Indius Dilakukan Bersebab Tapi Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Indius Kepada Anda


Indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan dan cara mekanikal. Ia adalah salah satu pilihan bagi doktor yang sudah mengambil kira tempoh menunggu memberikan risiko yang tinggi kepada ibu dan bayi berbanding risiko indius.

Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, Antara keadaan yang memerlukan indius ialah:
Overdue Ia melibatkan kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin. Selalunya melebihi 41 minggu. Ia dilakukan untuk mengelakkan bayi lemas. Overdue boleh menyebabkan uri tidak berfungsi dengan baik dan kemungkinan  bayi sudah membuang air besar.
Pecah air ketuban Indius akan dimulakan sebagai langkah untuk mempercepatkan kelahiran dalam masa 24 jam. Hal ini sangat mustahak untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dan ibu. Jika usia kehamilan kurang daripada 34 minggu, indius tidak dilakukan sebaliknya ibu dan bayi diberikan ubat-ubatan untuk meneruskan kehamilan. Antaranya ialah ubat untuk mematangkan paru-paru bayi.
Ibu berpenyakit Penyakit seperti praeklampsia, memerlukan indius awal bergantung pada tahap keseriusan. Selain praeklampsia, diabetes dan kegagalan buah pinggang juga adalah antara penyakit yang memerlukan kelahiran secara indius.
Keadaan abnormal bayi Bayi dalam kandungan yang mengalami pertumbuhan terencat, kurang pergerakan atau air ketuban yang semakin kurang memerlukan indius.
Pendarahan Ibu mengalami pendarahan atau antepartum haemorrhage yang serius atau teruk.
Logistik Permintaan daripada pasangan disebabkan oleh pelbagai sebab untuk kemudahan si ibu seperti pasangan akan keluar negara, mahu bayi lahir pada tarikh tertentu dan sebagainya.
Kelahiran secara indius lebih menyakitkan daripada kelahiran yang tercetus secara spontan. Ia akan berlaku secara mengejut dan tidak berperingkat. Antaranya ialah kekerapan, ketegangan dan ritma meningkat dengan pantas. Berbeza dengan kelahiran semula jadi. Dengan ini, proses kelahiran akan lebih pendek. Anda perlu tahu dan menjangkakan keadaan ini serta bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapinya.
Proses indius
Proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlainan bergantung pada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Dua cara indius akan ditentukan sama ada indius yang menggunakan ubat-ubatan atau alat-alatan.
Ubat-ubatan
Pemilihan jenis ubat-ubatan ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim.
Prostaglandin Prostaglandin ialah sejenis hormon yang dimasukkan menerusi vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
Oxytocin/ pitocin Oxytocin atau pitocin diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Alatan
Sweepe & strecth (S&S) Ia adalah satu prosedur yang memisahkan kantung ketuba bayi daripada serviks menggunakan jari tangan. Tindakan ini akan membantu perembesan hormon prostaglandin semula jadi dari tubuh anda yang bakal menggalakkan bukaan serviks.
Amni hook Apabila bahagian serviks sudah terbuka, doktor akan memecahkan membran kantung ketuban dengan menggunakan amni hook untuk memecahkan selaput rahim dan akan dibantu oleh pitocin yang dialirkan melalui intravena.
Foley balloon cathether Foley balloon cathether pula ialah sejenis alat yang mempunyai belon di hujungnya. Alat ini dimasukkan ke dalam pangkal rahim untuk merangsang perembesan hormon prostaglandin semula jadi yang akan membuka serviks untuk melancarkan proses kelahiran.
Prosedur induksi
Anda yang disahkan bakal melalui induksi akan diberikan hormon prostaglandin dalam bentuk pil, gel atau tablet yang bertindak secara perlahan (slow release) menerusi vagina. Anda akan dipantau selama enam jam dari segi rentak jantung bayi, kontraksi dan keadaan bayi.
Pengambilan hormon prostaglandin menerusi pil mengurangkan daya kawalan terhadap proses kelahiran terutamanya kepantasan proses kelahiran berbanding oxytocin atau pitocin yang diberikan melalui intravena yang boleh dikawal pengambilannya dalam tempoh tertentu. Sekiranya hasil pemantauan menunjukkan tiada bukaan rahim, dos kedua akan diberikan. Pemberian dos kedua dipertimbangkan oleh doktor bergantung kepada profil anda iaitu jumlah anak dan sejarah kelahiran secara pembedahan caesarean.
Komplikasi dan risiko
Penting untuk anda untuk mengetahui apa yang akan berlaku sepanjang proses induksi dijalankan supaya persediaan emosi dan fizikal dapat dilakukan. Dengan memahami pro dan kontra induksi serta risiko yang akan didepani, maka lebih mudah menjangka apa yang akan berlaku kepada bayi dan anda seterusnya. Risiko kelahiran secara induksi ialah:
Bagi bayi yang tidak sihat seperti mengalami kerencatan atau dikenali sebagai stress baby, proses kelahiran secara induksi boleh menyebabkan bayi lemas. Induksi juga boleh menyebabkan rahim pecah (uterine rapture) bagi anda yang mempunyai parut daripada pembedahan kepada rahim seperti caesarean atau Ia juga meningkatkan risiko kelahiran secara pembedahan Kelahiran bayi lahir pramatang. Jangkitan kepada anda dan bayi menerusi teknik-teknik yang dilakukan ke atas diri anda untuk mempercepatkan kelahiran. Pendarahan yang banyak (tumpah darah) boleh berlaku kerana kelahiran secara induksi menyebabkan kontraksi yang lebih kuat. Boleh menyebabkan uri lekang (abruptio placenta). Anda perlu memahami mengapa kelahiran bayinya perlu prosedur indius. Pemahaman ini menjadi perkara pokok yang membantu proses kelahiran berjalan lancar. Sekiranya kurang jelas, anda perlu bertanya kepada doktor tentang prosesnya dan apa yang dijangka akan berlaku.
Penting bagi anda mengetahui kelahiran indius boleh berakhir dengan pembedahan caesarean kerana kegagalan bukaan serviks setelah ubat-ubatan dan alatan digunakan dalam tempoh yang diberikan. Doktor yang merawat tentu sudah mempertimbangkan jangka masa, faktor keadaan dan risiko bayi lemas sebelum indius dijalankan.
The post Indius Dilakukan Bersebab. Tapi Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Indius Kepada Anda! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/indius-dilakukan-bersebab-tapi-ibu-hamil-perlu-tahu-risiko-induis-kepada-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manfaat Buah Apel Bagi Ibu Hamil Kurangi Risiko Asma

Manfaat Buah Apel Bagi Ibu Hamil Kurangi Risiko Asma

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 415 hits
informasitips com Mengonsumsi buah yang cukup untuk ibu hamil memang sangat disarankan sebagai asupan vitamin dan mineral tambahan bagi janin yang dikandungnya Salah satu buah yang layak dipertimbangkan sebagai konsumsi tambahan yang sangat...
Tak Semua Yang Melahirkan Pada Tarikh Jangkaan Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Kandungan Lebih Hari

Tak Semua Yang Melahirkan Pada Tarikh Jangkaan Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Kandungan Lebih Hari

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 710 hits
Ibu hamil yang menanti saat saat melahirkan tentu tidak sabar menanti cahaya mata setelah doktor memberi tarikh jangkaan bersalin Namun tidak semua melahirkan pada tarikh yang dijadualkan Ada yang awal dan ada juga yang melebihi tarikh jang...
Rakan Ikat Ibu Hamil 8 Bulan Di Pokok Dengan Kawat Duri Koyak Perutnya Curi Bayi

Rakan Ikat Ibu Hamil 8 Bulan Di Pokok Dengan Kawat Duri Koyak Perutnya Curi Bayi

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 568 hits
SEORANG ibu muda maut selepas dua individu memotong perut dan mengeluarkan bayi dari rahimnya dalam keadaan dirinya diikat dengan kawat duri di sebatang pokok menurut laporan Mayat Mara Cristiana da Silva 23 yang sedang hamil lapan bulan di...
Ramai Ibu Hamil Akan Mengalami Penyakit Ini Sila Berhati Hati Ikuti Langkah Pencegahan Ini

Ramai Ibu Hamil Akan Mengalami Penyakit Ini Sila Berhati Hati Ikuti Langkah Pencegahan Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 359 hits
Ramai di kalangan ibu hamil yang mengalami praeklampsia atau tekanan darah tinggi dan kelebihan kadar protein dalam urin sewaktu kehamilan Penyakit ini adalah sangat serius kerana ia berlaku pada sekitar 5 daripada populasi wanita hamil dan...
Ibu Kena Peka Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Semasa Lahir

Ibu Kena Peka Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Semasa Lahir

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 478 hits
Pemantauan ibu kepada pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan atau still birth Menurut Dr Dharmini Veerakumaran Pakar Perbidanan Sakit Puan Pertubuhan Kesihatan Sedunia m...
Ibu Sanggup Korbankan Diri Lindungi Anak Dari Letupan Tapi Malangnya

Ibu Sanggup Korbankan Diri Lindungi Anak Dari Letupan Tapi Malangnya

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 341 hits
IBU Sanggup Korbankan Diri Lindungi Anak Dari Letupan Tapi Malangnya IBU Sanggup Korbankan Diri Lindungi Anak Dari Letupan Tapi Malangnya
Makan 3 Kali Sehari Tip Kawal Selera Makan Ibu Hamil Yang Ada Penyakit Diabetis Gdm

Makan 3 Kali Sehari Tip Kawal Selera Makan Ibu Hamil Yang Ada Penyakit Diabetis Gdm

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 356 hits
Glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan seharian Walau bagaimana pun jika tahap glukos dalam darah berlebihan ia akan memberi kesan buruk kepada organ dalaman tubuh Misalnya merosakkan lapisan retina di ba...
Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah Ibu Ayah Please Take Note

Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah Ibu Ayah Please Take Note

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 592 hits
Tak dinafikan gajet memberikan banyak manfaat kepada semua Tapi pendedahan yang dalam jangka masa yang lama dan tidak kena dengan masanya boleh mengundang kemudaratan Jangan gunakan alasan mahu ketenangan di meja makan dengan memberikan gaj...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari