Musim Influenza Berleluasa Kenali Simptom Simptomnya
Musim influenza berleluasa. Kenali simptom-simptomnya. | Macam-macam kisah kita dengar pasal kes influenza ni kan. Risau jugaklah, sebab anak cikla dalam lingkungan umur 4 hingga 10 tahun. Memang mudah berjangkit lagi-lagi yang kecik tu. Cikla sendiri pun sebagai seorang yang senang pregnant pun kena berjaga-jaga gak. Risau bila dah mula bersin-bersin, memang cecepat cari minyak angin sapu dekat zonT dengan hidung nak bagi lega. Biar lama lama-lama, takut melarat plak. Lagi sadis, jangkit dekat budak-budak. Risau risau risau. Bak kata, AG Hot FM dalam iklan tu haa. Hehe
Mungkin korang dah tau yang influenza atau flu ni adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Virus influenza ni rupanya ada 3 jenis tau, iaitu A, B dan C dan virus tiga beradik boleh menjangkiti manusia. Tapi, virus influenza A yang paling bahaya sebab dia ni boleh menjangkiti manusia dan binatang.
Virus influenza A ni jugak boleh mengalami mutasi iaitu perubahan genetik pastu dia hasilkan virus influenza yang baru yang lebih powerful. Kebal tak lut lahh ni. Haa, hat nilah yang bahaya kalau dia sampai jadi kuat camni. Nak rawat pun memang struggle lah
Cara influenza ni merebak tu senang je, melalui titisan cecair dari hidung dan mulut pesakit masa dia bercakap, bersin dan batuk. Virus yang tersebar ni akan masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan mereka yang dijangkiti. So, kot korang batuk ke, selsema ke pakai lah mask ke untuk elak orang sekeliling korang dijangkiti sama. Kalau bersin pulak tutuplah mulut. Percikan air bersin tu yang berkuman tu.
Apakah simptom-simptom mungkin seseorang itu dijangkiti penyakit influenza?
Bila kita tengok pada simptom dia, semua simptom tersebut memang selalu kita dengar. Antaranya adalah seperti sakit tekak, letih dan lesu, batuk, demam panas, muntah, sakit kepala, menggigil dan cirit birit
Apakah langkah pencegahan mengelakkan penyakit influenza ini? Menurut doktor Suhazeli Abdullah, ada 4 langkah mencegah penyakit Influenza secara amnya, iaitu;
Menjaga etika semasa batuk. Kalau dah batuk tu, tak reti reti nak cover mulut tu. Carilah tisu ke, sapu tangan ke. Kalau tak dan gak nak cari tu semua, tekup mulut dengan tapak tangan pun boleh jugak. Tau taulah kalau dah bersin tu kan, confirm wap air bersin tu berhamburan di sana sini. Sopanlah sikit geng. Kalau korang sedang alami batuk atau selsema, pakailah mask terutama bila bergaul dengan orang ramai. Mereka yang berkeja sebagai anggota kesihatan, atau pesakit kurang daya imun badan ataupun korang terpaksa pergi ke tempat yang padan dengan manusia eloklah guna mask ni sebagai langkah berjaga-jaga. Rajin-rajinlah cuci tangan, sebab nak make sure kebersihan sentiasa terjaga. Korang tau ajelah, tangan ni antara anggota badan yang paling banyak kita guna untuk melakukan aktiviti seharian. So, tak mustahil ia terdedah kepada risiko tempat pembiakan virus dan kuman. Macam cikla cakap, virus influenza ni boleh merebak melalui pernafasan dan sentuhan dari mereka yang telah dijangkiti.
Ambillah vaksin terutama mereka yang amat-amat memerlukan, sebab bukan semua orang boleh request nak ambil vaksin ni sesuka hatinya saja ye. Bagilah mereka yang berisiko dulu, iaitu:
Kanak-kanak umur bawah 5 tahun dan orang tua yang berusia lebih 65 tahun. Mereka yang mengidap penyakit seperti penghidap penyakit kronik, kencing manis, lelah dan mengalami masalah pernafasan. Apa apa hal bincang dengan doktor memasing naa. Petugas kesihatan atau penjawat yang berdepan dengan orang ramai seperti polis, imegresen, pegawai khidmat pelanggan dan sebagainya. Senang cakap orang yang kerja dia hari-hari dok mengadap orang ramai je. Mereka yang ada plan pergi ke negara yang banyak kes influenza, mereka yang akan menunaikan ibadah haji atau umrah, ibu mengandung dan mereka yang mengalami berat badan berlebihan pun turut berisiko.
So, cikla harap kita semua sentiasa aware dan alert dengan isu ini. Bukan apa, walaupun ia nampak macam remeh dan ala tak benda pun, tapi sebenarnya amat perlu diberikan perhatian terutama dalam aspek pencegahan. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Tak gitu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2020/01/musim-influenza-berleluasa-kenali.html