In Syaa Allah Dahulukan Adab Untuk Menggapai Ilmu Yang Bermanfaat 9530
Bismillahi Walhamdulillah.
In Syaa Allah dahulukan adab untuk menggapai ilmu yang bermanfaat.
“Dan tidaklah Kami memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakut-nakuti.”(QS. Al-Isra : 59)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
TAZKIRAH.. FENOMENA JUAL AGAMA
Firman Allah yg bermaksud: “Oleh itu jgn lah kamu takut kpd manusia tetapi hendaklah kamu takut kpd Ku dan jgn kamu menjual ayat2 Ku dgn harga yg sedikit. Sesiapa yg menghukum dgn apa yg diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah org yg kafir.”(Al Maidah ayat 44)
Sesungguhnya kita hidup di zaman yang penuh dengan fitnah. Ini termasuklah dengan sikap dan perbuatan sesetengah orang yang menjadikan agama sebagai bahan jualan demi untuk mengaut sedikit keuntungan dunia.
Apa yg diperkatakan memang ada kebenarannya. Cuba lihat di sekeliling kita hari ini.
Ada org yang berilmu tetapi ilmu yang ada padanya tidak digunakan pada tempat yang sepatutnya. Mereka membelakangi agama semata-mata untuk meraih pangkat atau kemasyuran. Amat buruk dan keji serta amat berbahaya mereka yang memiliki ilmu, tetapi tidak menggunakannya untuk menyampaikan kebenaran.
Apa yg terjadi hari ini amat menyedihkan kita umat Islam kerana ada ulama yg benar-benar ingin menyampaikan ilmu agama tetapi dilarang sedangkan maksiat dibenarkan, bahkan ada ulama dilabel sebagai pemecah belah umat. Sepatutnya ulama yang benar-benar ingin menyampaikan kebenaran sepatutnya kita angkat kerana mereka inilah yang menjadi pembela agama. Namun apa yang terjadi sebaliknya. Yang tidak faham agama pula diberi ruang utk menjadi pembela agama, maka terjadilah seperti apa yang kita lihat hari ini.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji daripada orang yang telah diberikan kitab iaitu, "Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikannya. Lalu mereka melemparkan janji itu kebelakang mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruk hasil pertukaran yang mereka terima.” (Ali Imran ayat 187)
Maka yang demikian itu ingatlah seseorang yang mempunyai ilmu itu hendaklah berkhidmat untuk Allah dan Agama Allah. Sayugia diingatkan In Syaa Allah kita sentiasa letakkan diri kita kerana Allah sebagai bukan penyukat atau penghukum kepada ketakwaan dan keimanan hamba-hamba Allah.
Wassalamu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2020/01/in-syaa-allah-dahulukan-adab-untuk.html