Idea Menu Potluck Di Pejabat Sekolah Sambutan Raya
Kebanyakan daripada kita pastinya pernah menghadiri jamuan makan yang berkonsepkan menu potluck.
Tidak kira jamuan di sekolah, pejabat ataupun jamuan raya di mana-mana sahaja.
Konsep potluck atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai “Juadah bawaan” ini sebenarnya agak unik dan menggalakkan kita bertolak-ansur dalam menyumbangkan pelbagai jenis juadah makanan dan minuman.
Kepentingan konsep potluck
Mungkin ramai yang tidak tahu, jamuan makan-makan berkonsepkan menu potluck ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri:
Mengelakkan menu yang sama – Bayangkan 2 3 orang di tempat kerja atau sekolah anda membawa menu yang sama, bukankah itu satu perkara yang merugikan kerana pilihan makanan akan berkurangan kerana terdapat makanan / menu yang sama?
Mengelakkan pembaziran – Apabila setiap individu membawa menu potluck yang berasingan, maka kebarangkalian untuk kesemua menu untuk habis adalah lebih tinggi
Memupuk semangat bekerjasama – Kebiasaannya apabila jamuan diadakan dengan konsep potluck, setiap individu akan memaklumkan makanan atau juadah yang akan di bawa. Ini seterusnya dapat mengelakkan individu lain membawa menu yang sama.
Menggalakkan kreativiti – Jamuan berkonsepkan potluck dapat mengelakkan lebih daripada seorang membawa makanan yang sama. Misalnya, sekiranya anda ingin membawa kek tetapi ada individu lain yang mahu membawa kek pisang, maka anda boleh fikirkan menu kek lain yang bersesuaian.
Artikel berkaitan: Cara Kira Kalori & Kandungan Kalori Dalam Makanan Malaysia
Contoh menu potluck
Tidak ada idea apa juadah yang ingin dibawa?
Berikut antara beberapa idea menu potluck untuk jamuan di pejabat, sekolah atau di mana sahaja.
Anda boleh cuba salah satu makanan / minuman di bawah:
Menu berkonsepkan Mi – Mi Hun Goreng, Mi Goreng, Mi Hailam, Mi Sum
Menu berkonsepkan kak – Kek Span, Kek Pisang, Kek Lapis, Cup Cake
Menu berkonsepkan nasi – Nasi Ayam, Nasi Daging, Nasi Lemak
Menu barat – Lasagna, Pasta, Spaghetti
Kuih-muih – Karipap, cheese tart, tepung talam, kuih lapis,
Minuman berperisa – Oren, anggur dan lain-lain
Ayam goreng
Anek bubur – Bubur lambut, bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur durian
Roti Jala
Koktail
Agar-agar puding
Sate
Buah-buahan – Tembikai, nanas, oren
Tiramisu
Tips pemilihan menu
Sebelum anda mengambil keputusan untuk menyumbangkan menu potluck dalam sesuatu jamuan, adalah lebih baik anda mempertimbangkan perkara-perkara berikut:
Tidak sama dengan orang lain – Kalau orang lain hendak bawak Nasi Daging, elakkan membawa menu potluck yang sama untuk elakkan pembaziran.
Bajet – Jika bajet anda tidak banyak boleh sumbang hidangan yang lebih murah seperti kuih muih, mi goreng dan seumpamanya. Sate, hidangan barat dan beberapa hidangan lain sudah tentu tidak sesuai dengan bajet anda.
Logistik – Makanan yang kering lebih mudah dibawa. Sekiranya anda ingin membawa makanan bersup atau berkuah seperti mi su, laksa dan seumpamanya pastikan anda mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Anda juga perlu menyediakan mangkuk plastik bagi hidangn jenis berkuah atau bersup ini.
Berfikiran kreatif – Kalau sudah terdapat 2 3 orang yang membawa hidangan berat seperti mi dan nasi, lebih baik bawa hidangan ringan seperti kuih muih atau pencuci mulut untuk elakkan makanan tidak habis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/idea-menu-potluck/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=idea-menu-potluck