Indomie Mi Goreng Ayam Geprek Mi Goreng Aje
IndoMie Mi Goreng Ayam Geprek | Mi Goreng Aje! | Hai, kali ini saja nak rasa Mi Goreng Rasa Ayam Geprek dari IndoMie. Ayam Geprek ni adalah sejenis Jogjakarta cuisine, which is ayam goreng yang dimakan bersama sambal bajak / sambal belacan.
Kita semua pun tahu pengeluar Mi Goreng IndoMie dari Indonesia ni memang mengeluarkan pelbagai perasa mi segera, terutamanya Mi Goreng. Rasanya yang tak masuk Malaysia pun banyak 😂. So why not kita try yang ada kan?
Jujurnya, aku tak pernah makan ayam geprek. Nasi ayam geprek lagilah, tak pernah makan okey! Yang viral pedas gila ayam gepuk pak gembus pun sama. Aduh. Ketinggalan viral sungguh! Haha.
Jadi, berbalik kepada Mi Goreng Segera Ayam Geprek. Katanya rasa dia should be P.E.D.A.S? Tak pasti, tapi jom try makan. INDOMIE MI GORENG AYAM GEPREK
Mula-mula pastilah kena beli dulu dari Tesco, haha. Lepas dah beli, bawak masuk dapur & koyakkan plastik lepas tu masaklah seperti nak masak mi goreng segera.
Rasa IndoMie Mi Goreng Ayam Geprek ni?Kata orang sepatutnya pedas? Tapi bagi aku rasa dia biasa-biasa je. Ok lah nak buat makan. Tak pedas sangat, pedas Level 1 je. Dalam bungkusan mi goreng instant standard ada 3 paket kecik, which is bumbu / perasa / seasoning, minyak perasa & bawang goreng (dalam kes ni, bukan setakat bawang goreng ada jugak cili)
Nak makan lagi untuk kali kedua buat stok kat rumah?Tak rasanya. Bagi aku dah rasa sekali cukuplah. Mi Goreng Ayam Geprek ni not bad rasanya, tapi tak mencapai level taste aku. Tapi mana tahu sesuai dengan taste korang?
Next review IndoMie jugak. Siap ada kotak uols.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2019/10/review-indomie-mi-goreng-ayam-geprek.html