Jenis Makanan Dan Minuman Yang Digemari Di Jamuan Hari Raya Serta Open House Anak Anak Di Sekolah


Bismillahi MashaAllah 
Assalamualaikum dan Salam Syawal. Masih belum terlambat untuk Syida mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada anda semua. Semoga syawal kali ini lebih bermakna buat kita semua. Aamiin



Bulan Syawal kita akan dapat banyak jemputan open house tak kira la open house dari ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, jiran-jiran kita malah ada juga open house di pejabat dan juga di sekolah. Tujuannya adalah untuk mengelakkan silaturrahim antara sesama kita sambil menikmati juadah raya yang pelbagai



Memandangkan anak sulung Syida, Banglong Razin baru je menyambut hari raya di sekolah, maka Syida nak kongsikan kemeriahan menyambut hari raya di sekolah dia



Cikgu kelas senaraikan jenis-jenis makanan yang ingin di sponsor oleh ibu bapa jika ada untuk majlis jamuan raya dan open house Banglong Razin. Memandangkan kurang mendapat sambutan, cikgu hanya mengutip RM6 untuk membeli spageti karbonara, air dan kuih muih. Selain itu, ibu bapa boleh lah menyumbang apa-apa makanan ringan untuk memeriahkan lagi majlis hari raya



Banglong Razin bawak keropok keping yang Syida beli dari kampung Syida. Goreng je dan letak dalam bekas. Memang laku tau. Lepas jamuan kosong bekas. Hehe. Keropok ni nampak simple tapi budak-budak sangat suka. Bagi Syida, lebih baik kita bawak makanan yang anak-anak makan daripada kita bawak makanan yang belum tentu anak-anak nak makan. Akhirnya membazir ke tong sampah gitu je. Sayang kan.



Banglong Razin juga kongsikan keseronokkan beraya di open house kelas-kelas lain jugak. Mereka boleh ke kelas-kelas lain untuk menikmati makanan yang disediakan di dalam kelas lain. Macam konsep open house jugak lah


Budaya mengadakan jamuan seperti jamuan hari raya ni sangat bagus bagi Syida. Dalam mengeratkan silaturrahim dikalangan anak-anak di sekolah, kita juga boleh merasa makanan yang belum pernah kita makan ataupun kita yang memberi peluang anak-anak yang lain makan makanan yang jarang mereka makan kerana kekangan tertentu dari keluarga mereka


Kita boleh teruskan tradisi jamuan hari raya ni cumanya kita perlu memilih juga dalam pemilihan makanan yang perlu anak-anak bawa ke jamuan hari raya. Jika makanan yang kurang diminati anak-anak lebih baik kita elakkan atau bawa sedikit sahaja untuk elakkan pembaziran. 

Makanan yang anak-anak suka pula kadangkala bila terlalu banyak pun boleh jadi membazir. Jadi berpada-padalah juga kita sebagai ibu bapa supaya tiada pembaziran. Membazir kan amalan syaitan


Di bawah ni Syida senaraikan 5 jenis makanan atau minuman yang pelajar sekolah rendah suka atau kurang minat

1. Mee, bihun, kuetiau, nasi goreng paling banyak lebihan stiap kali ada jamuan hari raya. Jika ini menu yang kita boleh sediakan untuk anak-anak, mungkin kita boleh bawa dalam kuantiti yang sedikit. Lebih bagus jika kita dapat pack dalam bekas kecil-kecil supaya bila tak habis, mudah untuk cikgu bahagikan untuk di bawa balik. 
Jika pasta, makanan proses seperti nugget, nasi berperisa seperti nasi lemak, nasi ayam, nasi arab dan lain-lain, anak-anak biasanya akan suka. Boleh lah dibungkus siap-siap supaya senang untuk di bawa bali

2. Kek pisang dan aneka kek potong sangat jarang dimakan (jika dibawa waktu bukan jamuan insyaallah cepat habis)
(dadih, puding dalam bekas kecil, cup cake dan aiskrim malaysia sangat digemari anak-anak) 
3. Buah terutama tembikai, epal, pisang dan aneka buah potong pun kadang-kandang jarang di makan. Ni pun kalau bukan time jamuan mesti laku dan cepat habis. Tapi bukan waktu jamuan. Kurang mendapat sambutan. Waktu jamuan, biasanya anggur cepat habis dimakan

4. Kuih raya, aneka jenis muruku dan kerepek paling tidak laku kepada anak-anak sekolah rendah. Jika ada makan seperti ni, cikgu boleh mintak bntuan anak-anak untuk bungkus dan bawa balik sikit sorang. Anak-anak sekolah rendah sangat suka kalau cikgu minta tolong buat sesuatu. Insyaallah smpai di rumah, makanan yang dibungkus habis dimakan bersama ahli keluarga 😁. Cheese tart, keropok berbentuk kon perisa cheese atau bbq, jajan, selalunya anak-anak sangat suka makan kalau ada jamuan)
5. Kuih muih tradisional, ketupat, nasi impit, lemang pun sangat kurang mendapat sambutan di jamuan hari raya sekolah rendah. Makanan yang selalu anak-anak suka di waktu jamuan ialag pizza, sate, ayam goreng, kentang goreng, nuget, sosej, jajan. Walaupun anak-anak suka tetapi kadang-kadang tak habis kerana ramai membawa makanan yang sama. Sebab ini lah cikgu selalu minta ibu ayah senaraikan makanan yang nak dibawa di jamuan hari raya supaya ibu ayah boleh pelbagaikan
Waktu jamuan, anak-anak akan cari makanan yg jarang mereka dapat makan atau yang memang menjadi kegemaran mereka

Air mineral juga kurang mendapat sambutan. Air yang digemari anak-anak sekolah rendah di jamuan hari raya ialah air kotak, air gas dan aneka air berperisa ataupun jus segera. 
Guru kelas perlulah mainkan peranan apabila makanan yang dibawa anak-anak tidak habis di makan. Guru boleh la arahkan anak-anak untuk bantu ambil sedikit seorang makan yang masih berbaki untuk di bawa pulang, atau diberikan kepada kawan-kawan kelas lain, atau dikongsi bersama staf sekolah yang bukan guru supaya makanan yang dibawa anak-anak tidak dibawa balik ke rumah semula

Semoga jamuan hari raya dan open house anak-anak kita menjadi kenangan yang paling bermakna untuk mereka kenang bila mereka besar nanti

Semoga entry Syida bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke noktah terakhir

Selamat Hari RayaMaaf Zahir dan Batin
Alhamdulillah 'ala kulli hal 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.syahidaali.com/2023/05/jenis-makanan-dan-minuman-yang-digemari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puding Tutti Fruity Warna Warni Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru

Puding Tutti Fruity Warna Warni Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 249 hits
Musim raya ni mesti banyak jamuan hari raya kan tak kira lah hari bekerja ataupun hujung minggu Pihak sekolah juga tak melepaskan peluang untuk mengadakan sambutan hari raya di sekolah Para ibu ada idea tak nak bekalkan makanan apa untuk an...
Menu Open House Hari Raya Sedap Ramai Suka

Menu Open House Hari Raya Sedap Ramai Suka

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 426 hits
Menu Open House raya ni nak masak apa ye begitulah bila tiba hari raya Aidilfitri kan Benda yang mak mak ni akan plan dari sebelum Ramadan sepanjang Ramadan adalah apa nak masak menu raya ni dan juga menu open house hari raya yang pasti nak...
Hari Raya Open House Maria Firdaus 2023

Hari Raya Open House Maria Firdaus 2023

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 283 hits
By Kam Maria Abdul MutalibHi Assalamualaikum semua Terima kasih kerana melawat blog kami Semoga anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah Syukur Alhamdulillah pada 2 Syawal 1444 bersamaan 23 April 2023 Allah beri rezeki kepada kami seke...
Hari Raya Open House Pertama Kali

Hari Raya Open House Pertama Kali

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 367 hits
Raya tahun ni pertama kali kami menyertai OPEN HOUSE RAYA anjuran komuniti kejiranan kami ni Tahun lepas tak dapat join sebab ada event business Tahun ni mereka buat hari Ahad maka dapatlah kami sertai sebab event kami hari Sabtu Bertemu ma...
Jemputan Jamuan Hari Raya Musb

Jemputan Jamuan Hari Raya Musb

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum Semalam macam yang SA mention SA ada jamuan hari raya dijemput oleh MUSB bukan SA sorang tapi rakan rakan lain jugak ada muraha rezeki semalam ye la SA mana ada jemputan yang banyak hehehe kalau ada pun x dapat pi sebab wakt...
Potluck Jamuan Hari Raya Dan Hari Guru

Potluck Jamuan Hari Raya Dan Hari Guru

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 516 hits
Letak kat sini la sifirnya Tahun depan senang nak repeat Tapi tu la Anak sekolah rendah ada 3 bila jamuan peringkat sekolah nak kena sediakan makanan untuk 3 kelas Purata satu kelas 30 orang letaklah extra 3 pax dah 99 bungkus Kalau sorang ...
Macaroni Cuppizza Idea Potluck Jamuan Sekolah Anak Gerenti Licin

Macaroni Cuppizza Idea Potluck Jamuan Sekolah Anak Gerenti Licin

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 581 hits
Buntu nak buat apa untuk jamuan sekolah anak Boleh cuba idea menarik buat Macaroni Cuppizza ini Mudah saja buatnya hanya guna tortilla wrap Idea untuk menghasilkan menu Macaroni Cuppizza ini yang dikongsikan oleh ini tercetus ketika dia bun...
Rmhc Malaysia Meriahkan Ramadan Bersama Anak Anak Yatim Serta Sumbangan Raya

Rmhc Malaysia Meriahkan Ramadan Bersama Anak Anak Yatim Serta Sumbangan Raya

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 199 hits
Assalamualaikum Bila Ramadan tiba jangan di lupa pada mereka yang tidak berkemampuan bulan mulia inilah bulan untuk mencari pahala berpanjangan betul tak Hai korang baru baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis iftar bersa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah