Ikan Masak Tauchu Simple Dan Sedap
IKAN MASAK TAUCHU SIMPLE DAN SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Arahan stay at home berkuatkuasa sudah masuk hari ke-3. Jadi dalam tempoh ini mental kena ready dengan senarai resepi ringkas untuk kegunaan harian.
Saya ada terbaca dari pengalaman pesakit Covid-19 yang sudah pulih bahawa antara makanan yang baik untuk mencegah jangkitan penyakit tersebut ialah ada kandungan cuka, halia dan asam jawa. Jadi semalam timbul idea masak ikan goreng tauchu tambah asam jawa. Alang-alang masak jadi saya kongsi resepi dan cara saya masak ikan goreng tauchu walaupun resepi ini mungkin resepi 'pejam mata' bagi sesetengah pembaca yang memang expert memasak.
Ikan masak tauchu simple dan sedap
BAHAN-BAHAN
6 ekor ikan kembung saiz sederhana2 sudu besar tauchu1 biji bawang besar - hiris2 ulas bawang putih - hiris1 inci halia - hiris2 biji cili padi - belah 21 biji cili merah besar - hiris1 sudu kecil pes asam jawa Adabi1 cawan air masakGaram dan gula secukup rasa
Tumis bahan hirisan
CARA-CARA1. Lumur ikan bersama garam dan kunyit, goreng dan tos2. Tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan naik bau wangi 3. Masukkan cili besar dan cili padi, kacau seketika4. Masukkan tauchu, kacau sebentar 5. Seterusnya masukkan air masak dan pes asam jawa6. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula7. Rasa ikut kesesuaian dan masukkan ikan goreng8. Pastikan ikan bercampur dengan bahan-bahan tumis dan menyerap kuah9. Tambah air jika kurang.
Siap! Simple dan sedap dimakan dengan nasi panas
Mungkin resepi ini menjadi ilham kepada pembaca yang sudah ketandusan idea sepanjang tempoh berada di rumah. Selamat mencuba
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...
Regards,
Loading...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2020/03/ikan-masak-tauchu-simple-dan-sedap.html