Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort Memang Sangat Berbaloi
IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT (BGR) MEMANG SANGAT BERBALOI Assalamualaikum dan Selamat pagi.. Hai reader semua, Lagi beberapa hari kita nak sambut Ramadhan, dekat sini Bonde ingin kongsikan tentang Buffet Ramadan best dekat Bangi Golf Resort mana tahu nanti ada yang ingin berbuka dengan family dekat situ. Mengambil keberkatan daripada kehadiran bulan Ramadhan, Bangi Golf Resort (BGR) mengajak orang ramai mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk Iftar Sesama insan-insan yang mereka sayangi. Bukan sahaja bersama ibu, bapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain, bahkan sesama rakan dan insan-insan yang kurang bernasib baik, menikmati sajian enak disediakan oleh kumpulan chef berpengalaman. IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT (BGR) MEMANG SANGAT BERBALOI
IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT (BGR) MEMANG SANGAT BERBALOITarikan utama buat pengunjung sudah tentu seleksi buffet dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu, yang membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung, hingga kepada hidangan Barat, untuk cita rasa lebih moden.
Konsep ‘Kebun Dalam Bandar’, sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan Restoran BGR, dengan mengenegahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional. Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef kami tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang yang menghasilkan warna biru pada nasi juga datang dari kebun kami.
NASI KERABU
Bagi menambah keterujaan, pada tahun ini di bahagian ulam-ulaman dan kerabu, pengunjung restoran akan turut diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut terus dari pokoknya.
LAKSA SINGAPURA
IPOH HOR FUNDi seksyen ini juga jangan terlepas mencuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang menyelerakan.
KAMBING BAKAR
SUP KAMBING MAMAKMenu Menambat Selera Sebagaimana tahun-tahun lalu, eksklusif sepanjang Ramadhan, aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak menggamit selera pengunjung, SATE AYAM
selain Satay Ayam dan Daging, serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata anda.
NASI AYAMTidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri.
KARI IKAN TENGGIRIDi bahagian masakan India pula, tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak,untuk digandingkan bersama nasi kukus.
HIDANGAN ISTIMEWA VIDE EGGS DENGAN CENDAWAN ESPUMA
VIDE EGGS DENGAN CENDAWAN ESPUMA
Dari dapur Barat pula, tunas rasa anda akan dikejutkan dengan keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar.PEMINAT PASTA KENA CUBA HIDANGAN DIBAWAH
Sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti, dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara. Kesemua sajian tradisional Melayu, Barat, Timur dan India ini ada di buffet utama di Garden Terrace, termasuk seksyen gerai dan dapur masak segar (live station). PENCUCI MULUT
Sementara itu, apa maknanya berbuka puasa tanpa manisan dan pencuci mulut yang enak belaka. Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama ini. Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut. Selain itu, terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama Cream Cheese Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Choco Cream, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Sweet Potato bersama Tam, Caramel Mousse, G3 Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake.
DURIAN SEDAP!!!
Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh, serta buah-buahan. Iftar Sesama Sebenarnya, bukan setakat sajian buffet berbuka puasa, banyak kebaikan lain yang tersirat di sebalik Iftar Sesama di BGR, seiring dengan maksud ‘sesama’ itu sendiri iaitu ‘bersama’.
Berkongsi Pahala Siapa yang mahu menolak apabila selain berbuka puasa dengan sajian enak mereka juga dapat berkongsi pahala, kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Melalui sumbangan tersebut diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu khususnya yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik.ELAKKAN PEMBAZIRAN!Makan seenaknya, elak membazir Dalam usaha untuk memenuhi janji (BGR) untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai, kami juga bekerja dengan konsep sifar pembaziran. Untuk itu, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. KOTAK SUMBANGAN IFTARBukan itu sahaja, sepanjang Ramadhan ini Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini.
Berbaloi-baloi Apa yang pasti, selain pahala dan kebajikan yang diperoleh, dengan nilai wang yang dikeluarkan selera berbuka puasa juga berjaya dipenuhi kerana Iftar Sesama di BGR menjanjikan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian sajian enak dan berkualiti. Seperti tahun-tahun sebelum ini,
HARGA BUFFET YANG MENARIK!Sekali lagi BGR menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur.
Harga untuk tempahan dalam talian di laman web :
https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/
Bermula dari serendah RM59.00nettuntuk dewasa dan RM29.00nett untuk kanak-kanak.
Tempahan online - https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet-ms-rachel/
INFO UNTUK SEMUAMenjangkakan kunjungan yang luar biasa pada Ramadhan ini, pihak BGR juga telah melakukan pelbagai persiapan untuk keselesaan pengunjung. Ini termasuk, menambah baik kemudahan surau dan tandas yang telah melalui proses pengubahsuaian. Ibadah Surau kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah dan lebih selesa, manakala untuk mengelakan berbaris panjang, tandas daripada lima kubikel ditambah kepada 16 kubikel dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang. Selain itu, disediakan lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan.
Restoran Bangi Golf Resort
AlamatNo1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,43650 Selangor
HargaRM59.00nett - dewasaRM29.00nett - kanak-kanak
Hotline1700 81 8557
Tempahan OnlineRestoran BGR Ramadhan Buffet
[email protected]Websitewww.bgrrest.com
FacebookBangi Golft Resort
InstagramBangi Golf Resort Official
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.bondezaidalifah.com/2019/04/iftar-sesama-di-bangi-golf-resort-bgr.html