Info Tentang Cacing Tanah African Night Crawler
INFO TENTANG CACING TANAH AFRICAN NIGHT CRAWLER - Bila cerita pasal cacing, mesti ada yang geli kan? Aku pun asalnya geli. Lama-lama aku jadi terminat pula terhadap cacing ni. Lagi pula sejak jadi penjual cacing.
Cacing bukan sebarang cacing. Aku nak cerita pasal cacing tanah jenis African Night Crawler. Korang pernah dengar ke pasal cacing African Night Crawler ni?
Cacing tanah jenis African Night Crawler berasal dari kawasan panas Afrika Barat, tetapi kini ramai menggunakan cacing jenis African Night Crawler (ANC) sebagai cacing kompos dan juga dijadikan sebagai umpan. Kebanyakan baja kompos diproses dari cacing African Night Crawler kerana hasilnya bagus dan memuaskan.
Sumber : Google Image
African Night Crawler (ANC) mempunyai badan yang berwarna ungu kekelabuan dan mempunyai segmen yang berwarna merah jingga. Cacing ANC dewasa dapat membesar 24 – 28 mm panjang dan beratnya boleh mencecah 2.5 g dan sesuai untuk dibesarkan dalam lingkungan suhu persekitaran 24 – 30°C.
Tempoh matang cacing ANC adalah selama 5 minggu, tetapi cacing ANC dapat menghasilkan kokun dalam tempoh seminggu. Penetasan setiap kokun akan menghasilkan dua ekor anak cacing.
Cacing ANC juga antara cacing yang sangat produktif dan berjasa pada tanah.
KEBAIKAN CACING TANAH AFRICAN NIGHT CRAWLER (ANC)
Antara fungsi cacing tanah African Night Crawler terhadap kompos adalah :
ANC membantu dalam melupuskan sisa organik dan kemudian dijadikan kompos tanah hitam dan boleh digunakan sebagai baja organik untuk tumbuhan dan tanah anda.
ANC juga berfungsi membantu memperbaiki struktur tanah, dan juga sebagai meningkatkan pertumbuhan tanaman,
ANC membantu pengudaraan tanah, yang membolehkan udara dan air yang cukup untuk mengalir ke dalam sistem (rumput atau taman anda).
ANC juga turut membantu banyak dalam proses vermicomposting dengan memainkan peranan yang besar dalam proses kitar semula.
Jika ada yang berminat dengan cacing tanah African Night Crawler ini, boleh WHATSAPP @ http://wasap.my/+60176701489/ANC
~ SENARAI HARGA ANC ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2020/01/info-tentang-cacing-tanah-african-night.html