Part 2 Manipulasi Emas Join Program Atau Mula Sendiri


     

           Dilemma nak join program atau nak buat urus niaga sendiri? Maklumlah risau juga modal bukannya seringgit dua, main empat lima angka tu. Jadi mana nak masuk dulu ni, join program atau terus bergerak sendiri? Tepuk dada tanya selera masing-masing. Naik ikut cara jerung pun boleh. Guna saja skill 4 kotak tu. Skill pemain emas sejati katanya! Ratio kena mula dengan 1:1:1:1



Caranya;-

1. Beli tempahan berdiskaun (TB)
2. Mula kumpul duit
3. Dah cukup duit, mula beli barang dan simpan duit ditangan
4. Ada lebihan barang campak ke Bai't Al-Wafa untuk hasilkan duit
5. Ulang semula langkah 1...

Kesimpulannya;
Beli TB, ada duit beli barang, campak ke bai't al-wafa, dapat duit beli TB lagi.


Skill 4 kotak ni sesuai apply kalau nak bergerak sendiri. Kena banyak buat research tambahkan ilmu di dada. Kalau tak cukup ilmu di dada kemungkinan akan TERSONTOT tu tinggi.  Saya pun masih belum mula dengan skill 4 kotak ni. Ilmu belum cukup. Kalau rajin boleh join mana-mana kelas manipulasi emas. Ramai je jerung yang sudi berkongsi ilmu.

Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui bagaimana saya boleh ceburkan diri dalam dunia emas.

Bermula Julai lalu, saya mula menceburkan diri dalam dunia emas. Semuanya bermula apabila seorang kawan di tempat kerja saya namakan sebagai A, mengajak saya untuk join tempahan berdiskaun yang dikelola oleh satu syarikat X. Dalam program TB, urusniaga dia simple je; Anda tempah 100 gram emas 999.9 dalam bentuk GB pada harga RM 18,000. (Biasanya GB keluaran Pamp Suisse). Kemudian, apabila cukup 30 hari GB yang anda tempah siap dan anda diberi tiga pilihan samada nak ambil GB tersebut atau buyback dengan harga RM18,000 atau pilihan terakhir ialah anda terus autorestock dengan diberikan diskaun dari syarikat sebanyak RM14/gram. Maksudnya selagi anda tidak ambil GB atau buyback, anda akan terus terima RM14/gram setiap bulan. RM14 *100 gram maka anda akan dapat RM1,400/month.  Paling penting, modal anda tak hangus.

Contoh;
Order GB 999.9
100g = RM 18,000
Katakan tempoh Autorestock yang anda nak buat ialah 3 bulan:
Bulan pertama : dapat RM1,400 (RM14/g * 100g)
Bulan kedua : dapat RM1,400 (RM14/g * 100g)
Bulan ketiga : dapat RM1,400 (RM14/g * 100g) + RM 18,000 ATAU 100g emas 999.9
Total Jumlah yang dapat selepas 3bulan:
RM 4,200 + 100g emas 999.9
ATAU

Buyback RM 4,200 + RM 18,000 = RM 22,200
Keuntungan yang anda dapat;RM4,200 dalam masa 3 bulan
Kalau buat setahun, kiralah sendiri berapa keuntungan yang anda dapat

Saya tertarik dengan cara manipulasi TB  dan bersetuju untuk membuat tempahan 100 gram. Namun, penerangan yang saya dapat dari si A tak sama seperti apa yang saya tulis di atas. Saya diberitahu kalau saya tempah 100 gram dengan harga RM18,000 saya akan dapat diskaun sebanyak RM9/gram kalau saya buat autorestock. Which means, saya akan dapat RM900/months selagi saya tidak keluarkan modal atau ambil GB. Setelah berbincang dengan suami dan persiap mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang risiko, saya terus setuju keluarkan RM18,000 untuk dipindahkan ke akaun syarikat X. Pada ketika itu, saya memang noobs! memang tak tahu pun saya sepatutnya dapat RM14/gram. Kejamnya A makan untung atas angin atas modal saya RM5/gram. Dalam kes saya ni dia dapat RM500 free-free je sebulan. Nganga je dapat duit. Yang saya tak puas hati, dia langsug takde beritahu apa pun pada saya. Kalau dia beritahu saya yang dia nak ambil upah sebab tolong rekemen ke kira ok lah jugak, boleh diterima. Setakat RM1/gram sebulan ke boleh lagi dipertimbangkan. Tapi ni RM500 kot...yang sepatutnya jadi hak saya. Dua bulan je saya bagi peluang dia ambil hak saya. Lepas je dapat payment bulan pertama saya terus cakap saya nak buyback, nak ambil balik modal saya RM18,000 sebab ada emergency. Walaupun dah bagitahu awal, buyback hanya boleh dibuat apabila cukup tempoh matang bulan berikutnya. Sabar jelah kena tunggu lagi sebulan. Akhirnya, pada September saya dapat balik modal saya bersama RM900 diskaun. Jadi sempatlah rasa diskaun untuk 2 bulan tu (Ogos dan September) sebanyak RM1,800. Sepatutnya saya dapat RM2,800. Saya anggap je tiada rezeki!


Dalam masa menunggu dapat modal balik dari syarikat A, saya di invite join group JE oleh kawan saya. Bila dah masuk group rupanya banyak program-program menarik yang ditawarkan. Rasa macam nak join semua. Tapi sabar..orang tamak ni memang selalu rugi. Apa pun dalam pada tu sempat juga saya join satu lagi program kontra. Kontra Pisang Manis yang dikelola di bawah Kazanah Bangsa. Modal RM5,000 untuk 100 gram. Syarikat akan beli balik 100 gram itu dengan harga RM17,500 dengan cara ansuran selama 7 bulan. Setiap bulan saya terima RM2,500. Alhamdulillah, dah dua bulan saya dapat bayaran (dah dapat modal balik RM5,000). Cut-off setiap 20 hb. Jadi, bermula 20 November 2014 saya start terima keuntungan. Urus niaga ini akan tamat pada Mac 2015 depan.

Selain dari program kontra Pisang Manis, saya ada masuk dua ke tiga program lagi dari syarikat yang berlainan. Satu lagi tips untuk beginner, JANGAN sesekali anda letakkan semua modal anda pada satu tempat atau satu program. Sebaik-baiknya anda bahagikan kepada beberapa tempat atau program bagi merendahkan risiko. Kemudian, pada September lepas saya terima balik duit buyback saya RM18,000. Waktu tu syarikat X ada buka satu program yang sangat menarik. Syarikat X pada waktu tu sememangnya mendapat kepercayaan yang tinggi dari pemain-pemain emas. Saya pun amat yakin dengan syarikat X pada waktu itu. Saya namakan program itu program B.

Asasnya;

Loaded B
Syarikat X beli pamp 100 gram dengan harga RM20,000.
1. Jualkan pamp 100 gram pada syarikat atau jika tiada pamp, beli pamp dengan syarikat pada harga       RM13,000, jual balik pada mereka.

2. Semasa serahan pamp, syarikat akan bayar cash on the spot RM10,000 sebagai bayaran              
    pendahuluan. Baki RM10,000 lagi syarikat akan bayar secara ansuran selama 5 bulan. Bayaran           setiap bulan ialah RM2,000.

Kontra B
Berkongsi untuk membeli 100 gram pamp bersama pengelola. Modal yang perlu hanya RM4500, baki selebihnya pengelola dahulukan duit mereka. Jadi untuk kontra, pembeli tidak akan menerima bayaran pendahuluan RM10,000 sebaliknya pembeli hanya menerima RM10,000 ansuran selama 5 bulan.
-Proses jual beli sama seperti loaded B

Untuk program ini saya saya jual 100 gram pamp saya kemudian dapat cashback saya gunakan untuk melipat kontra sebanyak 300 gram. Jadi untuk 300 gram (RM13,500) saya perlukan tambahan cash sebanyak RM3,500. Jadi total semua modal saya pada ketika itu adalah RM13,000 + RM3,500 = RM16,500. Mulalah saya berangan-angan untuk terima bayaran  sebanyak RM8000 setiap bulan. Sepatutnya bulan Oktober merupakan bulan pertama bayaran. Namun, saya sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tiba masa syarikat sepatutnya buat bayaran, program itu terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. (No further comment on this issue). Syarikat berjanji akan memulangkan semula modal pembeli seawal bulan Disember nanti. Banyak perancangan yang dah saya list down bila dah dapat modal saya tu balik. Yang penting dah saya dah serik nak join program. Kalau join pun mungkin join TB je sebab modal tak hangus.


Selain program B dan Pisang Manis saya juga masuk program Pisang Manis Version 2 (PMV2). Program ni saya berjemaah dengan seorang kawan rapat. Saya berkongsi dengan dia untuk beli pamp 100 gram kemudian jual pada pengelola under program PMV2. Program ni under Kazanah Bangsa. Pihak syarikat setuju untuk beli pamp tu pada harga RM28,000. Cara bayaran pula lebih kurang macam program B. Seminggu selepas hantar pamp, pihak syarikat akan bayar RM10,500 kemudian baki lagi RM17,500 mereka akan bayar secara ansuran selama 7 bulan. Bayaran setiap bulan adalah RM2,500. Namun, oleh sebab modal tadi saya kongsi dengan kawan saya, saya hanya terima bayaran bulanan sebanyak RM2,500/2. Bayaran bermula Disember 2014- Mei 2015.


Satu lagi program adalah KJO4 yang dikelola oleh Kirajadi Gold. Untuk KJO4 ni ada pengelola buka secara jemaah. Satu jemaah ada 10 orang ahli. Program KJo4 ni kita jual pamp kita pada syarikat, mereka beli pada harga RM36,000. Tiada cashback tapi mereka bayar secara ansuran RM5400 setiap bulan selama 5 bulan. Jika tiada pamp, boleh beli pamp dengan pengelola pada harga RM13,500. Jadi untuk program yang dibuka secara berjemaah 10 orang. Harga untuk satu kepala/10 gram ialah RM1,350. Bayaran bulanan yang akan diterima ialah RM540 setiap bulan selama 5 bulan. Tujuan saya join jemaah ni niatnya untuk bayar utiliti bulanan seperti sewa rumah, bil air dan bil elektrik. Sewa rumah saya RM400 je. Ada lagi baki RM140 boleh bayar bil air atau pun bil elektril. Dengan hanya bermodalkan RM1,350 saya dah tak payah jimatkan banyak belanja. Kalau kira betul-betul sewa rumah untuk 5 bulan je dah RM400 X 5 = RM2000. Belum tambah bil elektrik yang mencecah RM100 setiap bulan. Bayaran pertama untuk program ni dijangka landing pada 5 Disember 2014 nanti. Program ni juga percubaan pertama saya dengan syarikat KJ Gold. Dengan emas ni tak perlu pun modal besar-besar sangat. Jika baru nak mula, tiada modal besar boleh start dengan modal kecil contohnya program KJO6 boleh beli serendah 1 gram dengan harga RM180.


Perancangan seterusnya, bila dah dapat balik modal dari program B nanti saya nak start buat ETA AUTORESTOCK dan COMPOUNDING. Apa itu ETA AUTORESTOCK dan COMPOUNDING? Saya akan cerita pada entri akan datang. Stay tuned! Suami pun saya paksa untuk start saving dengan membeli 10g KJO6 setiap bulan. Semoga beliau istiqamah!.

Konklusinya, join program lagi menguntungkan atau buat sendiri lagi untung? Dua-duanya sama penting. Paling bagus jika kita dapat kekalkan ratio 1:1. Join program pun kena ada, buat sendiri pon kena ada. Join program penting untuk kumpul modal beli pamp. Lepas beli pamp buatlah bisnes sendiri apa yang patut. Tak dinafikan, awal-awal saya join emas, saya hanya fikirkan pulangan yang tinggi je. Pengalaman benar-benar mematangkan kita. Sekarang fokus saya ialah play-safe minimize the risk selagi boleh. Namun demikian, bagi yang berani boleh je go on. Remember, high risk high return! :)

Sebagai permulaan tahun 2015, saya merancang untuk beli 100 gram secara ETA 30 untuk compunding dan beli ETA 7 untuk autorestock. Ingat! Play-safe slow and steady. Bukan nak kaya pun. Boleh tolong parents dan mampu beli keperluan dan kehendak cukuplah...

[Part 1] Manipulasi Emas: Jual Beli atau Pelaburan?[Part 2] Manipulasi Emas : Join Program atau Mula Sendiri?
Disclaimer: Rupanya, ramai kawan-kawan saya yang senyap-senyap sebenarnya dah lama join jual beli emas ni. Ada yang dah jadi ejen dah pun. Tabik spring!!!  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://adahunny.blogspot.com/2014/11/part-2-manipulasi-emas-join-program.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Part 5 Manipulasi Emas Compounding Dengan Program Kj05

Part 5 Manipulasi Emas Compounding Dengan Program Kj05

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 173 hits
Buat compounding sendiri sememangnya menguntungkan Namun adakah anda yakin anda sebagai orang baru berjinak jinak dapat mencari buyer dengan mudah untuk jual pamp pamp anda tu Haa ini merupakan persoalan yang bermain main di minda saya Jang...
Part 1 Manipulasi Emas Jual Beli Atau Pelaburan

Part 1 Manipulasi Emas Jual Beli Atau Pelaburan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 207 hits
Sejak kebelakangan ini kecoh tentang manipulasi emas dalam kalangan manipulator manipulator emas Melayu di Malaysia Sebut sahaja nama nama seperti Tok Belagak ARBA Muslim Abdullah and all those jerung jerung emas mesti ramai yang mengenalin...
Part 3 Manipulasi Emas Eta Autorestock

Part 3 Manipulasi Emas Eta Autorestock

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 202 hits
ETA ESTIMATED TIME OF ARRIVALETA merujuk kepada cara pembelian emas secara tempahan preorder Dengan ETA pembeli berpeluang membeli emas pada harga lebih murah daripada harga barang sedia ada readystock AUTORESTOCK pula merujuk kepada proses...
Part 4 Manipulasi Emas Eta 30 Dan Compounding

Part 4 Manipulasi Emas Eta 30 Dan Compounding

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum Akhirnya entry yang dinanti nantikan ye Sorry sebab lambat sangat up entry ni sebab saya bizi jaga SPM dan siapkan kerja kerja di akhir tahun Malam ni baru sempat nak update sambil tengok Maharaja Lawak Mega hihiOk jom hari ...
Informasi Asb Pinjaman Asb Atau Simpan Sendiri Mana Pilihan Kita

Informasi Asb Pinjaman Asb Atau Simpan Sendiri Mana Pilihan Kita

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 213 hits
Akhir tahun 2013 ni ramai rakan rakan Pemikir berbicara tentang Dividen Hebat daripada simpanan masing masing dan kebanyakan mereka adalah penyimpan Amanah Saham Bumiputera atau ASB Maklumlah PNB baru sahaja mengeluarkan kadar dividen 2013 ...
Petua 16 Pokok Paku Emas Atau Penawar Jambi

Petua 16 Pokok Paku Emas Atau Penawar Jambi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 239 hits
Pokok Paku Emas atau Penawar JambiNama saintifiknya Cibotium barometz dan ada yang memanggilnya penawar jambi bulu pusi dan berbagai lagi Daun paku emas tersusun rapi seperti pokok pakis tetapi saiznya jauh lebih besar dengan tangkai daunny...
Template Buku Program Tema Bentuk Warna Warni

Template Buku Program Tema Bentuk Warna Warni

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 464 hits
Anda boleh Muat Turun dengan menekan butang Muat Turun dibawah Link muat turun menggunakan server google drive alternatif menggunakan box dot com jika anda tidak tahu cara untuk muat turun template ini silakan tekan pada Tutorial terlebih d...
Cara Mudah Atau Cepat Belajar Renang Sendiri

Cara Mudah Atau Cepat Belajar Renang Sendiri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 202 hits
Klik Disini Untuk Info Lanjut This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Bisnes Manipulasi Perhatian Manusia Anda Mengawal Atau Dikawal

Bisnes Manipulasi Perhatian Manusia Anda Mengawal Atau Dikawal

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 266 hits
Berada dalam kawalan memerlukan usaha Ia juga memerlukan anda kadangkala membayar wang sebenar Tetapi adakah anda benar benar mahu perhatian anda dijual dan dimanipulasi oleh syarikat besar seperti Google dan Facebook Terdapat dua orientasi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash