Imigresen Serbu Kebun Durian Tahan 110 Pendatang Asing




Jabatan Imigresen menahan 110 pendatang asing tanpa izin atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Durian selepas menggempur tiga kilang dan 11 kebun durian di sekitar kawasan Raub.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata menerusi empat siri operasi yang dilaksanakan bermula 13 Ogos sehingga hari ini, warga Indonesia mencatatkan bilangan tahanan paling tinggi seramai 94 orang diikuti Myanmar lapan orang dan masing-masing empat warga Bangladesh dan Pakistan.
"Kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan dan telah tinggal lebih masa dengan menggunakan pas lawatan sosial yang diberikan kepada pelancong masuk ke Malaysia.
"Warga Indonesia yang paling ramai ditangkap di sini kerana mereka mempunyai kemahiran tentang berkebun dan kami percaya masih ramai lagi pendatang asing tanpa izin berjaya melarikan diri susulan operasi ini diadakan dan operasi ini tidak akan terhenti di sini," tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Ops Durian yang telah dilaksanakan oleh lebih 25 anggota jabatan itu di Sungai Ruan di Raub hari ini.
Menurutnya, antara cabaran yang dilalui ketika operasi itu ialah kawasan kebun begitu luas, dianggarkan lebih 8,800 hektar selain pemilik kebun telah melatih anjing untuk menjaga kawasan mereka.
Kesemua mereka yang ditahan, katanya, akan dibawa ke depoh Kemayan, Teriang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Dalam perkembangan lain, Khairul Dzaimee berkata pihaknya masih memburu beberapa individu yang terlibat dalam sindiket pemalsuan cap imigresen didalangi warga Indonesia sejak dua tahun lepas yang dikenali sebagai ‘Sindiket Anton’.
"Kita masih memburu mereka ini, saki baki ahli kumpulan ini masih ada dan kita akan terus mengesan mereka," katanya.
Pada 15 Sept, Bernama melaporkan sindiket berkenaan tumpas susulan dua premis berkaitan kegiatan itu di Sungai Way, Petaling Jaya diserbu dan dalang utama sindiket itu dikenali sebagai 'Anton' berusia 38 tahun dan isterinya, 32, juga warga Indonesia ditahan pada 14 Sept.
Sindiket itu membuat cap palsu imigresen kepada mana-mana individu yang telah tinggal lebih masa sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pemilik pasport akan menghantar pasport berserta bayaran antara RM150 hingga RM250 bagi setiap cap.
#Sumber :  - Bernama  

MR :  Ops Petai lepas ni  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/imigresen-serbu-kebun-durian-tahan-110.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ops Durian Di Raub Jabatan Imigresen Berjaya Memberkas 110 Orang Pekerja Warga Asing

Ops Durian Di Raub Jabatan Imigresen Berjaya Memberkas 110 Orang Pekerja Warga Asing

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 352 hits
RAUB Sebanyak 11 buah kebun durian Musang King dan tiga kilang memproses raja buah di daerah ini diserbu dalam empat siri Ops Durian setakat ini Dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia bermula 13 Ogos lalu seramai 110 warga asing termasuk ...
Imigresen Tangguh Kemasukan Pelajar Asing

Imigresen Tangguh Kemasukan Pelajar Asing

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 402 hits
Imigresen menangguhkan kemasukan pelajar asing untuk mendaftar di institut pengajian tinggi selaras keputusan dibuat Kementerian Pengajian Tinggi PETALING JAYA Keputusan membenarkan kemasukan pelajar asing baharu dan sedia ada termasuk yang...
110 Undocumented Migrants Nabbed In Raids On Raub Factories Durian Plantations

110 Undocumented Migrants Nabbed In Raids On Raub Factories Durian Plantations

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 318 hits
Immigration raids result in arrest of 94 Indonesians eight Myanmar nationals and four each from Bangladesh and Pakistan RAUB The immigration department has detained 110 undocumented migrants in raids on three factories and 11 durian plantat...
Maritim Tahan Kapal Bot Nelayan Asing Mycoastguard

Maritim Tahan Kapal Bot Nelayan Asing Mycoastguard

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 247 hits
MARITIM TAHAN KAPAL BOT NELAYAN ASING KOTA TINGGI Sebuah kapal tangki dan sebuah bot nelayan ditahan dalam dua Ops Benteng Laut di timur Tanjung Siang dekat sini semalam Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim ...
Jajakan Ikan Asin Dari Kampung Ke Kampung Abah Sering Tahan Lapar Jika Dagangannya Tak Laku

Jajakan Ikan Asin Dari Kampung Ke Kampung Abah Sering Tahan Lapar Jika Dagangannya Tak Laku

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 262 hits
Di masa tua tak sedikit orang yang terpaksa masih harus bekerja keras agar perut tetap bisa terisi Hal ini juga yang harus dialami seorang kakek berusia 77 tahun asal Karawang yang akrab disapa abah Ija Meski usianya tak lagi muda abah teta...
Jais Tahan Semula Rasul Melayu

Jais Tahan Semula Rasul Melayu

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 226 hits
Jabatan Agama Islam Selangor malam tadi menahan semula seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya Rasul Melayu satu masa dahulu KUALA LUMPUR Jabatan Agama Islam Selangor malam tadi menahan semula seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya...
Kucing Kesayangan Mati Awin Nurin Tidak Tahan Sebak

Kucing Kesayangan Mati Awin Nurin Tidak Tahan Sebak

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 305 hits
Baru baru ini isteri kepada pelakon dan penyanyi Izzue Islam iaitu Awin Nurin memuatnaik satu posting di akaun Instagramnya menunjukkan kucing kesayangannya yang bernama Piko mati disebabkan jangkitan bakteria dalam darah Menerusi entri ter...
Suami Baru Je Kena Tahan Polis Bella Astillah Pulak Buat Hal Mengejutkan Sampai Macam Tu Sekali Perangai Bella Astillah

Suami Baru Je Kena Tahan Polis Bella Astillah Pulak Buat Hal Mengejutkan Sampai Macam Tu Sekali Perangai Bella Astillah

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 795 hits
Di laman Twitter nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah hangat diperkatakan selepas dia dilihat menggayakan pakaian seragam pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines Sambutan Hari Lahir Cantik sungguh
Sprm Tahan 2 Agen Umno Edar Wang

Sprm Tahan 2 Agen Umno Edar Wang

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 306 hits
Dua petugas keselamatan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Lahad Datu kerana dipercayai menerima dan kemudiannya mengedarkan sejumlah wang disyaki untuk membeli undi Kedua duanya kemudian mengaku bahawa mereka menerima w...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik