Ilmu Itu Cahaya Jahil Itu Bahaya


Seseorang itu tidak akan tahu segala perkara, selagi tidak belajar.
Ketidaktahuan atau kejahilan ini wujud atas pelbagai faktor.
Terkadang disebabkan perkara tersebut sememangnya sifatnya baharu.
Adakalanya disebabkan keangkuhan kita untuk belajar, ambil tahu dan mungkin sahaja kerana kemalasan kita untuk meningkatkan tahap ilmu dan pengetahuan diri kita sendiri.

Sabda Nabi S.A.W :
“Sesungguhnya ubat kepada kejahilan adalah bertanya (kerana kejahilan itu seumpama penyakit)” (Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad).
 
Jangan Segan Bertanya. Kebodohan adalah satu bentuk kejahilan.
Kebodohan sebenarnya adalah penyakit dan penawarnya adalah bertanya ( belajar ).
Tidak seorang pun dimuka bumi ini pandai secara lahiriah.
Setiap manusia perlu melalui proses pembelajaran.
Malu bertanya sesat jalan merupakan pepatah melayu yang relevan dalam konteks ini.
Jadi kita harus rajin-rajinkan diri untuk merujuk kepada yang arif untuk belajar.
 
BERTANYALAH KEPADA YANG ALIM. Islam adalah agama yang paling sempurna dalam memerhatikan seluruh sisi kehidupan manusia.
Oleh kerana itu, Allah memerintah kita agar bertanya kepada ahlinya apabila kita tidak tahu. Firman Allah S.W.T ;
فَسۡ‍َٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
 
“… maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.” (an-Nahl: 43)
Kepada siapa kita harus bertanya?
Ayat di atas sudah menjawab pertanyaan tersebut.
Dalam konteks ayat ini , ahl-zikr (orang yang ahli dalam ilmunya) merujuk kepada umum dalam segala urusan, baik urusan dunia mahu pun urusan agama.
Urusan agama ditanyakan kepada ulama (orang yang berilmu dalam hal agama), dan urusan dunia ditanyakan kepada ahlinya.
Sebagai contoh, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dalam soal agama, carilah orang yang lebih berilmu dalam bidang agama.
Sekiranya terdapat kemusykilan dalam soal hal keduniaan, misalnya tentang bahagian teknikal pada kereta, maka bertanyalah pada mekanik atau jurutera yang berkaitan.
Begitulah perumpamaannya.
 
Bodoh Seketika dan Bodoh Selamanya Biarlah bodoh itu hanya seketika kerana bertanya, daripada bodoh selamanya kerana sombong tidak bertanya.
Kebodohan bukanlah sesuatu aib yang perlu ditutup dan disembunyikan.
Sebaliknya yang  tidak tahu, tapi berlagak tahu itulah yang patut malu.
Asal usul kelahiran manusia juga dalam keadaan tidak tahu apa-apa, hatta siapa ibu dan bapanya pun tidak dikenalinya.
Ini jelas di dalam al-quran Allah S.W.T berfirman :
وَاللّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُوْنِ اُمَّهاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَشَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَمْعَ وَالاَبْصَارَ وَالاَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْتَشْكُرُوْنَ.
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keada’an tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal pikiran), agar kamu bersyukur”.
(Q.S An-Nahl: 78)
 
Ilmu itu Cahaya, Jahil itu Bahaya. ILMU itu cahaya yang menerangi kegelapan hidup.
Tanpanya manusia ibarat berjalan tanpa arah panduan.
Agama Islam sendiri amat menekankan kepentingan ilmu dan perkara itu ada dinyatakan menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam.”
– (Riwayat Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ibnu Adi.)
Kejahilan terhadap agama adalah ibarat suatu penyakit berbahaya yang perlu dirawat dengan kadar segera.
Orang yang jahil agama amat mudah sekali dihasut dan menghasut orang lain untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh membinasakan dirinya dan turut mengheret orang lain ke lembah kesesatan.
 
Kesan kepada Kejahilan. Kejahilan terhadap agama akan merisikokan diri seseorang itu terjerumus kepada jurang kerosakan jiwa dan akhlak yang kritikal.
Kefahaman dan keimanannya terhadap Tuhan pula pasti amat mudah sekali goyang, luntur dan pudar.
Sedikit demi sedikit  menghakis, akhirnya tiada lagi keyakinan dan hilanglah kepercayaan terhadap Allah. Na’uzubillah!.
Kita dapat lihat impaknya kepada masyarakat hari ini.
Betapa ramai golongan orang yang jahil agama memperjuangkan hak-hak manusiawi berdasarkan akal semata mata tanpa panduan dari wahyu Tuhan.
Pemimpin tidak memimpin dengan panduan Al Quran dan As Sunnah.
Golongan jahil pula  diangkat dan disanjungi berbanding golongan agamawan yang dicerca dan dihina.
 
Imam Syafi’i dalam menuntut ilmu. Imam Syafi’i r.a sememangnya terkenal dengan ketinggian ilmunya yang tidak boleh disangkal dan kecerdasan akalnya.
Beliau sanggup mengembara jauh demi semata-mata untuk menuntut ilmu, yang dikatakan penawar kepada kebodohan.
Berada didalam kemiskinan bukanlah satu penghalang buat imam Asy-Syafi’I untuk menuntut ilmu. Sungguhpun tidak mempunya alat tulis  ,beliau hanya mencatat ilmu yang dipelajari itu di tulang- tulang, dsn serpihan tembikar.
Demikianlah Semangat yang ditunjukkan dalam mencari ilmu itu wajar dikagumi dan dijadikan teladan buat pelajar khususnya.
Ya. Tiada ubat yang mujarab untuk merawat penyakit bodoh ini melainkan dengan ubat ‘belajar’.
 
Adab Menuntut Ilmu. Imam Asy-Syafi’I telah menggariskan beberapa adab dalam menuntut ilmu iaitu :
1. Ikhlas kerana Allah.
Tetapkan hati menuntut ilmu ini semata-mata kerana untuk mendapatkan redha Allah dan demi berjihad pada jalan Allah.
2. Meninggalkan Dosa.
Kita hidup sebagai  manusia ini tidak lari daripada melakukan dosa.
Sesungguhnya pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat hambaNYA.
Segeralah bertaubat.
3. Membuat Catatan pada Setiap ilmu yang Dipelajari
Sesungguhnya manusia ini lemah.
Punyai sifat lupa dalam diri. Moga dengan sedikit catatan itu Allah membuka pintu hati kita dengan lebih luas untuk menerima ilmuNYA. In shaa Allah.
4. Bersabar Dengan Bimbingan dan Tunjuk Ajar Guru.
Tugas guru adalah menyampaikan ilmu.
Segala teguran dan pesanan guru adalah sebagai satu kunci kepada kejayaan.
Taati mereka selagi mana tidak bertentangan dengan agama.
Guru adalah insan yang mulia selepas ibu bapa. Bersabarlah.
5. Pengurusan Masa Yang Efisyen.
Allah telah memperuntukkan pada setiap manusia di bumi ini dengan jumlah masa yang sama.
Tiada beza walaupun sesasat dengan mana-mana manusia sekalipun.
Semuanya sama, 24 jam.
Jadi urruslah masa dengan baik dan bijak.
Tinggalkan perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
Pengurusan masa yang sempurna itu penting dalam proses menuntut ilmu demi memastikan ilmu yang pelajari dapat diserap dan diaplikasikan.
Tepati masa ketika menghadiri kelas.
Tips: Waktu sepertiga malam adalah waktu yang terbaik untuk mengulangkaji pelajaran kerana kandungan udara bersih yang lebih tinggi.
Rangka jadual belajar dengan baik.
6. Menikmati Ilmu yang Dipelajari.
Ilmu yang telah digarap itu haruslah diaplikasikan dalam kehidupan dan dimanfaatkan.
Ilmu itu juga perlu dikongsikan kerana ilmu ini akan bertambah selagi ianya disebarkan.
Nikmatilah ia!
7. Berdamping Dengan Orang Berilmu.
Apabila bersama orang yang berilmu, sudah tentu ada perkara yang berfaedah dapat dikongsikan dan ilmu baru dapat dipelajari.
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan satu anugerah yang tidak ternilai iaitu akal, semata-mata untuk manusia untuk berfikir.
Jadi, gunakanlah akal dan nikmat yang Allah telah berikan untuk membincangkan dan merungkai isi dunia.
8. Mengembara Mencari Ilmu.
Ilmu ini harus sentiasa dipelajari dan diterokai.
Semakin jauh perjalanan, semakin banyak ilmu yang diperoleh tidak kira sama ada duniawi mahupun ukhrawi.
Ilmu ini harus dicari dan disebarkan agar semua mendapat manfaatnya.
Sesuai dengan pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Saya tambah sedikit,
Jauh perjalanan, luas pemandangan, tinggi pengetahuan, banyak pengalaman.
9. Hargai Pendapat dan Pandangan dari Orang Lain.
Dalam perjalanan menuntut ilmu,kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan pelbagai jenis pegangan dan pandangan.
Namun siapa kita untuk menilai baik buruk pandangan sesetengah pihak.
Jadi belajar menerima dan menghormati pandangan orang lain.
Yang paling penting, belajar untuk berlapang dada, elakkan sengketa.
10. Tidak Duduk Di Tempat Guru.
Sebagai tanda hormat kita kepada guru, elakkan untuk duduk di tempat guru.
Guru adalah insan yang mulia.
Keberkatan guru sangat penting kerana segala ilmu itu dipelajari daripada seorang guru.
 
Muhasabah.. Sebuah renungan untuk diri sendiri..
Semoga bermanfaat..
 
Ditulis oleh : Putera Edir , Facebook : Putera Edir
The post ILMU ITU CAHAYA, JAHIL ITU BAHAYA appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/guest/ilmu-itu-cahaya-jahil-itu-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selesema Batuk Lebih 5 Hari Suhu Tinggi Kahak Hijau Kuning Sukar Bernafas Itu Bahaya

Selesema Batuk Lebih 5 Hari Suhu Tinggi Kahak Hijau Kuning Sukar Bernafas Itu Bahaya

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 363 hits
Bila anak sakit seperti selesema dan batuk ibu bapa jadi tidak tenang Tak tahan si kecil batuk dan merengek kesakitan Batuk dan selesema berlarutan sering terjadi Si kecil tidak terkecuali Mama papa yang mempunyai anak anak berusia bawah li...
Jika Dapat Janda Itu Anugrah Tapi Jika Gadis Pula Alhamdulillah

Jika Dapat Janda Itu Anugrah Tapi Jika Gadis Pula Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 1120 hits
Sekadar panduan samada untuk mereka yang sudah memiliki calon ataupun yang masih berusaha mencari pasangan hidup yang cocok untuk dirinya Mungkin barangkali jika ketika ini anda sedang bergulat dengan pilihan apakah akan menikah dengan jand...
Apa Itu Cpanel Dan Fungsinya

Apa Itu Cpanel Dan Fungsinya

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 448 hits
Dalam artikel ini broayietech akan berkongsi dengan anda cPanel dan fungsinya Setelah mengetahui semua ciri faedah dan fungsi cPanel broayietech akan mengupas tentang cara menggunakan cPanel untuk hosting anda Apa itu Cpanel cPanel adalah p...
Nakal Itu Biasalah Tapi Jauhkan Degil Perkara Negatif Irma Hasmie Mahu Anak Lelaki Faham Dalami Al Quran

Nakal Itu Biasalah Tapi Jauhkan Degil Perkara Negatif Irma Hasmie Mahu Anak Lelaki Faham Dalami Al Quran

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 745 hits
Anak tidak kira lelaki atau perempuan akan ada nakal Irma Hasmie faham kalau ada sifat nakal tetapi berharap anak terhindar daripada kedegilan dan perkara negatif Harapan ibu ini mahu anak suulungnya mendalami Al Quran Pelakon dan pengacara...
Gambar Itu Bukti Saya Sudah Move On

Gambar Itu Bukti Saya Sudah Move On

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 305 hits
Sejak memenangi Persembahan Terbaik di AJL33 yang lalu nama penyanyi Sufian Suhaimi menjadi buah mulut orang ramai Kemudian tersebar pula gambarnya dengan The post appeared first on
13 Komik Bebenang Menunjukkan Kasih Sayang Yang Sebenar Itu Sungguh Tak Ternilai Harganya

13 Komik Bebenang Menunjukkan Kasih Sayang Yang Sebenar Itu Sungguh Tak Ternilai Harganya

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 329 hits
Semua orang ingin hidup senang salah satu kesenangan yang mudah adalah dengan memiliki harta Jadi tak mustahil semua berlumba lumba untuk mengejar kekayaan Tapi Antara harga kekayaan dilimpahkan dengan kesenangan dunia ataupun kasih sayang ...
Lirik Lagu Gti Rindu Itu Berat

Lirik Lagu Gti Rindu Itu Berat

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 632 hits
Lirik Lagu GTI Rindu Itu Berat Album Rindu Itu Berat Single Pastikan kamu sudah melihat video musiknya dan Lagu GTI Rindu Itu Berat bisa didengarkan di toko musik platform digital dan media streaming kesayanganmu seperti iTunes KKBOX Deezer...
Tangan Itu Lisan Diakhir Zaman

Tangan Itu Lisan Diakhir Zaman

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 339 hits
Subhanallah Sudah makan belum Guna tangan atau sudu Sudah bersyukur untuk sepasang tangan hari ini Sudah digunakan untuk memberi salam kepada sesama kita Sudah digunakan untuk berdoa memohon keampunan Allah Sudah digunakan untuk bersedekah ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids