Inchaway Sacha Inchi Oil Dapat Kurangkan Lemak Dan Kolesterol
Lemak dan kolesterol merupakan satu keperluan dalam diet harian seseorang untuk beberapa fungsi tubuh walaupun ada yang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak. Namun, jika dirujuk kepada persekitaran pemakanan di Malaysia, terlalu banyak produk makanan segera, makanan terproses dan makanan bergoreng dan mudah didapati di mana sahaja. Sememangnya pengambilan lemak dan kolesterol daripada makanan harian tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, kita perlu bijak mengawal pengambilan lemak dan kolesterol supaya tidak berlebihan
Ramai juga percaya termasuklah aku percaya bahawa lemak merupakan sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan, tetapi lemak juga mempunyai fungsi penting dalam tubuh kita. Antaranya, lemak berfungsi sebagai pengangkut yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E & K yang larut lemak dan dapat membekalkan asid–asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan. Namun, pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan. Selain amalkan pemakanan yang sihat juga penjagaan tubuh badan yang rapi produk Inchaway Sacha Inchi Oil merupakan suppliment yang dapat membantu mengurangkan lemak dan kolesterol
Sacha Inchi Oil dibawakan oleh Inchaway. Inchaway merupaan syarikat yang telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 2016, dan kini mempunyai kilang di Johor sebesar 43,000 kaki. Selain itu, mereka juga mempunyai ladang pokok Sacha Inchi sebesar 1,000 ekar dan ladang tersebut tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun perosak! Inchaoil (Sacha Inchi Oil) dianggap sebagai bahan mentah terbaik untuk minyak sayuran dan produk kosmetik semula jadi di dunia dan telah dinobatkan Gold Award at the World’s Fair
APA ITU ICHAWAY SACHA INCHI OIL?Sacha Inci merupakan pohon yang kebanyakannya ditanam di Hutan Hujan Amazon di Amerika Selatan. Biji Sacha Inchi adalah sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Dikatakan bahawa, Sacha Inchi ni kaya dengan Omega 3 dan sebagai pengganti kepada minyak ikan yang lebih baik.
Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus. Oleh kerana tubuh manusia tidak dapat menghasilkan atau mensintesis asid lemak penting dengan sendirinya, asid lemak penting harus diserap melalui diet, oleh itu Inchaoil adalah makanan tambahan yang sangat baik
KEBAIKKAN SACHA INCHI OILMinyak Sacha inchi ini mentah, bebas kolesterol, dan tidak mengandungi bahan pengawet tambahan. Ia meningkatkan kulit yang sihat, mengatur dan membantu kesihatan otak, membantu diabetes dan penurunan berat badan, menenangkan sakit artritis, mengawal tekanan mata, membantu mengekalkan fungsi ginjal yang betul, dan banyak lagi.
Sacha Inchi adalah makanan yang sangat padat yang memenuhi keinginan lapar korang. Dengan 13 gram lemak sihat, lebih daripada 8 gram protein, dan 5 gram serat, Sacha Inchi adalah makanan ringan yang sempurna untuk membantu korang merasa kenyang. Antara manfaat pengambilan minyak sacha inchi secara teratur adalah:Mengawal kolestrolMengekalkan kesihatan mentalMeningkatkan fungsi otakMengawal berat badanMengekalkan kesihatan jantungMengelak diabetesMeningkatkan kekuatan tulangMelancarkan kesihatan mataMengurangkan sakit sendiMencantikkan kulit dan rambutCARA PENGAMBILAN INCHAWAY SACHA INCHI OILCara mengambilnya sangat mudah. Setiap sachet mengandungi 3ml Sacha Inchi Oil. Ambil setiap pagi selepas anda bersarapan. Macam aku sendiri, aku akan buat air Teh Hijau dan akan campurkan Sacha Inchi Oil ke dalam teh hijau. Aku memang akan minum teh hijau setiap pagi, jadi aku sekalikan kedua-duanya
Tekstur air ini aku sengaja tak campurkan dengan teh hijau, supaya aku dapat tunjukkan kan kat korang rupa sachi inchi oil dalam paket ini. Ia kelihatan berminyak kan ? Dah namanya pun "oil" kan.. mestilah berminyak.. Kalau korang dah pernah minum minyak zaitun. Haa, macam tuu lah rasa dia. REVIEW INCHAWAY SACHA INCHI OIL DARI MIMIN ADAMBila aku terima je Sacha Inchi Oil ni, aku terus kaji apa itu Sacha Oil ni. Macam bunga lawang. Tapi kenapa besar betul. Lepas tu, aku cuba tuang ke air kosong. Untuk tengok teksture macam mana. Ia agak berbau sikit. Awalnya aku nak telan pun takut. Hahahaha! aku suruh Madon minum dulu. Tengok dia steady je minum. Aku pun cuba lah juga.. Nak telan terkelat-kelat muka aku. Tapi aku cuba biasakan minum. Sebab aku nak tahu tahap keberkesanan Sacha Inchi Oil ni
sumber google
Tak sampai 30 minit, Madon dah booking tandas. Yaa! dia punya perut memang senang terkesan. Jadi, pandangan pertama aku, yaa memang Sacha Inchi Oil ni membantu pembuangan air besar. Bila dah seminggu.. ada perubahan pada kuliy juga. Muka jadi segar dari sebelum ni agak kusam.
---------------------------------------------
Info Lanjut Hubungi +607-558 2188| Facebook | Website
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miminadam.com/2020/12/inchaway-sacha-inchi-oil-dapat.html