Inflasi Turun 2 Tanda Pmx Berjaya Kawal Ekonomi
Kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai penurunan inflasi kepada 2.0% dan dijangka kekal sehingga akhir Disember ini menunjukkan kejayaan polisi ekonomi Kerajaan Perpaduan.
Bagi Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, trend penurunan itu juga menunjukkan kemampuan polisi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani masalah kenaikan harga barang yang berlanjutan sejak era pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional lalu.
“Sewaktu Datuk Seri Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri, inflasi (November 2022) lebih daripada 4.0% tetapi sekarang kita dapat lihat penurunan kepada 2.0%.
“Ini bermaksud PMX telah berjaya mengawal inflasi menggunakan polisi dan dasar yang berkesan untuk kawal harga barang,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Tze Tzin berkata demikian ketika ditanya mengenai trend penurunan inflasi sejak Julai lalu. Mengulas lanjut, katanya, kadar inflasi 2.0% itu adalah paras sederhana bagi garis global sebelum pandemik Covid 19.
Oleh itu katanya, trend tersebut menunjukkan ekonomi negara dan ekonomi gunaan berada di landasan yang tepat.
“Petunjuk 2.0% itu sangat bagus dan secara global kadar itu normal sebelum era pandemik.
“Jadi bagi saya capaian 2.0% kepada paras normal ini satu kejayaan buat ekonomi dan hala tuju negara,” ujarnya.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Bayan Baru itu juga memperakui wujud kenaikan harga barang tertentu yang di luar kawalan mungkin melibatkan komponen diimport, namun beliau yakin masalah tersebut akan dapat diatasi dalam tempoh jangka panjang.
“Ada beberapa isu yang mana rakyat mengalami tekanan inflasi (kenaikan harga barang) namun ia hanya sementara sahaja.
“Kita menjangkakan dalam beberapa bulan ini harga barang tidak naik mendadak, jadi kita harap kerajaan akan dapat terus mengawal inflasi menjadi lebih sederhana,” kata beliau lagi.
Inflasi yang sederhana bertentangan dengan ramalan sesetengah media arus perdana pro PN pada bulan lalu melaporkan harga barang akan naik sekitar 20% pada bulan Ogos ini. Namun sehingga ke penghujung Ogos harga barang masih terkawal dan tiada kenaikan dilaporkan.
The post Inflasi turun 2% tanda PMX berjaya kawal ekonomi first appeared on Suara Pakatan Daily.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/36671?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=inflasi-turun-2-tanda-pmx-berjaya-kawal-ekonomi