Calon Presiden Indonesia Dicabar Baca Al Quran Ulama Aceh
JAKARTA, 28 Rabiulakhir 1440H, Sabtu – Sekumpulan ulama Islam di Aceh mencabar dua calon Presiden Indonesia untuk menjalani ujian bacaan al-Quran sebagai cara menentukan tokoh terbaik untuk memimpin negara, yang populasi terbesarnya adalah muslim.
Bagaimanapun cabaran itu memberikan dua reaksi yang berbeza daripada penyandang, Jokowi Widodo dan pencabarnya, Prabowo Subianto.
Pasukan kempen Presiden Jokowi menyatakan kesediaan menyahut cabaran itu, di mana sumber rasmi pemimpin itu memaklumkan bahawa Jokowi berkata ‘ya’ untuk ujian berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi pasukan penyokong Presiden Indonesia itu, Abdul Kadir Karding berkata, Jokowi tidak mempunyai masalah untuk menyahut cabaran itu sekiranya diminta oleh orang ramai.
“Ujian bacaan al-Quran telah dimulakan oleh ulama dan orang Aceh untuk calon presiden. Idea itu datang daripada rakyat,” katanya.
Sementara, pasukan kempen Prabowo yang disokong dua parti Islam – Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Parti Mandat Nasional (PAN) – berkata, ujian itu tidak diperlukan, atau jika masih mahu dibuat penganjur perlu menunjukkan bukti bahawa mereka adalah pakar dalam membaca al-Quran.
“Penganjur harus membuktikan bahawa mereka benar-benar layak. Mereka mesti mempunyai sijil yang menunjukkan bahawa mereka mahir membaca al-Quran,” kata sumber rasmi PKS, Hidayat Nur Wahid.
Orang kanan parti, Gerindra Andre Rosiade mendakwa, Probowo tidak menolak cabaran itu, tetapi beliau dikatakan bukan jenis mempamerkan kehidupan agamanya.
Terdahulu, kumpulan ulama Islam, Majlis Keramat Aceh mencabar kedua-dua calon Presiden berkenaan untuk membaca al-Quran dalam satu ujian yang akan diadakan di Masjid Besar Baiturrahman di Banda Aceh pada 15 Januari ini.
Kumpulan berkenaan dilaporkan telah menghantar undangan kepada kedua-dua pemimpin terbabit.
Pada masa sama, Majlis Ulama Indonesia (MUI) memberi amaran bahawa cabaran seumpama itu harus berdasarkan kesepakatan antara dua kem.
“Jika kedua-dua kem bersetuju untuk ujian itu, kita akan menyokong tetapi jika salah seorang daripada mereka tidak, maka tidak memaksa untuk ia diadakan,” kata Setiausaha Agung MUI, Anwar Abbas.- Agensi
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/calon-presiden-indonesia-dicabar-baca.html