Industri Minyak Sawit Dan Undang Undang Antarabangsa Kisah Dua Amalan Bertentangan








Adakah majoriti pekebun kecil dan pekerja dalam industri kelapa sawit berpendapatan lumayan?

 

ALIRAN KESEDARAN NEGARA

 

Jentera berat sedang menceroboh tanah kebun sawit milik penduduk Orang Asli - FILE FOTO

Saya tertanya-tanya sama ada Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang baru dilantik, Ngozi Okonjo-Iweala dari Nigeria, tahu bahawa Malaysia “mencuri” kelapa sawit negaranya (elaeis guineensis)?

Atau ia sebenarnya perbuatan “Tuhan” kerana pihak British yang bertanggungjawab membawa benih kelapa sawit dari Nigeria ke Malaya pada awal tahun 1870-an sebagai tanaman perhiasan – bak tersirat dalam slogan terkini menteri perusahaan perladangan dan komoditi: “Sawit Anugerah Tuhan”?

Nigeria pernah mejadi pengeluar dan pengeksport minyak sawit terbesar di dunia. Malangnya bagi negara itu, pokok kelapa sawit juga berkembang maju di benua Asia khususnya Timur Jauh. Didorong oleh peningkatan permintaan minyak sawit sebagai minyak sayuran dan kegunaan teknikal lain semasa Revolusi Perindustrian di Eropah, kerajaan British ketika itu mengambil langkah yang bijak untuk membangunkan kelapa sawit sebagai tanaman jualan, dengan estet komersial pertama ditubuhkan di Kuala Selangor pada tahun 1917.

Selepas pihak berkuasa British meninggalkan wilayah jajahanya, kebanyakan ladang kelapa sawit komersial berskala besar terus diusahakan oleh syarikat minyak sawit milik kerajaan negeri, persekutuan dan korporat swasta di Semenanjung Malaysia, diikuti oleh Sabah dan kemudian Sarawak.

Ini mengancam industri minyak sawit tradisional di Nigeria dan negara-negara lain, yang menjejaskan beratus-ratus ribu pekebun kecil dan ramai lagi pekerja di sana.

Hari ini, industri kelapa sawit adalah sektor keemasan Indonesia dan Malaysia, dua pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit di dunia.

Kerana Eropah adalah antara pengguna minyak sawit terbesar di dunia dan pasaran utama untuk biodesel sawit Malaysia, kerajaan Malaysia bimbang akan kehilangan pasaran utama Eropah.

Malaysia dilaporkan telah memfailkan tindakan undang-undang dengan WTO tentang sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap penggunaan minyak sawit sebagai bahan api bio.



READ MORE:  Edict kecam kes penderaan ke atas tahanan di Penjara Pulau Pinang

 

Ditegaskan berulang kali oleh kerajaan Malaysia, tindakan EU itu mengancam mata pencarian 650,000 pekebun kecil dan kepentingan lebih 3.2 juta rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri sawit, memacu mereka semua ke dalam kemiskinan.

Jadi, kerajaan Malaysia yang ‘penyayang’ memberi amaran akan mengambil tindakan untuk melindungi hak dan mata pencarian pekebun kecil kita jika EU melaksanakan sebarang larangan ke atas minyak sawit.

Parlimen Eropah memutuskan pada 17 Januari 2018 untuk menahapkan penggunaan minyak sawit menjelang 2021 dan mengehadkan produk biodiesel berasaskan tanaman dalam penggunaan negara anggotanya pada 2017 dan pada 7% daripada semua bahan api pengangkutan sehingga 2030, di bawah pelaksanaan Renewable Energy Directive (Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui), undang-undang EU yang menyelia semua peraturan mengenai tenaga boleh diperbaharui, termasuk bahan api minyak sawit.

Saya setuju kita perlu menyokong petani dan pekebun kecil kita. Namun, meninjau kembali selama ini, adakah model ekonomi kapitalis yang dominan sesungguhnya mendukung peranan wanita, lelaki dan belia di kalangan masyarakat pribumi dan golongan miskin lain di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dalam pertanian sara hidup dan kebun kecil mereka?

Lakukan carian pantas laporan tahunan syarikat-syarikat tertentu yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Hai! Bukti yang mencukupi mendedahkan bahawa syarikat besar-besaran dimiliki kerajaan negeri, swasta dan tokoh terkenal yang lazimnya menguasai industri kelapa sawit di Malaysia Barat dan Timur. Apa jua retoriknya, bukankah jelas bahawa mereka bimbang akan kehilangan berbilion ringgit pendapatan minyak sawit?

Kerajaan Malaysia meyakini bahawa sektor kelapa sawit menyediakan jalan keluar daripada kemiskinan untuk lebih 650,000 pekebun kecil. Tetapi adakah majoriti pekebun kecil dalam industri kelapa sawit berpendapatan lumayan?



Walaupun Malaysia (dan Indonesia) boleh berbangga menjadi dua pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia, keadaan kehidupan dan pendapatan ramai pekerja ladang, terutamanya wanita dan keluarga golongan miskin terendah tetap mendesak dan menyedihkan. Ini jauh berbeza dengan pemilik ladang berskala besar yang berkuasa berganding bahu dengan ahli-ahli politik yang tamak dan melindungi kepentingan mereka sendiri dalam gerombolan kekayaan.

Kerajaan negeri memasuki dan mengambil alih tanah masyarakat Orang Asal dan golongan miskin lain lalu memberikan kepada syarikat milikan kerajaan negeri dan swasta bagi projek penanaman kelapa sawit komersial berskala besar masih krusial di mana-mana. Kes baru-baru ini di Kampung Lubuk Perah di Bera, Pahang, misalnya (“Syarikat mahu usahakan tanah lepas menang saman ke atas Orang Asli”).

Di manakah keadilan untuk mangsa gangguan dan deraan seksual?
Adalah malang dan ironik bahawa kerajaan Malaysia tidak menunjukkan kegigihan yang sama dalam isu mendesak yang didedahkan oleh sebuah media antarabangsa: dakwaan rogol pekerja wanita yang dilaporkan berlaku dalam ladang-ladang kelapa sawit di Malaysia.

Selain daripada seruan seorang pegawai tertinggi dalam Majlis Minyak Sawit Malaysia bahawa pelaku jenayah ini harus ditangkap dan dihukum di bawah undang-undang jenayah kerana ia merupakan kesalahan jenayah apabila berita itu terbongkar, setakat ini, semacam tiada susulan dilakukan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Nampaknya, kerajaan persekutuan dan negeri Malaysia dan pihak berkuasa penguatkuasaan terus bertelinga pekak kepada tanggisan untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang berada di penempatan terpencil dan terpinggir, terutamanya mangsa yang telah mengalami keganasan yang berterusan.

Namun, seorang menteri berani menuduh EU pada tahun 2017: “Dalam urutan perbuatan yang serupa dengan bentuk diskriminasi aparteid tanaman, Parlimen EU telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan sekatan perdagangan, yang membawa kepada pelanggaran muktamad komitmen EU dengan prinsip amalan WTO”.



READ MORE:  Fikirkan perihal pengganti eksport minyak sawit

 

Dalam urat yang sama, bukankah kes rogol paksa dan serangan seksual lain yang berlaku di ladang-ladang Malaysia (serta dalam rumahtangga dan di lokasi lain), bertentangan dengan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw), yang Malaysia ratifikasi pada tahun 1995, dan instrumen hak asasi manusia yang lain?

Carol Yong ialah seorang aktivis veteran yang telah lama berkhidmat di Sarawak dan kemudian di Sabah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/industri-minyak-sawit-dan-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Minyak Sawit Mentah Melonjak Kepada Paras Tertinggi Dalam Sejarah Semalam

Harga Minyak Sawit Mentah Melonjak Kepada Paras Tertinggi Dalam Sejarah Semalam

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR Harga minyak sawit mentah melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah industri sawit negara kepada RM4 247 50 setiap tan semalam berbanding Khamis lepas pada paras RM4 193 setiap tan tertinggi sejak 13 tahun lalu Menteri Peru...
Amalan Dua Darjat Denda Sop

Amalan Dua Darjat Denda Sop

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 249 hits
1 Ordinan Darurat 2021 pada 25 Februari 2021 telah dipinda untuk menaikkan jumlah kompaun kesalahan kepada individu sehingga RM 10 000 manakala bagi kesalahan oleh syarikat atau pertubuhan pula hingga RM 50 000 2 Walaupun ianya cuba ditonjo...
Proses Fraksinasi Minyak Kelapa Sawit

Proses Fraksinasi Minyak Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 362 hits
Uraian Materi Minyak Kelapa Sawit yang diperoleh dari pabrik pengolahan CPO berupa minyak mentah berwarna jingga kemerahan karena mengandung beta karoten Minyak mentah di Fraksi Minyak Kelapa Sawit ini terdiri atas dua fraksi yaitu fraksi p...
Bagaimana Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal

Bagaimana Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 891 hits
Bagaimana Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal Selalu dengar kan nasihat untuk menjaga kesihatan dan tips penting untuk cantik dan kurus kita perlu minum air kosong dua liter sehari tanpa gagal Air kosong tau bukan air manis s...
Dua Sahabat Temui Serpihan Bangkai Pesawat Terhempas Lebih 70 Tahun Lalu

Dua Sahabat Temui Serpihan Bangkai Pesawat Terhempas Lebih 70 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 325 hits
Dua sahabat temui serpihan bangkai pesawat terhempas lebih 70 tahun laluKhamis 11 Mac 2021 7 30 AMPamela dan Kathryn bergambar dekat serpihan pesawat dipercayai British European Airways S200P yang terhempas pada 21 April 1948 DUA wanita tid...
Hiburan Asyik Pegang Perut Dan Nampak Baby Bump Elly Mazlein Didakwa Netizen Berbadan Dua

Hiburan Asyik Pegang Perut Dan Nampak Baby Bump Elly Mazlein Didakwa Netizen Berbadan Dua

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 290 hits
Pelakon penyanyi dan kini bergelar hos Elly Mazlein didakwa hamil apabila tampil berbeza ketika menjadi pengacara program Muzikal Lawak Superstar 2 yang kini sudah memasuki minggu kelima Sumber Instagram Elly Mazlein Setelah agak lama tidak...
Mencarut Sangat Dua Remaja Didakwa Di Mahkamah

Mencarut Sangat Dua Remaja Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 217 hits
Oleh Akibat mencarut dua remaja didakwa di mahkamah hari ini di bawah Akta Kesalahan Kecil SAAT habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia memang detik yang ditunggu tunggu bagi semua pelajar tingkatan 5 walaupun perjalanan mereka di dunia ...
Dua Remaja Carut Guru Lepas Selesai Spm Didakwa Di Mahkamah

Dua Remaja Carut Guru Lepas Selesai Spm Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 387 hits
Selepas imej mereka bermotosikal sambil mengenakan baju sekolah yang diconteng dengan perkataan mencarut guru hari ini dua remaja sekali lagi menjadi perhatian ramai Kedua dua remaja yang baru menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...
Wanita Maut Dua Lagi Parah Kereta Bertembung

Wanita Maut Dua Lagi Parah Kereta Bertembung

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 356 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA Kemalangan di lampu isyarat Jalan UTeM Lebuh SPA Alor Gajah membabitkan dua buah kereta semalam mengorbankan satu nyawa manakala dua lagi parah ALOR GAJAH Seorang wanita maut manakala dua lagi termasuk seorang ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa