Dakwaan Yusoff Rawther Disiasat Semula Menjelang Mesyuarat Peralihan Kuasa


SuaraMerdeka      POLIS memanggil semula bekas pembantu penyelidik Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther, susulan arahan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Arahan itu dikeluarkan supaya membuka semula siasatan ke atas satu laporan yang dibuat terhadap seorang pembantu presiden PKR itu tahun lepas.

Ironinya arahan itu dikeluarkan menjelang mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Harapan esok bagi memutuskan tarikh peralihan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Polis diminta mengemukakan kertas siasatan kepada AGC hari ini sebaik sahaja mereka selesai mengambil kenyataan Yusoff.

FMT melaporkan bahawa satu siasatan baru dijalankan ke atas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizak Mubarak di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan berkait kesalahan intimidasi jenayah dan menyebabkan kecederaan.

“Siasatan itu diberi keutamaan dan (Peguam Negara) Tommy Thomas mahu kertas siasatan dikemukakan di Putrajaya hari ini tanpa lengah,” menurut laporan portal berita FMT
Portal itu memetik sumber yang berkata, wujud “kebimbangan” bahawa tokoh politik tertentu mempengaruhi siasatan sebelum ini.

“Beberapa orang pegawai paling kanan telah ditugaskan untuk mengendalikan kes ini.”

Perkembangan ini muncul hanya 3 minggu selepas Yusoff mempersoalkan ketiadaan tindakan polis berhubung laporan yang dibuatnya terhadap Farhash, yang juga merupakan pengerusi PKR Perak, tahun lepas.

Dalam laporan polisnya Mei tahun lepas, Yusoff berkata, Farhash menyerangnya di sebuah banglo yang digunakan oleh Anwar sebagai pejabatnya, sehingga menyebabkan kecederaan di bahu beliau.

Satu laporan perubatan daripada Hospital Pantai menyebut bahunya cedera dan terkoyak dan memerlukan pembedahan dengan kos RM40,000.

Bulan lepas Yusoff berkata, beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kes berkenaan bahawa timbalan pendakwa raya (DPP) memutuskan tiada kes terhadap Farhash.

Yusoff memfailkan satu saman sivil terhadap Farhash pada September menuntut pampasan atas kecederaan yang dialaminya. Farhash juga memfailkan satu saman fitnah terhadap Yusoff.

Yusoff juga menuduh Anwar melakukan serangan seksual terhadapnya, tetapi AGC pada bulan lepas memutuskan tidak terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa presiden PKR itu, yang dinamakan oleh Pakatan Harapan pengganti Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Pemimpin tertinggi gabungan politik itu dijangka mengumumkan tarikh peralihan kuasa tersebut esok.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/dakwaan-yusoff-rawther-disiasat-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 294 hits
Hanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot mengumpul tan...
Peralihan Kuasa Belum Mesyuarat Tun M Telah Buat Keputusan Nak Jadi Macam Bn Juga Kah

Peralihan Kuasa Belum Mesyuarat Tun M Telah Buat Keputusan Nak Jadi Macam Bn Juga Kah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 367 hits
Tun M berkata Saya bersedia untuk meletak jawatan BILA BILA MASA Tun M juga berkata Apa pun keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH saya akan letak jawatan SELEPAS APEC Sesiapa yang pening kepala sila makan panadol sekarang Pada Jumaat ini M...
Rakyat Mahu Peralihan Kuasa Pada Mei Bukan November

Rakyat Mahu Peralihan Kuasa Pada Mei Bukan November

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 354 hits
Walaupun tarikh peralihan kuasa mungkin hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini tetapi adalah jelas ramai yang mahu ia tidak ditangguh tangguhkan lagi Dalam beberapa siri program Bual Bicara Peralihan K...
Beberapa Mesyuarat Semarakkan Desas Desus Pengaturan Semula Politik

Beberapa Mesyuarat Semarakkan Desas Desus Pengaturan Semula Politik

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 304 hits
Beberapa mesyuarat melibatkan parti parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang berlangsung hari ini sejak awal pagi ditengah tengah desas desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara Loading Semua mesyuar...
Peralihan Kuasa Pelan B Tonjol Sikap Terdesak Pkr

Peralihan Kuasa Pelan B Tonjol Sikap Terdesak Pkr

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 347 hits
Rancangan bekas Bendahari PKR William Leong untuk menggunakan pelan B bagi memberi tekanan terhadap isu peralihan kuasa perdana menteri di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjolkan sikap terdesak pihak terba...
Pelan B Jika Mahathir Ingkar Peralihan Kuasa Mp Pkr

Pelan B Jika Mahathir Ingkar Peralihan Kuasa Mp Pkr

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 405 hits
Diterbitkan Hari ini 6 09 petangBERITAPemimpin PKR memberi bayangan sesuatu perlu dilakukan termasuk tekanan daripada pandangan awam sekiranya pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim tidak berlaku ...
Peralihan Kuasa Penyokong Anwar Keliru

Peralihan Kuasa Penyokong Anwar Keliru

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 246 hits
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF HARAKAHDAILYKITA perlu berterima kasih kepada pemimpin DAP Liew Chin Tong di atas tulisan beliau bertajuk Pencerahan Tentang Peralihan Kuasa dalam akhbar Sinar Harian semalam Tulisan beliau pada hemat saya benar...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

When Giving Gets Tough

Nak Share Sini

Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee

Shandy Jangan Sampai Berpisah Chord

Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi