Kembara 8 Destinasi Ajaib Jawa Timur Indonesia


Kembara 8 Destinasi Ajaib Jawa Timur Indonesia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang!  Hampir 6 bulan lamanya Murni meninggalkan dunia penulisan blog ini dan yang pastinya hari ini Murni akan kongsikan pengalaman pengembaraan Murni ke Jawa Timur, Indonesia. Perjalanan Murni bersama-sama 4 rakan yang lain bermula dari Sandakan ke Kuala Lumpur pada 17/05/2025, bertolak ke Surabaya pada 18/05/2025 dan kembali semula ke tanah air pada 24/05/2025.
Kembara 8 Destinasi Ajaib Jawa Timur IndonesiaJawa Timur di Indonesia terkenal dengan landskap alam semula jadi yang sangat memukau bermula dari gunung berapi yang masih aktif hingga air terjun megah yang tersembunyi di tengah hutan. Perjalanan kembara alam ini membawa Murni ke 8 destinasi utama; Kawah Ijen, Air Terjun Kapas Biru, Panorama Kapas Biru, Panorama Coban Sriti, Larva Tour Semeru, Air Terjun Tumpak Sewu, Goa Tetes, & Bromo. Setiap lokasi memiliki keunikan tersendiri dan menawarkan pengalaman yang sukar Murni lupakan sehingga ke hari ini.
1. Kawah Ijen - Fenomena Api Biru yang Unik di Dunia
Kawah Ijen merupakan salah satu gunung berapi yang terkenal di dunia kerana fenomena api biru yang jarang ditemui. Ia hanya boleh dilihat di dua lokasi sahaja; Iceland & Indonesia. Terletak di perbatasan antara Kabupaten Banyuwangi & Kabupaten Bondowoso Jawa Timur, Indonesia. Gunung berapi Ijen mempunyai tasik kawah berasid berwarna hijau turquoise. Tasik ini menjadi lokasi bagi operasi industri perlombongan belerang yang dilakukan oleh penduduk kawasan sekitarnya. 
Untuk melihat fenomena api biru ini, pendakian perlu dilakukan pada waktu subuh & perlu sampai ke bawah (lokasi api biru) sebelum matahari terbit. Pengalaman Murni semasa pendakian sangatlah teruk pada masa itu dengan keadaan kaki yang sakit, muntah-muntah, cirit-birit, demam & selesema lagi. 
Disebabkan keinginan Murni ingin melihat sendiri keajaiban Tuhan Murni sewa pengangkutan taxi 'lamborghini' yang tersedia di sepanjang perjalanan naik turun ke Kawah Ijen. Kalau tak silap Murni bayar masa itu dalam 1,500,000 rupiah (lupa haha). Berkorban wang ringgit dalam masa yang sama kita berkongsi rezeki dengan tukang yang membawa taxi cumil. 
Tip Perjalanan:

Bawa pelitup muka N95 untuk melindungi diri daripada bau asap sulfurBawa lampu kerana penglihatan pada waktu malam adalah terbatasSediakan jaket tebal, sarung tangan, topi, & baju hujan kerana suhu boleh turun sehingga 5 celcius (sejuk huhu, lagi syahdu bila hujan turun. Menggigil 1 badan)Mulakan pendakian sekitar jam 1 pagi untuk melihat fenomena api biru sebelum matahari terbit (Kami bergerak agak lewat sedikit dalam jam 3 lebih)
2.  Air Terjun Kapas Biru - Keindahan Air Terjun di Tengah Hutan


Terletak di kawasan Lumajang. Air Terjun Kapas Biru menawarkan suasana yang tenang dengan aliran air yang jatuh setinggi kira-kira 100 meter. Airnya berasal dari lereng Gunung Semeru. Perjalanan menuju ke  sini memerlukan sedikit trekking merentasi laluan berbatu dan hutan, tetapi setiap langkah terasa berbaloi apabila mendengar deruan air deras. Nama "Kapas Biru" berasal dari warna air yang jernih kebiruan. Tempat ini sangat sesuai dijadikan sebagai lokasi yang sempurna untuk fotografi dan beristirahat sambil menikmati udara yang segar.
Tip Perjalanan;

Gunakan kasut hiking keranan laluan agak curam dan licinBawa baju ganti (boleh tukar baju kalau terkena percikan air terjun/ bermandi-manda)Masa terbaik untuk ke sini ialah pada awal pagi hingga tengah hari
3. Panorama Kapas Biru - Pandangan Menyeluruh Air Terjun


Tempat ini terletak di Tamanayu, Kecamatan Pronojiwo, Kabupaten Lumajang. Lokasi Panorama Kapas Biru berbeza dengan titik Air Terjun Kapas Biru. Panorama Kapas Biru merupakan tempat yang paling strategik untuk menikmati pemandangan secara menyelurunh aliran air yang kelihatan seperti helai kapas yang jatuh di tengah kehijauan hutan. Sekiranya bernasib baik dapat cuaca yang cerah, mata kamu akan disajikan dengan Gunung Semeru. Kami tidak bernasib baik pada masa itu, cuaca agak mendung pula. Ini petanda supaya datang lagi ke Lumajang. Perjalanan kami menuju ke sini hanya menaiki motor sahaja.
Tip Perjalanan;Lokasi ini sesuai untuk fotografi droneDatang pada waktu pagi supaya dapat melihat cahaya matahari menembusi lembah, secara tidak langsung dapat menghasilkan gambar yang lebih dramatik.
4. Panorama Coban Sriti - Air Terjun Berkembar yang Megah
Lokasi Panorama Coban Sriti terletak di Desa Pronojiwo, Kecamatan Pronojiwo, Kabupaten Lumajang. Ketinggian Coban Sriti sekitar 120 meter. Air Terjun ini sangat ikonik apabila aliran air terjun terbahagi menjadi dua. Kami dimaklumkan oleh guide bahawa pengunjung tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekitar Coban Sriti kerana aliran airnya yang sangat deras dan berbahaya, cukup untuk dinikmati dari jauh sahaja.  Untuk sampai ke lokasi Panorama Coban Sriti hanya mengambil masa 5-10 minit hanya dengan berjalan kaki saja. 
Tip Perjalanan;Datang pada waktu pagi atau cuaca cerah, kalau bernasib baik boleh nampak pelangi sekitar Coban SritiBoleh pakai baju biasa-biasa saja ikut kesesuaian masing-masingBawa spek mata hitam & payung
5. Larva Tour Semeru - Pengembaraan Jeep di Kaki Gunung Semeru

Larva Tour Semeru membawa kami menyelusuri laluan berdebu dan berbatu akibat letusan Gunung  Semeru hanya dengan menaiki jeep sahaja. Kami ambil trek pendek yang mengambil masa dalam 2 jam dengan jarak 4km. Perjalanan menaiki jeep bermula di Tumpak Sewu Camp, jalur trek pendek (Street View Gunung Semeru sunrise point, watu tumpuk (view batuan dan gunung semeru), kali kebo, manuver Air & Hutan Pinus. Sebenarnya kami agak kecewa dan belum puas untuk menikmati pemandangan alam sebab utamanya cuaca pada masa itu hujan gerimis & Gunung Semeru pun tidak kelihatan langsung. 

Tip Perjalanan;Tempah jeep melalui pemandu rasmiBawa kamera aksi untuk merakam pengalaman ekstremPakai pakaian yang sesuai seperti berseluar elakkan memakai skirt
6. Air Terjun Tumpak Sewu - 'Niagara' Jawa Timur
Air Terjun Tumpak Sewu sering digelar sebagai 'Niagara Jawa Timur'. Air Terjun ini berbentuk setengah bulatan, dengan puluhan aliran air jatuh serentak dari tebin tinggi dengan ketinggian sekitar 120 meter. Air Terjun ini bersempadan dengan Kabupaten Lumajang dan Kabupaten Malang, Provinsi Jawa Timur.



Pemandangan dari atas sudah cukup memakau, namun untuk mendpatkan pengalaman yang lebih epik kami menuruni trek anak tangga menuju ke bawah demi melihat keindahan alam yang menabjubkan
Tip Perjalanan:Pakai kasut atau sandal yang sesuai kerana laluan agak licinBawa baju gantiBawa beg kalis airWaktu terbaik untuk pergi ke sini adalah pada waktu pagi
7. Goa Tetes - Gua yang mempunyai Air Terjun Magis


Goa Tetes menjadi salah satu destinasi yang unik di Lumajang di mana ia menggabungkan keindahan gua baru kapur dengan air terjun semula jadi. Air terjun ini erletak berdekan dengan Air Terjun Tumpak Sewu. Goa Tetes mendapat namanya daripada titisan air yang sentiasa mengalir dari dinding gua menghasilkan suasana sejuk dan menenangkan



Tip Perjalanan;Pakai kasut atau sandal yang sesuai kerana laluan agak licinBawa baju gantiBawa beg kalis airWaktu terbaik untuk pergi ke sini adalah pada waktu pagiGabungkan perjalanan dari Air Terjun Tumpak Sewu untuk jimat masa
8. Gunung Bromo - Ikon Pelancongan Jawa Timur


Gunung Bromo adalah ikon pelancongan Jawa Timur yang terkenal dengan matahari terbit yang memakau serta pemandangan kawah berasap di tengah lautan pasir. Pemandangan matahari terbit dan beberapa deretan gunung iaitu Gunung Bromo, Gunung Batok dan Gunung Semeru dapat dilihat dari Bukit Perahu Bromo



Lokasi Bukit Perahu masih terletak di kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Terdapat 3 pintu masuk utama ke Gunung Bromo; Sukapura Probolingo, Winokitri Pasuruan dan Malang Tumpang. Ada beberpa tempat yang menarik yang korang wajib lawati sekiranya masuk ke Kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Murni akan kongsikan dalam entri yang akan datang

Tip Perjalanan;

Waktu terbaik untuk melawat ialah Mei - SeptemberPakai baju tebal, suhu boleh mencecah 3-5 celcius pada waktu subuh & pagiSewa jeep untuk jelajah keseluruhan spot

Trip Murni ke Jawa Timur ini banyak memberikan pengalaman alam yang pelbagai dari fenomena api biru di Kawah Ijen, air terjun tersembunyi yang terdapat di Lumajang, pengembaraan Jeep di Semeru, hinggalah menyaksikan matahari terbit di Bromo. Setiap lokasi memiliki kisah dan keindahannya yang tersendiri, menjadikan Jawa Timur antara destinasi wajib untuk pencinta alam dan jurufoto. Yang pasti Murni akan kembali lagi ke Jawa Timur





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://murnimohdyusof.blogspot.com/2025/08/kembara-8-destinasi-ajaib-jawa-timur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Jururawat Indonesia

Ambil Jururawat Indonesia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 99 hits
Katanya langkah ini boleh bantu hospital Malaysia yang kekurangan jururawat Baca berita penuh dalam komen
Pilot Darat Indonesia Lari Lintang Pukang Ditahan Jpj

Pilot Darat Indonesia Lari Lintang Pukang Ditahan Jpj

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 113 hits
Pilot darat Indonesia lari lintang pukang ditahan JPJ Operasi Khas Kenderaan Perdagangan Jabatan Pengangkutan Jalan GOMBAK Pilot darat warga Indonesia lari ke dalam hutan selepas helahnya menggunakan kad pengenalan dan lesen vokasional pals...
Agensi Rasuah Indonesia Siasat Bekas Menteri Berhubung Kes Suapan Google Cloud Berita Dunia

Agensi Rasuah Indonesia Siasat Bekas Menteri Berhubung Kes Suapan Google Cloud Berita Dunia

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 106 hits
JAKARTA Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia telah menyoal bekas Menteri Pendidikan Kebudayaan Penyelidikan dan Teknologi Nadiem Makarim berhubung siasatan kes dakwaan rasuah dalam projek perolehan perkhidmatan Google Cloud untuk seko...
Pirate Flag Becomes Symbol Of Protest Ahead Of Indonesia S Independence Day

Pirate Flag Becomes Symbol Of Protest Ahead Of Indonesia S Independence Day

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 141 hits
WITH Indonesia s 80th Independence Day just around the corner authorities are clamping down on what they see as politically charged displays namely the rising presence of the Jolly Roger flag from the anime One Piece The iconic symbol featu...
Kjri Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia

Kjri Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 104 hits
KJRI Johor Bahru Cadangkan Hospital Malaysia Ambil Alih Jururawat Indonesia JOHOR BAHRU 5 Ogos Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru mencadangkan satu kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari...
Kjri Cadang Jururawat Indonesia Isi Kekosongan Di Hospital Malaysia

Kjri Cadang Jururawat Indonesia Isi Kekosongan Di Hospital Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 119 hits
JOHOR BAHRU Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru mencadangkan satu kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari Indonesia berkhidmat di negara ini sekali gus menangani isu kekurangan tenaga kerj...
Cubaan Keluar Guna Passport Terbang Warga Indonesia Dicekup Di Klia

Cubaan Keluar Guna Passport Terbang Warga Indonesia Dicekup Di Klia

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 120 hits
Cubaan keluar guna passport terbang warga Indonesia dicekup di KLIA KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga Indonesia ditahan di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 selepas dikesan memiliki cap keselamatan mencuri...
7 Fakta Menarik Fenomena National Girlfriend Day Di Kalangan Pelajar Indonesia

7 Fakta Menarik Fenomena National Girlfriend Day Di Kalangan Pelajar Indonesia

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 153 hits
National Girlfriend Day yang awalnya ditujukan untuk merayakan persahabatan perempuan kini dirayakan secara romantis bahkan oleh anak anak Artikel ini membahas sisi psikologis pengaruh media sosial dan dinamika emosi remaja yang belum siap ...
Indonesia Larang Kibar Bendera One Piece Secara Sembarangan Menjelang Hari Merdeka

Indonesia Larang Kibar Bendera One Piece Secara Sembarangan Menjelang Hari Merdeka

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 146 hits
Indonesia Larang Kibar Bendera One Piece Secara Sembarangan Menjelang Hari Merdeka Orang ramai di Indonesia diberi amaran agar tidak mengibarkan bendera One Piece secara sembarangan menjelang Hari Kemerdekaan negara itu pada 17 Ogos depan M...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Banyak Chanteq

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

Sultan Pahang Meninjau Tapak Projek Balai Bomba Yang Akan Di Bina Di Kampung Tekek Pulau Tioman

Tol Tanpa Palang Teknologi Anpr Di Malaysia Mulai Okt 2025

Sarapan Di Klasik Kopitiam Medini Iskandar Puteri