Indobowl Cafe Lakefield Sg Besi Sajian Mi Segera Dari Indonesia
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sajian Mi Segera jenama Indomie dari Indonesia menjadi tarikan kepada pengemar Mi Segera di Indobowl Cafe Lakefield Sg Besi.Indobowl diinspirasi dari Kopitiam di Indonesia diolah oleh orang Malaysia mengikut citarasa rakyat Malaysia.Telah ditubuh pada tahun 2017.
Idea ini lahir selepas pemilik merasakan tiada restoren di rantau ini yang menyajikan makanan jalanan di Indonesia dengan konsep Cafe.
Di Indobowl Cafe ini kebanyakkan menu dari Mi Segera Indomie tetapi ada juga nasi dan pencuci mulut.Suasana di dalam Cafe sesuai untuk seisi keluarga dan santai.
Nasi Goreng Giler Menu Killer Indobowl CafeNasi goreng giler sesuai dimakan dalam 2-3 orang.Portion yang besar dan ada Lamb Chop,Sate Madura,Sotong Goreng Tepung,Telor Mata
Harga RM29.90
oklah malas nak membebel.Jom layan gambar-gambar baru bernafsu nak makan kan.Total ada 4 menu dan 2 jenis air minuman giant yang aku cuba
Roti + Panggang = Ropang Coklat Keju RM5.90
Es Cendol Giant RM8.90
Soda Gembira Giant RM8.90
Indomie Dendeng Balado RM10
Indomie Salted Egg Chicken RM11.90
Tarikan utama ada 3 jenis sambal iaitu Sambal Merah (paling pedas),Sambal Hijau (sederhana pedas) dan Sambal Matan ( masam2 manis).Perghh makan Mi Segera di campur dengan sambal-sambal tu boleh buat anda meleleh air liur
Terima Kasih Encik Shafik dengan layanan yang diberi.
Bagi pengemar Mi Segera saya syorkan anda untuk cuba kelainan menu daripada Indobowl Cafe di alamat :
INDOBOWL KL72, Jln Tasik Utama 7, Lake Fields
Sungai Besi, 57000 KL
INDOBOWL SS1566, Jalan SS 15/4C, SS15
47500 Subang Jaya
Masa OperasiMon–Sun: 10.30am–10pm
hubungi
[email protected](019) 542-6869
Facebookhttps://www.facebook.com/IndoBowlOfficial
Instagramhttps://www.intagram.com/indobowlcafe/?hl=en
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.faizalpj.com/2019/01/indobowl-cafe-lakefield-sg-besi-sajian.html