Ikan Masak Cuka



Sejak berada di ward, banyak lah juga rancang TV terutama drama drama Melayu yang saya tonton. Kebanyakan drama Melayu berkisar bab perempuan gedik yang mengganggu lelaki kekasih atau suami orang lain. Ada yang berkisar bab suami berkahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuan isteri. Perkahwinan dirahsiakan sehingga isteri kedua meninggal. Dirahsiakan atas alasan tidak mahu menyakiti hati isteri pertama. Walaupun sekadar drama tapi saya percaya ianya berlaku dalam drama kehidupan masyarakat. 

Tapi percayalah kesakitan kerana ditipu akan kekal sampai bila bila, hatta sehingga ke akhir hayat. Saya sendiri pernah melihat kes, isteri pertama ditipu sehingga isteri pertama meninggal. Mungkin ini lebih baik kerana tiada kelukaan dan kesakitan. Yang pasti yang menipu akan hidup dalam perasaan bersalah, jika adalah perasaan bersalah di hatinya atas ketidakjujuran selama ini. 

Menonton drama drama seperti ini bukan menjadikan kita lebih relax tapi menambah stress terutama hero atau heroin yang kelihatan lebih lembab berbanding watak jahat. Kalau ikut pesanan Dr Nordin Darus, jangan tengok atau ambil tahu mana mana perkara yang boleh menyebabkan kita stress. Saya tengok kerana TV dah melekat di dinding depan katil bilik ward pun. 

Teringat kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia memberi kenyataan ketika ingin mengahwini Tun Jane Abdullah. Kalau tak silap, kata beliau cinta terlalu luas yang tidak mengambil ruang pun. Maknanya dengan mengahwini Tun Jane, tidak mengurangkan cinta beliau pada Allahyarhamah Datin Seri Endon. 

Mungkin betul kerana bila kita menyayangi seorang anak kita, tidak pernah berbaki kasih sayang untuk anak anak yang lain. Seorang rakan sepejabat memberi komen yang sama bila saya memberitahu, hmm nampak mesra dan loving dengan isteri pertama, tapi ada isteri kedua. Saya nampak aksi tu macam fake. Lalu kawan saya memberitahu bahawa cinta adalah tidak mengambil ruang. Cinta boleh jadi 100% untuk setiap orang isteri. OK sekarang kita tinggal bab drama kehidupan, meh kita masuk bab resepi pula. 

Saya menyediakan lauk Ikan Duri Masak Cuka menggunakan baki ikan duri yang saya sediakan gulai hari itu di SINI. Selain di masak cuka, saya rasa ikan duri juga sedap dimasak tauchu. Maksud saya lauk yang ada rasa lebih masam atau masin, barulah rasa ikan duri yang kuat tu tidak terasa. 

Sedap ikan duri masak cuka ni. Terasa masam masam manis ala ala acar gitu. Jadi kalau kurang berselera makan, lauk ini memang sangat sedap. Makan pula dengan nasi putih panas panas, lagi lah ngam. 
Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba. 

Ikan Masak CukaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 keping ikan tongkok duriGaramSerbuk kunyit2 tangkai cili hijau1 tangkai cili merah 5 - 7 biji cili padi½ sudu kecil biji sawi½ sudu kecil serbuk kunyit400ml air3 sudu besar cuka½ batang lobak merah - potong½ batang timun - potong GaramGula 
Bahan hiris:1 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia 
Cara cara:Goreng ikan yang dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.



Buangkan sedikit minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan biji sawi dan serbuk kunyit.



Masukkan sedikit air dan cuka. Masak sehingga mendidih.


Masukkan cili merah dan cili padi. Masukkan garam, gula, lobak merah dan ikan yang telah digoreng tadi.

Masak sehingga mereneh sekejap supaya ikan sebati dengan kuah. 
Masukkan timun dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. 
Nota:Mesti ada rasa masam masam cuka, masin dan manis. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/11/ikan-masak-cuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Ikan Patin Masak Tempoyak Di Go Bang Maju Patin Tempoyak Temerloh Pahang

Makan Ikan Patin Masak Tempoyak Di Go Bang Maju Patin Tempoyak Temerloh Pahang

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 1590 hits
Makan Ikan Patin Masak Tempoyak di Go Bang Maju Patin Tempoyak Temerloh Pahang Semasa pulang semula ke Shah Alam dari Kemaman Terengganu mama sempat Makan Ikan Patin Masak Tempoyak di Go Bang Maju Temerloh Pahang Mak mertua mama yang sugges...
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 762 hits
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Assalamualaikum Hari ni Mek Cah nak kongsikan Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak mengikut selera tekak Mek Cah Kalau yang perasan dah lama kan Mek Cah tak update blog kali terakhir berkongsi dan Masa untuk had...
Ini Cara Siang Masak Ikan Yang Gerenti Anak Tak Tercekik Tulang

Ini Cara Siang Masak Ikan Yang Gerenti Anak Tak Tercekik Tulang

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 630 hits
Ikan masak apapun sedap tapi sayang anak anak sekarang tidak suka ikan kerana tidak mahu bersusah payah membuang tulang Mak mak ambik jalan mudah bagi lauk yang tak bertulang seperti isi ayam Jangan kecewa masalah tulang ikan boleh diatasi ...
Cuti Dan Dah Sudah Masak Untuk Makan Tengahari

Cuti Dan Dah Sudah Masak Untuk Makan Tengahari

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 486 hits
Hi korang Hari ni SA cuti mak tak sihat kesian kat mak dan abah so pagi pagi SA dh pi pasar beli lauk mak masih x selera makan sebab tekak pahit akibat antibiotic yang dia makan so macam biasa la dia teringin nak makan tauhu sumbat SA belik...
Dah Masak Tengahari

Dah Masak Tengahari

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 367 hits
Hi korang SA dh siap masak dh mak SA x sihat batuk dan badan lemah lemah pagi ni tekanan darah mak sangat rendah lepas dia cuci buah pinggang dan dh sarapan SA suruh dia rehat lepas makan ubat dia batuk so tido tak lena sekarang tengah on a...
Cara Mudah Masak Hati Ayam Tapi Tetap Sedap

Cara Mudah Masak Hati Ayam Tapi Tetap Sedap

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 2061 hits
Cara Mudah Masak Hati Ayam Tapi Tetap Sedap Assalamualaikum selamat berhujung minggu Setiap weekend mesti ramai yang ambik peluang Spend time dengan family kan Bila dah tak keluar rumah macam macam benda nak difikirkan Terutamanya bab bab m...
Kena Rajin Makan Telur Separuh Masak Kalau Nak Turunkan Berat Badan Dan Cegah Penuaan

Kena Rajin Makan Telur Separuh Masak Kalau Nak Turunkan Berat Badan Dan Cegah Penuaan

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 440 hits
Sejak zaman dahulu lagi telur rebus dianggap sebagai menu sihat untuk sarapan pagi kerana mengandungi nutrisi penting protein riboflavin dan selenium Tambahan pula semua nutrisi tersebut sememangnya diperlukan oleh tubuh terutama buat kanak...
Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Udang Galah Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 1113 hits
Bila balik kampung biasanya mak mesti akan simpan stok udang galah untuk dimasak bila anak anak balik Dari kecil sampai besar itulah lauk kegemaran Fiza Memang tak pernah jemu makan Untung juga duduk kampung ada orang kampung kerjanya tangk...
Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Resepi Ayam Masak Lada Hitam

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 586 hits
Original Content Masakan berasaskan lada hitam atau blackpepper ini sememangnya sangat terkenal dan versatile Menu masakan lada hitam ini sangat sesuai dimasak dengan ayam daging mahupun ikan Sumber Dilarang Plagiat Tanpa Kebenaran
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel

Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah