Info Kesihatan Darah


Assalamualaikum

Lagi perkongsian ilmu dari Prof.Dr.Imelda Balchin mengenai kesihatan wanita. 





KLIK SINI UNTUK LINK ASAL : DARAH & DARAH HAID
Sains perubatan tentang darah dan darah haid

Di dalam semua saluran darah di dalam badan, darah kita mengalir tanpa menjadi darah beku, atau blood clot. 
Di dalam darah, ada 
1) Sel darah merah yang membawa oxygen dari paru-paru ke seluruh badan. Bila membawa oksigen, sel darah merah berwarna merah cerah sebab kandungan oxy-haemoglobin yang tinggi. Selepas sel darah melepaskan oxygen kepada sel organ badan, warna sel darah merah bertukar menjadi merah gelap, seakan unggu kehitaman, sehingga sel darah merah dibawa semula ke paru-paru dan bercantum dengan oxygen baru, menambahkan kandungan oxy-haemoglobin dan menjadi merah cerah semula. 
2) Sel darah putih yang melawan semua kuman yang masuk ke dalam badan. Bila ada kuman bakteria masuk ke dalam kulit yang cedera, sel darah putih akan datang sepasukan melawan kuman-kuman bakteria dan menangkap kuman bakteria dalam kawalan serta mengasingkan kuman bakteria daripada bahagian badan yang lain. Inilah dia ‘nanah’. Selepas nanah dikeluarkan, dan tiada lagi nanah baru, kita tahu badan kita sudah mula sembuh dari jangkitan kuman bakteria. Nanah terjadi bukan sebab anda makan ayam atau telur, tetapi kemasukan kuman bakteria yang dilawan oleh sel darah putih. 
3) Sel platelet yang mengawas saluran darah. Jika ada pendarahan sebab berlakunya kecederaan, Sel platelet akan menjadi aktif dan membekukan darah di bahagian kecederaan untuk menghentikan pendarahan keluar dari badan. 
4) Coagulation factor: ini adalah protein yang mengalir di dalam darah. Ia hanya menjadi aktif dan berkerja dengan Sel platelet yang aktif untuk membekukan darah jika keluar dari saluran darah dengan tujuan menghentikan pendarahan daripada berterusan. 
Sila lihat gambar satu, supaya kita faham kenapa darah menjadi beku bila keluar dari badan. 
Sila lihat gambar dua. Semua darah yang diambil keluar daripada saluran darah atau badan akan menjadi pekat, pejal, dan berketul seperti di dalam gambar. 
Tetapi, bila kami doktor-doktor ambil darah pesakit untuk ujian darah di dalam tube seperti dalam gambar tiga, darah yang anda lihat keluar ke dalam tube tidak membeku, sebab di dalam tube itu sudah ada bahan pencair darah dengan tujuan mengelakkan darah daripada menjadi blood clot, supaya kita boleh membuat analisa darah. Apa yang anda lihat dalam tube semasa doktor ambil darah, bukanlah sifat semulajadi darah yang keluar dari badan, tetapi sifat darah yang dicampur ke dalam tube yang mengandungi bahan pencair darah, atau anti-coagulant. 
Sama juga bila anda memberi darah untuk blood donation atau menerima transfusi darah, beg darah itu mengandungi sedikit anti-coagulant untuk mencegah darah menjadi pejal seperti blood clot di luar badan, supaya boleh digunakan untuk transfusi kepada pesakit yang memerlukan darah. Sila lihat gambar 4. 
Jadi, sila janganlah panik atau risau bila lihat darah haid anda keluar dengan sedikit ketulan. Itu bukanlah sebab ada darah beku dalam rahim. Hanya selepas darah keluar dari rahim, sel platelet dan coagulation faktor di dalam darah menjadi aktif untuk memejalkan darah. Itulah sifat darah yang semulajadi bila keluar dari badan. Bukannya sebab darah anda kotor, atau ada penyakit. 
Jika darah haid menjadi perang atau kehitaman, itulah sifat semulajadi sel darah merah yang sudah tiada oxy-haemoglobin. Jadi janganlah kata darah haid ini kotor. Tiada kekotoran di situ

Bilakah anda patut berjumpa doktor sakit puan atau doktor di klinik gynae? 
A) Jika haid anda berubah dan tidak teratur (irregular menstruation)B)Jika ada pendarahan di antara haid (intermenstrual bleeding)C) Jika haid terlalu banyak sehingga banyak ketulan dan mengganggu perkerjaan anda (menorrhagia) D) Jika tempoh pendarahan terlalu lama melebihi kebiasaan (prolonged bleeding)E) Jika senggugut yang terlalu teruk sehingga mengganggu perkerjaan anda (dysmenorrhoea)F) Jika ada pendarahan selepas menopos, walaupun sedikit (postmenopausal bleeding)G) Jika keputihan yang biasa berubah menjadi warna hijau, kelabu, perang atau berbau hanyir atau menjadi terlalu banyak (abnormal vaginal discharge)

Selain daripada ini, jangan risau jika nampak ketulan darah dalam haid, atau warna darah haid warna perang. Tak payahlah ambil gambar dan hantar kepada penjual jamu. Macam-macam depa akan kata dan tunjuk dalam media sosial sebab nak suruh anda beli juga produk depa. 
Sekian, semoga pengetahuan ini bermanfaat untuk semua wanita

Dr Imelda Balchin,Pakar Kesihatan Wanita 
P/S: lagi satu saya nak cerita
Kalau hangpa tengok drama dalam TV, kes hantu ka, kes pembunuhan kaa, drama hospital kaa, depa guna darah tipu, maka memang macam air merah sirap saja, yang tak menjadi pejal, tak menjadi ketulan blood clot dan warna tak menjadi merah gelap atau merah kehitaman seperti yang sepatutnya. Sebab inilah doktor selalu tergelak-gelak tengok drama macam ni
Bila Penbiru Menulis...🖊

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penbiru.com/2019/11/info-kesihatan-darah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Info Kesihatan Menjarakan Kehamilan

Info Kesihatan Menjarakan Kehamilan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 579 hits
Assalamualaikum Info kesihatan dari Pakar Ibu Hamil dan Janin Prof Dr Imelda Balchin Selepas bersalin rahim mengecut Semasa menyusu rahim mengecut lagi cepat Tetapi ibu yang kehilangan bayi yang meninggal dunia selepas bersalin rahim ibu ak...
Info Kesihatan Luka Dan Jahitan Pembedahan

Info Kesihatan Luka Dan Jahitan Pembedahan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 815 hits
Assalamualaikum Perkongsian ilmu daripada Prof Dr Imelda Balchin Ibu ibu yang baru bersalin tanya saya kenapa saya bagi nasihat kepada mereka tak payah pantang makan macam zaman dulu dan kenapa saya bagi nasihat kepada mereka tak payah bimb...
Info Kesihatan Pantang Ibu Berpantang

Info Kesihatan Pantang Ibu Berpantang

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 1091 hits
AssalamualaikumInfo menarik ini dikongsikan dari catatan doktor pakar yang memang betul betul pakar Tak perlu dinafikan apalagi dipertikaikan Beliau ialah Prof Dr Imelda Balchin Soalan Doc bagaimana cara berpantang terbaik selepas bersalin ...
Tersembam Hingga Tercucuk Plastik Mainan Tiup Darah Tak Henti Lelangit Anak Koyak

Tersembam Hingga Tercucuk Plastik Mainan Tiup Darah Tak Henti Lelangit Anak Koyak

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 661 hits
Niat gembirakan anak tapi sebaliknya pula berlaku tanpa disangka sangka Itu yang dialami oleh seorang ibu apabila anaknya mengalami koyakan di lelangit akibat tercucuk mainan tiup yang biasa digunakan ketika majlis hari jadi Hanya sebab ter...
Anak Lembik Keluar Darah Tercekik Mainan Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati

Anak Lembik Keluar Darah Tercekik Mainan Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 560 hits
Alat permainan merupakan benda yang sememangnya berkait dengan kanak kanak yang bukan sahaja sebagai peneman malah baik untuk perkembangan mereka Namun hakikatnya ada bahaya mainan buat bayi terutamanya jika ia tidak bersuaian dengan usia s...
Darah Keluar Tak Berhenti Anak Menangis Sampai Muka Biru Gara Gara Trompet Parti Lelangit Lembut Anak Terkoyak

Darah Keluar Tak Berhenti Anak Menangis Sampai Muka Biru Gara Gara Trompet Parti Lelangit Lembut Anak Terkoyak

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 881 hits
https ift tt 33jhOe4 Alat alat permainan dan anak anak kecil tidak dapat dipisahkan Warna struktur bentuk dan bunyi menarik perhatian mereka Kadangkala tanpa disedari ada anak anak kecil masukkan alat permainan ini ke dalam mulut Sebagai ib...
Toshiba Mencipta Teknologi Yang Boleh Mengesan 13 Jenis Kanser Dengan Setitik Darah

Toshiba Mencipta Teknologi Yang Boleh Mengesan 13 Jenis Kanser Dengan Setitik Darah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 419 hits
Jika anda pernah mendengar mengenai Theranos sebuah syarikat teknologi kesihatan yang mengatakan mereka mampu menjalankan ujian ujian darah dengan sejumlah darah dengan kecil nampaknya kini mempunyai pesaing oleh Toshiba Toshiba mengatakan ...
Darah Indonesia Konsep Yang Absurd

Darah Indonesia Konsep Yang Absurd

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 299 hits
Pertama dari sisi sains konsep darah itu sudah usang Orang zaman dulu sudah mendeteksi adanya penurunan sifat sifat biologis dari orang tua ke anak lalu ke cucu dan seterusnya Mereka mendeteksinya dari kemiripan bentuk wajah warna kulit ata...
7 Kondisi Darah Menstruasi Yang Penting Untuk Kamu Ketahui

7 Kondisi Darah Menstruasi Yang Penting Untuk Kamu Ketahui

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 2544 hits
Kondisi darah menstruasi yang keluar dari tubuh wanita ini bisa menjadi tanda kondisi kesehatan seseorang Sejumlah kondisi tubuh wanita bisa ditunjukkan oleh darah haid yang keluar ini
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Checklist Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak Jangan Ada Yang Tertinggal

Di Usia Berapa Anda Mula Tergerak Untuk Belajar Ilmu Agama Yang Diajar Oleh Para Tok Guru Ustaz

Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable