Info Kesihatan Luka Dan Jahitan Pembedahan


Assalamualaikum.

Perkongsian ilmu daripada Prof.Dr.Imelda Balchin

KLIK SINI UNTUK LINK PENUH : JAHITAN PEMBEDAHAN

Ibu-ibu yang baru bersalin tanya saya, kenapa saya bagi nasihat kepada mereka tak payah pantang makan macam zaman dulu, dan kenapa saya bagi nasihat kepada mereka, tak payah bimbang tentang kegatalan pada jahitan mereka seperti zaman dulu

1) Pertama saya beritahu ibu-ibu penerangan tentang jenis benang jahitan: 
Zaman dulu, doktor menggunakan benang catgut yang dibuat dari usus binatang. Nama sebenar catgut ialah ‘cattlegut’ yang didapati dari usus lembu atau kambing. Benang catgut ini mengambil masa yang lebih lama untuk larut dalam badan manusia dan menyebabkan lebih tindakbalas badan, seperti keradangan, kegatalan dan lebih lambat sembuh. 
Zaman sekarang, kami sudah tinggalkan benang catgut. Kami gunakan benang sintetik, bukan lagi benang usus binatang. Benang sintetik zaman sekarang lebih halus dan disalut antibakteria. Ini terbukti mengurangkan jangkitan bakteria, mengurangkan keradangan badan, mengurangkan kegatalan, lebih cepat larut dan luka lebih cepat sembuh. 
2) Kedua, saya beri penerangan tentang kaedah saya membuat jahitan: 
Doktor-doktor dan bidan-bidan zaman dulu selalu buat jahitan ‘Simple Interrupted ’ sutures (lihat gambar). Tetapi zaman sekarang, sebagai seorang Pakar Perunding yang mengajar doktor-doktor muda dan bidan-bidan, saya sentiasa menggalakkan mereka semua berhenti membuat jahitan cara lama pada koyakan ibu atau jahitan episiotomy dan ubah kepada jahitan ‘Continuous Subcuticular’ sutures. Jika mereka sudah belajar cara jahitan lama dari doktor dulu-dulu, saya menggalakkan mereka ubah amalan mereka dan belajar cara jahitan yang terbukti lebih baik.  
Kaedah ‘Continuous Subcuticular’ ini terbukti mengurangkan kesakitan ibu selepas bersalin, sebab benangnya tersembunyi dan larut di bawah kulit ibu, bukan di atas dan di dalam kulit ibu. Kulit ada deria sakit dan ibu akan tidak selesa dan lebih lagi meminta ubat tahan sakit selepas jahitan kaedah ‘Simple Interrupted’. 
Kaedah ‘Continuous Subcuticular’ juga terbukti mengurangkan ibu mengadu sakit bila membuat hubungan kelamin bersama suami 90 hari selepas bersalin bila dibandingkan dengan kaedah jahitan ’Simple Interrupted’. 
Selain dari itu, untuk kaedah ‘Simple Interrupted’ terdapat simpul benang (knots) di luar kulit badan. Tidak hairanlah ibu-ibu akan rasa sakit atau tidak selesa bila cuba duduk di atas simpul (knots) sebab koyakan kulit di bahagian bawah faraj itu ialah juga kawasan kulit yang tertekan atas kerusi bila kita duduk atas kerusi. Nak jalan pun sakit, nak duduk pun sakit

Untuk kaedah ‘Continuous subcuticular’, hanya ada dua simpul benang yang di buat di bawah kulit dan berakhir di dalam vagina, maka tiada simpul benang di bahagian kulit yang duduk di atas kerusi. 
3) Ketiga, saya beritahu ibu, supaya luka cepat sembuh, jangan pantang makanan berkhasiat. Ambil lah cukup protein seperti telur, ikan, ayam daging. Makanan ini tidak menyebabkan nanah. Apa yang menyebabkan nanah ialah jangkitan bakteria kepada luka. Saya bagi nasihat kebersihan tangan itu penting sebelum menyentuh luka. Saya bagi nasihat tukar pad wanita dengan kerap setiap hari supaya kawasan luka cepat kering. Saya bagi nasihat jika ada tanda jangkitan bakteria, kami akan beri antibiotik, maka jangan pantang makanan berprotein yang diperlukan untuk kesembuhan luka. 
4) Keempat, saya jelaskan jangan pantang makanan berprotein dan makanan berkhasiat sebab ini penting untuk membuat susu ibu yang berkualiti. 
5) Kelima, saya bagi nasihat kesihatan jangkamasa panjang, pantanglah seumur hidup makanan yang tidak berkhasiat yang memudaratkan kesihatan anda seperti makanan segera (jangan dok bangga sangat kata anda tak pantang makan Burger selepas bersalin - itu bukan langkah yang cerdik), seperti makanan yang tinggi kandungan garam, makanan yang tinggi kandungan gula. Makanan Hospital itulah lebih berkhasiat. Jangan buang makanan Hospital lepas tu pi beli makan burger 🍔- sungguh laa tak cerdik. 
6) Keenam, saya bagi nasihat makanlah makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan sebab inilah milkbooster semulajadi yang terbukti terbaik selain dari mencegah sembelit. 
7) Ketujuh, saya bagi penerangan minum air dengan cukup 2-3 Liter sehari untuk membuat susu ibu dan supaya tidak sembelit. Zaman dulu saja ibu-ibu boleh dapat becak dan faraj berair jika minum banyak sebab hanya zaman dulu ibu boleh dapat masalah koyakan teruk Obstetrik fistula yang tidak diperbaiki bila bersalin di rumah tanpa bantuan bidan bertauliah atau doktor perubatan. Zaman sekarang tiada lagi masalah koyakan Obstetrik fistula sebab kami tak benarkan ibu teran terlalu lama dan kami bantu ibu bersalin. 
8)Akhir sekali, pantanglah makanan yang anda memang ada alahan. Bukan semua orang ada alahan kepada makanan tertentu. Bukan semua orang ada alahan kepada jenis makanan yang sama. Jadi berhentilah suruh orang lain pantang makan makanan berkhasiat jika anda seorang saja yang ada masalah makan makanan itu. Kalau hang tak suka, hang pantang laa sorang. Orang lain tak ada masalah makan laksa, tak payahlah dok sekat orang lain makan laksa. 
Jangan ketinggalan zaman. Ubah amalan kepada apa yang lebih baik. Sekian, terimakasih. 
Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology,Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine,KPJ Damansara Specialist Hospital
Bila Penbiru Menulis...🖊

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penbiru.com/2019/11/info-kesihatan-luka-dan-jahitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 988 hits
Seekor monyet menjadi perhatian orang ramai apabila dipercayai pergi ke kedai ubat ubatan untuk mendapatkan bantuan kerana mengalami luka pada badan Melalui satu video yang dimuatnaik oleh Trendup News di Youtube kejadian yang berlaku di Ma...
Info Kesihatan Pantang Ibu Berpantang

Info Kesihatan Pantang Ibu Berpantang

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 1084 hits
AssalamualaikumInfo menarik ini dikongsikan dari catatan doktor pakar yang memang betul betul pakar Tak perlu dinafikan apalagi dipertikaikan Beliau ialah Prof Dr Imelda Balchin Soalan Doc bagaimana cara berpantang terbaik selepas bersalin ...
Info Kesihatan Menjarakan Kehamilan

Info Kesihatan Menjarakan Kehamilan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 574 hits
Assalamualaikum Info kesihatan dari Pakar Ibu Hamil dan Janin Prof Dr Imelda Balchin Selepas bersalin rahim mengecut Semasa menyusu rahim mengecut lagi cepat Tetapi ibu yang kehilangan bayi yang meninggal dunia selepas bersalin rahim ibu ak...
Info Kesihatan Darah

Info Kesihatan Darah

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 817 hits
AssalamualaikumLagi perkongsian ilmu dari Prof Dr Imelda Balchin mengenai kesihatan wanita Sains perubatan tentang darah dan darah haid Di dalam semua saluran darah di dalam badan darah kita mengalir tanpa menjadi darah beku atau blood clot...
Wanita Asal Spanyol Luka Parah Usai Lawan Jambret Di Pecatu Bali

Wanita Asal Spanyol Luka Parah Usai Lawan Jambret Di Pecatu Bali

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 253 hits
Kronologinya saat itu korban baru beranjak dari Pantai menuju ke tempat parkir sepeda motornya Sesampainya di TKP sekitar pukul 19 20 Wita saksi dan korban melihat pelaku dengan gerak gerik mencurigakan dengan menaiki sepeda motornya
Makan Kicap Boleh Buat Parut Luka Jadi Makin Hitam Benarkah Mitos Ini

Makan Kicap Boleh Buat Parut Luka Jadi Makin Hitam Benarkah Mitos Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 782 hits
Mesti ramai yang pernah mendengar pesanan seperti jangan makan kicap kerana boleh membuatkan parut luka menjadi hitam pada kulit Ianya sudah menjadi pantang larang hingga ada yang mengelakkan untuk mengambil kicap bimbang parut meninggalkan...
Guru Tampil Nafi Kanak Kanak 6 Tahun Acah Anjing Liar Alami Luka Dalam Kesan Gigitan Teruk

Guru Tampil Nafi Kanak Kanak 6 Tahun Acah Anjing Liar Alami Luka Dalam Kesan Gigitan Teruk

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 529 hits
Minggu lepas tular dengan sebuah video yang memaparkan seorang murid lelaki berusia 6 tahun dikejar dan digigit oleh beberapa ekor anjing liar di sebuah sekolah yang terletak di Port Dickson Timbul pelbagai spekulasi berkaitan insiden terse...
14 Murid Luka Akibat Aula Smkn 1 Miri Sragen Roboh Dihantam Angin Puting Beliung

14 Murid Luka Akibat Aula Smkn 1 Miri Sragen Roboh Dihantam Angin Puting Beliung

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 230 hits
Menurut Kepala sekolah SMKN Miri Sarno 14 murid mengalami luka luka akibat peristiwa tersebut Mereka yang luka sudah dievakuasi dan mendapatkan perawatan medis dari rumah sakit terdekat
Ditemukan Luka Memar Saat Divaksin Bocah 8 Tahun Diduga Dianiaya Ibu Tiri

Ditemukan Luka Memar Saat Divaksin Bocah 8 Tahun Diduga Dianiaya Ibu Tiri

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 195 hits
Ky bocah perempuan kelas 2 SD di Muara Muntai Kutai Kartanegara Kalimantan Timur diduga jadi korban penganiayaan ibu dan kakak tirinya Dugaan ini muncul setelah terlihat banyak memar di tubuh bocah itu
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord