Iltizam Selangor Penyayang 46 Program Syarat Kelayakan


Pelaksanaan Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) telah bermula pada tahun 2022.
Sebanyak 46 program ISP telah disenaraikan sebagai program kebajikan dan bantuan yang telah memberikan manfaat kepada rakyat di Selangor meliputi semua lapisan masyarakat dan umur.
Artikel pada kali ini kami akan menyenaraikan ke semua 46 program Iltizam Selangor Penyayang dan syarat-syarat kelayakannya untuk anda memohon.
Baca juga:
ILTIZAM Anak Selangor 2024 : Semakan Status & Permohonan Skim Peduli Sihat (Iltizam Selangor Sihat) : Semakan, Permohonan BINGKAS Selangor 2024: Permohonan, Semakan Bayaran & FAQ Senarai Program Iltizam Selangor Penyayang Berikut adalah senarai 46 Program Iltizam Selangor Penyayang dan syarat kelayakannya:
ILTIZAM PEMBERDAYAAN RAKYAT SELANGOR
1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
Pemberian RM300 Setiap Bulan – Barangan asas serta barangan persekolahan dan pendidikan melalui penggunaan e-wallet SELANGKAH.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia dan pemastautin Negeri Selangor. Pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan dan ke bawah. Mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun dan ke bawah. Link permohonan: https://bingkasselangor.com/ 2. Skim Air Darul Ehsan (SADE)
Pemberian Rebat Air PERCUMA 20 Meter pada setiap bulan.
Syarat-syarat: Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang). Premis kediaman adalah meter individu. Lahir di Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun. Link permohonan: https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/ 3. Jom Shopping Perayaan
Pemberian baucar RM200 Kepada Golongan B40 – Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali.
Syarat-syarat: Masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina / Hari Raya Aidilfitri / Deepavali. Pendapatan penerima seisi rumah RM3,000 dan ke bawah. Pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor). Bukan penerima manfaat program BINGKAS. *Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Pusat Khidmat DUN
4. Dana Bantuan Guaman Selangor
Pemberian Subsidi RM3,000 perkhidmatan bagi kes – Kekeluargaan (Pencerian, Hak Jagaan Kanak-Kanak), Pekerjaan (Akta Kerja 1955), Syariah
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia dan pemastautin Negeri Selangor. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah. *Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Pusat Khidmat DUN
5. Skim Mesra
Pemberian RM150 (Baucar beli-belah) dan RM500 (Khairat kematian)
Syarat-syarat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Berumur 60 tahun dan ke atas. Menetap dan pengundi berdaftar di Negeri Selangor. Syarat-syarat Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS) Pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menetap di Selangor. Tiada had umur. Link permohonan: https://mesra.yawas.com.my/ *Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (permohonan dalam tempoh 6 bulan dan tarikh kematian)
6. Pusat Kehidupan Berdikari (ILSC)
Insentif peluang pembelajaran dan pekerjaan kepada Belia OKU – Latihan kemahiran dan persediaan alam pekerjaan & Latihan sukarelawan dan majikan bagi bantu OKU di tempat kerja.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia. Semua Anak-Anak Istimewa di Negeri Selangor. Pemegang Kad OKU JKM. Berumur 17-25 tahun. Link permohonan: https://www.anisselangor.com/ilscanis 7. Inisiatif Roda Darul Ehsan
Pemberaian Subsidi RM500 & Caruman KWSP RM50 – Golongan belia yang terlibat secara sepenuh masa dengan industri penghantaran makanan atau barangan bermotor (P-Hailing).
Syarat-syarat: Terbuka kepada anak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun. Berumur antara 17-40 tahun. Mempunyai Lesen Memandu B2 yang sah. Bekerja sepenuh masa sebagai “Ride” dengan syaraikat P-Hailing yang sah seperti Foodpand / Grabfood / Lalamove dan lain-lain. Link permohonan: http://msnselangor.gov.my/web/index.php/13-profil/1546-inisiatif-roda-darul-ehsan-ride-selangor-2021 8. Jelajah Ehsan Rakyat
Jualan 6 Barangan Keperluan harian yang murah di bawah harga pasaran – Ayam, ikan, daging, telur ayam, beras, minyak masak.
Syarat-syarat: Rakyat di Negeri Selangor. Link permohonan: https://qr.me-qr.com/0cbaCTq8? 9. Pengecualian Cukai Pintu
Pemberian Pengecualian Cukai Taksiran yang dikenakan kepada pemilik pegangan di kampung dan kediaman kos rendah bagi mengatasi masalah tunggakan hasil melibatkan kediaman kos rendah bagi kategori yang tepa ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan kediaman kampung.
Syarat-syarat: Pemilik rumah kos rendah. Pemilik rumah kampung merangkumi Kampung Tradisi dan Kampung Baru Cina. *Pengecualian diberi secara terus oleh PBT tanpa melalui permohonan
10. Pengecualian Fi Lesen Penjaja
Pemberian Pengecualian Fi Lesen melibatkan semua bayaran fi lesen perniagaan untuk penjaja dan peniaga kecil di kawasan PBT Negeri Selangor.
Syarat-syarat: Penjaja dan peniaga kecil di kawasan PBT. Penjaja kategori gerai majlis, pasar malam, pasar majlis, kiosk majlis, pondok bas, penjaja, pasar malam, pasar pagi, pasar swasta, dan permit penjaja sementara. *Pengecualian akan diberikan setelah permohonan lesen diluluskan oleh PBT
11. Selangor “Mobility”
Selangor Mobility merupakan sebuah sistem pengangkutan awam bersepadu yang menggabungkan semua aspek pengangkutan di bawah satu bumbung, dan dipandu dengan penganalisaan data, yang tidak akan hanya memfokuskan mod pengangkutan sematamata, tetapi melibatkan keterangkuman semua aspek di dalam satu ekosistem yang turut melibatkan infrastruktur lain untuk memenuhi aspek ‘First Mile Last Mile’.
Mod Pengangkutan – Bas, rel, teksi E-Hailing Infrastruktur Lain – Perhentan bas, hub pengangkutan awam, mikromobiliti, E-scooter, laluan pejalan kaki (dalam usaha Kerajaan Negeri) ILTIZAM KESIHATAN SELANGOR
1. Iltizam Selangor Sihat
Program Perkhidmatan Rawatan Asas termasuk vaksinasi dan manfaat tambahan – RM500 (keluarga) & RM250 (individu).
Syarat-syarat: Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 ke bawah (keluarga). Berpendapatan RM2,000 ke bawah (individu & warga emas/OKU). Link permohonan: https://qr.me-qr.com/PL4Sa0Ys? 2. Skim Rawatan Jantung
Bantuan Kos Rawatan Jantung Sehingga RM50,000.
Syarat-syarat: B40 (Penerima ISS) dan M40 (had pendapatan RM8,000). Warganegara Malaysia dan lahir atau bermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun. Link permohonan: https://qr.me-qr.com/oM9PbYHM? 3. Rawatan Tuberculosis (TIBI)
Bantuan kewangan sehingga RM800 (Pesakit Tibi) galakan menerima bantuan secara berterusan.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia yang bermastautin di negeri Selangor. Mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam/swasta yang berdaftar d negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sedang mendapatkan rawatan secara aktif. Link permohonan: https://qr.me-qr.com/DXEz4Ej8? 4. Bantuan Sihat Selangor
Bantuan kewangan bagi penyakit berkaitan – Dialisis, alatan perubatan, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu, dan lain-lain.
Syarat-syarat: Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 ke atas bawah. Rakyat Negeri Selangor atau pemastautin 10 tahun ke atas. Link permohonan: https://bantuansihat.selangor.gov.my/ 5. Pemeriksaan Kesihatan Mata
Program Pemeriksaan Kesihatan Mata PERCUMA kepada pemohon yang layak.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia. Pemilih berdaftar negeri Selangor. Lahir di negeri Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun. Link permohonan: https://web.selangkah.my/ 6. Nutrisi Makanan Kanak-Kanak (Anak Selangor Anak Sihat)
Program Bantuan Nutrisi Kanak-Kanak berumur 5 tahun dan ke bawah – Mengalami masalah kekurangan Zat Makanan (KZM).
Syarat-syarat: Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah yang mengalami masalah Kekurangan Zat Makanan (KZM) terutama di kawasan bandar dalam kalangan B40. Kanak-kanak dipiih berdasarkan kelayakan oleh Agensi Pelaksana bersama Ketua Komuniti Setempat. 7. Selangor Mental Sihat (SEHAT)
Program untuk meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai kepentingan Penjagaan Kesihatan Mental dan pemberian subsidi bagi bantuan psikiatri.
Syarat-syarat: Warga Selangor yang mengalami masalah berkaitan kesihatan mental atau memerlukan khidmat pakar berkaitan kesihatan mental. Link permohonan: https://web.selangkah.my/ 8. Saring Selangor
Program Saringan Kesihatan secara PERCUMA di semua 56 DUN – Tekanan darah, air kencing, kandungan gula, gigi, telinga, fisioterapi.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia. Terbuka kepada semua penduduk di negeri Selangor yang berumur 18 tahun ke atas. Pemilih berdaftar negeri Selangor. Lahir di negeri Selangor atau bermaustatin sekurangnya 10 tahun. Link permohonan: https://selangorsaring.selangkah.my/ 9. Ujian Saringan Selangor Kanser (SELCAN)
Program Saringan Kanser secara PERCUMA di semua 56 DUN – Mammogram, prostat, kolorektral, dan pangkal rahim.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia. Terbuka kepada semua penduduk di negeri Selangor yang berumur 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi. Lahir di Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun. Link permohonan: https://selangorsaring.selangkah.my/ 10. Skim Kesihatan Wanita Selangor
Program Pemeriksaan secara PERCUMA kepada wanita berumur 50 tahun ke atas – Mammogram, Ultrasound, Biopsi.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia dan rakyat Selangor. Pemastautin lebih daripada 10 tahun. Wanita berumur 50 tahun ke atas. Link permohonan: https://skw.yawas.com.my/ 11. Skim Insurans AM Selangor (INSAN)
Perlindungan Insurans Takaful [Polisi berkuatkausa dari 3 Ogos 2024 sehingga 3 Ogos 2025]- Melibatkan kematian (RM11,000), Melibatkan kematian di luar (RM21,000), Melibatkan hilang upaya kekal (RM10,000) & Kemasukan wad sehingga 30 hari (RM50/hari).
Syarat-syarat: Lahir di negeri Selangor. Kad Pengenalan beralamat di Selangor. Pengundi Berdaftar Selangor. Link permohonan: https://www.programinsan.com/ ILTIZAM PENDIDIKAN SELANGOR
1. Pusat Tuisyen Rakyat Selangor
Memberi bimbingan Kelas Tambahan secara PERCUMA di atas talian (online) kepada pelajar sekolah menengah harian di seluruh Negeri Selangor.
Syarat-syarat: Pelajar golongan B40 yang bakal menduduki; Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM. Link permohonan: https://eptrs.my/welcome-learning 2. Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor
Memberikan Bantuan Kewangan – Membaik pulih bangunan sekolah dan membaiki infrastruktur sekolah.
Sekolah Layak Memohon: Sekolah Agama Rakyat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sekolah Persendirian Menengah Cina Maahad Integrasi Tahfiz Sains Sekolah Kebangsaan Sekolah Menengah Kebangsaan Link permohonan: https://qr.me-qr.com/TgoqOFCq? 3. Peduli Siswa
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor untuk membantu pelajar-pelajar kelahiran Negeri Selangor (IPTA & IPTS) – Biasiswa dan pinjaman tanpa faedah.
Syarat-syarat: Pemohon serta ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia. Pemohon, ibu atau bapa lahir di negeri Selangor. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh 10 tahun di Selangor. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Perubatan. Link permohonan: https://qr.me-qr.com/RtEeVJQT? 4. Iltizam Mahasiswa Selangor (HPIPT)
Pemberian Insentif RM1,000 – Anak-anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke IPT/IPTS ke peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Syarat-syarat: Pemohon atau ibu atau bapa merupakan kelahiran Selangor. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun. Pemohon mestilah pelajar yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan. Pemohon adalah pelajar TAHUN PERTAMA sahaja. Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah. Link permohonan: https://qr.me-qr.com/1JmHIxAT? 5. Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)
Bantuan Yuran Asas RM500 setiap semester akademik dan maksimum dua (2) semester setahun – Penajaan yuran merangkumi Yuran Perpustakaan, Yuran Makmal, Yuran Teknologi Maklumat, Yuran Kesihatan dan Yuran Aktiviti Pelajar.
Syarat-Syarat: Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara, lahir di Selangor dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun. Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah mendaftar dengan UNISEL dan UIS dan pengesahan dari BHEP IPT. Pemohon mengikuti pengajian bagi semester biasa, bukan dalam lanjutan tempoh pengajian. Link permohonan: https://qr.me-qr.com/3yGsfHbI? 6. Iltizam Pendidikan Fardhu Ain
Pemberian subsidi yuran KAFA RM30 sebulan – Murid KAFAI dalam keluarga golongan B40.
Syarat-syarat: Murid-murid B40 KAFAI di negeri Selangor *Pemohon boleh dibuat melalui institusi KAFA Integrasi Negeri Selangor
7. Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)
Program Pinjaman Komputer “Refurbished” yang bertujuan membantu pengguna yang kurang berkemampuan untuk mengadakan sudut pembelajaran di rumah.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia. Pemohon menetap di Selangor. Pemohon dari keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang RM8,000 sebulan. Pinjaman set Desktop kepada peminjam yang masih bersekolah dengan tempoh pinjaman maksimum 180 hari. Link permohonan: https://www.ppas.gov.my/en/pinjaman-desktop-laptop-sepintas/ 8. Inisiatif Kemahiran Teknikal & Ikhtisas Smart Selangor
Program Latihan Kemahiran Teknikal yang memberi fokus kepada pemerkasaan dan kebolehpasaran sumber tenaga manusia seiring
Syarat-syarat: Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia. Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor. Pemohon telah bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Selangor. Berumur daripada 16 tahun hingga 21 tahun sahaja. Penajaan pelajar / pelatih akan memberi keutamaan kepada kategori keluarga berpendapatan B40 dan M40, lepasan SPM / Tahfiz. Link permohonan: https://iktisass.selangor.my/ ILTIZAM PERUMAHAN SELANGOR
1. Skim Selangorku To Onwership atau S2-OWN
Pembinaan Rumah Selangorku Jenis A – Penempatan penyelesaian setinggan PJS 1 di Pangsapuri Rimariang.
Syarat-syarat: Melibatkan 249 setinggan. Tiada proses permohonan kerana pemilik telah dikenalpasti di kawasan setinggan terpilih. 2. Skim Rumah Selangorku
Menawarkan kepada orang awam untuk memiliki kediaman mampu milik pada harga berpatutan terutamanya kepada pembeli pertama yang masih belum memiliki kediaman di Negeri Selangor.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Pendapatan isi rumah hingga RM14,500 sebulan mengikut pilihan jenis Rumah Selangorku. Pemohon tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman komersial. Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Penyerahan Kunci (V.P) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Link permohonan: https://myselangorku.my/ 3. Skim Smart Sewa
Manfaat kepada pembeli untuk menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran. Penyewa mendapat pulangan 30% selepas menyewa dalam tempoh minima 2 tahun dan maksima 5 tahun. Penyewa diberikan keutamaan tawaran Rumah Selangorku selepas tidak menduduki kediaman tersebut dengan memenuhi kelayakan.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia, suami / isteri tingga / bekerja di Selangor. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan. Pendapatan seisi keluarga: Kurang RM5,000 sebulan – permohonan sewa Jenis A atau Rumah Kos Rendah; Kurang RM15,000 sebulan (RM10,000 keutamaan) permohonan Jenis B, C dan D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah dan ke bawah. Link permohonan: https://v4.phssb.com/index.html 4. Skim 2STAY
Ditawarkan kepada penyewa sedia ada di Skim Smart Sewa khususnya golongan B40 yang gagal mendapatkan unit rumah yang diperoleh secara PERCUMA / KONTRAK daripada pemaju – Pembiayaan, kurang berkemampuan, belum mempunyai kediaman.
Syarat-syarat: Skim ini akan ditawarkan kepada pemohon yang telah memenuhi syarat kelayakan di bawah Skim Smart Sewa iaitu tempoh sewaan sehingga 5 tahun sebelum layak memohon ke Skim “Smart Sewa To Ownership” (2STAY). 5. Skim Ceria
Bantuan baik pulih fizikal bangunan kepada pangsapuri kos rendah dan kos sederhana rendah yang terdiri daripada bantuan baikpulih bumbung, tangki air dan retikulasi, mengecat, infrastruktur dan kemudahan awam, paip sanitari dan pagar.
Syarat-syarat: Pangsapuri Kos Rendah & Pangsapuri Kos Sederhana Rendah yang mempunyai Badan Pengurusan serta kutipan penyenggaraan yang baik. Link permohonan: https://eceria.lphs.gov.my/ 6. Insurans Pangsapuri Kos Rendah
Polisi perlindungan – Bencana alam, kerosakan bangunan, sebagainya melibatkan Pangsapuri Kos Rendah di Negeri Selangor.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia dan lahir di Selangor. Melibatkan 52 pangsapuri kos rendah. *Permohonan tertutup dari COB
7. Program Bina Baru & Baikpulih Rumah Kerajaan Prihatin
Inisiatif / bantuan – Bina Rumah Baharu (yang daif dan tidak selamat didiami) & Baikpulih Rumah (bahagian yang mengalami kerosakan dengan kos tidak melebihi RM20,000).
Syarat-syarat: Lahir di Selangor atau pemastautin 10 tahun ke atas. Berusia 45 hingga 75 tahun, kecuali OKU. Pendapatan isi rumah di bawah RM1,500.00 sebulan. Rumah pemohon berada di kawasan kampung tradisi / kampung baru yang berada di atas tanah milik sendiri. *Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Pejabat Daerah & Tanah berdekatan
ILTIZAM KEUSAHAWANAN SELANGOR
1. Skim Hijrah Selangor
Pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM50,000 Usahawan Negeri Selangor dengan tempoh pembiayaan lima (5) tahun.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia, lahir / bermastautin / mengundi di Selangor. Berusia 18 hingga 65 tahun. Perniagaan beroperasi minimum 1 tahun. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana pihak. Link permohonan: https://qr.me-qr.com/HkKAPGPO? 2. Dana Usahawan MADANI Selangor
Had nilai bantuan sehingga RM30,000 berbentuk peralatan – Ushawan mikro, kecil & sederhana di Negeri Selangor.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun. Had umur adalah di antara 18-60 tahun. Perusahaan di bawah kategori Mikro, Kecil atau Sederhana. Perusahaan merentasi semua sektor termasuk sektor Industri Kreatif. Perusahaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. *Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Pejabat Daerah & Tanah berdekatan
3. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor
Pemberian bantuan berbentuk mesin / peralatan – Usahawan kecil.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap Negeri Selangor (sekurang-kurangnya 10 tahun). Pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000 sebulan. Telah memulakan perniagaan / perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun. 4. Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor
Pemberian bantuan RM10,000 berbentuk mesin / peralatan – Usahawan kecil masyarakat India.
Syarat-syarat: Warganegara Malaysia dan pemastautin Selangor. Pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000 sebulan. Usahawan kecil masyarakat India yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun. *Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di alamat tersebut; Lot G45, Bangunan IDCC, Shah Alam
5. Iltizam Anak Istimewa Selangor
Inisiatif-inisiatif untuk golongan ISTIMEWA bagi meringankan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup. Jenis Bantuan – Pendidikan (RM1,000), ubat / makanan tambahan (hingga RM1,200) dan pembelian mesin / perubatan (hingga RM5,000)
Syarat-syarat: Pemohon dan penerima adalah warganegara Malaysia dan pengundi di Selangor. Penerima di bawah umur 18 tahun dan pemegang kad OKU dari JKM. Keutamaan kepada PERMOHONAN KALI PERTAMA. Link permohonan: https://www.anisselangor.com/bantuananis ILTIZAM MESRA ANAK SELANGOR
1. Iltizam Anak Selangor
Setiap permohonan yang berjaya – Akaun simpanan SSPN Prime, menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun bermula tahun 2022. Wang tabungan hanya boleh dikeluarkan setelah umur anak mencapai 18 tahun ke atas.
Syarat-syarat: Terbuka kepada anak kelahiran tahun 2022 / lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor. Ibu atau bapa yang berumur 18 tahun ke atas, menetap dan mengundi di Selangor. Link permohonan: https://anas.yawas.com.my/ 2. Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar
Bantuan yuran taska RM100 sebulan bagi anak di bawah umur 4 tahun.
Syarat-syarat: Pemohon mestilah warganegara Malaysia. Syarat pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 ke bawah (suami dan isteri bekerja). Anak berumur 4 tahun dan ke bawah. Terhad kepada 2 orang anak 1 keluarga. Taska berdaftar dengan JKM. Link permohonan: https://tunas.yawas.com.my/ 3. Skim Bantuan Tadika Selangor
Bantuan yuran tadika RM50 sebulan untuk anak berumur 5 & 6 tahun.
Syarat-syarat: Pemohon mestilah warganegara Malaysia. Pemohon mestilah sama ada iaitu ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja. Terhad 2 orang anak 1 keluarga. Link permohonan: https://impak.yawas.com.my/ 4. Iltizam Penjagaan & Pendidikan Kanak-Kanak Selangor
Kursus pengasuhan kanak-kanak buat wanita yang mengasuh di rumah.
Syarat-syarat: Wanita berumur 18 tahun ke atas. Pengundi dan menetap di Selangor. Sedang mengasuh di Selangor. Minima 1 tahun pengalaman mengasuh di rumah. Link permohonan: https://tunas.yawas.com.my/ Senarai Program Iltizam Selangor Penyayang juga boleh dimuat turun dalam format PDF melalui pautan berikut:
46-PROGRAM-ISP-FORMAL-AS-SEPTDownload Maklumat Lanjut Untuk sebarang maklumat lanjut terkini berkenaan dengan Iltizam Selangor Penyayang, anda boleh rujuk pada pautan portal berikut: https://www.selangorpenyayang.com/
Atau boleh juga ikuti laman sosial Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari seperti di bawah:
Laman Web: https://www.amirudinshari.com/ Instagram: https://www.instagram.com/amirudin_shari/ Facebook: https://www.facebook.com/amirudinbinshari X: https://x.com/AmirudinShari

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/iltizam-selangor-penyayang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=iltizam-selangor-penyayang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bb Amp T Leadership Development Program Some Programs You Need To Follow

Bb Amp T Leadership Development Program Some Programs You Need To Follow

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 61 hits
BB amp T Leadership Development Program nbsp A number of Leadership Development Programs from BB amp T has been proven to be one of the best development programs in the country which helps people to develop their leadership skills so that t...
Elak Anjur Program Cetus Polemik Gugat Islam Kata Menteri

Elak Anjur Program Cetus Polemik Gugat Islam Kata Menteri

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 98 hits
freemalaysiatoday com06 Oct 2024Mohd Na im Mokhtar sokong ketegasan siasat larian didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang di Johor Mohd Na im Mokhtar minta semua pihak memberikan kepercayaan k...
Tersenarai Dalam Top 10 Program Tv Netflix Gyeongseong Creature 2 Kumpul 3 1 Juta Penonton

Tersenarai Dalam Top 10 Program Tv Netflix Gyeongseong Creature 2 Kumpul 3 1 Juta Penonton

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 70 hits
Mesti ramai kan yang dah layan Gyeongseong Creature musim kedua Artikel Berkaitan Menurut data dari FlixPatrol Gyeongseong Creature 2 telah berjaya menduduki tempat ke 4 dalam senarai Top 10 Rancangan TV di Netflix dengan jumlah tontonan se...
Tahniah Selangor

Tahniah Selangor

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 56 hits
Tahniah Selangor Dlm tempoh setahun hampir 3000 saudara baharu telah didaftarkan Negeri yg dilabelkan sbg sekular pimpinan negerinya tak berjubah berserban tapi berjaya menarik begitu ramai non muslim utk menerima Islam sbg agama pilihan Be...
Selangor Sets Up Committee To Iron Out Greater Klang Valley Details

Selangor Sets Up Committee To Iron Out Greater Klang Valley Details

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 99 hits
The Selangor government has established a committee to iron out details on consolidating Klang Petaling Jaya Shah Alam and Subang into Greater Klang Valley said Menteri Besar Amirudin Shari According to him laws in the metropolis would be s...
Azmin Mungkin Ada Tanggungjawab Lebih Besar Di Selangor

Azmin Mungkin Ada Tanggungjawab Lebih Besar Di Selangor

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 103 hits
Keputusan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak bertanding sebarang jawatan tertinggi BERSATU kali ini kemungkinan kerana beliau mempunyai tanggungjawab lebih besar di Selangor Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Kartin...
Selangor Mb Tells Why Gisbh Was Hard To Expose

Selangor Mb Tells Why Gisbh Was Hard To Expose

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 83 hits
Menteri besar Amirudin Shari says the company shifted to business ventures and limited their activities to family members Selangor menteri besar Amirudin Shari today explained why authorities were late to expose Global Ikhwan Services and B...
Sultan Selangor Titah Percepat Proses Tindakan Terhadap Gisbh

Sultan Selangor Titah Percepat Proses Tindakan Terhadap Gisbh

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 92 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu tindakan lanjut ke atas isu Global Ikhwan Services and Business Holdings dipercepat SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu G...
When Are The New 2025 Cars Coming Out Check Out The Upcoming Models

Panduan Cara Pengiraan Faraid Wang Tunai Yang Betul

Jom Sertai Ensany Global Peace Dalam Penganjuran Majlis Makan Malam Amal Bagi Membantu Insan Insan Yang Memerlukan

Children S Day Festival 2024 At Royale Chulan Seremban Grand Events Curated For The Young Ones

Where Do I Save Money Safely

Resepi Lala Masak Tumis Tomyam

Iwan Fals Feat Noah Yang Terlupakan Chord

Roll Up Wrap Pagi Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis 2024 Arahan Syafiq Yusof Kini Di Astro First

Resepi Cheese Tart Paling Gebu dan Kemas Senang Dimakan Bila Separuh Montok

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Calar Cinta Slot Samarinda TV3

ABPBH 2024 Tarikh Kategori Calon Undian Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Tiket Dan Segala Info Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36

Mr Hiiragi s Homeroom Info Dan Sinopsis Siri Jepun Kini Diadaptasi Sebagai Drama Berepisod Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Di Astro Ria Sooka


Hati Hati Pilih Haruan

Masjid Tertua Di China Masjid Huaisheng Guangzhou

Bursa Jyprx Meluncurkan Sistem Keuangan Digital Menciptakan Pengalaman Trading Yang Unik

Pulut Kuning

Gambar Anggota Polis Merokok Di Restoran Tular

Kanak Kanak Perempuan Berusia 12 Tahun Hilang Selepas Turun Ambil Makanan Dari Kereta