Influenza A Dan Rawatan Sesuai
Baru sebulan lalu, anak-anak di jangkiti wabak Hand Foot and Mouth Disease ( HFMD). Kini, bulan September 2025, kami diserang dengan virus Influenza A. Jom tengok Influenza A dan rawatan. Permulaan nya, Furqan yang batuk dan sakit pinggang serta lutut. Kami tak fikir apa, sehingga lah anak tidak bermaya dan lesu.
Simptom Influenza A
Batuk
Selsema
Sakit sendi iaitu pinggang, lutut, pelipat, tangan dan temgkuk
Sakit kepala yang melampau
Hilang selera makan
Suhu badan meningkat di tengah malam panas
Hilang deria rasa dan bau
Tekak terasa pahit
menggigil
Muntah-muntah
Cirit-birit
Kemudian, ayah nya bawa ke klinik. Dan test tersebut adalah negatif bagi Influenza dan Covid.
Merebak BatukAntara hidup dan matiTidak sedap hati dengan BatukDemam yang tidak kebahSakit Kepala MelampauPlatelet Rendah , suspek denggiRawatan sesuai bagi pesakit Influenza ARepeat Test DarahSebelum pulang dari KlinikFasa-fasa serangan Influenza AAlternatif lain Selain ubat KlinikKerja terganggu sebagai GhostwriterKesimpulannya : Influenza A mengganasIkuti laman media sosial saya :
Merebak Batuk
Nak di jadikan cerita. Tekak saya perit, dan ada tanda-tanda mahu batuk. Sehingga lah saya batuk dan tidak boleh bernafas. Begitu juga dengan anak yang berusia 5 tahun, Ahmad Yusuf. Dia batuk yang teruk juga.
Antara hidup dan mati
Masa ni, saya rasa nyawa dah hujung tanduk. Saya fikir, serangan jantung bakal berlaku. Manakan tidaknya, batuk saya tu ok bila lepas. Cuma nak tarik nafas, tersangkut di kerongkong. 4 kali batuk dengan 4 kali juga kejadian yang sama. Korang bayangkan macam mana tak lepas nak tarik nafas.
Disebabkan itu, saya tahan dari batuk. Haha. Takut punya pasal. Tapi tak boleh. Kemudian, saya terbatuk lagi dan tiada berulang. Alhamdulillah.
Dengan senang hati, saya minum air holicks. Ya! terus berulang lagi batuk dan tak boleh bernafas.
Tidak sedap hati dengan Batuk
Oleh sebab rasa ‘aku mesti kena jumpa doktor’. Terus malam selasa 2/9/2025 saya ke Uni klinik 24 jam. Ditemani oleh suami dan Yusuf.
Anak nombor 4 pun batuk, dia lah yang selalu bawa penyakit ke rumah melalui sekolahnya. Begitu juga dengan HFMD .
Demam yang tidak kebah
Kurang daripada 24 jam, sudah 2 tablet panadol sudah saya telan.
Namun, demam tidak juga kebah. Semakin panas membahang dan berpeluh-peluh. Malah, otot-otot saya sahaja yang hilang sekejap dari kesakitan.
Sakit otot meliputi pinggang, celah pelipat, dan lutut.
Sakit Kepala Melampau
Bila sudah demam, disusuli pula dengan sakit kepala melampau. Sakit kepala seakan mahu pecah dibuatnya.
Dek kerana kesakitan, saya jadi lesu. Aktiviti kecil seperti memeagang smartphone pun saya tidak mampu selama 2 hari untuk fasa pertama.
Platelet Rendah , suspek denggi
Akibat kelesuan, platelet saya turun. Iaitu dengan bacaan platelet 85.
Kata doktor, bacaan normal platelet adalah 150 ketatas.
Setelah test denggi diambil, doktor sahkan saya positif denggi. Oleh sebab platelet rendah, doktor minta saya ulangi sekali lagi pada keesokan harinya. Sakit! ambil darah lagi. Sebab urat saya halus. Itu yang sakitnya.
Sebelum pulang dari klinik, doktor minta saya makan 2 tablet ubat antiviral dan batuk.
Sementara baby dan Yusuf, doktor masukkan ubat demam insert pada punggung. Syukur! Selepas 20 minit, baby dan Yusuf sudah kebah demam nya.
Jika betul saya terkena demam denggi, nampaknya 4 beranak perlu ke hospital. Bagi tindakan susulan.
Rawatan sesuai bagi pesakit Influenza A
Doktor bekalkan saya dengan beberapa ubatan untuk pesakit Influnza A seperti :
Batuk Kering tablet
Demam dan tahan sakit
Gastrik
Air Garam
Selesema
Boleh baca rujukan jenis Influenza dari CDC Government.
Repeat Test Darah
Keesokannya, sekitar jam 9 pagi saya ke Uni Klinik.
Darah diambil seperti biasa. Masa ini, berdebar-debar nak tahu keputusan. Sama ada betul atau tidak saya dijangkiti demam denggi.
Sejak semalam suami dah risau. Sekiranya benar saya terkena denggi. Saya dan 3 orang lagi anak, termasuk baby 9 bulan masuk wad. Terasa berat betul ujian kali ini, dah lah suami tiada kerja tetap . Allah pula uji kami dengan kesihatan selang sebulan.
Alhamdulillah. Dengan izin Allah , saya disahkan Influenza A sahaja. Bukanlah denggi!
Sebelum pulang dari Klinik
Doktor yang bertugas di Uni Klinik Jalan Beserah, telah masukkan saya air garam 1 botol. Alhamdulillah! syukur, saya kembali pulih.
Malam tadi juga saya tidak dapat tidur lena. Ini kerana suhu badan saya naik dengan cepat.
Berbahang panasnya, membuatkan saya tidak dapat tidur.
Dek kerana panas, bisul pula tumbuh di belakang kepala. Allahuakbar! sakit semakin bertambah.
Fasa-fasa serangan Influenza A
Fasa pertama ( hari 1 hingga 2 )
Sakit tekak
Demam
Sakit kepala melampau
Fasa kedua ( hari ke 2 hingga 3 )
Sakit-sakit otot
Demam menggigil di tengah malam
Badan berbahang sekitar senja dan 2 pagi
Fasa ke-3 ( hari ke 3 hingga 7 hari )
Selesema
Batuk kronik di tengah malam, sehingga dada seakan mahu pecah. Mungkin asbab sebelum ini saya pesakit Covid19.
Fasa ke-4 ( dari hari ke-7 sehingga minggu ke-2 )
Masih batuk berterusan, cuma semakin berkurangan.
Alternatif lain Selain ubat Klinik
Selain ubat dari Klinik, petua-petua lain pun saya cuba bagi meredakan batuk disebabkan Influenza A.
Jutaan tterima kasih buat Doktor Uni Klinik, 24 jam beroperasi. Betul orang cakap, doktor ibarat penyelamat pesakit. Kami tak perlu ke hospital bagi mendapat kan rawatan.
Ubat klinik sudah pun habis, jadi saya teruskan dengan herba. Iaitu ubat batuk Gamat Hurix dan air rendaman bunga cengkih.
Kerja terganggu sebagai Ghostwriter
Bila diserang Influenza A, sudah tentulah kerja-kerja tertangguh. Saya bercuti selama 2 minggu dari mengambil upah menulis artikel bisnes klien . Terseksa tau!
Mujur saya freelance Ghostwriter, jadi saya bekerja dari rumah sahaja. Tak perlu datang ke pejabat. Klien bayar, baru ada job. Jika tidak, tiada lah job.
Kesimpulannya : Influenza A mengganas
Influenza A lebih sakit daripada serangan Covid19. Ia amat menyakitkan, kerana menyerang otot-otot sendi. 3 orang daripada 5 anak saya, semuanya menangis apabila diserang Influenza A.
Ini termasuklah baby Muqarrabin. Kesian sangat, saya tidak larat nak melayani baby. Dia menangis sehingga tertidur akibat terjaga malam. Manakala, suami pula demam masa kejadian.
Walaupun Influenza A mengganas buat kami sekeluarga, solat saya tetap teruskan. Cuma, hanya solat di kerusi. Alhamdulillah. Dalam tempoh sakit, badan lesu. Nak berdiri pun terhuyung-hayang untuk berdiri dan berjalan.
Selain itu, kebersihan diri tetap menjadi keutamaan seperti mandi seperti biasa. Menggigil pun, masih mandi.
Nampaknya, anak-anak kami perlu tambah vitamin atau supplement sebagai perlindungan tambahan. Sebelum ini hanya mengamalkan Omega sahaja.
Oh ya, bila dah sakit macam ni. Kos klinik mencecah RM 250 . Pemeriksaan selama 2 hari.
Ikuti laman media sosial saya :
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Servis tulis artikel SEO bisnes : Azlina Ghostwriter
The post Influenza A dan Rawatan Sesuai first appeared on Ghostwriter Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/influenza-a-dan-rawatan-sesuai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=influenza-a-dan-rawatan-sesuai