Menu Open House Hari Raya Sedap Ramai Suka
Menu Open House raya ni nak masak apa ye? begitulah bila tiba hari raya Aidilfitri kan. Benda yang mak mak ni akan plan dari sebelum Ramadan, sepanjang Ramadan adalah apa nak masak menu raya ni dan juga menu open house hari raya yang pasti nak kelainan, sedap ramai suka. Yelah nak jamu tetamu kan. mesti nak yang sedap sedap. jom kita tengok menu resepi open house yang mungkin boleh dijadikan idea nanti
menu raya dulu. simple simple je.ada yang masak, ada yang beli. ada yang mak mak mertua bagi. ni belum jiran jiran bagi. Alhamdulillah dapat orang orang yang baik yang sentiasa memberi.
Antara menu open house raya yang saya suka adalah :-
1. Nasi Tomato & Ayam Masak Merah
ni Ainul ikut resepi Che Nom. Memang sedap. Jorang follow je resepi dia ye. jangan derhaka. hehhee confirm jadi
Bahan-bahan untuk Nasi Tomato:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan
4 biji bawang merah, hiris nipis
3 ulas bawang putih,hiris nipis
1 inci halia, hiris nipis
Rempah 4 sekawan(1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga, 2 tangkai cengkih)
1 batang serai
3 cawan beras
4 cawan air
½ cawan susu cair
3-5 sudu besar puri tomato (boleh ganti tomato soup, kalau suka.. Cuma kena letak lebih)
½ cawan kismis
Anggaran 1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk masak nasi tomato:
Basuh beras dan toskan airnya.
Dalam periuk berasingan, panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis daun pandan bersama hirisan nipis bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan rempah 4 sekawan dan serai yang dititik.
Masukkan beras, goreng sekejap selama 1-2 minit, kemudian masukkan air dan susu cair.
Tambah tomato puri, kismis dan sedikit gula. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Masukkan ke dalam periuk nasi dan tekan butang on untuk masak seperti biasa.
Resepi Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
1 biji 1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
15-20 tangkai cili kering
1 batang serai
1 biji bawang besar
1 helai daun pandan
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 kuntum cengkih
2 biji tomato
1 ekor ayam
1 sk serbuk kunyit
2 sk garam
1/4 cawan sos cili
2 sb sos tiram
1 sk serbuk perasa
1 sb gula melaka
Sedikit daun sup
1 biji bawang besar
Kacang pea
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk penyediaan bahan:
Hiris kasar bawang besar (untuk tumisan).
Potong kasar bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih dan halia
Cili kering rebus dan buang biji.
Tomato potong kasar.
Masuk bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering dalam blender. Kisar halus.
Serai titik atau ketuk biar pecah.
Cara-cara untuk ayam goreng:
Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
Bila minyak dah panas, kita goreng ayam separuh masak.
Bila dah masak boleh angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk kuah:
Tumis serai sampai naik bau.
Sekarang masukkan hirisan bawang besar, rempah 4 sekawan dan daun pandan. Tumis sampai naik bau wangi bahan tumisan.
Tuang masuk bahan kisar halus dan kacau sampai naik minyak
Bila nampak macam nak pecah minyak, baru masukkan tomato. Kacau sebati.
Masukkan sos cili, sos tiram dan serbuk perasa kalau suka.
Bila kuah nampak nak kering dan gelap sikit, tambah gula melaka
Selepas 10 minit, tuang masuk semua ayam goreng.
Gaul sekata biar ayam bergaul sebati dengan kuah.
Tutup tudung periuk sekejap biar ayam lembut dan masak sepenuhnya sampai ke tulang.
Tabur kacang pea
Tabur hirisan bawang besar dan daun sup untuk hiasan dan aroma.
Bila agak- agak bawang besar dah layu boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
2. Menu Open House Raya ramai suka iaitu – SOTO
RESIPI SOTO
Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan)
•lengkuas 1 inci
•halia 1 inci
•bawang merah besar 4 biji (mmg Klau byk lg sdp)
•bawang putih 1 ulas
•buah keras 1 biji
*blend semua bahan di atas
•Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
•serai 2 batang (ketuk)
•minyak utk menumis
•Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
•Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
•kiub ayam 1
•akar daun sup (potong n cuci bersih)
•air 2 liter/ sejug
*atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata2
Cara masak:
•tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi
•masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto
•masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air
•masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
•Siap
Resipi Begedil kentang
•ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus
•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit
•Telur 1 biji
•lada sulah
•garam secukup rasa
*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nnti jadi mcm bersarang
*cara goreng begedil supaya x hancur, panaskan minyak agak2 tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh k. Panas kan dgn api yg kecil sehingga betul2 panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik2kan selagi yg sebelah kena minyak tu x garing/kekuningan. Da garing bru balikkan ye. Klau balikkan awl2 mmg pecah ler
Resepi Fara Lome
3. Menu Open House Anak anak Suka -Spageti Aglio Olio
Ni Ainul pernah buat masa kawan anak anak datang hari raya. semua puji sedap dan makan sampai licin. bertabah tambah mereka. dan antara menu open house raya yang sentiasa saya buat. senang sedap
▸ Bahan-Bahan
1 paket spaggeti
10-15 ekor udang
5-6 ekor sotong
2 batang sosej
bawang putih 4 ulas
1 sudu chili flakes
1 sudu lada hitam
3 sudu serbuk oregano
5 biji cili kering
kiub ayam
2 keping cheese
Tomato
Lada benggala
▸ Cara Masak
1) Untuk permulaan, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sedikit air rebusan tersebut untuk digunakan kemudian.
2) Sementara itu, dalam kuali yang lain, masukkan olive oil (atau guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, boleh letak cili kering yang sudah dipotong. Boleh letak lambat sedikit takut hangit.
3) Kemudian, masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spageti tadi
4) Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
5) Akhir sekali bolehlah masukkan spageti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!!
4. Buko
untuk pencuci mulut sedap yang sejuk sejuk kan. Lagi musim panas ni. confirm laju je ni
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk jeli pandan:
1 pek /10g serbuk agar-agar
1 cawan jus pandan
3 cawan air
1 cawan gula
2-3 titik pewarna hijau (pilihan)
Bahan-bahan untuk sagu:
1 cawan sagu
Air secukupnya
Sedikit pewarna hijau
Bahan-bahan lain:
1 kotak /200g krim putar tenusu
1 tin susu cair
Susu pekat manis
Nata de Coco
2 sudu besar biji selasih
Isi kelapa muda
Kiub ais
Ais krim vanila (pilihan)
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk biji selasih dan sagu:
Rendam biji selasih dengan air secukupnya dalam anggaran 10-15 minit sehingga kembang.
Rebus pula sagu sehingga sagu masak dan lembut.
Setelah masak, bilas sagu dengan air lalu tambah pewarna hijau kedalam sagu.
Cara-cara untuk Jelly pandan:
Kisar halus daun pandan dengan air secukupnya lalu tapis jus pandan.
Panaskan air dan masukkan serbuk agar-agar, gula, pewarna hijau dan jus pandan.
Setelah mendidih, tuang dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.
Kemudian, potong jeli pandan yang sudah sejuk berbentuk kiub.
Cara-cara untuk whipping cream:
Pukul whipping cream sehingga agak pekat.
Sejukkan ke dalam peti sejuk.
Cara-cara untuk Buko Pandan:
Masukkan kiub jeli pandan, susu pekat manis, susu cair, biji selasih, sagu, nata de coco, isi kelapa dan kiub ais.
Masukkan whipping cream dan hidangkan bersama dengan aiskrim vanilla.
yang dalam gambar ni kawan Ainul buatkan. memang sedap. Nak order boleh contact beliau ye. cuma dia di area Melaka je.
Best tak Menu Open House Hari Raya ni?
ikutkan ada banyak menu best best. Ikut selera kta juga sebenarnya. Ada yang masak nasi, ikan masin , sambal belacan ulam. pehh itu pun dah berselera orang makan. banyak sangat makan rendang lemang muak dah kan. Jadi mana menu lain dari lain tu memang la sakan rasa nak makan
Untuk Air Menu Open House Raya Style Ainul Mustafa
Saya memang takde kordial, air gas. Saya hidangkan air performance drink. Ada 2 perasa oren dan lime. sedap dan berkhasiat. Bantu juga tetamu elak hidrasi masa berjalan ke open house hari raya yang banyak ni
dan makan banyak banyak juga minuman kita ambil yang membantu elak air berkurang dalam badan, tambah eletrolit dalam badan. Badan segar dan cergas nak ke open house terusnya. dan juga makan macam maam open house tu supplement untuk nyahkan segala lelemaks dalam badan pun jangan lupa ye. Apa yang patut saya ambil untuk elak berat badan naik mendadak? takut kolesterol naik dan kulit berjerawat sebab makan banyak gula? jom BACA SINI ye
Menu Open House Raya Banyak yang Best Tapi Mana Yang sesuai ?
Sebenarnya dalam hal ni tiada yang betul atau salah. Saya suka masak benda yang saya suka makan. malah kalau order pun saya akan order benda yang sedap saya suka. Itu yang saya akan hidang pada tetamu saya. Open house bukan sekadar nak makan. Tujuan utama kita adalah untuk eratkan silaturrahim, ukhwah . nak bertanya khabar kawan kawan sedara mara yang bukan senang nak jumpa dan berborak. Jadi ambilah peluang ini untuk ziarah eratkan hubungan.
Open house rumah tok sedara sebelah suami. dan dapat berjumpa tok dalang Upin Ipin yang juga sepupu mak mertua. ” tak sama pun maam tok dalam dalam upin ipin ” Dahlia tanya hehhee.. mesti la lain sebab ni orang betul. itu kartoon hiihihi..
Selamat Hari raya dan ke open house raya ni
The post Menu Open House Hari Raya Sedap Ramai Suka appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/menu-open-house-hari-raya-sedap-ramai-suka/