Pulut Kuning Lembut Lemak Dan Berkilat Versi Azie Kitchen




Hari cuti Wilayah Persekutuan 1 Februari 2021, saya ke UTC Shah Alam kerana menpunyai urusan dengan JPJ yang perlu diselesaikan. Kalau nak tunggu PKP tamat, tak tahu bila. Jadi keluarlah juga dengan menjaga SOP yang ditetapkan. 
Semasa dalam perjalanan balik, saya singgah mengambil pulut kuning yang ditempah dari Zarina Zainuddin. Memang sedap pulut beliau. Lembut, lemak dan berkilat walaupun sehingga ke malam. 
Saya sebenarnya terlalu obsess dengan pulut kuning. Saya tidak pernah jemu untuk mencuba dan mencuba untuk menghasilkan pulut kuning terbaik dari yang terbaik. Pantang dengar orang pandai buat pulut kuning, saya memang akan menanya. Kalau masa di kampung dulu, semua urusan pulut kuning kalau ada majlis akan diserahkan pada sepupu kami, Kak Nik Yam.  
Beli 4 bekas tapi habis licin. Jadi saya memikir, lebih baik saya menyediakan sendiri pulut kuning. Jadi sebelum tidur, saya turun semula ke dapur untuk membasuh dan merendam beras pulut. Memang kalau nak buat pulut kuning yang lembut, beras pulut perlu direndam semalaman barulah ianya cukup kembang, akan jadi lembut dan warnanya juga menyerap dengan cantik. 
Ada 3 cara menyediakan pulut kuning. Pertama cara yang saya akan tunjukkan di bawah ini. Ini adalah cara tradisional di mana pulut dikukus tanpa santan sehingga masak sebelum dituangkan santan. Pada saya ini lah cara yang kita harus pelajari supaya ianya kekal menjadi kebanggaan kita orang Melayu. 

Santan pula ada dua cara, samada dimasak dahulu atau tidak. Jika santan tidak dimasak, selepas digaul dengan santan, boleh juga dikukus tanpa ditutup penutup pengukus dalam 5 minum bagi memastikan pulut tahan basi. Kalau kuantiti yang dimasak sedikit sahaja, saya tak kukus semula pun, wap dari panas pulut akan memasakkan santan. Yang penting pulut habis sekali makan. Lebih sedap sebenarnya kerana masih terasa lemak santan.  
Cara kedua, ialah cara seperti mana saya menyediakan kuih pulut serimuka di SINI di mana pulut dikukus bersama santan di dalam loyang sehingga santan kering. 

Ketiga seperti cara saya menyediakan nasi lemak kukus di SINI di mana pulut dimasak di atas api bersama santan sambil dikacau sehingga santan kering. Setelah itu, pindahkan ke dalam pengukus dan dikukus sehingga masak sepenuhnya. 
Ada lagi satu cara, cara zaman moden iaitu dimasak dengan periuk tekanan jer. Masukkan santan separas dengan beras pulut dan dimasak selama 8 minit. Siaaap. Pun bolehlah juga, kira macam pulut kuning versi tanak. Cara ni senang, tak perlu rendam pun. Rendam sekadar nak beri warna kuning menyerap pada pulut sahaja.
Pulut kuning selain sedap, mestilah cantik. Berasnya jangan pecah perut, istilah keluarga saya. Mesti nampak sebiji sebiji begitu. Mesti nampak berkilat dan baunya wangi. Pulut kuning sedap dimakan dengan rendang kerang di SINI selain rendang ayam atau rendang daging. Untuk hari ini, saya sediakan Sambal Sardin di SINI dan Rendang Ayam Kampung di SINI. 
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Pulut Kuning Azie KitchenOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram beras pulut½ inci kunyit hidup½ sudu kecil serbuk kunyit1-2 keping asam keping 1 helai daun pandan
Bahan B:200 ml santan segar pekat 2 helai daun pandan1 ½ sudu kecil garam1 sudu besar gula - opsyenal 1 sudu besar minyak masak - jika guna santan kotak
Cara cara:Basuh beras pulut dan tos. Masukkan air kunyit hidup dan digaul rata sehingga sekata. Masukkan serbuk kunyit dan air secukupnya. 
Rendam beras pulut bersama air kunyit hidup, serbuk kunyit dan asam keping selama semalaman. Ianya akan menjadikan pulut kembang dan warna menyerap dengan cantik. Basuh dan tos beras pulut.

Kukus beras pulut dengan 2 helai daun pandan sehingga masak. Buat lubang di tengah tengah. Kacau beberapa kali ketika dikukus supaya pulut masak sekata. 
Sementara itu, masak santan (dengan minyak jika santan kotak), garam dan gula atas api perlahan sehingga sekadar mendidih sahaja. Jangan sehingga pecah minyak. 

Kemudian keluarkan pulut dari periuk pengukus dan masukkan ke dalam bekas besar. Tuang santan dan digaul rata. Tuang santan sedikit demi sedikit dan biar dia serap sekejap. Gaul dengan cepat sehingga pulut kelihatan berkilat. Nota: tak perlu habiskan santan, jika pulut telah lembut. 



Nota;Jika santan tidak dimasak, kukus sekali lagi pulut tanpa penutup pengukus supaya pulut tahan lama. 
Jika mahu dibuat pulut hiasan, bentukkan dalam acuan ketika pulut masih panas. 
Jika suka, gula boleh ditabur selepas pulut digaul dengan santan. Pulut akan menjadi cantik berkilat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/02/pulut-kuning-lembut-lemak-dan-berkilat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulut Kuning Tanda Kesyukuran

Pulut Kuning Tanda Kesyukuran

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 274 hits
Assalamualaikum BELUM dapat move on lagi dari sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke 21 semalam Biasanya setiap kali tiba tarikh 30 Januari akan ada agenda makan makan tiga beranak di restoran sama ada Seafood Restaurant atau Western tapi ...
Pulut Kuning Dan Sambal Tumis

Pulut Kuning Dan Sambal Tumis

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 474 hits
Makin lama terperap kat rumah makin tepu otak Makin tak berkembang nak berfikir Nak fikir masak apa pun malas dah Makan je apa yang ada kat rumah Bila beli stok barang dapur barulah ada rezeki dapat menu luar biasa sikit Itupun sekali sekal...
Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap Pedas Padu

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap Pedas Padu

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 360 hits
Masakan lemak cili padi memang sinonim dengan Negeri Sembilan Memang sedap pedas dan menyelerakan Bertambah tambah nasi dibuatnya Mudah sahaja sebenarnya nak masak masak lemak cili padi ala Negeri Sembilan ni Simple sangat Jom kita cuba res...
Microsoft Akan Membuang Microsoft Edge Versi Legasi Melalui Kemaskini Bulan April 2021

Microsoft Akan Membuang Microsoft Edge Versi Legasi Melalui Kemaskini Bulan April 2021

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 235 hits
Microsoft kini memaklumkan pengguna mengatakan mereka akan nyah pasang pelayar web Edge versi legasi melalui kemaskini Windows 10 pada bulan April kelak Langkah ini diambil selari dengan sokongan untuk Microsoft Edge versi legasi yang akan ...
Novel Harry Potter Versi Bahasa Melayu

Novel Harry Potter Versi Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 479 hits
Assalamualaikum Entah mood apa sudah mari Rajin pulak nak bercerita kalau tak laman sesawang ini kekal bersawang Sebenarnya aku nak kongsikan benda ni dah lama Tapi aku tak ada mood nak menulis Alang alang dah ada mood eloklah aku tulis seb...
Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Tongkol

Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Tongkol

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 508 hits
Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Tongkol Hari ini nak share resipi masak lemak pucuk ubi dengan ikan tongkol Gara gara ternampak Dato Rizalman goreng pucuk ubi semalam di instagram Teringat pulak en hubby ada petik pucuk ubi petang semalam...
Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api

Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 997 hits
Ikan Gerut Masak Lemak Cili Api Sedapnya ikan gerut ni bila dimasak dalam menu lemak cili api Isi ikan gerut tidaklah terlalu lembik tetapi kenyal lembut Isi dagingnya berwarna putih dan sesuai juga dimakan bagi orang yang sedang diet Ikan ...
Nasi Lemak Chicken Chop

Nasi Lemak Chicken Chop

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Petang petang ni nampak cuaca macam nak hujan tapi dari tengahari tadi dan mendung tak hujan hujan juga mungkin langit dah tukar warna heheLangit tak langit hujan tak hujan perut lapar kena isi macam it...
Muffin Jagung Lemak Manis Resipi Sukatan Cawan Gerenti Jadi

Muffin Jagung Lemak Manis Resipi Sukatan Cawan Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 276 hits
Terfikir nak buat bubur jagung tapi macam tak jalan jer Anak anak tak berapa suka Mereka lebih suka kudapan yang simple Jadi sis rajinkan diri buatkan mereka muffin jagung yang gerenti anak anak suka Muffin JagungBAHAN A1 cawan tepung gandu...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024