama setahun sahaja dengan bank, dan kemudian untuk tahun kedua, mereka akan gunakan duit dividen pada tahun pertama tadi untuk membayar bayaran bulanan untuk tahun ke-2 dan begitulah seterusnya.
Namun yang perlu di ingat di sini adalah tentang 2 perkara.Iaitu:
Kadar Base Lending Rate (BLR)Kadar Dividen ASB
Kedua-dua kadar ini sentiasa berubah-ubah. Tidak semestinya BLR tahun ini rendah, maka tahun depan juga rendah. Begitu juga dengan Kadar Dividen ASB. Tahun ini 8.75%, tahun depan belum tentu sama. Mungkin lebih tinggi daripada tahun ini (yang ini akan membuatkan ramai tersenyum lebar) tetapi mungkin akan merosot berbanding kadar dividen tahun ini. Buatnya kalau BLR dah tinggi, tambah pulak dengan kadar pinjaman dah jadi 8%, dividen ASB diumumkan hanya 7.25%. Jadi…risiko tetap ada. Akhirnya anda perlu menambah pula di bank.
Baiklah, sekarang cerita pasal simpan duit sendiri pulak. Katakan kita simpan duit sendiri sebanyak RM 200 sebulan dalam ASB, selama 25 tahun. Ambik kadar rata dividen ASB adalah 8.75%. Jadi, berapakah jumlah terkumpul yang boleh kita dapat dalam masa 25 tahun tersebut?
Sekali lagi formula “Compound Interest” memainkan peranannya. Hasilnya bagi jumlah terkumpul selama 25 tahun adalah sebanyak RM 232,576.79!. Nampak kurang sedikit daripada kaedah membuat pinjaman ASB (loan ASB) bukan? Namun apa yang positifnya di sini adalah, anda tidak perlu membayar bayaran bulanan anda. Maka tak ada apa yang perlu anda tolak
Jelas di sini, menyimpan sendiri adalah lebih baik pada jangka masa panjang. Namun kami juga tidak mengatakan bahawa kaedah pinjaman ASB juga tidak bagus. Namun, sebenarnya, bank lebih banyak mengambil duit dari anda. Sekiranya anda bersedia membayar komitmen bulanan kepada bank untuk pinjaman ASB, maka kami andaikan bahawa anda juga boleh beri komitmen untuk bayar sendiri bulan-bulan ke dalam akaun anda.
Jadi, di sini kami sediakan PRO dan KONTRA bagi pelaburan ASB di antara buat Pinjaman ASB (loan VS Simpan Sendiri.
1) Pinjaman ASB (loan ASB)
Pro:Dapat prinsipal amaun lebih besar dan seterusnya, dividen lebih banyak dan lebih cepat.Bank akan telefon anda setiap hujung bulan tentang bayaran bulanan. Jadi, perkataan “terlupa” tak boleh dijadikan alasan. Atau anda juga boleh memilih untuk melakukan pembayaran secara automatik melalui perbankan yang dipilih oleh anda.Anda akan lebih berdisplin sebab kena buat bayaran bulanan.Pinjaman anda di insuranskan
Kontra:Anda tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya Future Value pinjaman andaBank ambik untung dari pelaburan anda tadi.Nilai sebenar yang anda dapat sebenarnya kurang dari anda menyimpan sendiri.Sekiranya dividen kurang dari BLR. Maka anda terpaksa topup kepada bank yang anda pinjam.
2) Simpan Sendiri
Pro:Future Value yang lebih banyakTak kena charge bankTiada risiko pada BLR sekiranya dividen diberikan kurang.Anda tetap untung.
Kontra:Masalah disiplin dalam menyimpan.Boleh jadi hangat-hangat tahi ayam kalau tak mulakan
Maka, dari pemerhatian kami, kedua-dua cara ini ada kelebihan dan kekurangan. Masalah utama bagi penyimpan sendiri adalah masalah disiplin nak menyimpan sebenarnya. Namun pada zaman ini, alasan ini sudah tidak relevan lagi. Kalau dulu, mungkin alasan malas nak beratur di bank boleh dijadikan penyebab anda masalah untuk melakukan pelaburan ASB contohnya. Namun dalam zaman internet ini, semuanya di hujung jari. Anda kini boleh melakukan pembayaran secara Maybank 2u (CIMB Clicks hanya membenarkan akaun konvensional sahaja, akaun Islamic tidak dibenarkan) untuk menyimpan duit anda akaun ASB sendiri. Jadi, tidak ada masalah bukan?
Apa-apa pun, kedua-dua cara ini adalah yang terbaik sekiranya anda ingin menyimpan wang dan juga anda tidak mengeluarkan dividen di dalamnya. Sekiranya tangan anda gatal setiap kali hujung tahun untuk mengeluar dan menggunakannya, maka sampai ke tualah duit dalam tu tidak beranak-pinak.
Kepada pembaca Berita Semasa yang bijak pandai dan mempunyai idea dan pandangan yang lebih menarik mengenai pelaburan ASB? Mari kongsikan pendapat anda di sini. Perbincangkan dengan pembaca lain di sini.da bce kn... so g----.. comment2.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://yongsaiyo.blogspot.com/2013/12/informasi-asb-pinjaman-asb-atau-simpan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Malaysia Tindas Francaisi Sendiri Mana Suara Ppim Dan Kpdnkk

Mcdonald S Malaysia Tindas Francaisi Sendiri Mana Suara Ppim Dan Kpdnkk

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 166 hits
Dua hari lepas blogger mendedahkan McDonalds Malaysia telah melanggar Akta Francais 1998 dan melakukan penindasan ke atas pemilik francais mereka Selain itu blogger berkenaan turut mendakwa pihak seperti KPDNHEP dan PPIM tidak mengambil apa...
Puisi Pilihan Gegar Di Mana Mana Oleh Yakub Uton Guru Desa

Puisi Pilihan Gegar Di Mana Mana Oleh Yakub Uton Guru Desa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 204 hits
mage courtesy of Phil Bird Published on 03 February 2017 at FreeDigitalPhotos net GEGAR DI MANA MANA Gegar di mana mana ada gegar di lautan samudera ada gegar di hutan belantara ada gegar di gunung ganang ada gegar di taman perumahan ada ge...
Lebih Hemat Mana Gofood Atau Grabfood

Lebih Hemat Mana Gofood Atau Grabfood

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 172 hits
Gofood dan Grabfood merupakan salah satu layanan yang disediakan oleh aplikator taksi Online seperti Go Jek dan Grab yang tentunya sudah dikenal banyak orang dengan menggunakan Baca selengkapnya di https www a dhea com
Oat Versus Nestum Yang Mana Pilihan Anda

Oat Versus Nestum Yang Mana Pilihan Anda

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 256 hits
Ini adalah nestum dewasaIni adalah nestum bayiDan ini adalah oatsKita selalau mendengar nama nestum dan oats ni tapi apakah sebenarnya perbezaan dua benda alah ni ya Jadi nita nak jelaskan bahawa oats adalah bijirin yang kasar diproses deng...
Part 2 Manipulasi Emas Join Program Atau Mula Sendiri

Part 2 Manipulasi Emas Join Program Atau Mula Sendiri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 203 hits
Dilemma nak join program atau nak buat urus niaga sendiri Maklumlah risau juga modal bukannya seringgit dua main empat lima angka tu Jadi mana nak masuk dulu ni join program atau terus bergerak sendiri Tepuk dada tanya selera masing masing ...
Impian Kerja Dari Rumah Atau Dari Mana Saja

Impian Kerja Dari Rumah Atau Dari Mana Saja

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 252 hits
Kerja dari rumah sememangnya membawa maksud bebas bekerja dengan pengawasan yang minima Kerja dari mana sahaja atau kerja remote pula membawa maksud bebas menetapkan tempat dan masa bekerja mengikut citarasa anda Jikalau diamati betul betul...
Oven Atau Ketuhar Yang Mana Sesuai Ya

Oven Atau Ketuhar Yang Mana Sesuai Ya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 171 hits
KONGSI TIPS TENTANG KETUHAR Ketuhar yang mana sesuai ya Masya allah Ramai betul yang merasa sangat gembira bila saya berkongsi tips tentang suhu pembakaran kek dan biskut semalam Terharu saya kerana ramai yang sudi mendoakan kesejahteraan s...
Kahwin Cara Melayu Vs Cara Islam Mana Satu Jadi Pilihan

Kahwin Cara Melayu Vs Cara Islam Mana Satu Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 192 hits
Kisah ni di ambil dari facebook sharing Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating Sebolehnya kita jangan dating dating ni Islam tak galakkan Apa pun cerita ini sekadar tauladan Buang yang keruh ambil yang jernih S...
Simpan Emas Atau Duit

Simpan Emas Atau Duit

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 329 hits
Galakkan membuat simpanan atau menabung duit telah lama diketahui oleh masyarakat kita Cuma tidak menjadi amalan atau tabiat dalam kehidupan Sejak zaman tabung buluh tabung tempurung nyior dan seumpamanya telah lama diperkenalkan Bahkan zam...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka