Iftar Di Homst Restoran Cina Muslim Bersama Famili


 Saban tahun kami akan iftar di luar paling tidak sekali dan sahur kat kedai mamak, alkisahnya untuk bagi umi rehat gitu. Tahun ni agak berbeza sikit sebab CikCha dah sambung belajar, tak balik setiap minggu dan KY Amanda pulak balik kampung suami tapi tetap kena tetuskan tradisi supaya umi boleh rehat..hehee

HOMST Chinese Muslim RestaurantAgak susah nak cari kedai makan sebab tahun ni Ayong pulak cari extra income bantu kawan jual air di basar Ramadan Taman Melawati dan Angah pula kadang kala bantu gerai Street Ball di Wangsa Maju. 
Jadi kena cari restoran atau kedai yang berdekatan supaya dapat berkumpul sebab semuanya masih tinggal sebumbung. 
Sejak tak kerja dan sejak kerja ni memang umi lebih suka berbuka di rumah, walau sesimple menu sebab tu dah beberapa tahun ni umi tak ambil undangan food review Ramadan apatah lagi setiap hari umi ke rumah bonda kecuali Sabtu dan Ahad

Jadinya, umi akan pastikan kami tetap berkumpul, makan-makan dalam bulan Ramadan di luar. Sesi bonding sebelum semuanya ada pasangan masing-masing. InsyaAllah



Menu PilihanNak pilih makan ni pun renyah juga sebab umi tak nak makan buffet sebab tak berbaloi sebab bulan puasa ni kita bukan makan banyak pun, selalunya banyak minum air sampai kembung. 
Jadi sebaiknya pilih set makanan, dan seperti biasa pinggan masing-masing akan berpusing untuk semua rasa. Harapnya pengunjung meja sebelah kami tak pelik la kan


Kam Heong Fried Rice (RM14.15)  ni pilihan habibi ni memang sedap malah habibi sendiri cakap sedap. Bila dia sendiri kata sedap tu memang rasa lega sebab habibi ni agak cerewet dan lebih suka home cooked food

Kali ni habibi pilih black coffee (RM2.36) sebagai pilihan minuman


Duck Fried Rice pilihan Cik Meya (RM18.87) sesedap rasa kat selera kami dan portion nasi serta itik dalam tu pun banyak. Bak kata Cik Meya, sekali kaut nasi dengan 3,4 ketul isi itik masuk dalam sudu dan tiada bau hamis itik

Soft Shell crab Fried Rice (RM18.87) pilihan CikCha ni memang sedap dan dia memang puashati sebab dapat makan setelah sekian lama cuma dia kurang suka dengan  crab stick yang dicarik sebab crab stik tu bukan isi ketam sebenar seperti yang dinyatakan dalam berita. Bab nasi memang sedap

Untuk minuman CikCha pilih Teh Ais (RM3.30)
Nasi Putih Dan Side OrdersKalau bagi umi, Ayong, Angah dan KC Iman pula kami pilih makan nasi putih dengan side order yang memang recommended kalau korang ke sini


Buttered Sotong (RM23.58) ni sedap dan banyak. Rasa tidak masih dan tidak berminyak


Thai Style Chicken (RM18.87) ni sangat recommended. 

Tom Yum (RM16.98) seafood ni pun korang wajib cuba kalau ke sini sebab udangnya besar dan paling umi suka sebab ada cendawan


Siakap Stim (RM71.70) ni bagi umi biasa-biasa jer mungkin sebab dah terlalu kenyang dan ikan siakap ni jarang boleh nak dapat yang segar dari laut. Mostly ikan siakap ni adalah siakap bela, jadi dia ada rasa yang kurang enak


Telur dadar dengan bawang (RM12.26). Memang kami semua suka telur jadi kalau makan nasi mesti nak ada telur dadar dan juga sayur kailan (RM16.04)
Angah juga order Lemon chicken (RM18.87) yang sedap, patutlah Angah recommend. Tak sempat ambil gambar sebab semua dah kekenyangan sampai lupa segala heee


Pencuci Mulut
Honey Dew Saglo Lolo pilihan habibi (RM7.55) dan Manggo Sago Lolo pilihan CikCha (RM9.43) jadi pilihan dessert. Kedua pencuci mulut ni memang recommended. Sedap dan tak manis

Kat setiap meja, pihak restaurant turun letakkan buah kurma yang jadi kebiasaan kita semua, jadi tak perlu bawa dari rumah macam kamiDisebabkan susah nak fikir bab minuman, umi cuma tempah 1 jag air (RM2.83), janji ada air minuman sebab takut ada yang nak minuman yang berlainan. 


Bila Angah Ammar sampai, dia order 1 jag air oren (RM33.02). tapi tak habis pun sebab perut masing-masing dah kekenyangan.


Jumlah keseluruhan RM320.00 untuk 7 orang kami dan memang berbaloi sebab makanan sedap dan portion nasi goreng memang banyak. Ada rezeki nanti boleh sambut anniversary atau birthday kat sini.



Rating PeribadiBagi makanan yang kami order tu memang puashati dengan jumlah dan servis pun cepat walau kami buat tambahan order. Cuma untuk dapatkan nasi tambah tu sampai ke sudah tak dapat dan pelayan pulak tidak kelihatan mungkin sebab sedang makan

Meja kami terletak di luar premis mungkin lain kali kena buat tempahan sehari lebih awal untuk ditempatkan di dalam premis yang berhawa dingin. 
Rasanya sepanjang bulan Ramadan ni memang penuh kedai ni, jadi lain kali boleh ke sini selepas Ramadan

Waktu kami sampai dalam jam 7 tu nasi goreng yang ditempah dah tersedia dengan sepinggan kurma tapi nasi goreng ketam cikcha pulak tanpa plastik penutup. Jadi umi terus mesej (jam 7:05)pada no whatsapp yang umi hubungi untuk buat tempahan

Bukan apa tak tahu berapa lama nasi tersebut dah dihidang, tambahan nampak ada lalat baru terbang. Sempat pegang dan  rasa nasi goreng habibi tu masih suam. Mungkin nampak simple tapi kebersihan dan penyajian harus bersih


Jam 9.18 malam, mesej dibalas memohon kemaafan dan menyatakan akan perbaiki pada hari-hari berikutnya

Cuma umi harap lalat tu singgah sekejap atau baru nak bertenggek, tak sanggup tengok cikcha kena keracunan makanan dengan teruk sekali beberapa minggu sebelum puasa sampai kena cuti rehat di rumah

PRICE :  8/10 |  FOOD RATE :  8.5/10  |  SERVING :  8.5/10   |  AMBIANCE : 7.5/10


Restoran Homst

Homst adalah restoran yang menyajikan masakan Cina Muslim halal yang autentik yang dimiliki oleh Yusoff Lau Bin Abdullah yang juga merupakan seorang cef. Restoran ini beroperasi sejak tahun 2002 bermula di Taman Tun Dr Ismail dan kini terdapat beberapa cawangan iaitu Homst TTDIHomst Kampung BaruHomst Shah AlamHomst KajangHomst Setia AlamHomst CyberjayaHomst PutrajayaHomst Wangsa MajuHomst Bangi

Waktu Operasi Dibuka setiap hari
Isnin hingga Khamis 11:00 Pagi -10:30 malamJumaat - 3:00 Petang - 11:00 malamSabtu & Ahad - 11:30 Pagi - 11:00 malam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2025/03/iftar-di-homst-restoran-cina-muslim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Pho Bo Di Restoran Aba Vietnamese Muslim Foods

Makan Pho Bo Di Restoran Aba Vietnamese Muslim Foods

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 115 hits
Assalamualaikum WBT RASANYA anak anak orang lain bila balik bercuti minta nak makan masakan emak tapi Iman ni pulak dia minta nak makan kat kedai kedai Sk lagi suka sebenarnya bawa ke kedai jer lagi senang tak penat Ialah hari tu dia minta ...
Set Iftar Ramadan Restoran Bara Stulang Jb

Set Iftar Ramadan Restoran Bara Stulang Jb

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 129 hits
Set Iftar Ramadan Restoran Bara Stulang JB Menu berbuka puasa dari dapur Bara muncul lagi uols Orang JB bolehlah datang Kali ni bukan buffet ya kita cuba Set Iftar The post appeared first on
61 Muslim Ditahan Kerana Hina Islam Sejak 2020

61 Muslim Ditahan Kerana Hina Islam Sejak 2020

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 103 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seramai 61 Muslim ditangkap kerana menghina Islam dengan 52 kes didakwa sejak 2020 hingga 2024 kata Mohd Na im Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata menghina Islam adalah kesalahan syariah di semua ne...
Arrest Muslim Preacher Condoning Mocking Of Other Religions

Arrest Muslim Preacher Condoning Mocking Of Other Religions

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 81 hits
YOURSAY What s Zamri s right to say if Hindus don t want to be mocked stop doing such things Mazhilamani A very timely show of concern by MIC deputy president M Saravanan Pray that the non Muslims of different faiths come together I am wond...
Mca Bantah Dakwaan Gugurkan Aksara Cina Di Papan Tanda Jln Petaling

Mca Bantah Dakwaan Gugurkan Aksara Cina Di Papan Tanda Jln Petaling

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 106 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 24 2025 11 46 AMMCA membantah sekeras kerasnya cadangan untuk menggugurkan aksara Cina di papan tanda Jalan Petaling di ibu kota Presiden MCA Wee Ka Siong berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi ...
7 Busana Muslim Wanita Brand Lokal Yang Harganya Terjangkau Dan Desainnya Elegan

7 Busana Muslim Wanita Brand Lokal Yang Harganya Terjangkau Dan Desainnya Elegan

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 77 hits
Tinggal menghitung hari seluruh umat muslim akan memasuki bulan puasa dan itu artinya tidak lama lagi akan merayakan Hari Raya Idul Fitri Berbagai persiapan pun tentu dilakukan oleh sebagian besar masyarakat Indonesia Mulai dari memesan ham...
10 Omakase Di Kuala Lumpur Muslim Friendly Halal Certified

10 Omakase Di Kuala Lumpur Muslim Friendly Halal Certified

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 87 hits
10 Omakase di Kuala Lumpur Muslim Friendly HALAL Certified Kalau anda tengah cari idea untuk sambut anniversary hari jadi atau apa saja hari istimewa dengan insan tersayang apa kata anda cuba pengalaman pergi makan bersama di tempat yang le...
Apresiasi Teman Teman Muslim Hotman Paris Berniat Bangun Masjid Minta Carikan Lahan Kosong

Apresiasi Teman Teman Muslim Hotman Paris Berniat Bangun Masjid Minta Carikan Lahan Kosong

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 87 hits
Warganet berharap niat baik Hotman tersebut bisa segera terealisasikan dan dibangun di daerah yang memang sedang membutuhkan sarana ibadah
Parlimen Kecoh Susulan Ahli Parlimen Jelutong Cadang Berita Bahasa Tamil Cina Diperkasakan

Parlimen Kecoh Susulan Ahli Parlimen Jelutong Cadang Berita Bahasa Tamil Cina Diperkasakan

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 86 hits
bharian com myOleh Februari 26 2025 RSN Rayer dan Datuk Rosol WahidKUALA LUMPUR Sesi perbahasan Rang Undang Undang BERNAMA 2024 kecoh seketika susulan seorang Ahli Parlimen blok kerajaan mencadangkan supaya laporan berita dalam bahasa Cina ...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Fractional Reserve Banking

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 1

Resepi Biskut Red Velvet Oleh Azlina Ina

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Memahami Asas Perbankan Islam Di Malaysia Fakta Dan Realiti

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nota Tazkirah Ramadhan Kembali Kepada Tujuan Menjadi Hamba Allah Menurut Minhajul Abidin

Sagu Gula Melaka Manisan Klasik Untuk Berbuka Puasa

Limau Nipis Rebus Sembuhkan Kencinh Manis Kronik

Balik Asrama

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Depresi