Info Lengkap Apa Itu Ihr International Health Regulations Oleh Who


APA ITU IHR Seperti kita ketahu, WHO adalah merupakan organisasi kesihatan dunia yang dimana negara Malaysia juga adalah merupakan salah satu anggota. Melalui WHO, terdapat pindaan yang diperkenalkan dalam usaha memainkan peranan dalam menjaga dan mengesan isu kesihatan global.
Kini, tular di kalangan Malaysia mengenai apa itu IHR ? ramai yang bermain dengan persoalan apakah fungsi sebenar IHR dan apakah kepentingannya untuk negara.
Penerangan dan Fungsi IHR apa itu ihr Apa Itu IHR? Peraturan Kesihatan Antarabangsa, atau IHR (International Health Regulations) merupakan suatu perjanjian undang-undang yang mengikat negara-negara di seluruh dunia, termasuk negara yang menanggotai Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), untuk bekerjasama dalam mengatasi isu-isu kesihatan global.
Peraturan ini bertujuan untuk membantu masyarakat global dalam mencegah dan menangani risiko-risiko kesihatan masyarakat yang akut yang mungkin boleh tersebar ke seluruh dunia.
Kepentingan dan Fungsi IHR apa itu ihr Objektif dan tujuan IHR adalah untuk mencegah, melindungi, mengawasi, dan mengambil tindak balas pada penyebaran penyakit peringkat antarabangsa dengan cara yang pengawalan peringkat kesihatan masyarakat dunia.
Berikut adalah 5 kepentingan IHR kepada dunia:
KepentinganPeneranganPerjalanan dan Perdagangan Dijadikan Lebih SelamatMemperkuatkan kemampuan negara-negara untuk mengawal penyakit yang boleh merentasi sempadan, sama ada di pelabuhan, lapangan terbang, atau lintasan darat. Ini mempromosikan keselamatan dalam perjalanan dan perdagangan antarabangsa.Keselamatan Kesihatan Global DitingkatkanMembentuk sistem amaran awal bukan sahaja untuk penyakit tetapi juga untuk sebarang ancaman terhadap kesihatan dan urusan kehidupan manusia. Ini memastikan kerangka kerja yang kukuh untuk keselamatan kesihatan global.Ancaman Kesihatan Tidak Mengenal SempadanMemberi sokongan negara-negara dalam mengesan, menilai, dan merespons ancaman kesihatan dengan lebih cepat melalui memudahkan komunikasi pantas dengan negara-negara lain. Ini penting kerana ancaman kesihatan tidak mengenal sempadan.Memastikan Ancaman Harian Dalam Keadaan TerkawalMenjaga ancaman harian di bawah kawalan, dari penyakit biasa hingga isu kesihatan yang muncul. Pengesanan awal dan tindak balas yang memberi petanda penting.Semua Sektor Akan Mendapat ManfaatIHR menyediakan persediaan kepada semua sektor untuk merespons kecemasan yang mungkin melalui kerjasama dan perkongsian maklumat. Dengan memastikan penyertaan semua sektor, IHR membantu mencegah risiko kesihatan. Peranan IHR Kepada Dunia IHR menyokong negara dalam mengukuhkan dan mengekalkan keupayaan negara untuk memastikan pengesanan , pengesahan dan tindak balas terhadap risiko kesihatan awam, WHO membangunkan dan menyediakan alat, bimbingan dan latihan kepada negara.
Sokongan WHO adalah dalam memberi tumpuan kepada keperluan keutamaan yang dikenal pasti oleh Pejabat Wilayah dan Negara WHO. Fokus IHR untuk membantu setiap negara memenuhi usaha dibawah:
Menetapkan Pusat Perhubungan IHR WHO di ibu pejabat atau peringkat wilayah negara; Menjalankan pengawasan kesihatan awam global dan penilaian berkaitan isu kesihatan awam; Menyebarkan maklumat kesihatan awam kepada Negara WHO; Menawarkan bantuan teknikal kepada Negara WHO; Menyokong Negara WHO dalam usaha mereka untuk menilai struktur dan kesihatan awam nasional. Memantau pelaksanaan IHR dan mengemas kini garis panduan; dan Menentukan sama ada sesuatu penyakit tertentu merupakan kecemasan kesihatan awam kebimbangan antarabangsa (PHEIC), dengan nasihat daripada pakar luar. Matlamat pelaksanaan di peringkat negara adalah untuk mengehadkan penyebaran risiko kesihatan kepada negara-negara jiran lain dan untuk membuat sekatan antarabangsa jika diperlukan bagi mengelakkan penularan.
Isu IHR Di Malaysia yang Didakwa Dapat Menggugat Kedaulatan Undang-undang apa itu ihr Campur Tangan Luar Dalam Urusan Negara Pada 26 September 2023, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan untuk dengan tegas menentang Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan kepada Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) kerana ada kemungkinan bahawa tindakan ini boleh membahayakan kedaulatan negara.
Menurut Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan, menyatakan bahawa Malaysia harus mengambil langkah tegas menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember depan, iaitu tarikh akhir untuk menyuarakan bantahan, agar negara tidak terdedah kepada campur tangan pihak luar.
Beliau juga menyatakan bahawa jika usaha ini gagal, WHO mungkin akan mengambil alih pemerintahan dan menafikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, serta kerajaan dalam membuat keputusan berkenaan pengisytiharan pandemik dan darurat. Kerana ia akan beri kuasa kepada pihak WHO untuk ambil alih (negara) jika dirasakan negara ini perlu diselamatkan dengan cara pihak WHO.
“Jika pindaan kepada IHR 2005 diluluskan dan tidak mendapat bantahan daripada Perdana Menteri, kita akan terikat dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam IHR 2005.”
Kesan Jika IHR Dibenarkan Dalam Malaysia Pindaan kepada Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR) 2005 telah menjadi sesuatu yang kontroversi di Malaysia, dan ada keprihatinan yang serius tentang akibatnya jika tidak ada tindakan tegas untuk menentangnya.
Dalam konteks ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mendesak kerajaan untuk menolak pindaan ini serta Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+). Beberapa kesan buruk jika IHR diluluskan di negara Malaysia:
Mengancam kedaulatan negara. Pindaan IHR 2005 berpotensi untuk mengancam kedaulatan negara. Jika pindaan ini dibiarkan, Malaysia mungkin kehilangan sebahagian dari kuasa untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan kesihatan masyarakat Malaysia. Ancaman terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Berpotensi untuk mengancam peranan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. WHO mungkin akan memiliki peranan lebih besar dalam membuat keputusan tanpa campur tangan kerajaan Malaysia. Mengurangkan kebebasan dan hak asasi rakyat. Melalui perjanjian itu akan menambah skop kuasa WHO dalam keadaan yang bukan hanya membabitkan risiko kesihatan awam, malah menggugat kebebasan dan hak asasi rakyat malah kedaulatan negara, Raja-Raja Melayu serta Yang Di-Pertuan Agong juga boleh terancam. Walaubagaimanapun, segala keputusan adalah berdasarkan kerajaan Malaysia. Sebagai rakyat yang taat kepada rukun negara, sememangnya rakyat mengharapkan yang terbaik daripada kerajaan Malaysia. Isu berkenaan IHR masih dalam perbincangan, dari pelbagai sudut kerajaan mempunyai hak dalam menentukan yang terbaik kepada rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/10/apa-itu-ihr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ihr Who Kedaulatan Malaysia Ft Datuk Asri Ahmad Juflis Datuk Nadzim Ppim Lesung Batu Medic Show 20 10 2023

Ihr Who Kedaulatan Malaysia Ft Datuk Asri Ahmad Juflis Datuk Nadzim Ppim Lesung Batu Medic Show 20 10 2023

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 168 hits
Adalah Kedaulatan Negara Tergugat Dengan Pindaan IHR WHO International Health Regulation Sekiranya Lulus November 2023 Artikel Artikel yang Bakal Dipinda Boleh Menyebakan Rakyat Hilang Hak Asasi Yang Termaktub Dalam Perlembagaan Persekutuan...
Penjelasan Kpk Berhubung Who Ca Dan Pindaan Ihr 2005

Penjelasan Kpk Berhubung Who Ca Dan Pindaan Ihr 2005

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 153 hits
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan beberapa perkara penting sebagai respons yang dibangkitkan Antara isu yang paling utama adalah berkaitan isu kedaulatan dan autonomi negara Kami ingin
Groups Laud Higher Allocation For Health Ministry But

Groups Laud Higher Allocation For Health Ministry But

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 104 hits
The Malaysian Medical Association and health think tank Galen Centre welcome the significant allocation increase to the Health Ministry However they expressed concerns about human resources within the public healthcare sector which they sai...
Laugh Your Way To Good Health And Scientific Wisdom

Laugh Your Way To Good Health And Scientific Wisdom

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 255 hits
Having a good sense of humor is a gift from the heavens and it turns out that health and science are no strangers to a good belly laugh either In fact the importance of health and science in our daily lives cannot be overstated So let s div...
Blog Post Laughs For Health Educational And Awareness Campaigns In A Humorous Tone

Blog Post Laughs For Health Educational And Awareness Campaigns In A Humorous Tone

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 207 hits
Introduction Welcome dear readers to another amusing and enlightening blog post Today we delve into the world of educational and awareness campaigns on lifestyle and healthcare but with a delightful twist humor After all learning and raisin...
Event World Mental Health Day

Event World Mental Health Day

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 121 hits
Assalamualaikum Semalam satu entry je kat blog ni ye ya allah semalam SA busy sangat sangat Pagi ada event World Mental Health Day Ada talk dari doktor pakar psychiatry yang didatangkan khas dari KPJ Ampang Puteri Semalam 10 October 2023 me...
Anwar Sports Green Ribbon Pin Wants Mental Health Stigma To End

Anwar Sports Green Ribbon Pin Wants Mental Health Stigma To End

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 111 hits
PARLIAMENT Prime Minister Anwar Ibrahim turned up in Parliament with a green ribbon fastened to his chest in conjunction with World Mental Health Day 2023 During the Minister s Question Time in the Dewan Rakyat he said the public must stop ...
Please Pray For Rafizi Says Health Minister

Please Pray For Rafizi Says Health Minister

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 152 hits
Economy Minister Rafizi Ramli who is under treatment at the Universiti Malaya Medical Centre in Kuala Lumpur is in stable condition Health Minister Dr Zaliha Mustafa asked the people to pray for his quick recovery Alhamdulillah I was inform...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Umur 21 Terlibat Dalam Mesyuarat Penajaan Ukm

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi Back In Action Lakonan Jamie Foxx Cameron Diaz



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Yong Tau Foo Homemade

Remaja Perempuan Hilang Lepas Naik Teksi E Hailing Ke Tempat Kerja Di Ipoh

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

Official Position Of The State Government Of Sabah In Relation To The Constitutional Right To Claim The 40 Percent

2 Pegawai Polis Johor Terbunuh Suspek Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiyah