Info Pantun Lama Orang Melayu


Pantun tidak sekadar hiburan semata-mata, pantun juga penuh peradaban budi, panduan, pujian nasihat, teguran dan sindirian dan pelbagai maksud tersirat lainya. Jika diamati pantun orang-orang tua terdahulu boleh katakan penuh dengan maksud tersirat seperti dinyatakan diatas. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam atau pun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya. Pantun terdiri daripada empat baris. Hari ini ada juga pantun orang sudah malas berpantun mencari pembayangnya langsung terus kepada maksudnya kebiasaanya pantun dua kerat sahaja.

Seperti pantun dua kerat
Ayam berkokok diatas batang
minta rokok sebatang.

Pantun dua kerat Mabuk
Hendak kedai membeli rokok
kedai pulak tutuppp

Pantun Sindirian
Tukul tukal balik rakit
Orang nakal selalu dapat sikit.

Pucuk jelahak Tanjong Jelangat
Orang pelahap makan angat-angat.

Siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama-lama mencuri

Sorong papan tarik papan
buah keranji diatas peti
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak reti

Pantun Budi
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Payah kami menabur padi
Nenas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang

Pisang emas dibawa berlayar
masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa ke mati.

Buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budah baru berlajar
kalau salah tolong tunjukan

Pantun percintan kasih sayang
Bukan kacang sembarang kacang
Kacang melilit kayu jati
Bukan datang sembarang datang
Datang melihat kekasih hati

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Pantun Perpisahan
Batang selasih permainan budak
daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Hari ini menanam jagung,
Hari esok menanam serai,
Hari ini kita sekampung,
Hari esok kita bersurai.

Pantun Filem Melayu
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Pantun Kecantikan
Ribu-ribu batu dijalan
anak naga melintang tasik
Beribu-ribu manusia berjalan
aku juga dipandang cantik

Pantun Kecewa
Ku sangka emas ditengah padang
Rupanya kijang yang berlari
Ku sangka panas sampai kepetang
Rupa hujan ditengah hari

Kalau padi kata padi
tidak hamba tertampi-tampi
kalau jadi katakan jadi
tidak hamba ternanti-nanti.

Oleh itu, pantun mencerminkan kepakaran seseorang dalam berfikir dan bermain dengan kata-kata. Untuk melihat peranan pantun dalam masyarakat Melayu. Bagi menyampaikan maksud yang tertentu. Tidaklah bahasa itu menjadi indah kerana susunan dan keberababannya. Bila disusun menjadi satu ungkapan yang bergitu bernilai bernama pantun.Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/01/info-pantun-lama-orang-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Ph Kena Kecam Dituduh Tak Mahu Guna Bahasa Melayu Dalam Billboard Kempen

Calon Ph Kena Kecam Dituduh Tak Mahu Guna Bahasa Melayu Dalam Billboard Kempen

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 531 hits
CALON Pakatan Harapan pada PRK Cameron Highlands M Manogaran menerima beribu kecaman di media sosial kerana dituduh tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu dalam billboard kempennya dalam pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di sana push ...
Taknaks Anak Lana Nordin Cuba Bertutur Dalam Bahasa Melayu Walaupun T Lor Aksi Gia Cuit Hati Netizen

Taknaks Anak Lana Nordin Cuba Bertutur Dalam Bahasa Melayu Walaupun T Lor Aksi Gia Cuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 310 hits
Lana Nordin Pelakon telah memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka berdarah Amerika Syarikat Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015 Mereka kini dilihat semakin bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata Gia Quinn McKienzie Wi...
Aneka Resepi Kuih Muih Tradisional Melayu Dan Moden

Aneka Resepi Kuih Muih Tradisional Melayu Dan Moden

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 4914 hits
ANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU DAN MODEN Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa Uishh kelmarin dah resepi kuih muih tradisional melayu harini pun nak juga Iyelaa kuih sejak dari turun temurun dulu kan banyak Kalau nak letak...
Perusahaan Pembuatan Baju Pekerja Dan Industri Milik Melayu Islam

Perusahaan Pembuatan Baju Pekerja Dan Industri Milik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 568 hits
Assalam Biasa kita tengok anak anak Melayu kita terjun dalam dunia bisness percetakan baju t shirt tetapi tak ramai yang terlibat dengan bisnes membuat baju pekerja dan industri Kali ni aku nak up satu syarikat milik Melayu Islam yang membu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah