Menjejaki Warisan Sejarah Melaka Melalui Darat Udara Dan Air



Melawat tempat bersejarah di Bandar Hilir, Melaka, memberi peluang untuk kita menikmati keindahan warisan dunia melalui darat, air dan udara.

Bermula dengan mengunjungi bangunan yang sinonim dengan Melaka iaitu Stadthuys atau lebih dikenali dengan nama Bangunan Merah. Ianya tetap tersergam indah meskipun telah berusia lebih 300 tahun.


Sekeliling bangunan tersebut penuh dengan tinggalan sejarah oleh penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris. Lihat sahaja di kiri dan kanan, pastinya akan kelihatan binaan bercirikan seni bina negara penjajah itu.

Dengan hanya berjalan kaki, kita boleh mendaki ke Bukit St. Paul bagi melihat tinggalan Portugis di situ. Memang benar seperti yang diceritakan dalam sejarah, Bukit St. Paul merupakan lokasi paling strategik kerana kedudukannya menghadap Laut Selat Melaka.

Dengan jelas kita boleh melihat Selat Melaka yang dahulunya sibuk dengan pedagang-pedagang dari seluruh dunia. Runtuhan Gereja St. Paul begitu dipelihara dengan baik dengan batu-bata yang disusun membentuk dinding boleh dilihat, dipegang dan diamati teksturnya.


A’ Famosa begitu ikonik hinggakan ada yang mengatakan tidak sah berkunjung ke Melaka jika tidak bergambar di situ. Baik kanak-kanak, dewasa hinggalah warga emas, semuanya mencari sudut sesuai untuk mendapatkan gambar terbaik sebagai tanda menjejakkan kaki ke kota termasyhur dalam sejarah itu.

Selesai melihat tinggalan Portugis dan Belanda, kita boleh terus menuju ke satu lagi tempat tarikan pelancong iaitu Menara Taming Sari. Diri menara Taming Sari kita boleh merasai sendiri pengalaman eksplorasi Tapak Warisan Dunia dari udara.



Berada 80 meter tinggi di angkasa, Menara Taming Sari menjanjikan pemandangan Bandaraya Melaka yang mempersonakan. Sekali lagi Selat Melaka mengimbau memori keunggulan zaman Kesultanan Melayu Melaka, terasa bangga kerana suatu masa dahulu bangsa Melayu begitu agung hinggakan menjadi rebutan kuasa-kuasa asing.

Menara Taming Sari berputar 360 darjah sekaligus memberi peluang kepada pelancong melihat keseluruhan Bandaraya Melaka seperti Bukit St. Paul, Muzium Maritim, Sungai Melaka serta pusat membeli-belah dan kawasan sekitarnya.

Meskipun hanya tujuh minit Menara Taming Sari berputar pada ketinggian 80 meter, ianya cukup memberi kepuasan kepada semua peringkat umur. Kadar bayaran sebanyak RM 20 untuk warga antarabangsa ataupun RM15.00  bagi warganegara tempatan amat berbaloi jika dibandingkan dengan nilai keindahan dan pengalaman menaiki menara tersebut.



Kita juga boleh menghayati Sejarah Melaka melalui jalan air. Sungai Melaka yang tidak ditelan arus pemodenan menyediakan segalanya untuk semua. Melaka River Cruise menjadi satu lagi kewajipan bagi pelancong yang berkunjung ke sini.

Ia boleh dinaiki dari jeti utama di Taman Rempah ataupun di Dataran Sungai Melaka bersebelahan dengan Muzium Kapal Flor De la Mar.

Menerokai warisan sejarah dengan bot Sungai Melaka amat mengasyikkan. Perjalanan selama 45 minit menyusuri sungai sepanjang lapan kilometer sememangnya tidak patut dilepaskan.

Projek pemuliharaan sungai dan penambahbaikan laluan pejalan kaki juga memberi nafas baru kepada aktiviti pelancongan di situ. Kampung Morten yang indah, jambatan bersejarah dan kafe di pinggir Sungai Melaka amat mengujakan.

Turut menjadi tarikan, mural berwarna-warni menghiasi bangunan di sepanjang laluan.

Tempoh 45 minit bagaikan tidak cukup untuk menikmati keindahan. Namun begitu, kepulangan bot dinaiki penulis ke Dataran Sungai Melaka menandakan lengkaplah sudah eksplorasi Tapak Warisan Dunia melalui darat, air dan udara.


Peluang sebegini memang menarik untuk diceritakan kepada teman-teman.  Percayalah, status Bandaraya Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia bertepatan dan wajar dipelihara



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://homestay-dibandar-melaka.blogspot.com/2015/09/menjejaki-warisan-sejarah-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Hari Sebanyak Tiga Kali Air Laut Akan Meminta Izin Kepada Allah Swt Untuk Lakukan Ini

Setiap Hari Sebanyak Tiga Kali Air Laut Akan Meminta Izin Kepada Allah Swt Untuk Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 344 hits
Setiap Hari Sebanyak Tiga Kali Air Laut Akan Meminta Izin Kepada Allah SWT Untuk Lakukan IniSetiap Hari Sebanyak Tiga Kali Air Laut Akan Meminta Izin Kepada Allah SWT Untuk Lakukan Ini
Dapatkan Berbagai Manfaat Air Alkali Pada Air Minum Yang Satu Ini

Dapatkan Berbagai Manfaat Air Alkali Pada Air Minum Yang Satu Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 291 hits
Air Alkali yang Alami yang dimiliki oleh Pristine membuat Pristine 8 itu bukan hanya sekedar air mineral biasa pada umumnya akan tetapi dalam setiap kemasannya memiliki banyak sekali kebaikan yang akan didapat oleh tubuh kita diantaranya ya...
5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Ternyata Khasiatnya Sungguh Bagus Untuk Anak Dan Ibu Mengandung

5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Ternyata Khasiatnya Sungguh Bagus Untuk Anak Dan Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 611 hits
Mungkin masih tak ramai yang tahu bahawa air rendaman kismis juga baik untuk diminum malah ia dikatakan memiliki kelebihan tersendiri berbanding dimakan seperti biasa 5 KEBAIKAN MINUM AIR RENDAMAN KISMIS YANG TAK RAMAI TAHUBerikut adalah be...
Harga Tiket Masuk Ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling Kedah

Harga Tiket Masuk Ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling Kedah

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 896 hits
Tengah mengosongkan dompet dengan segala macam jenis resit harini Resit beli roti air keropok segala kat Caltex Resit isi minyak Resit beli Topup Celcom RM10 sebab takut kena terminate nombor tu dengan Celcom sebab dah dekat 2 bulan tak top...
Pasti Berubah Jika Terkena Air

Pasti Berubah Jika Terkena Air

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 289 hits
Sepintas dipandang payung ini hanyalah payung biasa tanpa motif Namun ketika hujan turun payung ini akan membuat kita terpegun Begitu hujan menitis akan muncul bayangan bayangan kecil di permukaan payung Sebelum disedari bayangan ini akan b...
Semb3lih Ayam Lepastu Campak Dalam Air Jais Siasat Dan Ini Apa Yang Mereka Jumpa

Semb3lih Ayam Lepastu Campak Dalam Air Jais Siasat Dan Ini Apa Yang Mereka Jumpa

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 349 hits
Semb3lih Ayam Lepastu Campak Dalam Air JAIS Siasat Dan Ini Apa Yang Mereka JumpaSemb3lih Ayam Lepastu Campak Dalam Air JAIS Siasat Dan Ini Apa Yang Mereka Jumpa
Kebaikan Yang Bisa Dipetik Dari Air Alkali Pristine 8

Kebaikan Yang Bisa Dipetik Dari Air Alkali Pristine 8

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 242 hits
Air alkali yang merupakan air minum dengan kandungan pH lebih tinggi jika dibandingkan dengan air minum pada umumnya hingga saat ini masih menjadi topik pembicaraan hangat yang cukup menarik Hal itu terjadi karena beberapa penelitian menunj...
Masuk Angin Bukan Masuk Air 8924

Masuk Angin Bukan Masuk Air 8924

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 539 hits
3 jam yang lalu CENTER img https s kaskus id images 2018 12 27 9517673 201812271214550600 jpg img CENTER CENTER size 4 Pada umumnya lazim Kita mendengar bahwa terserang demam salah satu penyebabnya adalah masuk angin Ada lagi yang mengataka...
Ott Kementerian Pupr Terkait Proyek Penyediaan Air Minum Untuk Bencana

Ott Kementerian Pupr Terkait Proyek Penyediaan Air Minum Untuk Bencana

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 218 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi menduga OTT pejabat Kementerian PUPR terkait dengan proyek penyediaan air minum Saat ini tim KPK tengah mendalami keterkaitan proyek tersebut untuk tanggap bencana
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing