Hudud Hak Allah Yang Diperjuangkan Pas



HUKUM Hudud merupakan salah satu daripada tiga cabang hukum jenayah Islam, selain Qisas dan Takzir. Secara bahasa Hudud bermaksud batasan-batasan, tetapi secara syarak hukum Hudud ialah hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud.
Para ulamak berselisih tentang jenis-jenis kesalahan Hudud, tetapi bersepakat di atas tujuh jenis kesalahan seperti yang diterangkan oleh al-Quran dan Sunnah iaitu zina, qazaf (tuduhan zina), mencuri, merompak, meminum arak, murtad dan bughah (memberontak kepada Kerajaan Islam). Secara keseluruhan, terdapat sekitar 15 jenis kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah Hudud oleh para ulamak tetapi terdapat perselisihan padanya, kecuali tujuh jenis kesalahan di atas.
Al-Mawardi di dalam Ahkam Sultaniyah telah mendefinisikan Hudud sebagai kekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Allah sebagai balasan (hukuman) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. Abdul Kadir Audah mengatakan melaksanakan hukum Hudud ini adalah kewajipan dan dikira sebagai hak Allah. Maksud hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan (dimaafkan) sama ada oleh individu atau masyarakat.
Kerana kewajipan melaksanakan Hudud ini, sejak awal penubuhan PAS, isu melaksanakan Undang-undang Syariah termasuk Hudud telah diperjuangkan. Bahkan, dalam Pilihan Raya Umum 1955, ketika PAS menggunakan simbol ‘Tangan Terbuka’, para pemimpin Perikatan telah menuduh itu sebagai simbol hukuman ‘potong tangan’ jika PAS memerintah. Hal ini berlanjutan pada 1960-an sehingga menjadi salah satu faktor munculnya isu kafir mengkafir ketika itu. Namun begitu, disebabkan oleh isu-isu negara bangsa seperti kemerdekaan, penubuhan Malaysia dan ketuanan Melayu, maka isu pelaksanaan Hudud tidak begitu menonjol dalam perjuangan PAS.
Isu Hudud mula diperkatakan semula pada akhir 1970-an apabila Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS, Ustaz Dr Haron Din menghasil buku Hudud Dalam Perundangan Islam terbitan Pakar Print pada 1978. Ini diikuti oleh tulisan Ustaz Harun Taib seperti Kuasa Perundangan Islam (1979) dan Kuasa Pemerintahan Islam (1981); tulisan Dewan Ulamak PAS Pusat, Islam dan Politik (1980); dan tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Islam: Penyelesaian Masalah Umat (1982); serta terjemahan karya al-Mawdudi, Ke Arah Sebuah Pemerintahan Islam (1981); karya Khomeini, Pemerintahan Islam (1983) dan karya Prof A. Hasjmy, Di Mana Letaknya Negara Islam (1984). Penghasilan karya-karya baru tentang kenegaraan, perundangan dan hukum Hudud ini telah memanaskan semula perbincangan mengenai pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di negara ini.
Apabila PAS berjaya menguasai semula Kelantan pada 1990, polemik pelaksanaan Hudud menjadi semakin hangat, terutama apabila pimpinan PAS mula mengatur langkah untuk melaksanakan Hukum Jenayah Syariah tersebut. Dalam tempoh tersebut, para ulamak termasuk pimpinan PAS menghasilkan pelbagai karya tentang hukum Hudud untuk memberi kefahaman kepada masyarakat. Antaranya Undang-undang Jenayah Islam oleh Dr Ahmad Kamaruddin Hamzah (1989), Hukum Islam di Malaysia oleh Prof Ahmad Ibrahim (1992), Ke Arah Kefahaman Hudud oleh Tuan Guru Haji Atiqullah Yaakub (1992), Mengenal Hukum Hudud, karya Dr Wahbab Zuhaili yang diterjemah oleh Ustaz Yusof Zaki (1992), Undang-undang Jenayah Hudud oleh Prof Dr Mahfodz Mohamed (1992), Undang-undang Jenayah Islam oleh Dr Faizah Ismail (1991), Undang-undang Jenayah Islam: Jenayah Hudud oleh Dr Mat Saad Abdul Rahman (1993) dan lain-lain.
Hasil usaha bersungguh-sungguh pimpinan Kerajaan PAS Kelantan, mereka telah berjaya menggubal Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993, tetapi ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed pada 14 Julai 1994. Ekoran itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menjawab penolakan Perdana Menteri melalui bukunya, Isu Hudud: Abdul Hadi Jawab Mahathir (1994). Walaupun mendapat tentang daripada golongan Kebangsaan Sekular, PAS sekali lagi berjaya meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423/2002 ketika PAS berkuasa di negeri tersebut antara 1999 hingga 2003. Walaupun usaha PAS untuk melaksanakan Hukum Jenayah Syariah ini masih belum menjadi realiti, tetapi undang-undang yang digubal oleh PAS telah menjadi rujukan bagi penggubalan Perintah Kanun Hukum Jenayah Syariah, 2013 di Brunei dan Qanun Aceh Nomor 6 2014 Tentang Hukum Jinayat di Aceh.
MOHD FADLI GHANI
Ketua Lajnah Sejarah dan Arkib, Sidang as-Sabiqun PAS Pusat
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/01/05/hudud-hak-allah-yang-diperjuangkan-pas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidayah Hak Allah 9496

Hidayah Hak Allah 9496

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 328 hits
BismillahAlhamdulillahAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam Jumaat Semoga kita lah insan insan terpilih yang terus diberi taufik dan hidayah oleh Allah Untuk terus menerima petunjuk ke jalan yang benar
Pas May Set Up A Branch In Kimanis Soon

Pas May Set Up A Branch In Kimanis Soon

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 300 hits
KIMANIS POLLS PAS may set up a branch in Kimanis in near future as the Islamic party has been well received by locals PAS vice president Mohd Amar Nik Abdullah said PAS will try to obtain the support of local people during the Kimanis by el...
Pulau Natuna Selesaikan Secara Diplomasi Pas

Pulau Natuna Selesaikan Secara Diplomasi Pas

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 496 hits
Laut China Selatan Keamanan perlu diutamakanKETEGANGAN terkini berkaitan sempadan dan hak perairan di kawasan pertikaian Laut China Selatan di Pulau Natuna antara China dan Indonesia harus diselesaikan secara diplomasi dan aman bagi mengela...
Agong Perkenan Terima Pimpinan Pas Menghadap

Agong Perkenan Terima Pimpinan Pas Menghadap

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 233 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menerima menghadap Dato Seri Abdul Hadi Awang semalam Foto oleh Media Presiden PASKUALA LUMPUR 9 Januari Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al M...
Isu Pas Sementara Sabah Sebuah Pengkhianatan Dan Penderhakaan Yang Terancang

Isu Pas Sementara Sabah Sebuah Pengkhianatan Dan Penderhakaan Yang Terancang

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 350 hits
Pas Sementara Sabah sudah ibarat duri dalam daging dan pasir masuk ke mata Sikap berdolak dalik pentadbiran WARISAN dalam hal ini amat memualkan dan mengundang kemarahan meluap luap rakyat Sabah Kenyataan bercanggah samada boleh atau tidak ...
Rentasan Berita 621 Panas Mp Pas Rantau Panjang Terbukti Menipu

Rentasan Berita 621 Panas Mp Pas Rantau Panjang Terbukti Menipu

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 283 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 621 1 KEWANGAN KELANTAN SURPLUS ADAKAH BOHONG SYARIE 2 SELEPAS MERDEKA MELAYU DIHASUT JADI SINOPHOBIA 3 KERAJAAN SELANGOR BANTU MENCARI PENGASUH UNTUK ANAK ANAK 4 RASISME EKSTRIMISME DAN ISLAMOPHOBIA CABARAN MALAYSIA ...
Kerajaan Sasar Jimat Rm100 Juta Wang Rakyat Menerusi Pas Perjalanan My100

Kerajaan Sasar Jimat Rm100 Juta Wang Rakyat Menerusi Pas Perjalanan My100

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 367 hits
Kerajaan sasar jimat RM100 juta wang rakyat menerusi pas perjalanan MY100 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 9 Jan
Demo Bantah Pas Sementara Sabah 3 Hari Sebelum Kimanis Mengundi

Demo Bantah Pas Sementara Sabah 3 Hari Sebelum Kimanis Mengundi

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 321 hits
Pengerusi Sorak Jamain Sarudin KIMANIS Satu tunjuk perasaan aman terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah akan diadakan pada 15 Januari di Membakut ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis sedang berlangsung Presiden Parti Solidariti Tana...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package