Impromptu Trip To Melaka



Impromptu trip to Melaka with my kesayangan. Throwback 5 Disember hari tu. Rancangan asal hubby plan nak bawa saya jalan-jalan makan-makan tempat istimewa di Genting Highlands. Kita negotiate balik. Akhirnya hubby setuju dengan impromptu trip to Melaka. Let's go! TQ so much sayang kerana memahami :)
7.15am gerak dari Seremban. Awal pagi! Mana tidaknya Melaka tu tengahari saja sudah mula crowded. Kami rancang lepas lunch sudah mahu pulang semula ke Seremban. Tak molek nak bawa warga emas jalan-jalan time Covid ni. Bersesak-sesak di Melaka. No. No. No.


8.30am sampai Melaka. Jalan masih lengang. Hendak parking pun senang. Kali ni breakfast di Sayyid  Antique & Cafe. Pernah dengar? Pernah singgah? Jika ke Melaka cubalah breakfast di sini. Cafe yang dipenuhi dengan barang-barang antik dan unik. Contohnya jam dinding zaman dulu, mangkuk tingkat, frame2 gambar dan banyak lagi. Makanan pula sangat murah. Sedap itu subjektif. Meja terhad. Pekerja juga terhad. Ambil sedikit masa untuk order dan makanan siap. Datang awal terus dapat meja. Lepas jam 9 pagi sudah beratur panjang di luar cafe uols tidak kira bangsa.




Perut sudah kenyang. Pastu hendak kemana pun tak tahu. Kebetulan lalu depan Menara Taming Sari. Menara Taming Sari adalah ikon pelancongan negeri Melaka. Eh lengang. Ibu pon " Mari kita naik menara berpusing ni nak tak. Ibu tak pernah naik." Kami semua jawab serentak. "Onz" sebab tak pernah naik juga. Lepas park kereta kena bayar parking. Parking kena cari buku parking yang jual di 7E ataupun dowload apps "Smart Vehicle Melaka 2" (yang terkini). Sebelum tu dah download 'Smart Parking Melaka' tapi gagal log in. Mungkin tak guna dah kot apps ni. Effort di situ. Lepas godek-godek dan berjaya bayar parking, terus menuju kaunter beli tiket.
Harga Tiket:Dewasa - RM 17.00Kanak-kanak - RM 11.00Warga Emas - RM 9.00
Ketinggian menara 80 meter. Kapasiti penumpang 80 orang. Tempoh perjalanan 7 minit (naik & turun). Masuk saja ke dalam menara, disambut dengan senyuman adik manis yang berbaju batik. Ala-ala pramugari yang menyambut di pintu kapal terbang. Di atas Menara Taming Sari kalian boleh menikmati pemandangan negeri Melaka sejauh 5km. Subhanallah! Speechless. Sangat cantik pemandangan Melaka dari atas! Menara ini berpusing. Dari atas nampak Selat Melaka juga. 


Turun menara yak yak yeay gembira. Sampai parking terkejut tengok. Sudah penuh tempat letak kereta kiri kanan juga belakang. Oh rupanya boleh park di tengah-tengah jalan. Selang beberapa petak sebelah kanan kami ada hamba Allah yang park kereta sedikit terkeluar dari kotak. Kereta Triton macam tu. Jadi kereta lain tak lepas nak lalu sebab dia dah block laluan keluar. Dah tersumbat di situ. Macam mana kami nak keluar? Tengah-tengah sudah ada kereta park. Jalan pula muat-muat untuk sebiji kenderaan lalu. Alahai. Bersabarlah hati. Sebelum kereta lain masuk berpusu-pusu hubby cepat-cepat keluar parking pastu reverse sampai ke pintu masuk untuk ambil laluan lain. Entahlah korang paham ke tidak. Kereta sebelah kami langsung tak berjaya keluar. Lagi kesian dia. Nak keluar parking pun tak lepas sebab kereta yang park belakangnya ambil terlebih ruang. Hazabedah sungguh. Korang pleaselahhh. Please. Bila parking pastikan betul-betul masuk kotak. Kalau dah keluar tu nampak kereta terkeluar kotak, betulkan lah balik. Don't be like lantaklah. Kejap saja. 7 minit je. Jangan menyusahkan orang lain. Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita pulak. InsyaAllah. 
Selesai isu parking kat Menara Taming Sari, kami lunch pula di Restoren Asam Pedas Selera Kampung. Sebelum lunch teman parents cari baju souvenirs untuk cucus. Melaka je pun. Haha. Untung sungguh cucu TokMa & Tok Abah ni. Memang ada saja buah tangan untuk cucus kesayangan. Selesai shopping, sebelum ramai orang datang cepat-cepat scan, tunjuk MySejahtera dan cari meja makan. Sini layan diri. Ambil saja lauk pauk yang tersedia dalam pinggan di kaunter. Lauk asam pedas di sini sedap. Mussels atau kupang masak cili, sedap sangat! Next time nak kena repeat. Tak sempat nak snap gambar pun. Tahu-tahu habis licin kesemua pinggan. Keluar restoren, que sudah panjang. Sebelum balik Seremban singgah sat tapau Keria Antarabangsa Limbongan Hjh Rahmah. Maksimum boleh beli 30 biji. Hubby beli maksimum biji. Terkejut hakak. Anehnya habis okay. Kempat-empat boleh tahan bab makan keria gula melaka. Sedap. Alhamdulillah. Perut kenyang hati senang. Tak tunggu lama terus pecut balik Seremban :) 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azyyatiliah.com/2022/01/impromptu-trip-to-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Short Trip Ke Muzium Melaka Muzium Sejarah Ethnografi

Short Trip Ke Muzium Melaka Muzium Sejarah Ethnografi

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 320 hits
Assalammualaikum Dunia Sebelum cikbunga hilang ingatan pasai short trips yang sudah lepas baik cikbunga tempek kat sini Depan pintu muziumBaca dulu butirannya Masuk jew kita disambut Melalui era zaman penjajahan Okew posing elok sikit yer a...
Flood Numbers Rise In Johor And Melaka

Flood Numbers Rise In Johor And Melaka

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 447 hits
The number of flood victims in Johor increased to 1 080 from 271 families as of 4pm with Tangkak being the latest district to be affected KUALA LUMPUR The total flood victims in Johor and Melaka continued to rise this evening as numbers dec...
Sungai Melaka Lepasi Paras Bahaya

Sungai Melaka Lepasi Paras Bahaya

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 313 hits
Oleh HADI AB MANAP PARAS stesen Sungai Melaka di Batu Hampar Peringgit Melaka menunjukkan status bahaya apabila bacaan paras air kini mencecah 2 48 meter UTUSAN RASUL AZLI SAMADMELAKA Hujan berterusan lebih 24 jam yang melanda Melaka menyeb...
Asam Pedas Melaka Restoran Berkat Salam

Asam Pedas Melaka Restoran Berkat Salam

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 1029 hits
Food Review Kedai Asam Pedas Melaka Restoran Berkat SalamKalau korang bercuti di Melaka memang rugi kalau tak makan asam pedas Kebanyakkan kedai makan di Melaka asam pedas pasti ada dalam menu masakan mereka Sekarang dah banyak restoran yan...
Balik Kampung Berkelah Di Pantai Pengkalan Balak Kuala Sungai Baru Melaka

Balik Kampung Berkelah Di Pantai Pengkalan Balak Kuala Sungai Baru Melaka

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 355 hits
assalamualaikum salam sejahtera a great Monday tahun baru 2022 alhamdulillah hujan di Melaka da berhenti tgh mlm tadi pagi pagi ni kluar bekerja tiada kawasan yg bergenang spanjang perjalanan namun awan di langit masih berat dijangka akan h...
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 516 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Melaka To Get Rm1bil Investment For Electric Car Assembly Plant

Melaka To Get Rm1bil Investment For Electric Car Assembly Plant

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 311 hits
State exco member Ab Rauf Yusoh explaining EV car technology to Sulaiman Md Ali during an event in Ayer Keroh today MELAKA Melaka will receive investment totalling RM1 billion with Bumiputera company Fieldman EV Sdn Bhd set to develop the c...
Kafe Markisa Jasin Melaka

Kafe Markisa Jasin Melaka

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 1041 hits
Hai semua Kisahnya balik dari jalan jalan haritu Juju singgah di rumah makcik di Krubung Melaka Niatnya nak melawat sepupu yang baru lepas operate kaki tiber sepupu tu ajak makan di Jasin Kebetulan memang masing masing tengah lapar kami pun...
Abang Viva Ucap Terima Kasih Kerana Dianggap Hero Orang Melaka

Abang Viva Ucap Terima Kasih Kerana Dianggap Hero Orang Melaka

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 366 hits
Terima kasih anggap saya hero orang Melaka kata Abang Viva Azwan Omar yang dikenali sebagai Abang Viva mengucapkan terima kasih atas penghormatan yang diberikan oleh Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali kerana menganggap beliau hero orang M...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh