Parlimen Kecoh Susulan Ahli Parlimen Jelutong Cadang Berita Bahasa Tamil Cina Diperkasakan


bharian.com.my
Oleh Latifah Arifin 
[email protected] 26, 2025 
RSN Rayer (kanan), dan Datuk Rosol Wahid
KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) BERNAMA (Pindaan) 2024 kecoh seketika susulan seorang Ahli Parlimen blok kerajaan mencadangkan supaya laporan berita dalam bahasa Cina dan Tamil diperkasakan.

RSN Rayer (PH-Jelutong) berang susulan mendakwa cadangan dikemukakannya itu dijadikan 'bahan jenaka' oleh Ahli Parlimen blok pembangkang.

"Saya mencadangkan supaya penekanan diberikan kepada media digital dan online (dalam talian) terutama babitkan bahasa Tamil.

"Apa salahnya? Kenapa Hulu Terengganu (Datuk Rosol Wahid) bantah sangat pengunaan bahasa Cina dan Tamil. Ini bukan satu lawak jenaka.

"Adakah itu pendirian Hulu Terengganu, BERSATU, PAS dan PN untuk bantah penggunaan bahasa Cina dan Tamil?" soalnya di Dewan Rakyat, hari ini.

Kekecohan timbul selepas Rosol bangkit memberi pandangan berhubung cadangan Rayer yang mahu bukan sahaja bahasa Melayu tetapi berita dalambahasa Cina dan Tamil turut diberi ruang yang sama.

Menurut Rosol, dia tidak membantah cadangan Rayer, cuma berpandangan keutamaan tetap perlu diberikan kepada bahasa kebangsaan.

"Saya tak bantah, tetapi keutamaan kita adalah bahasa Melayu. Bukanlah pula bermaksud ketepikan bahasa lain. Tetapi kalau orang Cina guna bahasa Mandarin, begitu juga (masyarakat India gunakan bahasa Tamil), bila perpaduan nak wujud?

"Ini bukan kenyataan untuk menyakiti sesiapa, tetapi satu pandangan. Timbalan Speaker (Alice Lau Kiong) pun bersetuju dengan saya," katanya.

Susulan pertikaman lidah itu, Rayer sekali lagi bangkit dengan merujuk peraturan 36 (9c) kerana mendakwa Rosol mengeluarkan pandangan yang boleh menimbulkan permusuhan di antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Bagaimanapun, melihat suasana semakin tidak terkawal, Alice memberikan petua dan mengarahkan Rayer dan Rosol supaya segera duduk.

"Pada saya itu (sekadar) pandangan Hulu Terengganu (Rosol) dan dia tak kata bantah hujah Jelutong (Rayer)," katanya.

Sementara itu, R Yuneswaran (PH-Segamat) yang bangkit mengambil bahagian dalam perbahasan, turut menyentuh isu sama.

Beliau bersetuju dengan saranan Rayer supaya ruang yang sama diberikan bagi laporan berita dalam bahasa Cina dan Tamil.

"Perlu ingat, perkhidmatan laporan BERNAMA ini turut terbitkan kandungan dalam bahasa Cina, Tamil, Sepanyol dan Arab, selain (laporan berita) dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

"Jadi, maknanya semua berita dilaporkan secara adil dalam pelbagai bahasa. Maka saya setuju dengan Jelutong (Rayer) kita akui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain digunakan secara saksama, di sinilah kita mahu adanya perubahan," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/parlimen-kecoh-susulan-ahli-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui Cadang Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Dipecahkan Kepada Dua

Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui Cadang Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama Dipecahkan Kepada Dua

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 2918 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli parlimen blok kerajaan hari ini mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipecahkan kepada dua Chow Yu Hui semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja menyarankan ia dipecahkan kepad...
Ahli Parlimen Pn Bawa Suara Rakyat Bantah Ura

Ahli Parlimen Pn Bawa Suara Rakyat Bantah Ura

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 2890 hits
harakahdaily netFebruary 19 2025KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Dato Seri Hamzah Zainuddin mewakili Ahli ahli Parlimen Perikatan Nasional menerima serahan memorandum membantah Akta Pembaharuan Semula Bandar Menurut beliau URA yang dijadual d...
Johari Beritahu Ahli Parlimen Pas Nak Bercakap Pakai Otak

Johari Beritahu Ahli Parlimen Pas Nak Bercakap Pakai Otak

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 38482 hits
Elill EaswaranKUALA LUMPUR Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul terpaksa mencelah bagi menenangkan persidangan hari ini susulan pertikaman lidah antara Ahli Parlimen DAP dan PAS Khoo Poay Tiong sebelum itu menuduh kerajaan Kelantan kejam keran...
Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 334 hits
Training bahasa Indonesia adalah langkah strategis bagi ekspat Jepang untuk memahami regulasi dan praktik hemat energi di Indonesia Dengan pemahaman bahasa yang baik ekspat dapat lebih mudah mengadaptasi kebijakan efisiensi energi yang dite...
Rayer Yang Patut Minta Maaf Tak Faham Bahasa Melayu Asri

Rayer Yang Patut Minta Maaf Tak Faham Bahasa Melayu Asri

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 195 hits
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan kenyataannya terhadap Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan menafikan ia sebagai satu bentuk penghinaan kepada penganut agama Hindu di negara ini Menyifatkan Rayer sebagai tidak faham bahas...
Tantangan Expat Jepang Dalam Adaptasi Kehidupan Ramah Energi Melalui Pelatihan Bahasa Indonesia

Tantangan Expat Jepang Dalam Adaptasi Kehidupan Ramah Energi Melalui Pelatihan Bahasa Indonesia

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 332 hits
Pelatihan bahasa Indonesia adalah langkah awal bagi ekspat Jepang untuk lebih memahami budaya serta kebijakan energi di Indonesia Dengan memahami bahasa lokal ekspat dapat lebih mudah beradaptasi dengan regulasi serta kebiasaan hemat energi...
Saya Cuba Jisoo Bp Akui Masih Belum Improve Untuk Cakap Dalam Bahasa Inggeris

Saya Cuba Jisoo Bp Akui Masih Belum Improve Untuk Cakap Dalam Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 281 hits
Kalau cakap pasal kumpulan wanita paling popular sekarang nama BLACKPINK pastinya tidak akan terkecuali Artikel Berkaitan Terbaru pada 19 Februari Ji soo telah muncul sebagai tetamu dalam program radio Park Myung soo bagi mempromosikan albu...
Pecah Rekod Dunia Remaja Lelaki Ini Kuasai 400 Bahasa

Pecah Rekod Dunia Remaja Lelaki Ini Kuasai 400 Bahasa

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 218 hits
Sinar HarianKebolehan berbahasa Akram mengagumkan dunia Foto Sinar Harian AgensiNEW DELHI Seorang remaja Muslim dari India Mahmood Akram 19 memecah rekod dunia apabila mampu menguasai 400 bahasa dan dalam masa yang sama berjaya mengikuti pe...
Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Bila Perut Tak Tenang

Practical Guide To Hair Loss Treatment In Kl Malaysia

Hotel Kucing Spa Kinrara Masih Beroperasi

Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Kumbang Bunga Trending Youtube Di 3 Negara Duet Siti Nurhaliza Bersama Lesti Kejora

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

Operasi Penyelamatan Kapal Kabel Mackay Bennett Dalam Misi Mengembalikan Mayat Titanic

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit