Info Sihat Kolesterol Warisan



Pengambilan makanan yang tidak seimbang terutama melebihkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatkan kadar kolesterol. Selain kurang bersenam, berat badan berlebihan dengan lemak yang tertumpu di bahagian perut dan pinggang meningkatkan kadar trigliserida dan menurunkan kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik.

Namun, segelintir orang memiliki kadar kolesterol yang tinggi walaupun mengamalkan gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang. Ini disebabkan faktor keturunan yang mempengaruhi masalah kolesterol tinggi.

Sekiranya ada ibu atau bapa yang mempunyai kadar kolesterol tinggi, maka besar kemungkinan anak mewarisi masalah itu.

Hiperlipidemia adalah terma merujuk kepada gangguan genetik yang mengakibatkan aras lipid (lemak, kolesterol dan trigliserida) yang tinggi dalam darah. Semua lipid ini boleh menembusi dinding arteri dan meningkatkan risiko pembentukan aterosklerosis atau arteri mengeras yang menyumbang kepada serangan jantung dan strok.

Risiko arteri mengeras ini lebih tinggi jika seseorang itu kuat merokok, menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.

Dianggarkan lebih tiga juta orang menghidap gangguan genetik ini di Amerika Syarikat dan Eropah. Malah, penyakit ini sangat biasa dalam kalangan penduduk di negara maju diikuti mereka yang mengamalkan pemakanan Barat dengan kandungan lemak yang tinggi.

ATEROSKLEROSIS
Gangguan genetik boleh dirawat, tetapi rawatannya adalah sepanjang hayat. Hiperlipidemia biasanya kronik dan memerlukan ubat statin berterusan untuk mengawal aras lipid dalam darah.

Satu daripada jenis hiperlipidemia adalah hiperkolesterolemia iaitu terlalu banyak kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat dalam darah. LDL yang tinggi menyebabkan pengumpulan lemak dalam arteri yang boleh meningkatkan risiko arteri tersumbat.

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 47.7 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas menghidap hiperkolesterolemia. Malaysia juga mencatat kadar tertinggi penyakit kardiovaskular di Asia Tenggara apabila tinjauan menunjukkan rakyat Malaysia mendapat penyakit jantung pada usia seawal 58 tahun.

Dibandingkan dengan penduduk negara lain yang mendapat penyakit jantung pada usia lebih lewat seperti Thailand yang bermula pada usia 65 tahun, China (63), negara Barat (66) dan Kanada (68).

Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Dr Ahmad Khairuddin Mohamed Yusof berkata, impak penyakit kardiovaskular merangkumi fizikal negatif, emosi, sosial, psikologikal dan kewangan yang bukan saja kepada penghidapnya, malah penjaga turut menanggung beban yang sama.

“Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit (NCD) adalah punca kematian utama yang menyebabkan kira-kira 73 peratus daripada jumlah kematian. Penyumbang utamanya adalah penyakit kardiovaskular yang berpunca daripada hiperkolesterolemia.“Penyakit kardiovaskular adalah sekumpulan penyakit salur darah dan jantung yang mengakibatkan penyakit jantung koronari atau iskemia, strok, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan penyakit jantung reumatik.“Kira-kira 17.7 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular pada 2015 dan ini mewakili 31 peratus daripada kematian global. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2014 pula menunjukkan kadar kematian di Malaysia bagi penyakit kardiovaskular ialah 36 peratus,” katanya.
Katanya, tahap kolesterol LDL yang tinggi diiktiraf sebagai faktor risiko tinggi bagi penyakit kardiovaskular. Faktor risiko lain termasuk merokok dan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, hiperkolesterolemia familial iaitu penyakit keturunan yang menyebabkan aras LDL tinggi ketika lahir juga meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular pada usia yang muda.

Sehubungan itu, syarikat bioteknologi bebas terkemuka dunia, Amgen, memperkenalkan rawatan Repatha iaitu sejenis perencat ‘proprotein convertase subtilisin/kexintype 9’ (PCSK9) untuk menurunkan aras kolesterol tinggi. Ia mengandungi bahan aktif yang dinamakan evolocumab.

Pakar Perunding Kardiologi, Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) Dr Choo Gim Hooi berkata, evolocumab direka untuk bergabung dengan molekul PCSK9 yang akan mengurangkan kebolehan hati untuk menyerap kolesterol.

Bergabung dan merencatkan fungsi PCSK9, ubat ini meningkatkan jumlah kolesterol yang diserap hati dan seterusnya menurunkan aras kolesterol dalam darah. Melalui gabungan tindakan merencat protein itu dengan pengambilan ubat statin, hati dapat mengurangkan aras LDL dalam darah sebanyak 70 peratus.

DR AHMAD KHAIRUDDIN (kiri) dan Dr Choo di majlis pelancaran Repatha untuk menurunkan paras LDL.
“Preskipsi ubat statin biasanya diberikan untuk mengurangkan LDL. Bagaimanapun, rawatan statin saja mungkin tidak memadai untuk sesetengah pesakit. Perencat PCSK9 seperti evolocumab boleh meningkatkan keberkesanan penurunan tahap kolesterol LDL dalam kalangan pesakit yang tidak dapat mencapai keputusan optimum menerusi terapi piawai dengan statin.“Ubat baru ini boleh digunakan bersama statin untuk pesakit yang tidak dapat menerima dos statin yang optimum untuk mencapai pengurangan aras kolesterol LDL secukupnya. Data daripada kajian klinikal menunjukkan bahawa ubat ini memberi tambahan pengurangan LDL sehingga 77 peratus dalam kalangan pesakit yang sudah menerima terapi statin,” katanya.
Katanya, rawatan evolocumab juga dianjurkan sebagai rawatan seiring dengan penjagaan diet dan terapi statin pada dos optimum untuk orang dewasa dengan hiperkolesterolemia familial atau penyakit kardiovaskular aterosklerosis yang perlu mengurangkan lagi LDL dengan lebih efektif.

“Bagi faktor keturunan ini wujud dalam bentuk heterozygous familial hypercholesterolemia (HeFH) dan homozygous familial hypercholesterolemia (HoFH). HeFH berlaku apabila mutasi genetik diwarisi daripada ibu atau bapa, manakala HoFH adalah versi yang lebih teruk diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa.“Kesan evolocumab terhadap morbiditi kardiovaskular dan mortaliti masih belum dibuktikan. Satu kajian klinikal mendapati bahawa ia mengurangkan kolesterol LDL dengan tambahan 60 peratus apabila digabungkan dengan statin sebagai rawatan dasar dalam kalangan pesakit HeFH.“Kajian lain dengan pesakit HoFH menunjukkan bahawa dos bulanan evolocumab dengan statin sebagai rawatan dasar menurunkan aras kolesterol LDL sehingga 31 peratus selepas tiga bulan.“Ini adalah inovasi yang amat ketara dalam tempoh 30 tahun bagi pengurusan kolesterol dan kami berharap dapat lihat keberkesanannya terhadap kehidupan pesakit dan membantu menangani beban penyakit kardiovaskular yang semakin meningkat,” katanya.
Ubat statin menghalang pengeluaran kolesterol dengan menyekat enzim dalam sel hati. Ini menyebabkan kurang kolesterol dilepaskan ke dalam saluran darah. Bagaimanapun, jika pesakit tidak bertindak balas dengan sebaiknya kepada terapi statin secara tersendiri, ubat lain boleh dipertimbangkan.

Ubat ini berfungsi dengan cara berbeza daripada terapi statin. Ia mengandungi evolocumab yang direka untuk dicantumkan kepada PCSK9 yang mempengaruhi keupayaan hati untuk menyerap kolesterol.

Dengan pencantuman sepenuhnya kepada PCSK9, ubat ini dapat meningkatkan jumlah kolesterol yang diserap oleh hati dan seterusnya dapat menurunkan aras kolesterol dalam darah. Di Malaysia, ia diedarkan oleh Zuellig Pharma dan rawatan ini diberikan secara subkutaneus atau suntikan bawah kulit pada dos 140 miligram (mg) setiap dua minggu atau 420mg sekali sebulan.-myMetro

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/12/info-sihat-kolesterol-warisan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Minum Ini Setiap Pagi Sebagai Penawar Darah Tinggi Kencing Manis Kolesterol Tinggi

Hanya Minum Ini Setiap Pagi Sebagai Penawar Darah Tinggi Kencing Manis Kolesterol Tinggi

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 1087 hits
Lemon mengandungi flavonoid polyphenolic yang membantu mengurangkan tahap kolesterol buruk Di samping itu ia juga mengandungi vitamin C dan B yang membersihkan saluran darah dan akibat yang melindungi keadaan dan penyakit penyakit yang berk...
Sabah Umno To Lodge Report Against Warisan Mp For Conflict Of Interest

Sabah Umno To Lodge Report Against Warisan Mp For Conflict Of Interest

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 247 hits
Sabah Umno communications and strategic director Ghazalie Ansing KOTA KINABALU Sabah Umno says it will lodge a police report and a complaint with the Malaysian Anti Corruption Commission against Kalabakan MP Ma amun Sulaiman for appointing ...
Menjejaki Warisan Sejarah Melaka Melalui Darat Udara Dan Air

Menjejaki Warisan Sejarah Melaka Melalui Darat Udara Dan Air

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 712 hits
Melawat tempat bersejarah di Bandar Hilir Melaka memberi peluang untuk kita menikmati keindahan warisan dunia melalui darat air dan udara Bermula dengan mengunjungi bangunan yang sinonim dengan Melaka iaitu Stadthuys atau lebih dikenali den...
Ds Shahida Kongsi Tips Pemakanan Semasa Hamil Kesihatan Baik Makanan Berkhasiat Penting Untuk Bayi Sihat

Ds Shahida Kongsi Tips Pemakanan Semasa Hamil Kesihatan Baik Makanan Berkhasiat Penting Untuk Bayi Sihat

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 502 hits
Pemakanan semasa hamil sangat mustahak untuk perkembangan janin yang baik dan seterusnya dilahirkan sebagai bayi yang sihat Apa yang dikongsikan Datin Sri Shahida ini sangat baik untuk dipraktikkan Ibu kepada enam cahaya mata termasuk dua a...
Rayyan Harap Daddy Sihat Tak Dapat Tengok Daddy Depan Mata Pun Tak Apa Luahan Anak Rita Rudaini

Rayyan Harap Daddy Sihat Tak Dapat Tengok Daddy Depan Mata Pun Tak Apa Luahan Anak Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 749 hits
Malam ini Harimau Malaya akan beraksi menentang Vietnam di final pertama di Stadium Bukit Jalil Sudah tentu ramaiyang ternanti adakah Aidil Zafuan benteng paling berpengalaman untuk Malaysia akan turun ke padang memandangkan dirinya tercede...
Menu Untuk Anak Tak Sihat Dan Tiada Selera Makan Kaya Dengan Bahan Tingkatkan Imun Badan

Menu Untuk Anak Tak Sihat Dan Tiada Selera Makan Kaya Dengan Bahan Tingkatkan Imun Badan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 559 hits
Anak tak sihat mulalah susah nak makan Lagi lagi masa si kecil tak sihat lagi lah pening sebab langsung tak selera makan Kebanyakan resipi dalam ni gunakan bahan makanan yang bantu tambah selera makan tingkatkan imun dan sebagainya Ibu bole...
Carta 149 Negara Paling Kaya Sihat Bahagia Dan Aman Makmur Di Seluruh Dunia 2018

Carta 149 Negara Paling Kaya Sihat Bahagia Dan Aman Makmur Di Seluruh Dunia 2018

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 430 hits
Dalam banyak banyak negara kat seluruh dunia sekarang ini agak agaknya negara manakah paling kaya sihat bahagia dan aman makmur Soalan yang kedua yang juga menarik untuk diketahui adalah negara kita Malayia duduk kat tingkatan ke berapa dal...
Bersatu Mesti Pegang Pada Janji Tak Perlu Nak Runding Apa2 Lagi Dengan Warisan

Bersatu Mesti Pegang Pada Janji Tak Perlu Nak Runding Apa2 Lagi Dengan Warisan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 378 hits
Cehhh tunduk juga akhirnya Bersatu kepada nafsu dan kehendak bekas pemimpin pemimpin UMNO yang keluar parti baru baru ini Bukankah sudah ada persetujuan dengan Warisan sebelum PRU14 lagi bahawa Bersatu tidak akan dilebarkan sayapnya ke Saba...
Bersatu Bincang Dengan Warisan Dulu Muhyiddin

Bersatu Bincang Dengan Warisan Dulu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 247 hits
Bersatu perlu mengambil pendekatan berhati hati sebelum memutuskan untuk melebarkan sayapnya ke Sabah kata Presidennya Muhyiddin Yassin Muhyiddin berkata ini kerana Pakatan Harapan sudah mempunyai perjanjian dengan Warisan yang dipimpin pre...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities