Aneka Resepi Kuih Muih Tradisional Melayu Dan Moden


ANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU DAN MODEN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Uishh kelmarin dah resepi kuih muih tradisional melayu, harini pun nak juga? Iyelaa.. kuih sejak dari turun temurun dulu kan banyak. Kalau nak letak semua dalam satu entri, tak cukup sampai esok nak senaraikan hahaha. So, kita bagi sikit-sikit. Tambah pula dengan kuih 'moden' yang sudah di-improvise. Haa pelbagai lah sikit dari segi rasa dan jenis kuih muih. Baru variety namanya hehe.
Okay jom tengok.. apakah resepi untuk kali ni?
ANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODENSegala catatan resipi, nota dan gambar di bawah oleh: Sheila Rusly
RESEPI KUIH PUTERI AYUANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - PUTERI AYUAssalamualaikum... semua, harini saya nak share resepi "The Royal Puteri Ayu Meletoppps" hehe ni trademark saya... jangan marah.
Kuih ni sebenarnya resepi simple sangat, tapi cara nak buat tu kena berhati-hati sebab kadang buat tak jadi... kalau saya mood tak ok buat kuih nih "kompom tak jadi" heheh. Disebabkan ramai yang pm saya minta sebab geram tengok kejadiannya yang sangat comel, maka saya share resepi dan teknik sekali, harap dapat membantu sis sis yang kat luar sana yang buat tak jadi.
Bahan-bahannya:✔ 3 cawan tepung gandum (saya tak letak sampai 3 cawan), tapi kalau adunan tu nampak cair letak jer 3 cawan ya... tepung ni kena agak-agak ok jangan sampai 4 cawan sudah la ek hehehe✔ 1 sudu besar ovallet✔ 2 cawan gula pasir✔ 4 biji telur Gred A (pastikan telur bukan daripada peti ais)✔ 2 cawan santan pekat (pastikan guna santan fresh dan bukan santan kotak atau dingin beku)✔ kelapa parut putih (campurkan 1 sudu atau 2 sudu makan tepung gandum atau tepung ubi dan garam halus, gaulkan rata)
Cara-caranya:1. Blender gula dengan telur. (saya guna blender cili tapi bukanlah blender tu saya blender cili, sebab rumah saya ada dua blender satu blender cili satu lagi blender khas untuk cik puteri ayu saya nih). Almaklumla dulu saya buat jual kuih ni so kena lah khas kan blender untuk dia.2. Pastikan blender anda kering dan tak basah dengan air ok.3. Blender gula dan telur sampai dia kembang dan sekembangnya hingga gula pasir dah hancur.4. Apabila gula pasir dah hancur adunan dah kembang, masukkan santan, satu sudu besar ovellete dan pewarna hijau epal ya.5. Kemudian blender lagi sampai perwana dah sebati dengan adunan.6. Kemudian bila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam bekas.7. Masukkan tepung 3 cawan tu sikit demi sikit sambil kacau guna pemukul tangan ya.8. Saya tak masukkan sampai 3 cawan. dalam 2/4 cawan agak-agak adunan tu dah pekat.9. Makes sure tempat pengukus dah dipanaskan ya...10. Ambil kelapa yang dah dicampur dengan garam dan tepung tadi letak dalam acuan, pastikan tekan kelapa dalam-dalam dan padat, buat kerja kena kemas dan cantik jangan main masuk jer kelapa sebab malas dan nak cepat, okey... bila buat kemas hasilnya pun cantik okey.11. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan yang kita letak kelapa tadi ok.12. Then pengukus dah panas baru masuk adunan kuih tadi.13. Kukus selama 15 minit ke 20 minit bergantung kepada pengukus masing-masing14. Bila dah masak bawa keluar acuan then kita telangkup ke atas pinggan15. Kalau puteri ayu yang menjadi dia akan lekang daripada acuan tanpa kita letak minyak pun ya... ingat kelapa tadi sudah ada minyak yang tersendiri.
"Resepi ini adalah resepi Puteri Ayu yang tradisional, original tiada sebarang bahan penaik dan minyak untuk tidak bagi dia melekat"
Saya berharap jangan ada yang cuba memanipulasi apa yang saya tulis ya... niat saya hanya nak berkongsi saja, harap dengan apa yang saya bagi ni dapat membantu anda semua. tapi inilah cara saya.SELAMAT MENCUBA TAU~
RESEPI KUIH KASTURI // KUIH KACANG HIJAU
ANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - KASTURIBahan-Bahan:1 cawan kacang hijau.3/4 cawan gula pasir.3 sudu besar kelapa parut.2 sudu besar tepung gandum.1 cawan tepung beras1 sudu besar tepung jagung1/2 sudu kecil air kapur.1/2 sudu kecil garam halus1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Penyediaan:
1. Rendam kacang hijau selama satu jam setengah atau sehingga lembut. Kemudian masak sehingga empuk.2. Apabila air hampir kering, masukkan gula, kelapa dan kacau sehingga kering.3. Taburkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati angkat dan sejukkan.4. Bulat dan leperkan inti kacang.5. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung, air kapur, garam dan air secukupnya, pastikan adunan tidak terlalu pekat.6. Panaskan minyak, celupkan inti kacang yang dibulatkan tadi ke dalam tepung, dan goreng sehingga keperangan.
Mudahkan? Selamat mencuba..
RESEPI KUIH BOM INTI KACANG HIJAUANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - KUIH BOMBahan-Bahan:
Bahan Doh:2 cawan tepung pulut2 sudu besar tepung gandumSedikit garam1 cawan airBijan secukupnya - untuk salut
Cara membuat doh:Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.
Bahan Inti Kacang Hijau:250 gm kacang hijau - rendam1 keping gula Melaka1/2 cawan gula pasirSedikit garam
Cara Membuat Inti:1. Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering dan kacang hancur.2. Masukkan gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.3. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat.
Nota;- Boleh masukkan kelapa parut dan tepung gandum, jika suka.- Lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih ketayap, koci dan sebaginya.
Cara Membuat kuih bom:1. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi.
2. Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.
3. Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.
5. Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.
RESEPI MASALODEHANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - MASALODEHBahan-bahan:300 gm kacang dal- rendam semalaman dengan air yang banyak½ labu bawang besar- dihiris1 sudu jintan putih- dikisar kasar1 tangkai daun kari1 tangkai cili merah @ cili kering - dihiris nipis½ sudu teh garamMinyak
Cara penyediaan:• Toskan kacang dal yang telah direndam semalaman dan biarkan kering sebentar.• Kisarkan kacang dal sehingga hancur tetapi asingkan ¾ tanpa dikisar @ dikisar kasar.• Campurkan kesemua bahan ke dalam 1 bekas. Gaulkan hingga sebati. Anda akan mendapat adunan wade yang lembik tapi boleh dibentuk.• Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk. Basahkan tangan dan plastik dengan air bersih.• Ambil sedikit adunan dan bulatkan dan leperkan di atas plastik.• Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.
RESEPI CUCUR BADAKANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - CUCUR BADAKBahan-Bahan:
Bahan Inti –½ biji kelapa parut100 gram udang kering (rendam dan kisar)1 ulas bawang putih3 biji bawang merah7 tangkai lada merah1 cm halia1 batang serai1 sudu teh serbuk kunyit2 sudu makan gula½ sudu teh garam2 sudu makan minyak masak
Bahan Doh –250 gram keledek (rebus dan lenyek)3 ½ sudu makan tepung gandum½ sudu teh garam½ kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara Memasak:
Inti –1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.2. Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Kuih/ Cucur –
1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.4. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
RESEPI KUIH TALAM LAPIS SAGUANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - KUIH TALAM LAPIS SAGUBahan untuk lapisan bawah bersagu:2 cawan santan cair1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar1/2 - 1 cawan gula pasirSedikit garam Secukup rasaPewarna merah secukupnya
Cara membuatnya:1~ Sapu acuan dengan minyak dahulu2~ Gaulkan semua bahan hingga sebati.3~ Masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.4~ Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.5~ Baru kita cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu.6~ Minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji-biji putih tu.7~ Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.8~ Letak adunan lapisan atas.9~ Nota saya: Saya masak bahan-bahan sagu dalam periuk sehingga pekat dalam 15 minit dengan menggunakan api sederhana.10~ Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata, Selepas itu kita masukkan dalam acuan kecil.11~ Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan untuk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.
Bahan untuk lapisan atas:3 cawan santan pekat1 cawan tepung beras2 sudu besar tepung jagung
Cara membuatnya:1~ Gaul semua bahan supaya rata.2~ Tapiskan kedalam kuali tak lekat non stick pan dan kacau sebentar atas api3~ Apabila nampak pekat,tutup api dan tuang atas lapisan bawah tadi4~ Kukus lagi selama 20 minit
Tip: Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik
RESEPI KUIH TALAM KELEDEK UBIANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - TALAM KELEDEK UBIBahan - Bahan :
Lapisan Bawah:500 gm keledek rebus (lecek)150 gm tepung jagung200 gm gula pasir (kurangkan untuk kurang manis)
1. Campur dengan bahan-bahan lain, kacau hingga menjadi pes.2. Masukkan dalam satu loyang (9x9) dan ratakannya.3. Kukus sebentar 10 minit.
Lapisan Atas:1 cawan tepung beras3 cawan santan1 sudu teh garam
1. Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin.2. Kacau atas api hingga naik wap dan sedikit melikat (jangan terlalu pekat).3. Tuang ke atas lapisan keledek yang sudah dikukus tadi.4. Kukus lagi selama 20-25 minit atau sehingga lapisan santan 'set' dan masak.5. Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.
RESEPI KUIH SERI MUKA SEDAPANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - KUIH SERI MUKA SEDAPAssalamualaikum.. Minggu ni dah 2 kali buat talam seri muka ni.. Jom saya ajar caranya.
First rendam beras pulut 500gm selama sejam.Cukup sejam, tos kan beras pulut & masukkan dalam loyang2 helai daun pandan carik-carik kan400ml santan pekat200ml airSetengah sudu garamCampurkan semua bahan-bahan diatas dan boleh la kukus pulut selama 30 minit
Sementara pulut masak.. guna loyang 10×10 inci.. lembabkan dengan sedikit air dan lapikkan dengan plastik yang berukuran 10×10inci.
Masukkan pulut ke dalam loyang dan tekan rata
Sekarang sediakan bahan-bahan lapisan atas:400ml santan pekat120gm gula pasir35gm tepung gandum110gm tepung kastad3 biji telur1 sudu pandan pes1 sudu pewarna hijauSetengah sudu garam
Campurkan semua bahan-bahan lapisan atas & kacau sebati.
300ml air10 helai daun pandanDikisar kasar (jangan terlalu halus nanti rasa getah daun pandan)Tapis masukkan dalam mangkukKalau masih berkutil tapis ye..
Kacau atas dapur dengan api perlahan hingga nampak pekat.. sampai naik wap sedikit.
Tuang ke atas pulut yang ditekan rata tadi..
Ni cara saya.. tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tak menitik atas permukaan talam. Kukus selama 40 minit
RESEPI KUIH TALAM UBI KAYUANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - KUIH TALAM UBI KAYUBahan-bahan (Saiz loyang 30 cm):
* 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya (anggaran 2 kg ubi kayu)* 1 1/2 cawan air gula merah (1/2 kg gula merah dimasak dengan 2 cawan air)* 1 cawan gula pasir* 3 cawan santan cair
Bahagian Atas:* 4 cawan santan pekat  1 biji kelapa)* 2 sudu kecil garam (sudu kfc)* 1 1/2 cawan tepong gandum
Cara-cara:
1. Panaskan kukusan.2. Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dengan menggunakan tuala bersih.3. Masukan ke dalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan gula pasir. Gaul sebati.4. Kukus sehingga masak.5. Setelah masak, tekan-tekan seperti membuat pulut seri muka.6. Satukan santan pekat, garam dan tepung gandum, kacau sehingga sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan pecah-pecah. Guna pemukul telor tangan aje.7. Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama 30 minit.8. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan tisu..biarkan sebentar dan tutup api.9. Sejukkan.. sedia untuk di makan.
RESEPI CHEEZY DONUT MUDAH!ANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - CHEEZY DONUT MUDAHNi untuk adunan 1/2kg tepung:
Bahan A:1/2 sudu makan gula1/2 plastik serbuk mauripan yisAir suam dalam 4 sudu makan
Campur semua bahan tu, gaul sebati tunggu sampi bebuih.
Bahan B:1/2 kg tepung1 1/2 sudu makan ovalette4 sudu makan minyak panas3 sudu makan mentega3 sudu makan Susu cair (optional)Air secukupnyaChesdale (guna cheese lain pun bole)
Campur semua bahan B sampai sebati, bila sudah sebati, masukkan bahan A tadi dan sedikit air, gaul la sampai jadi doh lembut.. pastu perap kejap sampai kembang.
Bila dah kembang, bulat-bulat kan dan letak cheese dalamnya.. pastu tunggu lagi kejap untuk kembang... dan goreng. dah siap, bole lah tabur gula.
RESEPI KARIPAP AYAM/ DAGINGANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - KARIPAP AYAM / DAGINGBahan-Bahan Inti Ayam/ Daging/ Sardin:
- isi ayam/daging (hiris nipis/dadu)- 1 labu bawang besar dipotong dadu (bahagikan dua bahagian)- 2 biji ubi kentang dipotong dadu- 3 sudu besar cili kering kisar (kalau tak suka pedas, kurangkan)- 2 sudu besar serbuk kari- 3 ulas bawang merah (dikisar)- 2 ulas bawang putih (dikisar)- minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap ayam/ daging:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu tadi. Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi. Kacau perlahan sehingga naik bau, masukkan cili kering kisar. Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih dahulu.
4. Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.
5. Masukkan isi ayam/ daging yang sudah direbus diikuti separuh lagi bawang besar yang dipotong dadu.
6. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering
7. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan boleh di buat inti karipap.
Bahan-bahan untuk buat kulit karipap:- 500 gram tepung gandum (untuk 40-50 biji karipap)- 2 senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu (boleh cairkan planta atau marjerin)- 1 mug sederhana besar berisi air (biasa/ air sejuk dalam peti ais) yang sudah dilarutkan dengan garam- 50g tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi)- 50g tepung Ubi (anggaran setengah senduk nasi)
Cara buat kulit karipap:
1. Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli. Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum. Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas. Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
2. Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi. Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit)
3. Sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap, uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti. Anda boleh pilih, sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
4. Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli, kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air. Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
RESEPI KUIH TEPUNG TALAMANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - tepung talamHari ni saya try buat Tepung Talam.. ada org suka, ada orang tak berapa suka kuih guna kaedah kukus ni, kan?
Saya pun baru belajar-belajar masak, tapi alhamdulillah jadi juga kuih ni.. kat sini saya share resepinya..
Lapisan gula merah:- 1/2 cawan tepung gandum- 1/2 cawan gula- 1/2 cawan gula merah- 1 1/2 cawan santan
1. Kisar semua.. tuang dalam acuan (separuh acuan) tapis dulu kalau blend sekali gula merah..2. Kukus 15-20 minit (ikut ketebalan)3. Sejukkan, biar sedikit keras sebelum tuang lapisan putih.
Lapisan putih:- 1/2 cawan tepung beras- 1 1/2 cawan santan- 2 sudu besar tepung jagung- secubit garam
1. Kisar semua.. tuang atas lapisan gula merah tadi.2. Kukus semula (20minit ++)3. Dah masak tuggu sejuk baru boleh potong tau.
Simple je kan?~ Saya guna santan kotak je, jadi saya ambik secawan santan ja, setengah cawan lagi tambah air. sebab santan kotak kan pekat sikit.~ Yang lapisan bawah tu, setengah cawan air, saya bancuh ngan gula merah pastu tapis dalam blender.
RESEPI KUIH KASUI // KASWIANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - kaswi/ kasuiKuih kasui untuk dibawa ke masjid.. alhamdulillah.. rasanya lembut dan sama macam arwah mak saya buat masa kami kat kampung dulu.
Resepinya..
Bahan-bahan:2 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung ubi1 cawan gula1 cawan gula merah5 cawan air3/4 sudu teh kapur makan
Cara-caranya:
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali kapur makan.. gaul sampai sebati dan gula larut.2. Tapis kan adunan ke dalam mangkuk lain.. campurkn kapur makan dengan 3 sudu makan air.. masukkan ke dalam adunan yang telah di tapis tadi.3. Adun hingga kapur sebati.4. Oles acuan dengan minyak masak.. tuangkn adunan ke dalam loyang tadi.5. Kukus selama 30 minit.. pastikan air kukusan mendidih baru kukus. Balut penutup kukus dengan kain mengelakkan air menitik ke atas kuih.
SELAMAT MENCUBA!
RESEPI AKOK KEDUT SEDAPANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - AKOK KEDUT SEDAPJom ber 'akok'.. berjinakjinak dengan bisnes akok di rumah. Walaupun rupanya tak menawan tapi kuih ni masih ramai yang suka.
Bhn A ----- 100ml air- 100g gula merah/ gula melaka (ni manis-manis sedang je if nak manis boleh lebihkan)- Pandan 2/3 helai
Bhn B---- 200ml santan- 30g tepung gandum- Telur 5 biji- Secubit garam
Car-cara...1. Panaskan bahan A... kacau sampai gula larut.. sejukkan.2. Masukn bahan B ke dalam bahan A yang telah disejukkan.. kacau-kacau dan blend.. tapis.3. Sapu sedikt minyak dalam acuan dan tuangkan adunan tadi (saya guna acuan muffin) dan bakar suhu 200°C selama 10-15 minit.4. Adunan memang cair.. dan masa bakar akan gelembung tapi masa keluar akan kedut-kedut.. lagi kedut, lagi sedap.
***selalu akok yang cntik je takde kedut, banyak tepung sebab tu kurang sedap.
RESEPI KUIH LAPIS GOYANG DAN PEJALANEKA RESEPI KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU & MODEN - kuih lapisNak makan kueh lapis yang goyang-goyang dan pejal, meh try resepi ni :)
Bahan-bahan:1 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis sangat)1 sudu teh garam2 paket santan serbuk1 st minyak masak3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.4 cawan air (jangan penuh sangat)
Cara-cara:
1. Dalam blender, masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air, kacau rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dengan pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4. Untuk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dengan sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cawan adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5. Lepas 5 minit, masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2 minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6. Lapis yang terakhir warna hijau dikukus selama 20 minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7. Dengan hati-hati tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Untuk lebih kemas, kuih ini boleh dipotong dengan benang dan setiap lapisan kuih ini boleh dibuka.
*Jika guna loyang non stick, tak perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dengan minyak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/aneka-resepi-kuih-muih-tradisional-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap Boleh Cuba Ni

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1048 hits
Tahukah korang bahawa negara kita kaya dengan makanan tradisional yang sedap namun jarang diketengahkan terutamanya di negeri negeri di Pantai Timur seperti Kelantan Terengganu dan Pahang Rata ratanya banyak menggunakan bahan utamanya santa...
Calon Ph Prk Cameron Highland Kata Orang Melayu Tidak Beli Kuih Orang Asli Jual Hancing Rasis Viral

Calon Ph Prk Cameron Highland Kata Orang Melayu Tidak Beli Kuih Orang Asli Jual Hancing Rasis Viral

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 870 hits
Kalau berbicara perihal rasis kita serahkan kepada kaum DAP kita sedar lakonan mereka yang konon hak rakyat Malaysia perlu sama rata Kita cukup sedar DAP adalah satu parti super rasis yang berselindung dengan slogan Malaysian Malaysian Mere...
Orang Melayu Tak Beli Kuih Orang Asli Prk C Highlands Calon Ph

Orang Melayu Tak Beli Kuih Orang Asli Prk C Highlands Calon Ph

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 332 hits
Orang Asli Camern Highland KUALA LUMPUR 9 Jan Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands M Manogaran yakin Barisan Nasional tidak akan dapat mengekalkan kerusi itu walaupun sekiranya meletakkan calon dalam kalangan Oran...
3 Resepi Kuih Dari Bunga Telang Yang Boleh Anda Cuba Sedap Dan Unik Rasanya

3 Resepi Kuih Dari Bunga Telang Yang Boleh Anda Cuba Sedap Dan Unik Rasanya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 926 hits
3 Resepi Kuih Dari Bunga Telang Yang Boleh Anda Cuba Sedap Dan Unik RasanyaBunga telang berwarna biru dan boleh menjadikan makanan menjadi unik disebabkan warnanya
Resepi Tapai Pulut Warisan Melayu Asli

Resepi Tapai Pulut Warisan Melayu Asli

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 991 hits
RESEPI TAPAI PULUT WARISAN MELAYU ASLIBAHAN BAHAN 1 kg beras pulut 1 biji ragi manis Daun pisang secukupnyaCARA CARANYA Cuci beras pulut bersih bersih kemudian ditanak sehingga masak Setelah itu angkat dan sejukkan di dalam sebuah talam yan...
Aneka Resepi Masakan Ayam Masak Merah Kukus Kicap Goreng Kunyit

Aneka Resepi Masakan Ayam Masak Merah Kukus Kicap Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 2335 hits
ANEKA RESEPI MASAKAN AYAM Masak Merah Kukus Kicap Goreng Kunyit Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa AYAM Siapa je yang tak suka ayam kan Ayam kampung ke ayam bandar ke ayam organik ke semua sodap sodap belaka jika dimasak Goreng ma...
Aneka Resepi Aiskrim

Aneka Resepi Aiskrim

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 757 hits
ANEKA RESIPI AISKRIM AISKRIM SUMI JELLYBahan bahan 1 tin susu pekat1 tin susu cair4 tin air kosongSecubit garam2 bungkus sumi belah 4 6 ikut citarasa masing masingCara cara 1 Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam 2 Masak air sampai garam...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau