Ikea Malaysia Fokus Kepada Konsep Berpatutan Seiring Perubahan Trend Kehidupan Di Rumah


IKEA Malaysia Fokus Kepada Konsep ‘Berpatutan’ Seiring Perubahan Trend Kehidupan Di Rumah IKEA Malaysia hari ini mengumumkan fokus strategiknya terhadap konsep ‘berpatutan’, yang dijadikan asas bagi menghadapi perubahan gaya hidup rakyat Malaysia. Dalam tempoh 12 bulan akan datang, IKEA akan memfokuskan kepada empat aspek kehidupan di rumah yang paling diutamakan oleh rakyat Malaysia: memasak dan makan, ruang makan, ruang tamu, dan storan, serta menawarkan penyelesaian dan inspirasi yang lebih mampu milik, mudah diakses dan lestari.

Fokus baharu ini berdasarkan dapatan Laporan Kehidupan di Rumah IKEA1 terkini yang dibentangkan pada acara “Malaysia’s Life at Home: Unpacked”. Tinjauan tersebut mendapati, hanya 56% rakyat Malaysia berasa positif dengan kehidupan di rumah, dengan keselesaan (83%), keselamatan (83%) dan keseronokan (80%) muncul sebagai tiga keperluan utama bagi meningkatkan kualiti kehidupan.
 
“Aspek pemilikan rumah, budaya dan peranan yang dimainkan oleh rumah dalam kehidupan masyarakat Malaysia amat dinamik,” kata Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys. “Dengan peningkatan kos sara hidup, urbanisasi yang kian pesat dan tekanan alam sekitar yang menjejaskan kehidupan harian, kami mahu bersama rakyat Malaysia dan meningkatkan akses dan jangkauan kepada kehidupan yang lebih baik.”
 
“Di IKEA, makna ‘berpatutan’ bukan sekadar tentang harga. Sebaliknya, ia tentang mencipta penyelesaian yang menyatukan reka bentuk yang baik, nilai jangka panjang dan kelestarian, agar keperluan harian, momen istimewa dan hubungan bermakna dapat dinikmati di rumah oleh seramai mungkin orang.”
 
Laporan itu turut mendedahkan bagaimana peranan rumah telah berubah. Kini, rumah bukan lagi sekadar tempat berteduh, sebaliknya menjadi pemacu gaya hidup, kesejahteraan kewangan serta identiti peribadi. Meskipun kebanyakan responden mengimpikan rumah yang selesa untuk berehat, 1/3 melihatnya sebagai cara untuk berjimat, manakala 1/4 pula bercita-cita menjadikannya sumber pendapatan.

 
Makanan, kesihatan dan kehidupan lestari
Makanan tetap menjadi nadi di rumah Malaysia, dengan masakan di rumah semakin mendapat sambutan. Dapatan kajian menunjukkan 43% percaya memasak dan makan di rumah lebih sihat berbanding makan di luar, manakala sebahagian besar responden semakin peka terhadap pemakanan sihat (37%) serta pengurangan pembaziran makanan (38%).
“Pemakanan sihat dan kelestarian mempunyai hubungan yang saling melengkapi,” tambah Pruys. “Di IKEA, kami teruja untuk memberi inspirasi dan menyokong lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan kelestarian dalam kehidupan seharian, dengan menjadikannya pilihan yang mampu milik, menarik serta mudah dicapai. Dan tiada tempat yang lebih tepat untuk memulakannya selain di dapur dan ruang makan — ruang yang menyatukan makanan, keluarga dan kebahagiaan.”

Perubahan corak pengguna ini sedang membentuk hala tuju perniagaan IKEA Malaysia. Pada tahun akan datang, aspek memasak dan ruang makan akan diberikan lebih penekanan, disokong oleh penyelesaian ruang tamu yang menggalakkan hubungan dan kerehatan. Penyelesaian storan, yang kini menyumbang kepada 40% perniagaan IKEA, kekal menjadi keutamaan. Secara keseluruhan, lebih 2,000 item baharu bakal diperkenalkan pada tahun 2025/26, sekali gus mengukuhkan lagi komitmen IKEA terhadap kehidupan yang lebih mampu milik, lestari dan menyeronokkan.
 
Permintaan terhadap kelengkapan rumah semakin meningkat
Laporan itu turut mendedahkan bahawa rakyat Malaysia giat meneroka cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan di rumah. Banyak keluarga mementingkan ‘perasaan dialu-alukan di rumah’ serta ‘mempunyai teman untuk bersosial’. Semakin ramai juga yang merancang untuk melakukan pengubahsuaian atau berpindah ke rumah baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.
 
Marcus Arvonen, Pereka Kanan di IKEA of Sweden serta pencipta sistem storan modular terkenal BESTÅ, berkongsi bagaimana ‘reka bentuk demokratik’ telah menentukan pendekatan IKEA di pasaran Malaysia.

“’Reka bentuk demokratik bukan sekadar menghasilkan objek yang indah. Ia memastikan setiap produk berpandukan keperluan pelanggan yang paling relevan, sambil menekankan fungsi, kualiti, kelestarian, harga, dan bentuk,” kata Arvonen. “Apa yang menginspirasikan saya adalah bagaimana prinsip ini terkait dengan kehidupan di rumah rakyat Malaysia – tempat di mana memasak, berkumpul dan mencipta momen yang bermakna bersama keluarga amat penting. Walaupun reka bentuk adalah universal, namun ia hanya benar-benar berjaya sekiranya mencerminkan cara hidup masyarakat setempat.”
 
Bagi mempamerkan semua penyelesaian ini, IKEA Malaysia akan menganjurkan IKEA House Party selama sebulan dari 13 September hingga 5 Oktober 2025 di empat gedung di seluruh negara, iaitu IKEA Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan. Semua gedung ini akan bertukar wajah menjadi pesta yang menyatukan makanan, reka bentuk dan keseronokan. Aktiviti-aktiviti menarik termasuk tunjuk ajar masakan, kelas hiasan meja kreatif, persembahan santai, serta pertandingan “Ultimate Cookoff” yang menampilkan tiga pengubahsuaian dapur bernilai RM10,000 setiap satu sebagai hadiah utama.

 
Inisiatif ini bertujuan membuktikan bahawa masa berada di rumah mampu memberikan keseronokan yang setanding aktiviti luar, sambil menyerlahkan peranan IKEA sebagai bukan sahaja peruncit perabot, tetapi juga teman yang menyokong kehidupan harian di rumah rakyat Malaysia.
The post IKEA Malaysia Fokus Kepada Konsep ‘Berpatutan’ Seiring Perubahan Trend Kehidupan Di Rumah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/12/ikea-malaysia-fokus-kepada-konsep-berpatutan-seiring-perubahan-trend-kehidupan-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teacher Workload Burnout And The Rising Trend Of Early Retirement In Malaysia

Teacher Workload Burnout And The Rising Trend Of Early Retirement In Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1978 hits
IN 2001 the retirement age in Malaysia was extended from 55 to 56 years Then in 2008 after seven years it was extended again from 56 to 58 years Four years later in 2012 it was raised once more from 58 to 60 years And then in 2019 the then ...
Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 3158 hits
Dalam dunia moden hari ini hampir semua perkara boleh dilakukan secara online membeli belah bekerja malah menonton wayang dari rumah sahaja Tidak terkecuali pendidikan anak anak Kini semakin ramai ibu bapa mula beralih kepada platform pembe...
Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 5499 hits
Duduk di rumah kini bukan sekadar pilihan tapi sudah jadi gaya hidup baharu rakyat Malaysia Menyedari hakikat itu IKEA Malaysia tampil dengan inisiatif segar IKEA House Party sebuah acara penuh inspirasi yang berlangsung sepanjang sebulan d...
Dato Seri Siti Nurhaliza Membuat Persembahan Pada Malam Orkestra Tradisional Malaysia Di Mmu Cyberjaya

Dato Seri Siti Nurhaliza Membuat Persembahan Pada Malam Orkestra Tradisional Malaysia Di Mmu Cyberjaya

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2454 hits
Lebih 3 000 orang memenuhi Dewan Tun Canselor MMU Cyberjaya untuk Orkestra Tradisional Malaysia Sounds of Malaysia yang diadakan sempena sambutan bulan kebangsaan pada 27 Ogos 2025 Malam itu disempurnakan terutamanya dengan persembahan biol...
Warga Malaysia Ditahan Di Thailand Disyaki Mahu Seludup M4 Peluru Ke Malaysia

Warga Malaysia Ditahan Di Thailand Disyaki Mahu Seludup M4 Peluru Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1942 hits
FMT ReportersBukit Aman berkata lelaki warga Malaysia berusia 46 tahun itu disyaki membeli senjata api itu di Thailand Lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand bersama dua raifal M4 dan ratusan peluru dalam satu sekatan ja...
Sarawakian Activist Make This Forthcoming Sept 16 Malaysia Day As Malaysia S True National Day

Sarawakian Activist Make This Forthcoming Sept 16 Malaysia Day As Malaysia S True National Day

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2444 hits
AFTER having described Aug 31 as Malaya s Independence Day hence the recent Merdeka Day celebration is prominent Sarawak rights activist Peter John Jaban now wants Putrajaya to recognise Malaysia Day which falls on Sept 16 as the country s ...
Coretan Panjang Menarik Untuk Dibaca Tragedi Indonesia Bahaya Fitnah Peringatan Kepada Kaki Fitnah Di Malaysia

Coretan Panjang Menarik Untuk Dibaca Tragedi Indonesia Bahaya Fitnah Peringatan Kepada Kaki Fitnah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3046 hits
Awal Ogos 2025 selepas Sidang Tahunan MPR DPR DPD di Senayan Jakarta acara rasmi ditutup dengan persembahan orkestra TNI Polri Lagu lagu daerah dimainkan beberapa ahli dewan diajak berjoget di pentas Suasana santai sekadar hiburan penutup N...
24 Kapal Flotilla Antarabangsa Berlepas Ke Gaza 15 Wakil Malaysia Sertai Misi

24 Kapal Flotilla Antarabangsa Berlepas Ke Gaza 15 Wakil Malaysia Sertai Misi

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 902 hits
24 Kapal Flotilla Antarabangsa Berlepas Ke Gaza 15 Wakil Malaysia Sertai Misi KUALA LUMPUR 1 Sept Sebanyak 24 kapal flotila dari Pelabuhan Barcelona Sepanyol berlepas ke Gaza semalam membawa mesej kemanusiaan dan bantuan asas disertai lebih...
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4904 hits
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus Bermula daripada gelombang oleh para pekerja dan kesatuan buruh suasana di Indonesia kini semakin panas Ketegangan itu memuncak apabila berlaku insiden tragis me...
Cara Nak Sertai Daftar Sumud Flotilla Ke Gaza

Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik

Budi Madani Ron95 3 Easy Ways To Claim Your Fuel Subsidy

Kelebihan Kad Kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum

Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Genocide Di Gaza Fakta Terkini Dan Realiti Di Sebalik Tragedi

Mcis Life Ncsm Unveil Lungshield For Early Lung Cancer Detection


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


1 Nota Terperinci Struktur Ayat Dan Pengenalan Grammar

Sumbangan Asas Rahmah

Lirik Lagu Mengukir Takdir The Helmis

Pokok Keledek Jepun Subur Di Pasu

Senang Sedap Berbaloi Rahsia Memasak Juadah Makan Malam Bermula Jam 4 Petang Bersama Kimball

Maulana Ardiansyah Pamit Chord