Influenza A Vs B Ketahui Jenis Perbezaan Simptom Rawatan Dan Pencegahan


Influenza A vs B | Ketahui Jenis, Perbezaan, Simptom, Rawatan Dan Pencegahan | Ramai yang beranggapan influenza dan selsema biasa itu adalah sama. Sedangkan ia adalah 2 penyakit yang berbeza. Walaupun simptom kedua - dua penyakit ini adalah sama, tetapi influenza terjadi dengan lebih cepat dan teruk dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk kematian. Influenza bukan sahaja menyerang kanak - kanak malah orang dewasa pun turut sama dijangkiti.


Semasa sis habis satu family kena macam ada simptom influenza, sis pun sebenarnya tak tahu pun yang wabak influenza tengah merebak.

Sebab ingat demam biasa dan selsema biasa. Tapi adik sis pesan suruh minum air banyak - banyak sebab sekarang ini tengah wabak influenza. Tapi, bila pergi check dengan doktor, doktor kata demam biasa sahaja. Doktor pun ada pesan minum air banyak - banyak.

Bila datangnya selsema, kadang- kadang satu pakej sekali dengan batuk. Kadang - kadang orang tak ambil kisah sangat sebab mereka cakap biasalah batuk dan selsema, mungkin disebabkan tanda - tanda  tak berapa nak teruk sangat kan. Tetapi apabila virus sudah berjangkit dan tidak dapat dikawal, itu lagi mendatangkan bahaya kepada semua orang. Bukan sahaja untuk diri malah orang di sekeliling kita.

Sekarang Malaysia tengah dilanda dengan wabak influenza. Sis dengar berita sana sini macam takut pulak. Yang sedihnya bila yang kena adalah anak -anak kecil. Ya lah kan imun budak - budak bukan kuat sangat. Kita yang dewasa ni pun rasa macam nak kemurungan. Nak buat apa kerja pun asyik batuk, asyik bersin dan hidung pun tak berapa nak sihat. Asyik tersumbat.

Apa yang sis baca, jika di negara barat influenza atau dikenali juga dengan flu berkait rapat dengan musim sejuk. Di negara barat, khususnya jumlah kes dan kematian akibat flu biasanya akan meningkat pada musim sejuk. Tetapi di Malaysia, adalah negara tropika, influenza adalah penyakit tidak bermusim dan boleh berlaku pada bila - bila masa.

Cuma keadaan bergantung sama ada serius atau tak. Tapi, sekarang ni wabak influenza ni dah banyak menjangkiti orang ramai. Jadi, orang ramai jangan pandang ringan tentang jangkitan influenza ini dan ramai yang tidak tahu maklumat yang tepat tentang bahayanya influenza.

Apa itu Influenza ?

Influenza adalah jangkitan hidung, tekak dan paru - paru yang disebabkan oleh virus influenza. Virus influenza mudah berjangkit.

Apakah Perbezaan Influenza dan Selsema Biasa ?

1. Hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat. Itu semua tanda - tanda tersebut adalah selsema biasa. Selsema terjadi apabila jangkitan virus menyerang bahagian pada saluran pernafasan atas. Selsema biasa tidak berbahaya dan biasa memang berlaku sepanjang tahun.

2. Tanda - tanda untuk influenza juga adalah sama seperti selsema biasa yang menjejaskan saluran pernafasan atas. Cuma, virus influenza berbeza daripada virus selsema biasa. Jangkitan berlaku dengan lebih cepat. Influenza juga berlaku mengikut musim.

Apakah Jenis - Jenis Virus Infleunza ?

Terdapat 4 jenis virus influenza A, B dan C. Tapi yang biasa banyak menjangkiti  manusia adalah jenis A dan B. Kedua - duanya adalah berbahaya dan simptom untuk jenis A dan B adalah sama.

1. Jenis A 
Boleh menjangkit manusia dan haiwan, epidemik sangat teruk dan amat berbahaya.

2. Jenis A ( H1N1 )
Boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kadangkala pandemik dan amat berbahaya.

3. Jenis B 
Boleh menjangkiti manusia. Sering berlaku, kurang teruk, ada kalanya berbahaya, tidak pandemik.

4. Jenis C 
Boleh menjangkiti manusia, Ringan, jarang berlaku dan bukan epidemik.

Maksud endemik, epidemik dan pandemik

1. Endemik
Penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu komuniti atau populasi.

2. Epidemik
Penyakit yang menyerang ramai orang dalam komuniti sekligus dan merebak ke satu atau beberapa komuniti.

3. Pandemik 
Apabila wabak merebak ke seluruh dunia

Apakah Perbezaan Di Antara Influenza A dan B ? 

Walaupun influenza A dan B, tanda - tandanya adalah sama, tapi kedua -duanya adalah berbeza. Jadi ia semua bergantung kepada ketahanan tubuh seseorang. Individu yang sihat mungkin akan dapat kesan yang lebih ringan.

Boleh jadi sekiranya imun badan tidak kuat, virus influenza A mudah menyerang dalam tubuh. Begitulah juga sebaliknya.

Influenza A lebih berbahaya dan mampu merebak lebih cepat. Ia juga menyebabkan simptom lebih teruk berbanding jenis influenza yang lain.

Bagaimana Virus Influenza Merebak ?

Virus tersebar melalui bawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup. Jangkitan berlaku melalui hubungan secara langsung dengan titisan cair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta tangan yang tercemar.

Orang lain pula boleh dijangkiti influenza apabila menyedut titisan tersebut atau titisan termasuk ke dalam hidung atau mulut mereka selepas tersentuh permukaan yang tercemar.

Siapakah Golongan Yang Mudah Dijangkiti Virus Influenza ? 

1. Dari faktor umur, kanak - kanak, warga emas, pesakit kronik seperti asma, diabetis atau masalah jantung.
2. Bagi wanita yang mengandung, wanita hamil lebih cenderung untuk menghidapi komplikasi influenza, terutama pada trimester kedua dan ketiga. Dua minggu selepas bersalin jugalebih cenderung dijangkiti influenza.
3. Faktor obesiti. Bagi orang yang mempunyai BMI sebanyak 40 atau lebih mempunyai risiko komplikasi daripada selsema.

Apakah Simptom Influenza Pada Orang Dewasa ? 

Tanda dan gejala awal adalah :

1. Demam secara tiba - tiba dan mempunyai suhu badan yang tinggi lebih 38 darjah celsius.
2. Berasa kelesuan.
3. Sakit sendi
4. Batuk yang berlarutan
5. Hidung berair
6. Kerap bersin
7. Sakit tekak
8. Sakit kepala

Apakah Simptom Influenza Pada Kanak - Kanak ? 

Tanda dan gejala awal bagi kanak - kanak adalah :

1. Demam panas yang berlarutan
2. Sukar bernafas atau nafas pendek
3. Kulit bertukar menjadi biru
4. Sukar minum air
5. Kelihatan keliru atau mengalami sawan
6. Mengalami simptom yang berulang
7. Mempunyai masalah perubatan ( asma, talasemia, penyakit yang dirawat menggunakan steroid dan lain - lain )

Apakah Jenis - Jenis Rawatan ? 

Jenis rawatan yang boleh dibuat sebenarnya kalau yang ringan boleh dibuat di rumah. Penawarnya pun sangat mudah. Disebabkan influenza adalah penyakit yang berjangkit, jadi ini cara untuk dirawat apabila berada di rumah.

Rawatan Di Rumah 

1. Minum air banyak - banyak
2. Banyakkan berehat dan berhenti sekejap dari tugasan harian
3. Sekiranya ambil ubat di klinik, makan ubat dengan teratur

Pengambilan Vaksinasi 

Bagi kanak - kanak,cara terbaik adalah dengan mengambil vaksin apabila telah mencapai umur yang sepatutnya dalam enam bulan ke atas. Pastikan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Bagi orang dewasa, vaksin influenza hanya mampu melindungi virus daripada terus merebak.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyarankan vaksin influenza diambil setiap tahun.

Pengambilan Ubat Antiviral

Pengambilan ubat antiviral juga boleh merawat influenza dalam kanak - kanak. Bagi kanak - kanak yang sakit teruk atau masuk hospital. Ubat antiviral ini sebenarnya boleh berikan kelegaan, mempercepatkan proses sembuh, dan juga untuk mencegah komplikasi influenza yang serius. Sekiranya ada ibu bapa nak ambil ubat antiviral untuk anak - anak masing- masing, pastikan dapatkan nasihat doktor.

Untuk orang dewasa pun sama juga, kena dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Sekiranya doktor di klinik dapat mengesan virus yang menyebabkan influenza, antivirus boleh diberikan terus kepada pesakit.

Kesan virus itu bergantung kepada status kesihatan secara umum. Kalau individu tersebut sihat, gejalanya tidak akan teruk, selain bergantung sama ada kita ada antibodi atau tidak terhadap influenza.

Apakah Langkah Pencegahan Yang Perlu Diambil  ? 

Wabak influenza cepat merebak. Ini adalah di antara langkah - langkah yang perlu diambil ketika musim wabak influenza samaada untuk kanak - kanak dan juga orang dewasa. Ke semua golongan ini perlu ambil perhatian yang serius.

Untuk Kanak - Kanak 
1. Jauhkan anak daripada kanak - kanak lain yang sakit
2. Mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap
3. Jauhkan tangan dari muka, mata dan hidung
4. Tutup mulut dan hidung apabila bersin dan batuk untuk melindungi orang lain daripada terkena jangkitan
5. Makan secara sihat dan galakkan anak anda untuk lebih aktif secara fizikal
6. Minum air banyak - banyak

Untuk Orang Dewasa 
1. Tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin
2. Pakai penutup mulut dan hidung dengan topeng muka
3. Kerap cuci tangan
4. Dapatkan vaksin influenza di fasiliti kesihatan swasta
5. Minum banyak air

Berapakah Harga Vaksin Influenza Malaysia ?

Setelah menular wabak influenza, ramai orang mula risau dan mengambil langkah berjaga - jaga. Apa yang sis tahu, Vaksin sampai tak cukup dan Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha untuk menambah lagi bekalan vaksin yang mencukupi.

Sis ada borak - borak dalam whatssap family, bila sis tanya vaksin sekarang berapa, adik ipar sis jawab dia pergi tanya di klinik swasta harga dalam RM 100 tapi tak tahu lah sekarang ini. Ya lah wabak influenza sedang menular sekarang, risau takut - takut ada klinik yang ambil kesempatan untuk naikkan harga.


Kenapa Kurangnya Kesedaran Orang Ramai Terhadap Virus Influenza ?  

1. Kurangnya Penyebaran Maklumat Tentang InfluenzaSis pun ada terbaca sendiri apa yang doktor cakap, di negara Malaysia, bila sebut influenza masih ada yang kurang kesedaran tentang virus ini. Atau dengan kata lain, orang ramai tak nampak penyakit ini sebagai sesuatu yang serius . Mungkin disebabkan kurangnya penyebaran data tentang influenza.

2. Tiada Ujian Makmal Di Klinik
Salah satu faktor, tiada ujian makmal di klinik yang boleh dapat keputusan penyakit serta - merta. Selalunya kena ambil darah dulu sebelum diuji di makmal. Dalam beberapa hari baru dapat keputusan. Jadi, orang ramai kat situ pun dah kurang kesedaran.

3. Kurangnya Kesedaran Dalam Pengambilan Vaksin
Faktor yang lain, kurangnya kesedaran untuk mengambil vaksin influenza. Menyebabkan ramai mengabaikan tentang pentingnya pengambilan vaksin sebagai langkah pencegahan. Mereka menganggap batuk, selsema, sakit tekak tergolong sebagai demam selsema biasa.

4. Mengabaikan Langkah - Langkah Pencegahan
Mengabaikan langkah - langkah pencegahan semasa wabak influenza, memang akan menjadi lagi parah. Jadi, kerjasama ibu bapa, orang ramai, agensi kerajaan memainkan peranan penting dalam menangani wabak ini.

Kesimpulannya 

Wabak influenza memang kedengaran menakutkan, sebab banyak dah sekolah - sekolah tutup. Golongan berisiko kanak - kanak mudah dijangkiti. Ini kerana antibodi mereka lemah berbanding dengan orang dewasa. Tetapi, orang dewasa juga kena berjaga - jaga supaya tidak dijangkiti dengan virus ini.

Ibu bapa yang mempunyai anak dijangkiti dengan virus ini, sila lah beri perhatian dan ambil langkah - langkah pencegahan. Tak perlu hantar sekolah ataupun nursery. Sekiranya simptom - simptom seperti di atas telah ada, sila lah segera bawa anak ke klinik untuk mengambil rawatan selanjutnya. Jangan berlengah lagi.

Sis pun bulan lepas macam ada nak dekat - dekat simptom influenza pun macam lembik jer badan sepanjang hari. Demam selsema biasa pun kita dah lemah longlai dah. Kita doakan semoga yang mana yang sudah terkena dengan jangkitan influenza ini supaya cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Risau sis dengar banyak sekolah tutup. Kasihankan anak - anak kecil.

Terima kasih sudi singgah blog ini. Jemput singgah lagi ya.

Baca sini : Senarai 12 Klinik Kesihatan Daerah Kota Bharu
Baca sini : Sembelit Jangan Ambil Mudah Bahaya Menanti









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/01/Jenis-perbezaan-simptom-rawatan-langkah-untuk-influenza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Influenza Simptom Perbezaan Dengan Selsema Biasa Dan Pencegahan

Influenza Simptom Perbezaan Dengan Selsema Biasa Dan Pencegahan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 1066 hits
Influenza Simptom Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan PencegahanInfluenza Simptom Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan Influenza adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza pada jangkitan hidung tekak dan paru paru Te...
Simptom Influenza Langkah Pencegahan Influenza

Simptom Influenza Langkah Pencegahan Influenza

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1684 hits
Simptom Influenza Langkah Pencegahan Influenza Assalamu alaikum Ummi nak kongsikan sedikit info mengenai seranganan virus influenza yang sedang hangat diperkatakan Info ni untuk rujukan Ummi juga Semoga anak anak kita
Perbezaan Antara Influenza A B C Dan H1n1 Serta Selsema Biasa

Perbezaan Antara Influenza A B C Dan H1n1 Serta Selsema Biasa

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 709 hits
Perbezaan Antara Influenza A B C dan H1N1 serta Selsema BiasaPerbezaan Antara Influenza A B C dan H1N1 serta Selsema Biasa Influenza atau flu adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza Terdapat 3 jenis virus influenza iaitu ...
Kenali Simptom Influenza Dan Cara Mencegahnya

Kenali Simptom Influenza Dan Cara Mencegahnya

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1530 hits
Sumber gambar dari googleApakah simptom simptom influenza Kebanyakan mereka yang menghidapi influenza berasa letih dan mengalami demam sakit kepala batuk tidak berkahak berhingus atau hidung tersumbat cirit birit muntah muntah dan sakit sak...
Musim Influenza Berleluasa Kenali Simptom Simptomnya

Musim Influenza Berleluasa Kenali Simptom Simptomnya

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1158 hits
Musim influenza berleluasa Kenali simptom simptomnya Macam macam kisah kita dengar pasal kes influenza ni kan Risau jugaklah sebab anak cikla dalam lingkungan umur 4 hingga 10 tahun Memang mudah berjangkit lagi lagi yang kecik tu Cikla send...
Tambah Influenza A Dalam Senarai Jenis Penyakit Berjangkit Untuk Cuti Kuarantin Nutp

Tambah Influenza A Dalam Senarai Jenis Penyakit Berjangkit Untuk Cuti Kuarantin Nutp

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 487 hits
KUALA LUMPUR Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia meminta kerajaan mempertimbang untuk memasukkan Influenza A ke dalam senarai jenis penyakit berjangkit diberikan kemudahan cuti kuarantin Setiausaha Agungnya Harry...
Stock Vaksin Influenza Habis Ibu Bapa Jangan Panik Ikuti Langkah Pencegahan Berikut

Stock Vaksin Influenza Habis Ibu Bapa Jangan Panik Ikuti Langkah Pencegahan Berikut

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 593 hits
Kes yang menyerang ramai orang terutamanya kanak kanak disebabkan virus influenza kini semakin meningkat Ramai ibu bapa yang mula panik sehingga menyerbu kebanyakan klinik yang menyediakan vaksin influenza Namun kini stock vaksin influenza ...
Pare Diketahui Bisa Membunuh Sel Kanker Pada Beberapa Jenis Tertentu

Pare Diketahui Bisa Membunuh Sel Kanker Pada Beberapa Jenis Tertentu

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 191 hits
Sebuah penelitian terbaru mengungkap bahwa pare ternyata juga memiliki manfaat untuk penyakit lain Dilansir dari Medical Daily hasil temuan terbaru mengungkap bahwa pare bisa membantu melawan penyakit kanker
Cara Nak Buat Dan Jenis E Book

Cara Nak Buat Dan Jenis E Book

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 248 hits
Bismillah Entri yang saya buat kali ni juga adalah satu permintaan dari pembaca blog ini Saya merasakan masih ramai yang tidak tahu cara nak buat e book dan mungkin masih ramai yang tidak tahu apa itu e book Seperti saya dahulu ketika saya ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda