Ikan Masin Jeruk Tenggiri All Time Favourite Sa Dan Keluarga
Assalamualaikum..
Hi korang...
Suka makan ikan masin jeruk Tenggiri?
Kat rumah SA memang x putus stok ikan masin ikan tenggiri jeruk ni. Suka goreng lepas tu goreng bawang besar, cili padi dan perahkan limau nipis...huiii..lepas tu memang menambah la nasi kan...tak toleh kiri kanan lagi dah...lepas tu SA suka masak campur sayur kangkung ataupun sayur kailan. Memang laku la lauk macam ni kat rumah SA. Adakala kalau rajin SA buat nasi goreng ikan masin. SA suka sebab bau wanginya tu...memang kalau tengah kenyang pun jadi lapar semula...
Apa itu ikan masin jeruk Tenggiri?
Ikan masin jeruk Tenggiri adalah potongan ikan Tenggiri yang telah melalui proses pemeraman dengan garam dan asam keping dalam tempoh tertentu.Nak beli pun senang..mana- mana platform online shopping pun ada..kat Shopee, Lazada even Carousell pun ada jual ikan masin tenggiri jeruk ni...memang menjadi pilihan ramai nampaknya...
Setelah siap, potongan ikan ini akan dimasukkan kedalam balang bersama minyak masak. Ini akan menjadikan potongan ikan ini mampu bertahan lama disimpan.
Selain dari menjadikan tekstur daging ikan lebih tahan lama ianyanya juga meningkatkan lagi rasanya.
Kebiasaannya ikan masin jeruk ni boleh terus digoreng untuk dijadikan menu pembuka selera atau dijadikan sebagai perasa tambahan dalam masakan.
Penyediaannya yang memerlukan masa yang lama dan faktor untuk mendapatkan bekalan ikan Tenggiri segar yang semakin berkurangan menjadikan kos penyediaannya semakin hari semakin meningkat.
Bagi mereka yang menggemari ikan masin jeruk Tenggiri ini, mereka telah memahami akan faktor ini. Pada mereka harga bukanlah penghalang asalkan kualiti produk yang baik dan keenakkan citarasanya dapat dikekalkan. Itulah yang menjadikan produk ini semakin diminati dan sentiasa diburui oleh para penggemarnya.
Korang suka ikan masin jeruk tenggiri?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2021/06/ikan-masin-jeruk-tenggiri-all-time.html