Indahnya Al Quran 9253




Saturday, 17 March 2012 Surah Al-Kausar - Surah Penghibur Hati Rasulullah S.A.W.?
Surat Al-Kawthar (The Abundance) - سورة الكوثر
بسم الله الرحمن الرحيم108:1 


Inna aAAtaynakaalkawthar
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat) 

108:2 
Fasalli lirabbika wanhar
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).  

108:3  
Inna shani-aka huwa al-abtar
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)   
Surah ini adalah surah yang paling pendek. Ia hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Makkah. Al-Kausar bermaksud sebuah sungai yang mengalir di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu. Warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kewafatan dua orang yang sangat dikasihinya iaitu anak lelaki baginda Ibrahim dan bapa saudara baginda Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan sebagai penawar :
Membaca surah ini ketika hujan turun sambil berdoa, mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita.
Jika kehausan dan ketiadaan air,bacalah surah ini dan gosokkan tangan di leher,InsyaAllah hilang dahaga.
Jika sering mengalami sakit mata,umpamanya mata berair,gatal-gatal ataupun bengkak,sapukan air mawar yang telah dibaca surah ini sebanyak 10 kali pada mata,insyaAllah sembuh.
Jika rumah dipercayai terkena sihir,bacakan surah ini sebanyak 10 kali,mudah-mudahan Allah memberi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
Jika dibaca 1000 kali,insyaAllah rezeki akan bertambah.
Jika rajin membaca surah ini,hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
Sekiranya seseorang teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara,bacalah ayat ini sebanyak 71 kali,InsyaAllah pertolongan Allah akan datang kepadanya disebabkan dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.
Sesuatu yang baik akan datang apabila kita mengamalkannya selalu. Justeru amalkanlah membaca surah ini atau surah-surah lain secara kerap agar apa yang diinginkan dalam hidup akan tercapai dan akan mendapat kebahagiaan dan kerahmatan di dunia mahupun di akhirat. Teringat kata-kata seorang ustaz bahawa bukan sesuatu ayat atau zikir yang dapat memberikan segalanya, tetapi semua itu berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah. Kesimpulannya supaya kita tidak mengiktikadkan sesuatu itu sebagai berkuasa padahal segala kekuasaan adalah milik Allah AzzaWajalla.
Ya Allah sesungguhnya dunia kini penuh dengan fitnah dan tipu daya. Manusia saling hidup untuk merosakkan manusia lain, menfitnah antara satu sama lain, menzalimi sesama manusia, inikah tandanya dunia sudah benar-benar hampir kiamat?
Yang bhatil ditegakkan, yang hak dipermainkan dan diperlekehkan. Selamatkanlah kami dalam iman, matikanlah kami di dalam iman dan tempatkanlah kami bersama orang yang beriman. Amin Yarrabbal 'Alamin
Setiap surah punya khasiat yang tersendiri..tinggal diri kita sahaja yang perlu mengamalkannya..
CopyPaste-TembakJerr!!!: Surah Al-Kausar - Surah Penghibur Hati Rasulullah S.A.W.?

Pelajar Disuruh Melukis Rasulullah, Gambarannya Amat Menyentuh Hati & Membuatkan Anda Terpegun..
Video pendek dari Mokhtar Awards ini berkisar tentang kisah seorang pelajar Perancis yang diarah melukis Rasulullah SAW di dalam kelas selepas berlakunya serangan Charlie Hebdo pada January 2015 dan gambaran pelajar tersebut membuatkan gurunya terpegun

 “…the teacher did not let me speak when I wanted to explain to her. I can’t blame her. She’s probably never learnt to love someone she hasn’t seen. But me, I love you without seeing you…”
Jom Lihat Video Di Bawah:Pelajar Disuruh Melukis Rasulullah, Gambarannya Amat Menyentuh Hati & Membuatkan Anda Terpegun.. - Sehinggit Media News

SURAH AL MULK
•••••••••••••••••••••••

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja.

Di antaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.."

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."


SURAH AL-HUR AYAT 1 HINGGA 5
Alif Lam Ra, Surah ini adalah sebagian dari ayat ayat Kitab yg sempurna yaitu ayat ayat Al Qur'an yg memberi penjelasan. Orang kafir itu kdg kdg nanti di akhirat menginginkan,  sekiranya mereka dahulu di dunia menjdi org muslim. Biarkan mereka di dunia ini mkn dan bersenang senang dan dilalaikan olih angan angan kosong mereka, kelak mereka akan mengetahui akibat perbuatannya. Dan Kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yg ditetapkan baginya. Tiada suatu umat pun yg dpt mendahului ajalnya, dan tidak pula dpt meminta penundaan nya. AYAT PERTAMA SEHINGGA KE LIMA, SURAH KE 15 AL-HUR.

Also Read:

Inilah satu-satunya sahabat Rasulullah SAW yg mempunyai akaun bank di Arab saudi.SURAH YASIN AYAT 9Gambaran Sebenar DabbahNak Wajah Cantik Berseri? Amalkan Baca Doa Nabi YusufPernah tak ambik wudhu’ masa mandi tanpa pakaian? Ini hukumnya yg kita kena tahu.Tidur Malam Tiba-Tiba Terbangun?Surah Al-Insyiqaq ayat 6 hingga 9Surah At-Thur ayat 21Word 126Surah Al-Duha ayat 2 & 3AL-QUR'AN DAN TERJEMAHANSURAH AL-HUR AYAT 1 HINGGA 5 ~ #JMBELOG

KETAHUILAH ANTARA 9 KHASIAT SURAH AL-IKHLAS YANG MENAKJUBKAN

SURAH Al-Ikhlas, sepertimana surah-surah al-Quran yang lain juga memiliki banyak rahsia yang terkandung di dalamnya. Dinamakan surah Al Ikhlas, kerana dia menyelamatkan orang yang membacanya dari kesusahan dunia akhirat, dari kesusahan sakaratul maut, dari kesusahan kegelapan malam dan dari segala kesusahan risiko di hari kiamat.
Ternyata ada waktu tertentu yang dianjurkan membaca surat Al-Ikhlas. Berikut sembilan waktu yang dianjurkan untuk mengamalkan surat Al-Ikhlas:

Pertama: waktu pagi dan subuh

Pada malam hujan lagi gelap gelita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk solat bersama kami, lalu kami bertemunya. Beliau bersabda, 
“Apakah kamu telah solat?” Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah (bacalah surah) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A’UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A’UDZU BIRABBIL FALAQ ketika subuh dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akn mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.” (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Kedua: sebelum tidur

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau menadahkan kedua tapak tangannya lalu kedua tapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

Ketiga: ketika ingin meruqyah (membaca do’a dan wirid untuk penyembuhan ketika sakit)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke tapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surah An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya.

Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur,).”

Keempat: Wirid sesudah Solat (sesudah salam)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat  di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)

Kelima: dibaca ketika mengerjakan solat sunnah fajar (qobliyah subuh)

“Sebaik-baik Surah yang dibaca ketika dua raka’at qobliyah shubuh adalah Qul huwallahu ahad (Surah Al Ikhlas) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (Surah Al Kafirun).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273.

Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahawa hadits ini shahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadits Ibnu Mas’ud yang akan disebutkan pada point berikut.

Keenam: dibaca ketika mengerjakan solat sunnah ba’diyah maghrib

“Aku tidak dapat mengira kerana sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca Surah pada solat dua raka’at ba’diyah maghrib dan pada solat dua raka’at qobliyah subuh iaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (Surah Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (Surah Al Ikhlas).” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih)

Ketujuh: dibaca ketika mengerjakan solat witir tiga raka’at

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca pada raka’at pertama: Sabbihisma robbikal a’la (Surah Al A’laa), pada raka’at kedua: Qul yaa ayyuhal kafiruun (Surah Al Kafirun), dan pada raka’at ketiga: Qul huwallahu ahad (Surah Al Ikhlas) dan mu’awwidzatain (Surah Al Falaq dan An Naas).” (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227).

Kelapan: dibaca ketika mengerjakan solat Maghrib (solat wajib) pada malam jumaat

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika solat maghrib pada malam Jumaat membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ dan ‘Qul ‘ huwallahu ahad’. ” (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)

Kesembilan: ketika solat dua rak’at di belakang makam Ibrahim setelah tawaf

“Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan makam Ibrahim antara dirinya dan Ka’bah, lalu beliau melaksanakan solat dua rakaat. Dalam dua rakaat tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (Surah Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (Surah Al Kafirun). Dalam riwayat yang lain dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (Surah Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (Surah Al Ikhlas).” (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 56)


sumber : binusrahKETAHUILAH ANTARA 9 KHASIAT SURAH AL-IKHLAS YANG MENAKJUBKAN - Tarbiyah Islam

SURAH IBRAHIM AYAT 9
Allah berfirman. Apakah belum sampai kpdmu berita org org sebelum kamu iaitu kaum Nuh, 'Ad, Samud, dan org org setelah mereka. Tiada yg mengetahui mereka selain Allah. Rasul rasul telah dtg kpd mereka membawa bukti bukti yg nyata, namun mereka menutupkan tgnnya ke mulutnya kerana kebencian, dan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya akan bukti bahawa kamu diutus kpd kami, dan kami benar benar dlm keraguan yg menggelisahkan terhadap apa yg kamu serukan kpd kami. "  AYAT 9 SURAH KE 14 IBRAHIM.
Also Read:
Nak Wajah Cantik Berseri? Amalkan Baca Doa Nabi YusufPernah tak ambik wudhu’ masa mandi tanpa pakaian? Ini hukumnya yg kita kena tahu.Tidur Malam Tiba-Tiba Terbangun?Surah Al-Insyiqaq ayat 6 hingga 9Surah At-Thur ayat 21Word 126Surah Al-Duha ayat 2 & 3Inilah satu-satunya sahabat Rasulullah SAW yg mempunyai akaun bank di Arab saudi.SURAH YASIN AYAT 9Gambaran Sebenar DabbahAL-QUR'AN DAN TERJEMAHANSURAH IBRAHIM AYAT 9 ~ #JMBELOG

Ngaji Quran | Surah al Fatihah

Surah inipun dinamai patihatul-kitab bererti pembukaan kitab,kerana kitab al-Qur'an dimulai atau dibuka dengan surah ini.Dia (al-Fatihah) yang mulai ditulis di dalam Mushhaf,dan dia yang mulai dibaca ketika tilawatil Qur'an , meskipun bukan dia surah yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Nama Surat al- Fatihah ini memang telah mashur sejak permulaan nubuwwat.
Adapun tempat dia diturunkan,pendapat yang lebih kuat ialah yang menyatakan bahawa surah ini diturunkan di Mekkah. Al-Wahidi menulis di dalam kitabnya Asbabun-Nuzul dan as-Tsa'labi di dalam tafsirnya riwayat dari Ali bin Abu Thalib,dia berkata bahawa kitab ini diturunkan di Mekah,dari dalam suatu perbendaharaan di bawah 'Arsy .
Menurut suatu riwayat lagi dari Abu Syaibah di dalam al-Mushan­naf dan Abu Nu'aim dan al-Baihaqi di dalam Dalailun- Nubuwwah, dan as-Tsa'labi dan al-Wahidi dari hadits Amer bin Syurahail , bahawa setelah Rasulullah s.a.w mengeluhkan pengalamannya di dalam gua (Satu bukit Jabal Nur yang memiliki gua.Gua itu adalah Gua Hira) itu setelah menerima wahyu pertama,kepada Khadijah, lalu beliau dibawa oleh Khadijah kepada Waraqah, maka beliau ceritakan kepadanya,bahawa apabila dia telah memencil seorang diri didengarnya suara dari belakangnya: "Ya Muhammad, ya Muhammad, ya Muhamad ! Mendengar suara itu akupun lari." Maka berkatalah Waraqah: "Jangan engkau berbuat begitu; tetapi jika engkau dengar suara itu,tetap tenanglah engkau, sehingga dapat engkau dengar apa lanjutan perkataannya itu".
Selanjutnya Rasulullah s.a.w berkata:

"Maka datang lagi dia dan terdengar lagi suara itu : "Ya Muhammad ! Katakanlah : Bismillahir-Rahmanir-Rahim, Alhamdulillahi-Rabbil­`Alamin, sehingga sampai kepada Waladh-Dhaalin". 

Demikian Hadits itu.

Abu Nu'aim di dalam ad-Dalaail meriwayatkan pula tentang seorang laki-laki dari Bani Salamah, dia berkata : 

"Tatkala pemuda ­pemuda Bani Salamah masuk Islam , dan Islam pula anak dari Amer Jumawwah, berkatalah isteri Amer itu kepadanya : "Sukakah engkau mendengarkan dari ayah engkau sesuatu yang telah diriwayatkan dari padanya ? "Anak itu lalu bertanya kepada ayahnya apakah agaknya riwayat tersebut lalu dibacanya : "Alhamdulillahi Rabbil `Alamin" (sampai ke akhir).

Yang memanggil Rasulullah s.a.w itu adalah Malaikat Jibril a.s.Sedangkan Waraqah adalah seorang yang alim faham tentang ahli kitab dan mengenai ciri-ciri (malaikat yang menyampaikan wahyu) malaikat Jibril a.s.

Sedang kejadian itu ialah di Mekah.

Ibnu al-Anbari pun meriwayatkan bahawa dia menerirna riwayat dari Ubadah bin as-Shamit bahawa surah Fatihatul-Kitab ini memang diturunkan di Mekah. Sungguhpun demikian ada juga satu riwayat yang diterima oleh perawi-perawinya dari Mujahid , bahawa beliau ini berpendapat bahawa surah ini diturunkan di Madinah .

Tetapi, entah kerana sengaja hendak mengumpulkan di antara dua pendapat, ada pula segolongan yang menyatakan bahawa Surah diturunkan dua kali, pertama di Mekkah, kemudian diturunkan sekali lagi di Madinah.

Tetapi menjadi lebih kuatlah pendapat golongan yang terbesar tadi bila kita ingat bahawa solat lima waktu mulai di fardhukan ialah sejak di Mekah , sedang solat itu dianggap tidak sah kalau tidak membaca al-Fatihah menurut Hadits :

 "Tidaklah (sah) solat bagi siapa yang tidak membaca Fatihatul Kitab." (Hadits ini dirawikan oleh al-Jama'ah, daripada Ubadah bin as Shamit).
Dia termasuk satu Surah yang mula-mula turun. Meskipun Iqra' sebagai lima ayat permulaan dari Surah al-`Alaq yang terlebih dahulu turun, kemudian itu pangkal surah Ya Ayyuhal Muddatstsir, Kemudian itu pangkal surah Ya Ayyuhal Muzzammil, namun turunnya ayat-ayat itu terpotong-potong. Tidak satu surah lengkap. Maka al-Fatihah sebagai surahyang terdiri dari tujuh ayat, ialah Surah lengkap yang mula-mula sekali turun di Mekah.

Di dalam surah 15 (al-Hijr), ayat 87 ada disebut "Tujuh yang diulang-ulang (Sab'an minal matsaani). Menurut Ibnu Katsir yang dimaksud ialah surah al -Fatihah ini juga, sebab al-Fatihah dengan ketujuh ayatnya inilah yang diulang-ulangi tiap-tiap rakaat solat, baik yang fardhu ataupun yang sunnat. Oleh sebab itu maka Sab'ul Matsaani , adalah nama Surah ini juga.

Di dalam surah 3 (Ali-Imran) ayat 7, ada disebut Ummul Kitab, ibu dari kitab. Menurut Imam Bukhari di dalam permulaan tafsirnya, yang dinamai dengan nama Ummul Kitab itu ialah al- Fatihah ini, sebab dia yang mula ditulis dalam sekalian Mushaf dan dia yang mulai dibaca di dalam solat. Cuma Ibnu Sirin yang kurang sesuai dengan penamaan demikian. Dia lebih sesuai jika dinamai Fatihatul Kitab saja. Sebab di dalam surah 13 (ar-Ra'ad) ayat 39 terang dikatakan bahawa Ummul  Kitab yang sebenarnya ada di sisi Allah.

Tetapi beberapa Ulama lagi tidak keberatan menamainya juga Ummul Qur'an, ertinya ibu dari seluruh isi al-Qur'an,kerana ada sebuah Hadits yang dirawikan oleh Imam Ahmad rahimahullah dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Dia adalah ibu al-Qur'an , dan dia adalah Fatihatul kitab dan dia adalah tujuh yang diulang-ulang."

Penulis Tafsiral-Kasysyaaf menyebutkan lagi namanya yang lain, iaitu al Kanz(Perbendaharaan), al- Wafiyah (yang melengkapi), al Hamd (puji-pujian) dan surah as-Shalah (solat). Dan menurut riwayat as-Tsaalabi dari Sufyan bin Uyaynah, Surah inipun bernama al- Waqiyah (Pemelihara dari kesesatan), Sebab dia mencukupi Surah-­surah yang lain, sedang Surah-surah yang lain tidak mencukupi kalau belum bertali dengan dia. Tadi dia beri nama Perbendaharaan,kerana menurut riwayat All bin Abu Thalib tadi, dia diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arsy.

Dia bernama Melengkapi, sebab seluruh Syariat lengkapnya tersimpul dalamnya. Dia bernama Puji pujian, sebab dipangkali dengan puji kepada Allah. Dan dia bernama Surah solat, kerana tidak sah solat kalau al-fatihah tidak dibaca.

Bilamana kita kelak telah sampai kapada penafsiran isinya, dapatlah kita fahami bahawa segala nama itu memang sesuai dengan al-fatihah. Apatah lagi pokok ajaran Islam yang sejati, yang menjadi ibu dari segala pelajaran, iaitu Tauhid, telah menjadi isi dari ayat-ayatnya itu pertama sampai akhir.

Tidak ada puji, apapun macamnya puji untuk yang lain, hanya untuk Allah semata-mata. Dan di dalam ayat itu telah tersebut Tuhan sebagai Robbi, atau Robbun, yang bererti Pemelihara, Pengasuh, Pendidik dan Penyubur. Diikuti oleh ayat yang menyebut dua nama Allah, iaitu Ar-Rahman, Yang Maha Murah dan Ar-Rahim Yang Maha Penyayang, nampaklah betapa pertalian Khaliq dengan MakhlukNya, yang kelak di dalam al-Qur'an akan diuraikan berulang-ulang. Kemudian pokok ajaran utama dari al Quran ialah tentang hari   pembalasan, Hari Kiamat, Hari Berbangkit, dari ilal syurga dan neraka; semuanya ini telah tersimpul dalam ayat " Maliki yaumiddin" yang mempunyai hari pembalasan.

Sebagai kesempatan ibadah kepada Allah, dan tidak ada ibadat buat yang lain, iaitu isi yang sejati dari Tauhid, maka datanglah ayat: " Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in". Hanya engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah tempat kami memohon pertolongan.

Untuk mencapai redha Allah, maka Tuhan menunjukkan garis jalanNya yang harus ditempuh, lalu Allah mengutus Rasul-rasulNya membawa Syariat dan memimpin kepada manusia bagaimana menempuh jalan itu; Isi Al-Qur'an yang ini tersimpul dalam ayat "Ihdinas Shirothol Mustaqim".

Kemudian itu al-Qur' an berisi khabar yang menggembirakan bagi orang yang taat dan patuh, kebahagiaan di dunia dan syurga di akhirat yang di dalam istilah agama disebut wa'ad, ini telah terkandung di dalam ayat "Shirotholladzina an `amta `alaihim ", jalan yang telah Engkau beri nikmat atasnya. Kemudian al-Qur'an pun memberikan ancaman seksa dan azab bagi orang yang lengah dan lalai, kufur dan durhaka, yang disebut wa'id. Maka tersimpul pulalah kata al-Qur'an ini pada hujung surah tentang orang yang maghdhub, kena murka Tuhan, dan orang yang dhoollin, orang yang sesat. Demikian pula al-Qur'an menceritakan keadaan umat-umat yang telah terdahulu, yang telah binasa dan hancur kerana dimurkai Tuhan, dan diceritakan juga kaum yang sesat dari jalan yang benar; itupun telah tersimpul di dalam kedua kalimat maghdhubi dan dhoollin itu.

Menilik yang demikian itu dapatlah kita pahami apa sebab maka al-Fatihah itu disebut Ummul Kitab atau Fatihatul-kitab, yang pada pembukaan telah disimpul isi dari 114 surah yang mengandung 6.236 ayat itu.

Rujukan:Tafsir Azhar
Ngaji Quran | Surah al Fatihah - wannursyarifah





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/03/indahnya-al-quran-9253.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idamkan Anak Hafaz Al Quran Amalkan Tip Ini Ya Ibu Ayah

Idamkan Anak Hafaz Al Quran Amalkan Tip Ini Ya Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 327 hits
Anak kecil jika dibiasakan dari awal buat sesuatu perkara dan menjadi rutinnya pasti tiada masalah Begitu juga dalam bab membaca al Quran Mendidik anak cinta al Quran sejak kecil bukan sesuatu yang sukar jika ibu bapa bersungguh sungguh mel...
Maksud Kafir Dalam Al Quran Dan Hadis

Maksud Kafir Dalam Al Quran Dan Hadis

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 608 hits
Soalan Ustaz penyokong pemimpin kafir berpendapat bahawa perkataan kafir tidak sama maknanya dengan non Muslim Istilah kafir katanya adalah lawan daripada iman bukan lawan daripada Islam Jadi orang Yahudi atau Nasrani pada hari ini berkemun...
Hukuman Kepada Penghina Nabi Atau Al Quran Atau Islam Majlis Fatwa Baitul Maqdis

Hukuman Kepada Penghina Nabi Atau Al Quran Atau Islam Majlis Fatwa Baitul Maqdis

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 368 hits
HUKUM KE ATAS PENGHINA ALLAH ATAU NABI ATAU QURAN ATAU ISLAMMajlis Fatwa Baitul MaqdisSoalan Apakah hukumnya orang yang mencerca Allah dan Rasul dan Quran dan Islam Jawab Siapa yang menghina atau mencerca empat perkara ini samada gurauan at...
Hukum Letak Al Quran Bawah Bantal Atau Di Atas Lantai

Hukum Letak Al Quran Bawah Bantal Atau Di Atas Lantai

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 580 hits
Soalan Adakah dibolehkan perbuatan setengah orang yang meletakkan al Quran di bawah bantal tidurnya Bagaimana pula jika diletakkan kitab kitab agama di bawah bantal Dan apa pula hukum orang yang meletak al Quran di atas lantai sahaja tidak ...
Kisah Jin Mendengar Al Quran Lantas Berdakwah Pada Kaumnya

Kisah Jin Mendengar Al Quran Lantas Berdakwah Pada Kaumnya

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 423 hits
Ada kisah yang bisa diambil pelajaran yaitu tentang para jin yang mendengar Al Quran lantas mendapatkan hidayah
Bolehkah Wanita Mengalunkan Bacaan Al Quran Dalam Pertandingan Tilawah

Bolehkah Wanita Mengalunkan Bacaan Al Quran Dalam Pertandingan Tilawah

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 538 hits
Tilawah Al Quran bermaksud membaca al Quran Pembacaan al Quran boleh dilakukan secara bersendirian ataupun secara berkumpulan Pembacaan Al Quran secara berkumpulan dinamakan tadarus al quran iaitu dibaca secara bergilir gilir saling menyema...
Seorang Adik Hafiz Cilik Terus Mengalunkan Ayat Al Quran Ketika Menghadapi Sakaratul Maut

Seorang Adik Hafiz Cilik Terus Mengalunkan Ayat Al Quran Ketika Menghadapi Sakaratul Maut

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 642 hits
Seorang Adik Hafiz Cilik Terus Mengalunkan Ayat Al Quran Ketika Menghadapi Sakaratul MautSeorang Adik Hafiz Cilik Terus Mengalunkan Ayat Al Quran Ketika Menghadapi Sakaratul Maut
Yapeim Komited Lahirkan Generasi Celik Al Quran

Yapeim Komited Lahirkan Generasi Celik Al Quran

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 322 hits
Liputan Akhbar oleh Utusan Malaysia Tarikh Terbitan 6 Mac 2019 Ruangan Mega Mimbar
Sempatkan Baca Al Quran Saat Waktu Istirahat Siswa Smk Di Bone Bikin Salut

Sempatkan Baca Al Quran Saat Waktu Istirahat Siswa Smk Di Bone Bikin Salut

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 227 hits
Jam istirahat di sekolah merupakan waktu yang paling dinanti nanti oleh setiap siswa Hal itu lantaran mereka bisa menenangkan otak sejenak dari pelajaran yang kadang membuat jenuh Selain makan di kantin biasanya para siswa akan menikmati wa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator