Ikramtransports Kereta Sewa Untuk Jelajah Sarawak Dengan Mudah Dan Selesa


Mencari kereta sewa untuk menjelajah Sarawak bersama keluarga? Ikramtransports sediakan kemudahan kereta sewa cukup selesa.
Bercuti bersama keluarga memang sesuatu yang menyeronokkan jika kita pandai rancang dengan baik. Antara faktor yang perlu diambil kira ketika bercuti bersama keluarga ialah pengangkutan. Kalau anda berasal dari Semenanjung Malaysia, antara percutian yang hebat yang boleh dinikmati ialah bercuti di Borneo.
Sumber: @ikramtransports Tetapi, percutian ke sini perlu mengambil kira bagaimana anda dan keluarga dapat bersiar-siar dengan selesa tanpa pengangkutan peribadi anda. Untuk menjelajahi Sarawak dengan mudah dan selesa, mari kami kongsikan perkhidmatan terbaik dari Ikramtransports!
Tentang Ikramtransports Ikramtransports merupakan sebuah syarikat perkhidmatan sewa kereta yang menyediakan pelbagai seleksi pengangkutan di Kuching, Sarawak. Bermula dari tahun 2015 lagi, Ikramtransports bukan sahaja menyediakan pengangkutan, malah ada pakej yang lengkap dengan pemandu sekali.
Sumber: @ikramtransports Sumber: @ikramtransports Jika anda merancang untuk ke Sarawak, terutama sekali secara berkumpulan atau bersama keluarga yang ramai, Ikramtransports sedia membantu.
Jenis Kenderaan Seperti yang kami war-warkan tadi, Ikramtransports menyediakan pelbagai jenis kenderaan dan pengangkutan yang boleh anda tempah untuk memudahkan anda berjalan-jalan sepanjang bercuti di Kuching.
Sumber: @ikramtransports Antara tips yang boleh kami kongsikan untuk anda sebelum anda buat tempahan ialah:
Jumlah penumpang – Pastikan anda mengambil kira setiap penumpang yang akan menaiki kenderaan. Ini termasuk kanak-kanak dan bayi. Jumlah penumpang amat penting bagi menetapkan jenis kenderaan yang akan anda sewa nanti. Bajet – Tetapkan suatu bajet yang spesifik sebelum menempah kenderaan. Ini bukan sahaja membantu anda dari segi pemilihan kenderaan, tetapi juga memberi impak ke atas bajet keseluruhan percutian anda. Pastikan anda menetapkan bajet yang berpatutan agar semua yang sama-sama berkongsi dan mencarum kepada bajet keseluruhan itu berpuas hati. Keselesaan – Pemilihan kenderaan yang akan disewa juga bergantung kepada keselesaan semua pihak. Jika terlalu sempit, perjalanan ketika bersiar-siar tidak akan berasa selesa dan membuatkan rombongan percutian anda tidak enjoy. Van Pengangkutan jenis ini sangat kami syorkan untuk keluarga yang besar atau rombongan berkumpulan. Setiap van adalah berhawa dingin, luas dan selesa.
Sumber: @ikramtransports Boleh memuatkan kapasiti yang besar dari 11 orang hingga ke 25 orang. Mari kita lihat jenis dan harga van yang mereka ada supaya anda dapat membuat pilihan terbaik.
Sumber: @ikramtransports Jenis VanInfoHargaToyota Hiace (M)11 pax muatan-pandu sendiri Dari RM280/sehariNISSAN (M) 14 SEATER14 pax muatan-pandu sendiriDari RM350/sehariToyota Hiace 14 Seater (A)14 pax muatan-pandu sendiri Dari RM400/sehariToyota Hiace (M)11 pax muatan-termasuk pemandu & petrol Dari RM450/sehariNew Bas Mini Coaster25 pax muatan-termasuk pemandu & petrolDari RM900/sehari termasuk pemandu dan petrol*kerusi roda, stroller & kerusi kanak-kanak boleh disewa berasingan
**untuk New Bas Mini Coaster (hanya stroller) MPV Kereta Multipurpose vehicle (MPV) adalah lebih besar dan luas dari kereta biasa. Ia sangat sesuai untuk percutian keluarga terutama sekali yang bersama anak-anak ramai. Sangat selesa dan luas.
Jenis MPVInfoHargaPerodua Alza (A)7pax muatan-pandu sendiriDari RM170/sehari
Dari RM220/sehariPerodua Aruz (A)7pax muatan-pandu sendiriDari RM250/sehariToyota Innova (A)7pax muatan-pandu sendiriDari RM250/sehari
Dari RM300/sehariToyota Alphard (A)7pax muatan-pandu sendiriDari RM900/sehari
Dari RM1,300/sehariToyota Fortuner (A)7pax muatan-pandu sendiriDari RM750/sehariToyota Hilux (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM380/sehari*kerusi roda, stroller & kerusi kanak-kanak boleh disewa berasingan Sedan & Mini Kereta sedan dan kereta mini adalah paling sesuai bagi keluarga kecil atau yang mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa.
Sumber: @ikramtransports Kereta-kereta jenis kecil ini sesuai untuk rombongan kecil dan bajet yang lebih rendah. Ada juga sedan mewah yang kami rasakan sangat bersesuaian untuk pelancong atau pelawat terhormat.
Jenis KeretaInfoHargaPerodua Axia (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM110/sehariPerodua Myvi (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM120/sehari
Dari RM140/sehariPerodua Bezza (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM140/sehariToyota Camry (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM750/sehariToyota Vios (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM250/sehari
Dari RM300/sehari *kerusi roda, stroller & kerusi kanak-kanak boleh disewa berasingan
Itu dia jenis-jenis kenderaan yang boleh anda dapatkan dari Ikramtransports. Bagi kami seleksi mereka sangat menarik dan menyeluruh. Malah, harga juga cukup berpatutan dan sesuai dengan jenis kenderaan.
Perkhidmatan Lain Mungkin ramai di antara kita memang tidak cukup kenal dengan Kuching untuk memandu sendiri. Jika anda mahukan percutian yang lebih komprehensif, mereka turut menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti:
Pemandu Tentunya memandu di tempat yang tidak kita kenali boleh membuatkan kita berasa gementar. Jika anda ingin percutian yang lebih relaks dan bersahaja, anda boleh membuat tempahan perkhidmatan pemandu apabila menempah kenderaan sewa anda. Para pemandu yang mereka sediakan tentunya sangat professional dan ramah.
Malah, menempah pemandu turut memberikan anda kemudahan apabila ingin mencari makanan lokal yang sedap-sedap. Pemandu yang mereka sediakan juga sudah cukup arif dengan kawasan-kawasan pelancongan sekitar Kuching kerana mereka sudah pun mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Pemandu adalah dibawah tajaan Ikramtransports selama 12 jam/sehari. Selebihnya, anda cuma beri wang saguhati kepada mereka ya. Bila lagi nak merasa bercuti yang ada driver. 
Pakej Pelancongan Ikramtransports turut menyediakan pakej pelancongan sekitar Kuching yang boleh anda tempah untuk melawat semua pusat-pusat pelancongan yang popular di sini.
Sumber: @ikramtransports Pakej ini akan mendapatkan anda perkhidmatan yang cukup menyeluruh dan menarik. Dari menjemput anda dan rombongan percutian dari lapangan terbang, membawa anda semua ke pusat-pusat pelancongan seperti Tasik Biru, Tugu Burung Kenyalang, Waterfront dan lain-lain, sehingga ke makan tengahari dan makan malam di tempat-tempat istimewa sekitar Kuching. Pendek kata, dari mula hingga akhir percutian anda boleh dirancang dengan teliti dan bersesuaian dengan kesukaan anda.
Luar Daerah Jika anda dan rombongan percutian ingin menjelajah ke luar daerah Kuching dan melawat Sri Aman dan Sibu, perlulah membuat bayaran tambahan kepada Ikramtransports dan atas persetujuan mereka. Namun, ia boleh dibincangkan bersama pihak Ikramtransports.
Proses Sewaan Jika anda nak tahu, proses menyewa kenderaan dan tempahan pakej mereka amat mudah. Tidak perlu bersusah payah, semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Hanya perlu lawati laman web mereka, buat carian pilihan kenderaan, tempah tarikh penggunaan, buat bayaran secara atas talian dan dapatkan konformasi e-mel dari mereka.
Pengalaman Pelanggan Polisi Tentunya anda perlu mengambil tahu beberapa polisi Ikramtransports sekiranya ingin mengambil perkhidmatan mereka kan. Ini antara informasi yang boleh kami kongsikan:
Penyewaan boleh dibuat dalam bentuk harian/ mingguan/ bulanan. Anda diberikan 1 jam lebih masa secara percuma dari waktu tetapan pemulangan kenderaan. Namun, pemulangan lewat lebih dari waktu itu akan dikenakan 10% dari harga sewaan. Kelewatan dari 6 jam ke atas sudah dikira sebagai 1 hari dan akan dikenakan harga harian penuh. Anda boleh mengambil Collision Damage Waiver (CDW) bagi mengelakkan anda dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku kerosakan ke atas kenderaan ketika berada dalam gunaan anda. Sekiranya berlaku apa-apa kecelakaan dan kemalangan atau kecurian, anda dikehendaki mengumpul segala maklumat yang berkenaan dan melaporkan kepada pihak Ikramtransports dan pihak polis dalam masa 24 jam. Sekiranya anda ingin membatalkan tempahan anda, pemulangan 50% dari total akan diberikan. Namun pembatalan atau tukar tarikh perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh. Sebarang makluman last minute tidak akan diberikan pemulangan wang. Anda juga boleh menempah dan mendapatkan kenderaan secara walk-in namun mereka menasihatkan supaya tempahan dibuat awal supaya anda dapat membuat pilihan yang lebih tepat. Semua kenderaan di bawah Ikramtransports telah dilengkapi dengan GPS anti-curi. Jadi anda tidak perlu risau. Itu dia sedikit sebanyak yang boleh kami kongsikan tentang Ikramtransports di Kuching, Sarawak. Kami pasti, anda tentu teruja, bukan? Pastikan anda mengikuti laman media sosial mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut dan promosi terkini dari mereka. Anda juga boleh membaca review dan ulasan pelanggan mereka yang cukup berpuas hati dengan perkhidmatan mereka di laman web mereka. Selamat bercuti!
Pautan: Facebook | Instagram | Laman Web
Emel: [email protected]
No. Telefon: 019 985 3904
Whatsapp Alamat Waktu Operasi Alamat:  1st floor, Sublot 4, Lot 1522, Block 17 KCLD, Lorong Lapangan Terbang 5J5, 93250 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: 7am-11pm (setiap hari)
The post Ikramtransports | Kereta Sewa Untuk Jelajah Sarawak Dengan Mudah Dan Selesa appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/ikramtransports-kereta-sewa-sarawak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Beli Kad Nfc Touch N Go Dengan Mudah Dan Pantas

Cara Beli Kad Nfc Touch N Go Dengan Mudah Dan Pantas

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 342 hits
Dahulu mungkin sukar namun kini memiliki kad NFC Touch N Go tidaklah sesukar mana asalkan anda mengikuti perkembangan stok di pasaran Asyik kehabisan stok je Jangan risau saya akan bagitau cara beli kad NFC Touch N Go ini tanpa perlu beratu...
Kurangkan Tantrum Anak Dengan Tip Mudah Ni Anak Lagi Bersedia Tak Marah Marah

Kurangkan Tantrum Anak Dengan Tip Mudah Ni Anak Lagi Bersedia Tak Marah Marah

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 139 hits
Tantrum adalah satu hal biasa yang terjadi pada anak anak Menangis dan memberontak bila keinginan mereka tidak dipenuhi Itu biasa Sebenarnya ada cara mudah untuk mengurangkan tantrum anak anak lebih lebih lagi ketika membawa anak keluar rum...
Isteri Jadi Bidadari Suami Bertambah Rasa Cinta Ni Rahsia Kekal Harmoni Mudah Sangat

Isteri Jadi Bidadari Suami Bertambah Rasa Cinta Ni Rahsia Kekal Harmoni Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 188 hits
Nak bahagia mudah sahaja kita perlu saling menghargai dan menjaga hati Seperti mana isteri menginginkan layanan yang baik dari suami begitulah juga yang perlu kita buat untuknya Sama sama berbuat baik jadi pasangan pun terasa dihargai Maka ...
Resepi Bubur Merah Putih Mudah Dan Sedap

Resepi Bubur Merah Putih Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 247 hits
Resepi Bubur Merah Putih Mudah Dan Sedap Bubur merah putih ni buatnya jarang jarang iaitu bila ada majlis istimewa untuk ahli keluarga atau anak anak berjaya dalam peperiksaan Kiranya macam rasa bersyukur cara sederhana Tak lupa berdoa atas...
Cara Memilih Trucukan Yang Fighter Di Ombyokan Paling Mudah

Cara Memilih Trucukan Yang Fighter Di Ombyokan Paling Mudah

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 222 hits
CARA MEMILIH TRUCUKAN YANG FIGHTER DI OMBYOKANHalo sahabat kicaukan jumpa lagi dengan kicaukan tempatnya berbagi informasi dan tips seputar burung kicau Di tahun 2023 ini banyak sekali kicaumania yang gemar memelihara burung trucukan Ini di...
Tak Sangka Ada Masalah Hati Ibu Ini Pesan Jangan Ambil Mudah Masalah Kuning Anak

Tak Sangka Ada Masalah Hati Ibu Ini Pesan Jangan Ambil Mudah Masalah Kuning Anak

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 215 hits
Masalah jaundis atau kuning adalah keadaan yang biasa dialami bayi selepas beberapa hari dilahirkan Biasanya keadaan ini berlaku sekitar dua atau tiga hari dilahirkan Apabila bayi jaundis kulit atau mata putih akan menjadi kekuningan Mengik...
Port Healing Terbaik Di Yogjakarta Atau Jogkarta Yang Mudah Dan Murah

Port Healing Terbaik Di Yogjakarta Atau Jogkarta Yang Mudah Dan Murah

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 293 hits
Assalamualaikum Rasa rindu pada blog setelah sekian lama menyepi Hari ini kembali dengan tahun yang baharu dan semangat yang baharu Alhamdulilah tahun 2023 Allah berikan kesempatan untuk acik healing setelah bertahun tahun ditunda untuk ber...
Jangan Panik Ini Cara Mudah Mengurus Kartu Atm Bri Hilang

Jangan Panik Ini Cara Mudah Mengurus Kartu Atm Bri Hilang

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 152 hits
Pertama nasabah bisa melakukan penonaktifan kartu secara mandiri menggunakan layanan Internet Banking Mobile Banking apabila sudah terdaftar di layanan tersebut
8 Tips Kuku Cepat Panjang Dan Sehat Secara Alami Mudah Banget

8 Tips Kuku Cepat Panjang Dan Sehat Secara Alami Mudah Banget

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 198 hits
Kuku yang panjang dan sehat pastinya menjadi impian bagi siapa saja khususnya para wanita Nah berikut ada tips untuk memanjangkan kuku secara cepat dan sehat yang patut untuk dicoba
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation