In Syaa Allah Allah Jadikan Kita Bukan Penyukat 9490
Kita jangan jadi Mahkamah Agong. Menyukat keperibadian orang lain. Manusia bukanlah adil sebagaimana Adil milik Allah Maha Pencipta. In Syaa Allah ...Allah jadikan kita bukan sebagai penyukat baik buruk, mulia keji seseorang hamba Allah yang lain dari diri kita.
5 Tahun Mayat Pelacur Di Kuburkan Macam Binatang, Alhamdulillah Mayat Masih Utuh Dan Wangi Saat Di Gali Semula.
“Kami semua sudah jijik melihat tingkah laku si pelacur mawar tu” Itulah luahan salah seorang penduduk kampung yang turut di diami oleh Mawar Lia Amelia yang dikatakan pembawa sial dalam kampung tersebut.Hidup sebatang kara adalah sesuatu yang sangat menyakitkan bagi Mawar, tidak ada satu saudara pun yang memujuk dan memberi nasihat kepada Mawar untuk kembali kejalan yang di redhai oleh Allah.
Awalnya Mawar adalah seorang anak yang baik yang menjadi mangsa jantan hidung belang sehingga ia nekad terjun ke dalam lembah hitam.Kerana terlalu kecewa dengan taburan janji manis di bibir sahaja oleh seorang yang bernama LELAKI.Ini kerana Mawar yang dulunya seorang yang baik namun silap langkah kerana termakan hasil pujuk rayu oleh lelaki yang mempunyai niat semata-mata mahu mendapatkan kepuasan dan merasa tubuh Mawar sahaja.
Namun selepas lelaki tersebut puas, maka Mawar dibiarkannya merasa menderita dan merana sendiri. Begitulah sifat sesetengah lelaki yang selayaknya dipanggil jantan tak guna yang sering menggunakan kaum wanita demi kepentingan mereka sendiri!
Oleh itu wanita harus berhati-hati memilih pasangan. Pilihlah lelaki yang lebih bertanggung jawab dan boleh membimbing anda kerana diluar sana pasti ada. Dah bermulalah detik hitam dan kisah Mawar yang terpaksa memilih jalan yang salah. Iaitu memilih untuk terjun kedunia gelap.
Walaupun beliau merasa diri teraniayai tapi beliau memilih jalan yang silap melawan arus norma kehidupan iaitu dengan aktiviti yang tidak sihat tersebut. Dengan wajah yang cantik Mawar dengan mudah mendapat pelanggan baik dari pelanggan kelas bawah, pertengahan hinggalah pelangggan dari kelas atasan vvip. Mereka meratah tubuh Mawar dengan hanya dengan memberikan wang yang di janjikan.
“ingin balas dendam” Itulah tujuan Mawar terpaksa menggadaikan maruahnya. Hari-hari dilalui dengan pelukan lelaki yang silih berganti. Bertahun sudah berlalu Mawar dijangkiti penyakit kronik, iaitu HIV kerana selalu bertukar pasangan. Tidak seorangpun kawan mahupun jiran yang peduli akan padanya.
Bagi mereka Mawar itu manusia paling jijik dengan penyakitnya. Stigma dan pandangan orang tentang orang yang dijangkiti HIV ini adalah busuk, tidak layak didekati kerana takut dijangkiti. Pemikiran orang kampung dan sekeliling masih kolot kerana masih tidak tahu bahawa di zaman moden kini penyakit itu tidaklah merbahaya kepada orang sekeliling. Kerana penyakit tersebut tidak boleh berjangkit dengan sentuhan mahupun dengan menggunakan bekas pinggan dari seseorang yang dijangkiti sekalipun wabak itu tidak akan berjangkit.
Tetapi apakan daya stigma dan pandangan orang yang masih cetek pengetahuannya tentang sesuatu perkara atau isu mahu pun bidang tertentu. Orang kampung pun merasa diri mereka bersih tidak seperti Mawar yang kotor dengan penyakit dan bergelumang dengan dosa hasil daripada pergaulan bebasnya. Apatah lagi mahu menghulurkan bantuan, itu sangatlah jauh sekali.
Bahkan saat mawar meninggal ia di anggap satu kematian seperti binatang (mawar tidak dikuburkan layaknya seorang manusia) ia ditanam jauh dari kampung dan tidak diberi tanda. Tiada doa dan tiada bacaan tahlil untuk beliau. Apatah doa sedekah Al-fatihah langsung tiada sekali yang sudi memberikan sedekah tersebut walhal perkara itu mudah dan ianya adalah percuma untuk sedekah ayat suci itu kepada beliau. Begitu hinanya pandangan orang kampung terhadap beliau. Maka terkuburlah jasad Mawar, si pelacur jalang dan hina di tanah kosong yang dikuburkan oleh rakan Mawar yang juga telah melacurkan diri. Lima tahun kemudian tidak ada seorangpun yang ingat tentang siapa Mawar.
Bagi penduduk kampung Mawar adalah satu gambar yang harus di padamkan dari sejarah kampung itu. Kalau boleh nama Mawar mahupun kisah hidup beliau tidak mahu diingat sekelumit pun. Baru-baru ini memetik dari laman page Info Viral kampung mawar digemparkan oleh sebuah projek besar untuk pembuatan jalan tol yang secara kebetulan melalui kampung tersebut termasuklah kubur Mawar yang tidak bertanda itu. Difahamkan berkali-kali jentolak yang berkuasa besar dengan kekuatan ratusan tan gagal untuk membuat jalan tersebut.
“Dan setelah di arahkan untuk menggali tanah tersebut untuk diperiksa, ternyata tanah di kawasan itu seperti ada seakan batu karang yang sangat kukuh tidak tersentuh sama sekali oleh jentolak kami.” “Akan tetapi dengan cangkul petani biasa tanah itu mudah untuk di gali, seolah tidak terjadi keanehan atau perkara yang pelik berlaku.” Kata saksi. Dan akhirnya proses penggalian diteruskan dan semua mata pekerja terbeliak apabila menyaksikan sukujur jasad dengan keadaan tubuh yang masih kelihatan segar dengan mengeluarkan bau yang sangat harum semerbak tercium dari jasad Mawar. “Harum yang kami cium ini tidak pernah ada di bumi,” itulah luahan seorang lelaki separuh usia yang menjadi penyelia dalam projek tersebut.
Semua penduduk gempar dan semua ingin mengetahui dan ingin menyiasat empunya siapa jasad tersebut yang mengeluarkan wangian itu. Akhirnya seorang rakan Mawar menceritakan bahawa sebenarnya Mawar sudahpun bertaubat setahun sebelum dia meninggal dunia. Rakan Mawar juga memberitahu bahawa Mawar tidak mahu menceritakan taubatnya itu kepada siapapun termasuk kepada saya dan juga rakan-rakan rapat yang lainnya.
“Mawar tidak menceritakan bahawa dia sudah bertaubat dan dia tidak mahu seorang pun tahu dia bertaubat, kerana bagi dia kalau dia menceritakan taubatnya itu takut ianya menjadi riak, dan biarlah orang yang mengeji dia padahal dia sudah bertaubat, maka mengalir pahala kepada diri dia hasil dari ejekan dan hinaan mahupun pandangan serong orang kepada dia” Ujar Dian teman rapat mawar lia amelia. “Saya pun mengetahui semuanya setelah saya menjumpai diari Mawar, Mawar berusaha menjalankan segala perintah Allah mulai dari yang wajib sampai ke yang sunat, bahkan semua yang sunat dia kerjakan, Mawar menjalakannya dengan begitu ikhlas, buku harian itulah yang menjadi saksi ratapan dan jeritan penyesalan seorang yang bernama Mawar sipelacur yang taubat dengan diam diam.” tambahnya lagi Setelah rakan Mawar itu menceritakan segalanya dari mula hingga akhir maka terlihat ramai penduduk kampung yang menyesal dengan tohmahan mereka sebelum ini.
Setelah di makamkan dan dikuburkan seperti binatang selama 5 tahun akhirnya jasad Mawar di kuburkan dengan cara Islam yang sempurna diiringi dengan doa-doa daripada rakan dan juga saudara sekampung mawar.
Kisah benar ini telah pun viral dan ianya adalah kisah yang benar-benar berlaku seringkali diceritakan oleh para penduduk kampung tersebut dan menjadi buah mulut para ulamak dan ustaz. Pun begitu dari kesimpulan kisah yang dikongsikan di atas dapat kita ambil iktibar bahawa kita yang rasa diri kita lebih baik dari orang lain dan seringkali bersangka buruk terhadap orang lain, ternyata orang itu lebih mulia. Kerana kita tidak tahu apa yang dia lakukan senyap-senyap dan secara diam-diam.
Mungkin ada betulnya tidak perlu menceritakan kebaikan diri sendiri biarlah tuhan Allah yang esa sahaja yang tahu. Jadi bersangka baiklah kita pada sesiapapun , jangan lihat orang itu sekarang tidak bertudung ataupun mungkin ada silap sikit kita dah label dia sebagai pendosa. Ingat kita yang suka mengumpat dan memfitnah jauh lagi buruk dari orang yang dizalimi. Janganlah mengata seseorang itu disebabkan kekurangan mahupun kisah hidup lampau seseorang, mungkin siapa tahu tuhan gerakkan hati untuk orang itu berubah. Dan selalulah bersangka baik terhadap siapapun. Mohon kita kongsikan dan panjang kisah ini semoga dengan perkongsian ini menjadi sedikit amalam dan saham akhirat untuk kita walau sekecil-kecil amalan. Amin.
Wallahualam bissawab
Sumber:
http://srimahligai.today/2020/01/05/5-tahun-myt-pelcur-di-kuburkan-macam-binatang-tapi-mayat-masih-utuh-dan-wangi-saat-di-gali-semula-buat-netizen-terkedu/?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2020/01/in-syaa-allah-allah-jadikan-kita-bukan.html