Imbas Semula Tengku Adnan Jawab Dakwaan Tun M



“Apa yang saya sudah curi sedangkan saya banyak guna harta saya sendiri untuk membantu rakyat,” kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan dua muka surat bagi menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menuduhnya ‘pencuri’ pada siri ceramah pembangkang, di Putrajaya, malam tadi.

Tengku Adnan turut mempersoalkan kontrak mana yang beliau ambil, sedangkan beliau adalah ahli perniagaan dan diisytiharkan antara orang terkaya di Malaysia pada 1992, yang kemudiannya terbabit dalam politik.

“Sudahkah Tun (Dr Mahathir) lupa, waktu beliau susah, saya menyumbang tenaga mempertahankan beliau daripada serangan reformasi.

“Tun lupakah jasa saya ketika itu? Saya berpihak kepada beliau walhal Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih banyak menyumbang dalam perniagaan saya.

“Tun, saya bukan pencuri. Dengan harta yang saya ada ini, saya bersyukur kerana dapat membantu rakyat. Biarpun nilai harta saya semakin berkurangan saban tahun, saya gembira dapat membantu rakyat dengan duit yang saya ada,” katanya yang juga Setiausaha Agung BN.

Tengku Adnan berkata, menceburi politik tidak menambahkan kekayaannya seperti yang dituduh Dr Mahathir, sebaliknya menggunakan harta sendiri untuk membantu rakyat dan warga Putrajaya.

Mengenai tuduhan bahawa beliau ‘mengadu’ kepada Dr Mahathir kerana tidak dilantik sebagai menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sekitar 2004, Tengku Adnan berkata, tuduhan itu tidak benar kerana pada ketika itu Perdana Menteri adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, beliau digugurkan sebagai menteri pada zaman Abdullah dan menjawat jawatan menteri di bawah tampuk kepemimpinan Najib.

“Biarlah jawapan ini memberi pertimbangan kepada mereka yang cintakan kebenaran mengenai apa sebenarnya yang berlaku selain membuktikan bahawa Dr Mahathir sudah berbohong,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata, beliau sudah maklum lebih awal mengenai program ceramah dihadiri Dr Mahathir malam tadi dan meminta warga Putrajaya, khususnya anak muda supaya tidak mengganggu majlis itu.

“Kami tahu ramai orang luar membanjiri sesi ceramah beliau, tetapi jangan lakukan fitnah.

“Tun, janganlah berpolitik dengan melakukan pembohongan serta cuba mengelirukan rakyat dan warga Putrajaya. Penduduk di sini sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya selama ini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan Dr Mahathir supaya menjalankan kempen berpaksikan kebenaran tanpa melakukan fitnah demi fitnah terhadap pihak lain.

“Tun, sudah-sudahlah. Zaman beliau sudah berlalu. Era pentadbiran, kepemimpinan dan perjuangan Tun sudah tidak relevan lagi.

“Jika Dr Mahathir yakin untuk menang, apa perlunya membuat surat terbuka kepada orang ramai khususnya ahli UMNO supaya menyokong beliau sedangkan selama ini beliau yang mengkhianati perjuangan UMNO dengan melempar pelbagai tuduhan,” katanya.

Katanya, adalah lebih elok Dr Mahathir membuat surat terbuka kepada ahli PKR bagi memohon maaf atas reformasi yang dilakukan berpunca daripada keputusan beliau ketika bergelar Perdana Menteri dahulu.

Mengakhiri kenyataan itu, Tengku Adnan meminta Dr Mahathir supaya tidak mempergunakan rakyat, merosakkan bangsa dan cuba membinasakan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mei 2018 @ 7:02 PM


MR :  Semasa artikel ini dikeluarkan 2018, orang tak tahu berapa harta dia.. Mencari kisah atau cerita lama untuk menentukan kebenaran... Jangan kita dimanipulasi dalam membuat keputusan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/imbas-semula-tengku-adnan-jawab-dakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Terima Semula Jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Mahathir Terima Semula Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 225 hits
Perrdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu hari ini Loading Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya Bagaimanapun memetik akhbar...
Tun M Kembali Sertai Ph Anwar Tpm Kembali Semula Ke Status Quo Dan Pastikan Tiada Kartel Dalam Kabinet

Tun M Kembali Sertai Ph Anwar Tpm Kembali Semula Ke Status Quo Dan Pastikan Tiada Kartel Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 314 hits
Ada beberapa kemungkinan 1 Mahathir akan dilantik sebagai menteri kanan 2 DSAI AKAN MENJAWAT JAWATAN PM 3 MAT SABU TPM1 MAHATHIR PM2 DSAI TPM 1 PM MAHATHIR SEHINGGA NOVEMBER2 TPM DSAI Mahu kekalkan kerajaan PH dan sekat kerajaan pintu belak...
Dakwaan Yusoff Rawther Disiasat Semula Menjelang Mesyuarat Peralihan Kuasa

Dakwaan Yusoff Rawther Disiasat Semula Menjelang Mesyuarat Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 245 hits
POLIS memanggil semula bekas pembantu penyelidik Anwar Ibrahim Muhammed Yusoff Rawther susulan arahan Jabatan Peguam Negara Arahan itu dikeluarkan supaya membuka semula siasatan ke atas satu laporan yang dibuat terhadap seorang pembantu pre...
Dimana Syed Saddiq Ketika Tengku Adnan Bergiat Dalam Perniagaan Pada Tahun 1980an

Dimana Syed Saddiq Ketika Tengku Adnan Bergiat Dalam Perniagaan Pada Tahun 1980an

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 286 hits
Seorang Melayu yang low profile berkebajikan dan banyak membantu orang susah Kaya sebelum jadi menteri vs Kaya selepas jadi menteri 1 Sebelum Tengku Adnan menyertai kabinet pada 2001 sejak 1980 an lagi beliau sudah kaya raya sebagai seorang...
Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 530 hits
Kita ada pilihan sama ada nak membakarnya atau hulur tangan bina baru TS Anuar MusaBaca dan fahamkan mengapa Umno bertindak menyokong Tun M dibawah TS SAnnuarMusa Segalanya bermula dari dlm PH sendiri Apabila kami di beri bayangan 14 15 Ahl...
Tengku Adnan Tidak Senang Duduk Aset Hampir Rm1 Bilion Didedahkan

Tengku Adnan Tidak Senang Duduk Aset Hampir Rm1 Bilion Didedahkan

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 567 hits
Siapa tidak berang bila rahsia yang disimpannya dengan begitu baik akhirnya terbongkar dan menjadi perbualan ramai Ini dihadapi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak berpuas hati dan marah kerana asetnya yang bernilai hampir RM1 ...
Thank You Everyone Tun Siti Hasmah Akhirnya Dapat Suaminya Semula

Thank You Everyone Tun Siti Hasmah Akhirnya Dapat Suaminya Semula

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 162 hits
Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad Itu sahaja yang kami di Ohmedia boleh katakan selepas apa yang berlaku Tun Dr Mahathir turut ada menaikkan satu video di Facebook rasminya dengan berkata Thank you everyone Dalam video itu juga dapat dil...
Harta Tengku Adnan Engkau Lihat Harta Mokhzani Mahathir Engkau Orang Diam Aje

Harta Tengku Adnan Engkau Lihat Harta Mokhzani Mahathir Engkau Orang Diam Aje

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 980 hits
Tengku Adnan sudah kaya sebelum dia dilantik timbalan Menteri oleh Mahathir bapak kronisma dan neopotisme Lagipun kenapa pulak tak sebut orang Melayu kedua paling kaya dalam Malaysia yang tujuh kali ganda lebih kaya pada tahun 2014 Anak Mah...
Imbas Semula Siasat Skandal Bank Negara Rugi Rm30 Bilion Rm100 Bilion Ketika 22 Tahun Era Mahathir

Imbas Semula Siasat Skandal Bank Negara Rugi Rm30 Bilion Rm100 Bilion Ketika 22 Tahun Era Mahathir

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR 24 FEB Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata beliau pernah mengatakan Pakatan Rakyat patut membuka semula siasatan terhadap skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992 jika berjaya mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Continuous Learning

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Technogym Sambut Ulang Tahun Ke 40 Dengan Kolaborasi Artistik Global

The Debut Of Huawei Pura 70 Series A New Generation Flagship Pioneer In Photography And Aesthetics

Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie