Individu Berfahaman Wahabi Tak Sesuai Jadi Mufti Kata Ahli Akademik


Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia, Mohd Mizan Mohammad AslamPETALING JAYA: Seorang pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata fahaman Wahabi tidak sesuai diamalkan di Malaysia, apatah lagi untuk mengalas jawatan mufti
Pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia (MyRISS) Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata demikian mengulas ura-ura pelantikan mufti Wilayah Persekutuan dari kalangan kumpulan pro-Wahabi bagi menggantikan Zulkifli Mohamad Al Bakri
Beliau berkata fahaman Wahabi tidak sesuai dengan normal masyarakat Islam di Malaysia dan ia boleh menjurus kepada perpecahan yang lebih besar
Katanya, pemilihan seorang mufti juga perlu dibuat berdasarkan kelayakan dan ilmu yang dimiliki, bukannya populariti semata-mata
“Kita harus berbalik kepada kepentingan negara harus mengatasi kepentingan peribadi, juga fahaman majoriti lebih perlu dipelihara oleh negara
“Kerajaan dan menteri harus bijak membuat keputusan yang akan memberikan keselesaan kepada semua fahaman yang ada di Malaysia sebagaimana pelantikan Zulkifli yang dilihat cukup baik dan teliti hingga tidak menimbulkan apa-apa pertikaian
“Jika pelantikkan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan yang besar kepada masyarakat maka haruslah dielakkan,” katanya kepada FMT
Sebelum ini, FMT melaporkan komuniti ulama tradisional tidak senang dengan usaha melobi oleh sarjana yang cenderung ke arah doktrin Wahabi, yang mahu mengisi kekosongan jawatan mufti persekutuan dengan orang mereka
Malah isu perlantikan mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini menarik minat ramai pihak termasuk warga net sehingga terdapat petisyen dibuat bagi membuat undian kepada calon-calon yang difikirkan layak dan berkaliber mengikut kepakaran masing-masing
Media tempatan juga melaporkan lebih 42,000 tanda tangan diperoleh menerusi satu petisyen secara dalam talian yang mencadangkan pendakwah bebas, Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid dilantik sebagai mufti Wilayah Persekutuan yang baru
Petisyen yang diwujudkan menerusi platform change.org berkenaan selepas ada kelompok mencadangkan beberapa nama lain antaranya Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Rozaimi Ramle dan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Kamilin Jamilin
Selain itu, beberapa nama ilmuwan yang lebih memahami Sunnah turut menjadi calon antaranya pakar hadis, Khafidz Soroni dan pensyarah Kulliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Muhammad Ayman Al-Akiti
Bagaimanapun, cadangan nama tersebut tidak diangkat sebagai mufti Wilayah Persekutuan yang baru termasuk calon dikatakan pro-Wahabi juga meleset apabila Pensyarah Universiti Malaya (UM), Luqman Abdullah dipilih menggantikan Zulkifli bagi jawatan itu
Pelantikan itu berdasarkan ucapan tahniah oleh UM yang dibuat menerusi akaun Twitter rasmi universiti berkenaan berikutan pelantikan yang berkuat kuasa dari 15 Mei 2020 sehingga 14 Mei 2022
Luqman merupakan pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan
Beliau dilahirkan pada 12 Sept 1969 di Kampung Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Beliau merupakan anak ke-2 ulama Kelantan terkenal, Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah
Luqman juga tidak pernah dikategorikan sebagai individu pro-Wahabi
Mengulas lanjut, Mizan berkata Wahabi merupakan fahaman minoriti dan bertentangan dengan Sunnah, malah dari segi konsep kenegaraan dan ketamadunan, golongan minoriti akan terjaga dalam pentadbiran majoriti jika dilandaskan atas dasar Islam
“Seperti politik di Malaysia ramai memilih Melayu dan Islam yang merupakan komponen majoriti, maka secara automatiknya hak-hak kaum dan agama lain terpelihara dan dijanjikan oleh pemerintah. Malah yang menyokong konsep seperti ini termasuklah PAS dan pimpinan Wahabi,” katanya
Jika mereka yang berfahaman Wahabi menerajui Islam di Wilayah Persekutuan, katanya, beliau bimbang berlakunya konflik lebih besar di Malaysia
“Jurang perpecahan akan semakin membesar dan akhirnya negeri-negeri yang majoriti Sunnah akan melakukan penentangan secara senyap mahupun terbuka, akhirnya, keadaan seperti ini bakal membawa kepada kerosakan sebagaimana yang berlaku di kebanyakan negara luar
“Akan tetapi hari ini fahaman luar yang ditolak oleh majoriti penganut Islam di negara ini sedang cuba dikembangkan, maka natijahnya bakal merosakan sistem beragama dan bernegara,” katanya
Beliau menambah, fahaman Wahabi juga datang dengan agenda politik tertentu yang boleh menganggu sistem raja berperlembagaan dan demokrasi
“Nanti akan wujud ketidakstabilan politik yang membawa kesan besar kepada ekonomi dan masyarakat. Cukuplah dengan masalah yang menghimpit ekonomi dan masyarakat kerana Covid-19 dan ancaman ekstremis yang ada selama ini,” katanya. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/05/individu-berfahaman-wahabi-tak-sesuai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Masih Jadi Penentang Utama Kerajaan Kata Ahli Akademik

Dr M Masih Jadi Penentang Utama Kerajaan Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 260 hits
May 10 2020 9 35 AMPenganalisis politik setuju Anwar Ibrahim ialah pilihan tepat sebagai ketua pembangkang Parlimen tetapi semua perhatian masih akan tertumpu kepada Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Ahli Parlimen Port Dickson dan Presiden ...
Hiburan Dihambur Pelbagai Kata Nista Che Ta Minta Individu Diberi Hidayah

Hiburan Dihambur Pelbagai Kata Nista Che Ta Minta Individu Diberi Hidayah

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 397 hits
Siapa tidak kenal dengan Rozita Che Wan salah seorang selebriti tanah air yang popular dan menjadi perhatian ramai Bahkan semua peminat pasti tidak terlepas untuk mengikuti segala update terkini wanita itu menerusi laman media sosialnya Wal...
Apakah Watak Yang Sesuai Untuk Ahli Politik Dalam Drama

Apakah Watak Yang Sesuai Untuk Ahli Politik Dalam Drama

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 473 hits
Tun M is like your old grumpy grandfather He is powerful and always be critical to you Nak melintas depan dia pun takut Tan Sri Muhyidin is like typical Malay father Quiet less talk only do what is necessary DS Najib is like your happy go l...
Jelas Ppbm Keluar Ph Tak Perlu Pertikai Kata Ahli Mpt Ketua Negeri

Jelas Ppbm Keluar Ph Tak Perlu Pertikai Kata Ahli Mpt Ketua Negeri

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 356 hits
May 19 2020 4 09 PM27 pemimpin PPBM menyangkal dakwaan MPT tidak pernah buat keputusan keluar PH PETALING JAYA Seramai 27 pemimpin PPBM termasuk 11 ketua negeri menegaskan ahli pimpinan tertinggi parti itu memutuskan PPBM keluar Pakatan Har...
Tiada Salahnya Tun M Dan Ahli Ahli Bersatu Mahu Sokong Ph Atas Kapasiti Individu

Tiada Salahnya Tun M Dan Ahli Ahli Bersatu Mahu Sokong Ph Atas Kapasiti Individu

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 271 hits
Di dalam politik kita mesti mencari seramai mungkin kawan dan mengurangkan seramai mungkin musuh Di dalam politik juga kena ada percaturan dan strategi serta maslahahnya tetapi setiap percaturan itu mesti dilakukan dengan penuh kebijaksanaa...
Nota Bergambar Tatabahasa Kata Tanya

Nota Bergambar Tatabahasa Kata Tanya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 628 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraBerikut adalah Nota Kata Tanya yang admin buat untuk murid admin alang alang dah buat admin masukkan disini untuk dikongsi bersama boleh simpan gambar nota dibawah ya jika berminat
Sikap Armada Permain Mandat Rakyat Kata Pemuda Umno

Sikap Armada Permain Mandat Rakyat Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 269 hits
MALAYSIAKINI Dikemas kini dengan reaksi Pemuda Amanah Nasional dan Pemuda PH JohorKetua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengalu alukan cadangan Pemuda Bersatu mahu memutuskan kerjasama dengan mereka jika bersungguh sungguh mahu kembali b...
Warga Asing Tidak Dibenar Masuk Malaysia Kata Putrajaya

Warga Asing Tidak Dibenar Masuk Malaysia Kata Putrajaya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 302 hits
Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan masih mengekalkan polisi tidak membenarkan warga asing memasuki negara buat masa ini termasuk menerusi laluan udara Beliau berkata perkhidmatan penerbangan termasuk AirAsia hany...
Firefox 76 Memberikan Amaran Jika Kata Laluan Dan Maklumat Akaun Telah Tertiris Ke Arena Web

Firefox 76 Memberikan Amaran Jika Kata Laluan Dan Maklumat Akaun Telah Tertiris Ke Arena Web

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 307 hits
Berapakah akaun atas talian yang anda miliki pada waktu ini Berapa pula kata laluan berbeza yang anda gunakan Jika ia hanya satu atau dua anda sekaligus membahayakan diri sendiri kerana jika ia tertiris kesemua akaun atas talian anda boleh ...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas